Friday, March 8, 2013

Kejayaan 'penghasut' dalam mengupah 100 penunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di Manila

Demonstrasi yang diadakan kira-kira 100 orang rakyat Filipina di kedutaan Malaysia di Manila memaksa pejabat kedutaan Malaysia di sana ditutup . Soalannya mengapa hanya 100 orang rakyat Filipina yang berdemonstrasi ?? Sepatutnya isu2 yang besar sebegini yang melibatkan hubungan antara dua negara patut menarik berpuluh ribu rakyat Filipina untuk membantah .  Aku berpendapat , jumlah 100 orang itu adalah di kalangan mereka yang diupah oleh pihak2 tertentu bagi mewujudkan momentum menghasut rakyat Filipina untuk membenci kerajaan Malaysia , seterusnya menimbulkan ketegangan antara dua buah negara berjiran ini.


Namun apa yang diharapkan oleh pihak yang mengupah 100 orang penunjuk perasaan ini tak berhasil , apabila momentum yang cuba diwujudkan gagal . Rata-rata rakyat Filipina boleh berfikir secara waras kerana faham apa yang berlaku adalah disebabkan provokasi yang dilakukan oleh tentera Sultan Sulu yang menceroboh wilayah Malaysia . Sudah lah wilayah Malaysia diceroboh , ditembak pula pasukan keselamatan yang cuba berunding secara baik  . Tambahan pula mereka yang menceroboh ini ada diantaranya merupakan askar Nur Misuari , presiden MNLF yang mana beberapa bulan sebelum serangan berlaku pernah menemui Anwar Ibrahim iaitu ketua bagi Pakatan Rakyat . Rakyat Filipina tentu sudah sedia maklum bahawa tentera MNLF ini sendiri pernah bertempur dengan pihak keselamatan kerajaan Filipina malah ada yang menyebabkan kehilangan nyawa orang awam.

Bilangan polis yang berkawal pula separuh daripada bilangan yang datang berdemonstrasi . Nisbah seorang polis untuk 2 orang demonstrator . Nampaknya hasutan yang cuba dibuat pihak tertentu bagi mengeruhkana hubungan politik Malaysia-Filipina gagal . Dari media Filipina dan Reuter yang dilaporkan sebelum itu menyatakan 3 elemen yang terbabit ialah MNLF , Sultan Sulu dan PR . Hubungan yang keruh antara Filipina dan Malaysia akan memberi tekanan politik kepada pihak yang memimpin kerajaan seterusnya memberi keuntungan pada pihak pembangkang. Jadi apakah benar laporan yang dibuat oleh media Filipina dan Reuters itu yang khabarnya memperoleh maklumat dari risikan Filipina sendiri ? Sekiranya benar mungkin gabungan 3 elemen terbabit yang 'mengupah' orang2 tertentu supaya berdemo di hadapan kedutaan Malaysia di Manila.

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu