Monday, March 4, 2013

Nur Misuari Pinjamkan Tenteranya Pada Sultan Sulu ?

Berikut adalah tulisan artikel blogger KamarulZaman Kamdias dalam laman blog beliau Kepal Nasi Kepal Beras , kupasan dan analisis yang dibuat beliau agak menarik yang menghubungkan titik-titik kaitan antara Nur Misuari , Sultan Sulu dan Anwar Ibrahim. Beberapa 'point' yang menarik adalah seperti berikut ;


1. Jika Anwar mempunyai sifat sebagai seorang negarawan dan pemimpin kepada negara, ANWAR SEPATUTNYA SUDAH MENGUMUMKAN KEPADA SELURUH RAKYAT DAN KERAJAAN NEGARA INI bahawa dia BERSEDIA UNTUK MEMANAFAATKAN SEPENUHNYA HUBUNGAN INTIMNYA DENGAN NUR MISUARI untuk bersama-sama dengan kerajaan untuk menamatkan segera krisis dan pencerobohan asing yang berlaku.

2. Apatah lagi, sudah jelas dilihat di dalam gambar-gambar di lokasi Kg Tanduo, "komander kanan" Nur Misuari juga turut berada bersama kumpulan penceroboh yang diketuai oleh adinda Sultan Kiram III .

3. Penglibatan Komander Kanan Nur Misuari dalam misi pencerobohan ini, jelas membuktikan terdapatnya kerjasama sulit di antara Nur Misuari dan Sultan Kiram III!! 

4. Tidak boleh ditolak juga kemungkinan "Tentera DiRaja Sulu" yang tiba-tiba muncul ini adalah tentera dipinjamkan oleh Nur Misuari sebagai tektik "camouflage" Nur Misuari untuk mengelirukan dunia.

Artikel penuh beliau boleh dibaca di sini

Sekiranya kita ingat , kerajaan Malaysia menjadi orang tengah / pendamai antara MILF (Moro Islamic Liberation Front) dan kerajaan Filipina melalaui perjanjian yang ditandatangani pada 15th Oct 2012 .  (sumber) . Namun perjanjian itu tak dipersetujuan oleh Nur Misuari iaitu presiden MNLF (Moro National Liberation Front) , dari petikan seorang blogger Sulu , tausug-global.blogspot.com ;

"Laporan dalam akhbar tempatan meletakkan tajuk "Jangan Memperkecilkan Nur Misuari!" ini menunjukkan bahawa Nur Misuari tidak bersetuju dengan pelan damai yang ditandatangani antara MILF (Moro Islamic Liberation Front) dengan GPH (Government of the Philippines). Perhimpunan MNLF ini sangat jelas sebagai perhimpunan protes dari pihak MNLF yang dipimpin Nur Misuari terhadap perjanjian damai tersebut yang bukan sahaja menganggap MILF sebagai kumpulan bersenjata picisan malah dianggap sebagai kumpulan pengkhianat. " - seterusnya




1 comments:

Tuan..mohon linkkan blog pahangku.com Terima Kasih

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu