Wednesday, February 27, 2013

Kebimbangan Pelabur Sekiranya BN Tewas : Morgan Stanley

Morgan Stanley adalah sebuah syarikat multinasional dari US yang mana perkhidmatan syarikat itu adalah berkaitan dengan pengurusan kewangan , syarikat itu melalui anak-anak syarikatnya menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan kepada syarikat-syarikat korporat, institusi kewangan , perbadanan malah sebuah kerajaan . Tiga teras perniagaan bagi syarikat ini ialah ;




i.  Institutional Securities 
ii. Global Wealth Management Group
iii. Asset Management

Bagi mereka yang terlibat dalam sektor-sektor di atas , Morgan Stanley bukan lah satu entiti yang asing lagi. Kalau dalam industri minyak dan gas , kredibiliti syarikat ini boleh dikatakan setaraf dengan Shell iaitu antara syarikat multinasional untuk industri minyak dan gas yang kukuh. Sejarah Morgan Stanley bermula sejak tahun 1935 lagi . Oleh itu kredibiliti pekerja-pekerja dalam syarikat ini adalah jauh lebih tinggi dari seorang 'pakar ekonomi' dari sebuah syarikat perbankan tempatan  .  Kalau masih ingat, seorang 'pakar ekonomi' dari Bank Islam yang juga khabarnya ahli bagi sebuah parti pembangkang berkata keputusana PRU-13 bakal memihak Pakatan Rakyat . 


Dari laporan yang dikeluarkan oleh MalaysianInsider , MorganStanley dalam kajiannya menyatakan seperti berikut ;

“The political landscape ... would be important in terms of whether policymakers can engineer a sustainable inflexion point in Malaysia’s structural story,” according to the report made available to The Malaysian Insider.

On the other hand, if the ruling BN loses by winning less than 50 per cent of the seats up for grab, investors would likely see this as a “negative risk event”, Morgan Stanley noted.

These risks would then affect leadership and government stability, postponing the reform agenda undertaken by the country in the near term until political stability is restored.

Morgan Stanley suggested that near-term continuity in policy and reform agenda will come from maintaining the status quo."

Secara ringkasnya, MorganStanley berpendapat  BN perlu menang dalam PRU-13 ini untuk keyakinan para pelabur . Kekalahan BN boleh dianggap satu risiko yang negatif bagi pelaburan , risiko2 ini akan memberi kesan kepada kestabilan kepimpinan dan kerajaan dan memperlahankan agenda transformasi negara . Kenyataan MorganStanley adalah berdasarkan fakta kemasukan pelabur-pelabur ke dalam negara ini adalah melalui polisi-polisi bijak kerajaan BN , selain mempunyai pengalamaan pemerintahan negara dengan aman dalam jangka masa panjang , disamping penyediaan fasiliti2 yang mencukupi. Semua faktor ini adalah faktor yang diperlukan bagi satu pelaburan yang baik. Oleh itu boleh dikatakan, rakyat Malaysia mengambil risiko terhadap kesan perkembangan ekonomi dan pelaburan dalam negara ini sekiranya memilih PR untuk mengambil alih Putrajaya. 

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu