Saturday, March 16, 2013

Lolos ? Rajah Muda Agbimuddin Tak Pernah Ke Lahad Datu !


Penyokong2 Pakatan dilihat seperti cuba memperlekehkan anggota keselamatan negara lagi , mereka berkata kenapa Rajah Muda Agbimuddin boleh lolos dan kembali ke Filipina ?? Sedangkan kawalan ketat telah dilakukan ? Masing-masing terus mempersoalkan , salah seorang penyokong totok , iaitu PA kepada Nurul Izzah , si Fahmie Fadzil dalam ruangan tweeter nya terus menerus mempersoalkan bagaimana Agbimuddin boleh lolos ?? 

Soalan aku ialah siapa diantara kita rakyat Malaysia , baik dari UMNO ,tentera , PKR, DAP dan rakyat marhaen tahu rupa Agbimuddin ni ? Dan kita 'confirm' memang dia pernah ada di Lahad Datu ? Kalau dia takde di Lahad Datu macam mana di boleh lolos ?? Sebenarnya ini boleh dikatakan PSYWAR dari pihak Sultan Sulu itu sendiri . Dakwaaan di buat mungkin untuk mengelirukan pihak keselamatan di Malaysia dan juga menaikkan semangat pengganas pengganas Sulu yang lain.



Patut lah bila media Malaysia keluarkan cerita bahawa Agbimuddin terbunuh , Sultan Sulu Kiram cukup yakin bahawa adik beliau masih hidup dan menafikan sekerasnya dakwaan media Malaysia itu . Rupa-rupanya mamat tu ada bersenang lenang di FIlipina. Berikut adalah kupasan yang menarik dari rakan blogger Apa Yang Tersirat .

"TIPU muslihat Rajah Muda Agbimuddin dan keluarganya, kononnya Agbimuddin mengetuai pendudukan Kg Tanduo pada malam 12 Februari. Sebenarnya Agbimuddin tidak pernah berada di Sabah semasa kejadian itu. Muslihat Agbimuddin adalah untuk memalukan pasukan keselamatan, kerana walaupun dikepung berlapis-lapis dari semua jajaran laut dan darat, akhirnya dia mudah sahaja meloloskan diri. Sebenarnya, sejak penerobohan Kg Tanduo, tiada sesiapa yang memberi maklumat berhubung kehadiran Agbimuddin. Apa yang ada, adalah dakwaan berbagai pihak terutama abangnya Jamalul Kiram III, bahawa penerobohan itu diketuai oleh adiknya. "

 ''Para pengikut Agbimuddin mungkin percaya, bahawa Agbimuddin bersama mereka, atas sebab itu, para pengikutnya, enggan berundur apatah lagi menyerah diri. Rupanya, semua pengikut Agbimuddin tertipu dan 61 orang mati katak. Sebelum ini, AYT pernah menulis, bahawa dakwaan Agbimuddin mengetuai penerobohan Kg Tanduo hanya satu rekaan pihak musuh, yang juga berjaya memerangkap Jamalul Kiram III. Pada awal kejadian, Jamalul Kiram III agak teragak-agak apabila ditanya pengelibatan adiknya dalam penerobohan Lahad Datu, namun kemudian mengakuinya. Kini telah jelas, Agbimuddin yang diburu, sebenarnya tidak berada di lokasi pertempuran, tidakpun berada di Kg Tanduo sejak awal. Masalahnya, disebabkan nama-nama yang terlibat penerobohan Lahad Datu kurang dikenal atau diketahui, maka adalah sukar bagi sesiapa untuk mengesahkannya. "

" AYT yakin, bahagian perisikan kitapun tidak mengenal siapa Agbimuddin. Nama Agbimuddin hanya muncul selepas namanya dikaitkan dengan pencerbohan Lahad Datu. Benarlah sangkaan AYT, bahawa kejadian Lahad Datu, adalah satu perancangan pihak tertentu untuk menghuru harakan negara dengan cara kekerasan. Pengganas yang datang yang dikatakan sebagai Tentera Sulu, sebenarnya tentera upahan pihak tertentu untuk mencapai matalamat mereka. Kita jangan terperangkap mainan musuh. Jurucakap Jamalul Kiram III- Abraham Idjirani berkata bagi mengulas kenyataan LAT bahawa Agbimuddin sudah pulang ke Filipina, bahawa dia telah berhubung dengan adik Jamalul Kiram III itu pada pukul 2 petang Jumaat, dan mengatakan ketua pengganas itu masih di Sabah."

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu