Friday, March 22, 2013

Nurul Izzah terus memperlekehkan tugas polis


Anak sulung kepada Anwar , si Nurul Izzah nampak benar-benar menyampah dengan polis . Terbaru dalam satu siri ceramah di Kampung Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 20 Mac 2013 , Nurul seolah-olah menghina pasukan polis dengan mengatakan pihak polis tiada kerja lain selain mengintip pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat . Kredibiliti pihak polis dipersoalkan Nurul , sedangkan pada masa yang sama pihak polis lah yang mempertaruhkan nyawa mereka untuk menjaga keselamatan negara.


Beberapa link berkaitan :

http://www.malaysiandigest.com/news/36-local2/289772-nurul-izzah-hits-out-at-police-says-all-they-do-is-spy-on-everybody.html

http://www.nst.com.my/nation/general/nurul-izzah-hits-out-at-police-1.238892



Apa yang diucapkan oleh Nurul menunjukkan beliau tak menghargai pengorbanan yang dilakukan PDRM. Mungkin Nurul panas hati apabila gambar dan maklumat mengenai pertemuan Misuari-Anwar , Tian Chua , Jefrey di Filipina dengan individu2 yang ada kaitan dengan kejadian serangan di Lahad Datu tersebar. Namun Nurul perlu tahu, maklumat yang disebarkan itu bukan dari perisikan Malaysia , tetapi dari perisika Filipina itu sendiri yang seterusnya didedahkan kepada media negara itu dan Reuters.


Berikut adalah beberapa video yang menjengkelkan dari Nurul Izzah . Selain memperlekehkan anggota keselamatan negara , tentu ramai yang masih ingat satu kenyataan Nurul iaitu bagi membolehkan kaum Melayu bebas memilih agama mereka . Kalau di Malaysia, menurut perlembagaan bila dikatakan Melayu , orang itu juga adalah seorang Islam . Jadi kenyataan Nurul mungkin secara tak langsung merelakan perbuatan murtad ?

1 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu