Monday, February 11, 2013

Siapa menteri yang bertanggungjawab disebalik sabotaj program PM di Pulau Pinang ?

Seperti dijangka, program Tahun Baru Cina di Penang oleh BN yang dihadiri oleh Perdana Menteri disabotaj oleh juak-juak Pakatan , program yang menampilkan penyanyi sensasi dari Korea , PSY memancing ramai peminat-peminat tak kira dari pelbagai latar belakang politik. Malah ramai pengunjung dari luar Pulau Pinang yang turut hadir untuk menonton konsert 'free' itu . Kita dah jangka apabila wujud puak2 ekstremis dalam sesuatu majlis BN , mereka akan cuba jadi 'lebih sudu dari kuah' . Segelintir puak2 yang jadi tukang sabotaj dalam majlis PM itu dilihat cuba memalukan Najib dengan teriakan-teriakan tertentu. Malangnya, tindakan-tindakan provokasi ini seperti tidak cuba di 'lawan' balik oleh orang2 BN yang berada dalam majlis itu .



Kita faham, program berkenaan adalah program Tahun Baru Cina jadi adalah tidak manis untuk menggerakan gerombolan jentera UMNO ke majlis itu untuk menunjukkan kekuatan sokongan terhadap PM . Artikel ini ditulis untuk memberikan satu teguran pada Parti MCA dan Gerakan di Pulau Pinang . Sebagai parti yang didominasi oleh kaum Cina, apa salahnya MCA dan Gerakan menggerakkan jentera-jentera terkuat mereka di majlis itu ? Mana suara-suara sokongan kepada PM , apabila beliau cuba dimalukan oleh SEGELINTIR penyokong2 Pakatan yang hadir . Dilihat SEGELINTIR itu mempunyai suara yang lebih kuat dari MAJORITI yang hadir , namun mengapa tak ada suara yang keluar dari MAJORITI yang hadir ?

Kita tahu ada pemimpin2 tertentu MCA dan Gerakan bercakaran sesama sendiri , malah hal ini boleh kita nampak dalam ruangan twitter mereka . Tindakan bebal sebegini hanya akan merugikan parti dan BN itu masyarakat Cina itu sendiri . Tentu di kalangan rakyat berbangsa Cina akan mempersoalkan keupayaan untuk pemimpin-pemimpin ini membela mereka,sedangkan hubungan sesama sendiri juga porak peranda. Malah bukan di antara MCA dan Gerakan sahaja, namun ketidak sepaduan juga berlaku dalam parti itu sendiri . Artikel ini sebenarnya ditulis untuk menceritakan sedikit 'masalah' yang berlaku dalam parti MCA di Pulau Pinang, khususnya di Bayan Baru tempat penulis mengundi.

Penulis menerima maklumat dari seorang rakan yang tak pernah ditemui sebelum ini , mesej FB yang dihantar beliau kepada penulis berbunyi begini :

"my party penang chief is pressuring my boss, penang BN chairman to inform me that i cannot serve the people of bayan baru , i cannot attend any programs at bayan baru, i cannot be active at bayan baru, what a ridiculous !"

Bila saja terbaca mesej ini, hati penulis benar-benar terbakar . Muak benar dengan sikap sesetengah pemimpin BN yang menggunakan kuasa untuk kepentingan politik dalaman , sedangkan di kala 'peperangan' inilah sepatutnya hal-hal sebegini cuba dielakkan . Dari mesej yang diterima diatas, penulis berasa pelik mengapa perlu dihalang kerja2 kebajikan. Bukankah itu satu tindakan yang bodoh dan bangang dari pemimpin BN itu sendiri . Sangat-sangat bodoh hingga menimbulkan kepelikan melampau bagaimana seseorang yang mempunyai akal sebegitu rupa boleh dilantik menjadi "party penang chief" ?

Mesej diatas penulis terima dari seorang ahli MCA (David Yim) yang banyak berbakti pada masyarakat di Bayan Baru , sebelum ini penulis pernah mengeluarkan artikel mengenai beliau . Klik di LINK1 dan LINK2 untuk rujukan. Penulis tegas mengatakan David Yim tak pernah membayar hatta sesen pun pada penulis bagi menceritakan usaha-usaha kebajikan yang telah beliau lakukan. David bukan seorang yang kaya raya yang dengan mudah boleh menabur duit sesuka hati untuk mengangkat imej beliau. Sokongan yang diberikan penulis kepada beliau adalah kerana keikhlasan beliau dalam membantu rakyat tanpa mengira kaum.

Boleh saja tanya mana2 ibu tunggal atau penduduk2 Bayan Baru yang dihimpit kemiskinan siapa yang sering mereka cari untuk meminta tolong ? Dengan gaji yang tak seberapa diterima David Yim itu lah yang digunakan untuk membantu mereka ini ? Penulis tak rasa gaji David Yim sebagai pembantu khas melebihi RM2.5k . Malangnya keikhlasan David Yim dalam membantu rakyat di halang pula oleh pemimpin-pemimpin tertinggi MCA, malah khabarnya arahan datang terus dari seorang pemimpin MCA yang bertaraf Menteri !

Dari sumber-sumber tertentu , pemimpin MCA yang bertaraf Menteri ini yang sebenarnya menekan kepimpinan MCA Pulau Pinang untuk menyekat kerja-kerja kebajikan David Yim . Apa tujuan sebenar beliau , tidak dapat kita pastikan . Namun difahamkan pemimpin MCA yang bertaraf Menteri ini menyokong seorang "duri dalam daging" MCA Bayan Baru yang dikatakan agak rapat dengan parti PKR . Oleh yang demikian, tindakan Menteri ini dipersoalkan . Sebelum ini , Menteri yang sama telah berulangkali membuat kenyataan-kenyataan bodoh yang memalukan parti BN itu sendiri , salah satu yang tak boleh dilupakan ialah perbelanjaan sebanyak RM 1.5 juta untuk Fan Page Facebook kementerian yang beliau wakili ? 

Penulis harap untuk barisan kepimpinan negara yang akan datang , Menteri yang dimaksudkan tidak lagi terpilih. Jika benar BN mahu terus relevan kepada rakyat PM seharusnya menggugurkan terus Menteri yang dimaksudkan. Banyak lagi kepimpinan dalam MCA yang lebih berwibawa dari Menteri Facebook ini . Untuk kes David Yim , diharapkan kepimpinan tertinggi MCA, khususnya Presiden Dr. Chua Soi Lek supayaa membuka mata melihat senario ini . Sekiranya Dr. Chua bimbing kedudukan beliau terancam sekiranya mempersoalkan tindakan Menteri Facebook ini , harap kempimpinana tertinggi Barisan Nasional khususnya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin masuk campur. 

Penulis difahamkan Tan Sri juga dah dimaklumkan dengan perangai duri dalam daging yang rapat dengan PKR dalam kepimpinan MCA Bayan Baru . Di harapkan sesuatu dilakukan dengan segera, sekiranya salah pilih calon tak mustahil BN akan ditolak di Bayan Baru . Penulis adalah pengundi di Bayan Baru dan sekiranya calon adalah jenis "duri dalam daging" adalah lebih baik penulis memilih calon parti bebas . Untuk hal sebegini penulis terpaksa berbeza pendapat dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir , ya memang kita mahukan BN menang , tetapi sekiranya calon yang dipilih adalah kanser yang bakal dimasukkan kedalam BN apa guna kita pilih calon itu ?

*Diharap artikel ini dibaca dengan fikiran terbuka, kritikan yang dibuat adalah demi memastikan elemen2 negatif dalam BN terus di 'cuci' . Artikel dibuat dengan persoalan , tiada nama Menteri yang disebut , tapi kalau siapa yang makan cili dia lah yang terasa pedasnya . Kes David Yim adalah kes terpencil di kawasan Parlimen Bayan Baru , kita tak tahu mungkin ada kes-kes serupa yang lain, dimana sesetengah kepimpinan tertinggi yang terlalu gian berpolitiking mengeluarkan arahan2 bodoh serta bangang. Perlu diingatkan bagi manusia2 politik di sana untuk mengaitkan sabotaj yang berlaku pada hari ini dengan kes David Yim. Beliau hanyalah individu kecil dalam parti yang tak mungkin boleh melakukan apa2 sabotaj yang boleh mencemarkan imej BN. 

2 comments:

MCA harus belajar daripada kesilapan UMNO di K'tan.

UMNO K'tan lemah juga atas sebab yg sama... cah keting.

Dan untuk PRU13 ni, saya amat berharap, UMNO K'tan dah bersatu... walaupun Tok Pa tak reti nak memimpin (hya tahu buat kerja aje), pemimpin2 bahagian dan cawangan bersatulah!

Come la, tiada siapa menjangka apa yg DS Najib akan lakukan pada majlis tersebut lebih-lebih lagi mereka dari Pakatan Rakyat. Apa yang berlaku adalah respon secara sepontan.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu