Monday, March 11, 2013

Jamalul Kiram Sultan 'Miskin' Yang Tiba-tiba Menjadi Kaya


Kejadian yang berlaku di Lahad Datu seolah-olah sedang melengkapkan 'puzzle' atau tembelang Pakatan dalam meraih simpati rakyat melalui fitnah2 yang ditaburkan kepada kepimpinan kerajaan BN. Askar2 Sulu yang ditangkap mengaku bahawa mereka dibayar dengan sejumlah laba yang besar sekiranya menyertai serangan di Lahad Datu . Malah Presiden Filipina juga berasa hairan bagaimana waris Sultan Sulu yang sebelum ini hidup dalam kedaifan menjadi kaya secara tiba2 .  Rujuk artikel dari sahabat blogger RBF online disini.


Dari satu artikel KLPos yang memetik kenyataan Ng Lam Yong yang merupakan salah seorang pengasas PKR berkata ;


 "Saya terima email dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan email itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu."



"NGO yang diberitahu itu adalah SUARAM yang dahulunya saya dan rakan saya Azwanddin Hamzah pernah membongkarkan isu SUARAM yang menggunakan dana asing untuk merosakan segala-galanya di Malaysia." 

seterusnya


Semua ini menimbulkan persoalan-persoalan yang bakal di rungkaikan tidak lama lagi . Dari 'hint'2 awal perisikan kerajaan Filipina ada 3 kumpulan yang terlibat dalam serangan di Lahad Datu , Sultan Sulu , parti pembangkang di Malaysia dan puak pelampau MNLF .  Pemimpin2 parti pembanagkang dari Malaysia pula dikatakan telah berjumpa dengan individu2 ini beberapa bulan sebelum serangan berlaku !

Rakyat Sabah hampir2 ditipu, mujur lah segala ini terlerai sudah di saat2 akhir . Namun pembangkang dilihat cuba mengalihkan isu yang ditimbulkana perisikan Filipina tentang kaitan mereka dalam serangan di Lahad Datu dengan menuduh kononnya 'projek IC' menjadi punca sebenar ? Tetapi adakah mereka lupa , mereka juga sedang mengusahakan 'projek IC' untuk kaum India yang tiada pengenalan diri dan mengadakan protes di Putrajaya beberapa bulan lepas .


Jadi apa beza 'projek IC' Pakatan di Semenanjung dengan 'projek IC' yang didakwa mereka di Sabah sedangkan alasan yang diberikan oleh mereka yang tidak mempunyai IC ini adalah lebih kurang sama saja ? Kalau di Sabah, mereka yang diberikan IC ini boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan pribumi , tetapi adakah yang tiada IC di Semenanjung itu benar2 lahir di Malaysia , kerana ada diantaranya yang masih terkial-kial berbahasa Melayu ?

1 comments:

Bahlul Tiram dah kayo? apa nak diherankan beb. Nuar tu betapa kayanye dia x terhingga banyaknye.. paling banyak kayanye adalah MENIPU, MENIPU, MENIPU...TIPU PUNYA OLANG MEMANG KAYA MAAAA...

-Penyelam Tiram-

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu