Saturday, March 16, 2013

Fitnah : Harlem Shake Versi Pemimpin PR

Dari kegilaan Gangnam style hingga ke Harlem Shake .. ada saja pemimpin-pemimpin parti politik di negara ini tak mahu ketinggalan buat rakaman video versi mereka sendiri . Terbaru , rakaman Harlem Shake yang di buat oleh sekumpulan 'pemimpin-pemimpin' parti politik di Malaysia . Dipercayai masing-masing dah terkena sawan dek tekanan yang di hadapi dari kes dikatakan punca serangan di Lahad Datu , kehilangan 'ayam tambatan' yang baru je di bawa pulang tapi dah meninggal , dan terbaru... emm faham2 je lah aksi2 menakutkan dari lensa kamera 'raja goyang' .




Kalau sebelum ini, mereka cukup galak membuat fitnah ke atas pemimpin kerajaan terutama Najib . Bukan saja pemimpin kerajaan malah isteri PM , Rosmah pun cukup teruk difitnah oleh pemimpin2 'gila' ini dan disambut pula oleh pecacai2 yang taksub . Tapi kali ini fitnah2 itu seolah-olah sudah terkena tempias pada muka mereka sendiri . Makin lama makin besar kemaluan yang terpaksa ditelan oleh pemimpin-pemimpin 'gila' ini . 


Fitnah yang disebarkan, ada yang terbongkar dengan sendirinya dengan kebesaran kuasa tuhan . Tetapi kita sebagai manusia pun tak boleh mengharap segalanya terbongkar sendiri, maka program GEMPAK yang dilancarkan oleh KJ semalam adalah bertujuan untuk menjawab fitnah2 yang ditabur kepada2 pemimpin2 negara.  Dari laporan KLPos , 

"Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata pembangkang yang telah sekian lama melemparkan fitnah kepada kerajaan dalam setiap kempennya kini akan ditentang oleh GEMPAK.

"Banyak bahan kempen daripada pihak pembangkang adalah bahan kempen yang menjurus kepada fitnah.

"Kempen yang cuba membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin Bn dengan menggunakan fitnah dan bukti yang tidak sah ," katanya ketika membuat sidang media di Dewan Sri Endon, Pusat Dagangan Dunia Putra sebelum melancarkan Gempak hari ini."

Seterusnya untuk laporan penuh

1 comments:

KEPADA BI DA MAN AKU INGIN MEMOHON BANTUAN KAMU MEMBERITAHU NAJIB KEPENTINGAN MASA DEPAN UMNO, ORANG MELAYU DAN PRU 13 IAITU:
Pulangkan Kerusi Majoriti Melayu Kepada Umno
Umum sedar dan maklum bahawa PRU13 merupakan pertandingan hidup dan mati survival BN dalam pemerintahan Malaysia.

Johor yang merupakan tanah kelahiran dan kubu kuat Umno telah diserang bertalu-talu dalam usaha pembangkang meruntuhkan negeri yang merupakan mercu tanda dan kubu kuat Umno ini.

Rata-rata rakyat terutama bangsa Melayu di Johor setakat ini masih kekal setia dengan Umno. Sekurang-kurangnya 80% daripada pengundi Melayu di negeri ini masih menyatakan taat setia kepada Umno yang sudah sebati menjadi sebahagian daripada tradisi rakyat Johor.

Namun faktor calon juga memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan pada PRU13 kelak. Sudah berulangkali pimpinan Umno peringkat bahagian dan cawangan yang merayu agar kerusi majoriti pengundi Melayu dipulangkan kembali kepada Umno.

Permintaan ini bukanlah kerana mengejar status YB tetapi demi ahli-ahli Umno yang sudah banyak berkorban kepada parti komponen lain.

Selain itu calon mestilah disenangi penduduk setempat dan bukan dijadikan calon atas faktor 'rapat' dengan pemimpin tertentu.

Cukuplah kes undi protes akibat faktor calon yang berlaku di Sg Abong pada PRU lepas walhal kerusi tersebut boleh dikatakan antara kerusi selamat kerana majoriti pengundi Melayu melebihi 50%.

Antara kerusi yang perlu diberikan kembali kepada Umno ialah P148 Parlimen Ayer Hitam dan P151 Parlimen Simpang Renggam. Ini kerana kedua-kedua parlimen ini memiliki pengundi Melayu melebihi 55%.

Malah beberapa Dun juga perlu diberi ruang kepada yang lebih layak mengikut komposisi pengundi majoriti.

Antara yang kritikal ialah Dun Tenggaroh yang memiliki lebih 80% pengundi Melayu, Dun Pulai Sebatang yang memiliki 60% pengundi Melayu serta Dun Pemanis dan Dun Gambir yang memiliki komposisi 55% pengundi Melayu.

Semua Dun dan Parlimen ini antara kerusi yang boleh dikekalkan jika diletakkan calon Umno dan kemungkinan boleh tewas jika diletakkan calon bukan Umno.

Ini belum lagi dilakukan analisis menyeluruh kerana mungkin ada lagi beberapa kerusi parlimen dan dun yang perlu difikirkan semula calon yang sesuai mengikut kehendak pengundi majoriti.

Terdapat sebilangan pengundi yang masih setia dengan logo dacing, dan terdapat sebahagian terutama pengundi baru yang memandang sinis terhadap parti komponen akibat beberapa kenyataan yang menyinggung perasaan bangsa Melayu dan umat Islam.

Kelompok ini samada tidak akan keluar mengundi atau akan memberi undi rosak yang secara tidak langsung akan menjejaskan peluang kemenangan Umno dan BN di tempat tersebut.

Pengundi Umno Johor yang terkenal sebagai penyumbang setia undi tetap kepada BN kian letih dilambakkan calon yang hanya mahu menang atas tiket pimpinan tertinggi parti komponen tetapi lupa menjaga sensitiviti pengundi dan menjaga kawasan.

Kini sudah sampai masanya BN membalas budi dengan meletakkan semula calon pilihan pengundi majoriti di Parlimen dan Dun agar Johor kekal sebagai kubu terkuat Umno di Malaysia.

*Ini merupakan pendapat peribadi penulis dan bukannya kenyataan rasmi daripada Badan Perhubungan Umno Negeri Johor*

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu