Pada satu ketika dulu, ketika UMNO dalam kealpaan telah terluah satu ucapan yang tak terjangka oleh mana-mana ahli UMNO pada ketika itu daripada bekas Presiden UMNO sendiri . Mungkin mana-mana pemimpin UMNO masih ingat ungkapan "UMNO Busuk Hingga Ke Usus" yang keluar dari Tun Dr. Mahathir . Sekiranya kemarahan bekas Presiden boleh menimbulkan ayat yang begitu menghinakan UMNO , apatah lagi perkataan-perkataan yang timbul dari suara hati rakyat Malaysia .
Ramai ahli-ahli UMNO yang ikhlas dalam perjuangan 'memboikot' parti pada PRU 2008 bagi memberi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang dilihat semakin lupa diri dek mabuk dengan kekuasaan yang ada. Begitu juga dengan tindakan rakyat yang sebelum ini menyokong kerajaan bertindak melakukan perkara yang sama, samada tidak turun mengundi atau mengundi parti lawan . Keputusan PRU-2008 nyata telah menzahirkan suara rakyat Malaysia dimana kerajaan memerintah kehilangan 5 negeri dan gagal mendapat 2/3 kerusi parlimen .
Ini kerana masih ada SEGELINTIR di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian masih 'selesa' dengan cara yang lama , cara yang menjaga kepentingan diri masing-masing ,cara yang memperlekehken usaha-usaha yang dibuat oleh ahli-ahli di peringkat bahagian dan cara yang menolak idea-idea baru dari golongan muda . Bila Najib berkata calon yang mewakili UMNO mestilah terdiri daripada calon boleh menang iaitu 'winnable candidate' , maka berbondong-bondonglah ketua-ketua bahagian dan yang feeling-feeling ketua bahagian mengaku mereka adalah 'winnable candidate' , walhal hakikatnya sifat hipokrit mereka di peringkat akar umbi dan ahli-ahli di bahagian dah terserlah .
Dr. Mahathir pernah berkata , ramai professional cuba masuk parti UMNO tetapi seolah-olah dihalang kerana ketua cawangan atau ketua bahagian bimbang orang-orang cerdik pandai ini akan menyayingi mereka kelak . Oleh itu sesetengah ketua cawangan atau ketua bahagian yang mempunyai sifat ini hanya akan membenarkan orang2 yang dirasakan tidak menjadi ancaman kepada diri mereka . Sekiranya proses ini berterusan , maka UMNO akan dipenuhi oleh golongan-golongan yang bodoh sombong. Kata-kata Dr.Mahathir ini sepatutnya dicetak dan ditampal dalam setiap pejabat UMNO bahagian supaya sifat 'sedar diri' ada pada diri masing-masing .







0 comments:
Post a Comment