Tuesday, February 5, 2013

Pecacai PR Selangor cuba buat sabotaj dengan jadi 'pengundi hantu'?

Malaysiakini punya auta hari ni cukup mantap bila menjadi lidah penyebar DAP Selangor dengan mengatakan kononnya ada alamat2 rumah di Kuala Kubu Bharu digunakan 'pengundi hantu' untuk daftar pemilih. Tuduhan DAP ini disuarakan oleh Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Lau Weng San. Tuduhan yang dibuat itu adalah berasaskan surat yang diterima oleh penghuni rumah itu dari BN Selangor .

Surat dialamatkan kepada penama Melayu sedangkan yang menghuni adalah orang Cina. Dari penceritaan Weng San ni, perkara2 macam ni sebenarnya dah selalu berlaku, yea lah pertukaran alamat,penyewa asal berpindah ,kekeliruan apabila infrastruktur atau ada nama2 baru bagi jalan tempat yang dihuni dan sebagainya. Selain itu, satu lagi perkara menarik yg mungkin berlaku ialah tindakan SABOTAJ pecacai-pecacai Pakatan sendiri.

Kita tahu ada anasir2 jahat yang menyelinap masuk dalam UMNO, atau semasa proses pendaftaran pengundi oleh UMNO dan Barisan Nasional tetapi mereka akan memberikan alamat yang salah. Jadi apabila surat2 seperti ini sampai pada tuan rumah..bahalol2 yang sabotaj tadi seolah-olah cuba menimbulkan persepsi bahawa ada pengundi hantu...

NI TEKNIK LAMA SABOTAJ oleh pecacai2 , sejak PRU-PRU yang lepas pecacai selalu saja guna kaedah ni malah ada yang dah terkantoi memfitnah, tak percaya cuba rujuk balik surat2 khabar yang lepas2. Ha ha ha.

Seterusnya, kalau DAP bimbang sangat pasal pengundi hantu di Kuala Kubu baru, kenapa diaorang tak siasat dari duluuuu lagi bila menang je PRU 2008 ? Kan dah jadi kerajaan negeri patut lebih mudah nak menyiasat orang2 yg mereka katakan 'pengundi hantu' tadi . Nampaknya makin dekat tarikh PRU, makin menggelabah puak pecacai..masing2 dah takut hilang kuasa, keh keh keh.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

2 comments:

Assalamualaikum tuan. Mohon linkkan blog saya (eddyjugaks.blogspot.com - Gossip Rakyat) ke blog tuan. Blog tuan telah pun dipautkan di blog saya. Terima kasih ;)

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu