Sunday, March 10, 2013

Cubaan Tenggelamkan Isu Lahad Datu dengan Sidang Media Kedua Azlan Lazim Esok

Menggunakan bapa kepada Saiful Bukhari untuk mengalihkan isu yang sedang berlaku di Lahad Datu sekarang bukan lah satu tindakan yang bijak . Malah kenyataan U-turn bapa kepada Saiful Bukhari mula menampakkan kegoyahan yang sedang berlaku dalam jentera Pakatan . Pemimpin-pemimpin Pakatan dan juga penyokong mereka masing2 konsisten mengatakan kenyataan U-turn yang dikeluarkan bapa Saiful Bukhari adalah benar . 





Peliknya, tidakkah mereka terfikir bahawa Saiful dan lain2 keluarga beliau masih konsisten mengatakan kejadian liwat adalah benar2 berlaku dan rayuan untuk kes ini dibawa ke  Mahkamah Rayuan akan tetap diteruskan . Nampaknya , pihak terbabit bijak memilih 'mangsa' untuk dipujuk . Mungkin mereka telah meneliti terlebih dahulu senarai bakal2 mangsa dan meneliti kelemahan mangsa . Dalam kes ini nampaknya Azlan Lazim paling lemah dan mempunyai 'masalah-masalah' tertentu. 

Dari petikan portal KLPos ;

"Saiful menjelaskan, seluruh keluarganya berasa terkejut dengan kenyataan bapanya, Azlan Mohd Lazim yang bertindak tanpa pengetahuan mana-mana pihak termasuklah dirinya sendiri.

Walaubagaimanapun, beliau yang sedih dengan insiden berkenaan melahirkan rasa terharu mendapat sokongan dari pihak keluarga dan mengesyaki bapanya telah dipergunakan beberapa individu yang berkaitrapat dengan Anwar."



Pengakuan Azlan Lazim itu disertakan dengan satu kenyataan bertulis dengan menggunakan nama Allah, Kenyataan itu dipercayai dikarang oleh orang2 tertentu untuk dibaca Azlan , penggunaan elemen Allah dalam kenyataaan bertulis adalah kononnya untuk menguatkan hujah . Tapi jangan lupa, Azlan sebelum ini pun pernah menggunakan elemen Allah semasa sumpah muhabalah Saiful . Nampak sangat, penggunaan nama Allah dipermainkan-mainkan beliau . 

Artikel lain dari KLPos memetik Dr. Hassan Ali dalam kenyataan media oleh beliau telah berkata ;

"Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak di peringkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri. Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.

Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan “U” Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka. Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya."


Walau apa pun yang berlaku selepas ini, kredibiliti Azlan sudah tercalar, samada dia insaf atau tegar bersama dengan individu yang 'menyuapnya' , kata-kata beliau selepas ini hanya akan menjadi bahan jenaka . Adakah press statement esok yang bakal dibuat oleh Azlan merupakan satu lagi U-turn atau untuk menidakkan kenyataan Saiful ? Sekiranya U-turn , maka gerombolan pemimpin dan penyokong Pakatan akan menuduh Azlan pula dibeli oleh UMNO . Tak apa lah kita tengok apa pula drama yang akan berlaku esok.

4 comments:

harap wartawan tanya soalan berapa banyak dah bayar anwar....

Kenapa bapa saiful buat kenyataan media secara tertutup??? Dalam kes ni siapakah yang kena liwat??? Saiful atau bapa saiful??? sesiapa pun boleh kata ada konspirasi termasuk keluarga terdekat saiful sebab mereka tak kena liwat...yang kena liwat saiful dan adengan liwat ni tak berlaku depan mata bapa saiful atau orang lain??? percaya pada saiful kerana beliau telah bersumpah laknat???

bapa saiful juga kena bersumpah laknat jika beliau tahu kebenarannya?

Simple... tanya Azlan tu...

1. Kenapa Saiful tak ikut sama buat pendedahan konspirasi ini?

2. Berapa banyak Saiful kena beli dengan UMNO?

3. Saiful tak share atau offer sikit ke dgn ayahnya hingga menyebabkan ayahnya sanggup berpaling tadah meninggalkan anak sendiri?

Mana-mana ayah yg bertanggungjawab tak buat seperti Azlan buat. Kalau tak setuju duduk diam-diam. Kalau ada fakta ketengahkan dengan jelas, bukan tembak ikut suka tanpa bukti kukuh. Jangan berlakon kehulu kehilir dengan anak lepas tu baru tersedar. Bodoh punya bapak!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu