Saturday, February 16, 2013

Sah ! Nick Xenophone yang ditahan di LCCT memang musuh negara


Kecoh hari ni di kalangan kem Pakatan dengan penahanan Senator Australia , Nick Xenophone di LCCT . Macam-macam tuduhan di lemparkan pada kerajaan kononnya tak diplomatik , halang kebebasan dan pelbagai lagi alasan 'cliche' yang sering mereka gunakan. Sebelum ini Xenophone pernah beberapa kali ke negara ini untuk bersama-sama dengan Anwar Ibrahim dan beberapa lagi pemimpin pakatan lain untuk menyertai Bersih 3.0 . Xenophone yang merupakan seorang Senator dari Australia telah mempersoalkan ketelusan pilihanraya di Malaysia , tindakan beliau itu dipercayai kerana adanya permintaan dari pihak Pakatan di Malaysia , khusus dari ketua umum PKR , Anwar Ibrahim .




Xenophone sebelum ini pernah mengutarakan isu ketidaktelusan pilihanraya di Malaysia dalam sidang parlimen negara itu, namun Menteri Luar Australia , Bob Carr telah menolak permohonan beliau dengan mengatakan Australia tidak akan terlibat dengan mana2 sistem pilihanraya di mana2 negara sepertimana Australia tidak suka dengan campur tangan asing dalam sistem pilihanraya di negara mereka. Dengan penolakan kerajaan Australia itu, dipercayai Xenophone telah menubuhkan sendiri kumpulan kecil terdiri dari wakil Ahli Parlimen negara itu iaitu  MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas

Penyertaan Xenophone dalam perhimpunan Bersih 3.0 tahun lepas sebenarnya juga dengan jelas beliau telah melanggar undang-undang negara ini dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau jelas  secara tidak langsung memberikan imej yang tidak baik kepada negara ini ? Bukan kah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh beliau itu menunjukkan beliau memang musuh bagi negara ini ? Blogger SatD dari blog Pure Shiite sebelum ini pernah mempersoalkan tindakan Xenophone menyertai Bersih 3.0 yang diadakan pada tahu lepas . Menurut undang-undang negara , sebagai seorang asing , adalah menjadi kesalahan bagi Xenophone terlibat dalam mana2 domenstrasi yang diadakan dalam negara ini 



Satu lagi sebab jelas mengapa Xenophone dianggap sebagai musuh negara ini adalah kerana peranan beliau dalam mensabotaj industri minyak sawit negara ini . Bila dah mensabotaj minyak sawit , ertinya mensabotaj pendapatan penduduk-penduduk FELDA , mensabotaj FELDA dan mensabotaj antara punca pendapatan utama dalam negara ini . Bukan kah itu boleh dianggap sebagai musuh utama negara ??? Dalam artikel aku yang lepas juga telah menyebut Xenophone ialah individu yang mensabotaj industri minyak sawit negara ini. (sumber) . Thank to my sifoo Uncle Fuad Omar who reveal this into detail . Sumber-sumber berikut jelas menunjukkan Xenophone menjadi dalam dalam mensabotaj industri minyak sawit negara ini .



Antara kenyataan Xenophone dalam artikel diatas ialah mendakwa minyak sawit dihasilkan dari pokok sawit yang ditanam dengan membersihkan hutan belantara di Malaysia, sekaligus mengancam kehidupan flora dan fauna. Hasutan Xenophone ini mendapat sokongan NGO World Wildlife Fund (WWF) dan Greenpeace. Oleh yang demikian boleh dikatakan Xenophone sepatutnya diharamkan datang ke Malaysiaa sejak tahun 2011 lagi memandangkan tindakan beliau yang cuba 'membunuh' ekonomi Malaysia melalui tindakan sabotaj industri minyak sawit di negara ini.  Dari laporan Berita Harian  (2011) , industri minyak sawit adalah penyumbang keempat dalam pembangunan ekonomi negara ini . Bayangkan apa akan berlaku kepada nasib peneroka-peneroka FELDA sekiranya industri ini disabotaj . Sah memang Xenophone musuh luar yang mengancam negara !


Selain Xenophone , Anwar dah menghimpunkan 'team' luar negara terdiri dari rakan-rakan beliau kononnya untuk memantau urusuan sistem pilihanraya yang akan diadakan di Malaysia kelak . Sebaiknya bukan Xenophone saja , malah rakan-rakan beliau ini juga sepatutnya diharamkan datang ke Malaysia . Mereka ini adalah catur-catur atau boleh dikatakan 'agen penggalak' untuk menggerakan 'Arab Spring' di Malaysia . Walaupun kemungkinan 'Arab Spring' untuk berlaku di negara ini sangat2 tipis , namun elok lah dibenteras terus akar-akarnya demi memastikan elemen negatif ini terhapus terus dari bumi Malaysia . Artikel mengenai 'team' Anwar dari luar negara telah ditulis , boleh rujuk di sini .






1 comments:

Kalau aku jadi PM (Nasib baik Najib jadi PM) ....aku akan jawab ...ikut suka aku la nak bagi sapa yang masuk Malaysia ....Sekarang aku perintah, kalau aku rasa orang ini akan merosakkan Malaysia, aku tetap akan halang depa... esok kalau depa perintah (Minta di jauhkan Allah), depa nak bagi Yahudi Mabuk masuk pun aku tak kisah...he ..he ataupun sebenarnya Nick Xenophone ini aada kena mengena dengan Nik Aziz ... sedara kot...tuu yang selalu mai Malaysia...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu