Tuesday, March 26, 2013

Edisi Kantoi : Fitnah 'Sam Ketot' dan Suara Keadilan Tak Menjadi

Penyakit 'kantoi' nampaknya semakin melarat di kem Pakatan , fitnah-fitnah yang direkayasa sebelum ini nampaknya dah terbongkar sedikit demi sedikit . Penipuan-penipuan yang dilakukan akhirnya terdedah sedikit demi sedikit . Mereka cuba mengaibkan PM , akhirnya pemimpin mereka sendiri di 'aib' kan dengan lebih dahsyat . Mungkin ini lah hikmah tarikh pilihanraya umum sengaja dilewatkan oleh Najib . Kebenaran akhirnya terserlah juga disaat saat akhir , ramai yang menyokong Pakatan sebelum ini sedikit 'goyang' apabila melihat kebenaran-kebenaran yang terserlah . Laporan media asing, Wikileaks dan Reuters yang mengaitkan penglibatan pemimpin2 PR , kematian PI Bala , gambar2 lelaki yang menyerupai Ketua Umum PKR tersebar , video menyerupai Ketua Umum PKR berdua-duaan dengan lelaki dalam bilik hotel dan entah apa lagi selepas ini cukup untuk menyerlahkan penipuan yang dibuat oleh barisan pemfitnah ini .


Terbaru, seperti yang diterjemahkan oleh blogger Gelombang Wangsa Maju melalui artikel yang diperoleh dari portal media Filipina Interaksyon ,


"Kesultanan Sulu menafikan laporan media mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Sultan Bantilan Esmail Kiram II, adik kepada pengganas Jamalul Kiram III, bertemu untuk berunding konflik di Sabah. Esmail II dan PM Najib tidak pernah berjumpa, apatah lagi bercakap, kata jurucakap dan setiausaha agung, Idjirani Abraham.


Gambar-gambar mesyuarat sepatutnya yang kini beredar di Internet mungkin telah direka, katanya. Esmail II kaliterakhir pergi ke Sabah pada minggu terakhir Januari sebelum pencerobohan bermula. Dia hanya tinggal di Semporna dan tidak pergi ke Kuala Lumpur, kata Idjirani."


Jelas sekali portal bangsat Keadilan Daily yang sebelum ini 'memfitnah' Tian Chua , cukup pandai mengambil kesempatan untuk membuat fitnah terhadap Najib , entah dari sumber mana mereka peroleh apabila mengatakan Najib menjanjikan tanah untuk tentera Sulu . Bab dijanjikan tanah tu memang betul , tapi untuk tentera Sulu yang dah mati kat sini ler... tanah kubur . Tapi kalau dilihat dalam gambar di bawah begitu beria-ia sekali Sam Ketot membuat fitnah sambil jari menguis-guis akhbar Suara Keadilan  seolah-olah cuba menunjukkan bahawa ia sesuatu yang amat benar.


Sebenarnya penulis berasa agak kecewa dengan budaya fitnah yang dibawa oleh kumpulan Pakatan haram ini, nampak nya kini makin menjadi-jadi demi mencapai kemenangan secara songsang ... sesongsang orientasi seks seorang pemimpin pujaan mereka . Namun seperti yang dinyatakan sebelum ini , mungkin semua perkara yang terbongkar ini adalah hikmah di sebalik pembubaran parlimen yang sengaja dilambatkan oleh Najib.

4 comments:

TAKPE,BIAR SI LUNCAI DGN LABU2 NYA FITNAH..KITA SABAR JE..PRO BN MESTI TERUS SOLAT & BERDOA..ALLAH MAHA KUASA..APA YG DIORANG FITNAH AKAN DAPAT BALASAN..INSYAALLAH DGN FITNAH TU KITA MENANG BESAR PRU13 NI..SAM KETOT TU DH TAK LAKU,ANWAR TAKNAK DIA..SBB TU DIA BERUSAHA NK AMIK HATI ANWAR..

Kiram adalah Dajjal di Filipina. antara sifat Dajjal adalah
1. Buta mata kanannya...Kiram buta mata kanannya kerana diabetes
2. Mengaku beriman tetapi sebenarnya kejam...pengganas Kiram bertindak kejam membunuh pasukan keselamatan kita dengan mengorek mata, melapah, menetak dan potong kepala...
3. Menjalankan agenda proksi Yahudi dan Dajjal di negara lain (PKR - mata satu) untuk melemahkan umat Islam
4. Menceroboh hak, wilayah dan negara Islam untuk merampas kuasa.
5. Terus menipu dan berbohong untuk dapat simpati ramai.
6.Mengamal ilmu hitam bersekutu dengan syaitan untuk menang perang.

Inilah ciri-ciri Dajjal kecil yang ada pada Kiram dan para pengikutnya

kalu anwar yg kena fitnah cam ni dah saman 1oo juta tu...tapi PM kita seorang yg sangat baik ...biar orng buat dia jangan dia buat orang...saya sebagai pengundi atas pagar makin seronok melihat perangai pemimpin pembangkang ni...buatla mcm2 lagi....saya akan zahirkan diatas kertas undi nanti....tunggggggggu

Jangan cepat melatah.. kami di sabah tau apa berlaku di lahad datu... pembayang saya... Kenapa berlaku di pantai dan tanah felda? Sedangkan tanah drp kudat ke tawau sepanjang 1400km.. Kenapa pilih tanah FGV.. Ada udang di sebalik batu.. Kesilapan terbesar sebelum pilihanraya.. kami di sabah menunggu saat bubar kerana undi jawapan kami untuk pencetus huru hara di sabah.. malang kita kehilangan polis dan askar terbaik berpunca drp politik kotor yg mencipta memali, al maunah dan lahad datu..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu