Friday, February 22, 2013

Majalah Luar Negara, Economist Intelligence Unit Ramal BN Menang PRU-13

BN akan menang pada PRU-13 ini , itulah yang dijangkakan oleh sebuah majalah luar negara Economist Intelligence Unit . Di kala sibuk pemimpin2 Pakatan mencanangkan kepada penyokong2 mereka bahawa mereka mampu tawan Putrajaya , namun persepsi yang lebih bijak dilihat oleh editor Economist Intelligence Unit dengan mengambil kira faktor-faktor yang lebih analitikal berbanding persepsi semata-mata. Laporan sebegini dijangkakan akan menyebabkan pemimpin-pemimpin dan penyokong mereka akan tak senang duduk . Maka tak lama lagi akan timbul cerita majalah ini sudah di 'beli' oleh UMNO atau mungkin juga alasan2 , majalah ini dari luar jadi mereka tak tahu urusan sebenar yang berlaku di Malaysia . Itu lah alasan-alasan 'cliche' dari penyokong-penyokong Pakatan bila sesuatu keadaan tidak menyebelahi mereka . 




Dari laporan KLPos ;

"Menurut majalah yang berpangkalan di London itu, keputusan pilihan raya akan datang jelas memihak kepada BN kerana agenda pembaharuan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonominya selama ini berjaya.

"Pakatan Rayat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghaang besar serta jauh ketinggalan menyebabkan EIU meramalkan BN akan jadi 'pemenang'.

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM 43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM 4.6 bilion," katanya.

EIU turut menjelaskan, janji yang ditabur oleh PR sering tidak ditepati termasuk pelbagai bantuan kepada isi rumah, bantuan kepada penuntut pra-sekolah, penuntut universiti dan warga emas.

Tambahnya lagi, Selangor hanya melaksanakan 15 peratus daripada 31 janji ketika pilihan raya 2008 dan ianya di sangkal oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan menyatakan manifesto bukan janji."


Rupa-rupanya janji-janji bulan dan bintang yang dibuat Pakatan demi mendapat sokongan bagi memenangi pilihanraya dah kecoh ke peringkat antarabangsa , mungkin juga dah jadi bahan ketawa sesama ekonomis-ekonomis antarabangsa yang sememangnya arif bahawa janji2 yang dibuat itu memang mustahil untuk dilaksanakan . Mereka akan tentu tertanya-tanya dari mana idea-idea sebegitu boleh timbul dari pihak Pakatan dan mungkin akan gelak besar sekiranya tahu orang yang mencadangkan idea-idea itu hanyalah mempunyai kelulusan ijazah am dalam bidang kesusateraan . 

1 comments:

HAHAHAHA .... KALAU BETUL RAMALAN NI, NAJIB TAK TUNGGU SESAAT PUN ........ JANGAN BERANGAN LA BN NAK KEKALKAN KUASA. DENGAN UNDI CINA YG TINGGAL HANYA 6%, BN DIJANGKA HANYA MAPU MEMPERTAHAN 95 DARIPADA 222 KERUSI PARLIMEN. KEPADA ORANG2 UMNO, TOLONG JANGAN SEDIH.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu