Friday, February 15, 2013

Karisma Najib Teruji Lagi : Hadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Anjuran Dong Zhong

PM dah mengesahkan kehadiran beliau di satu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina , anjuran Dong Zhong. Kalau diikutkan laporan-laporan yang lepas kita memang tahu Dong Zhong ni satu pertubuhan pendidikan masyarakat Cina , yang perjuangan2 pendidikan mereka dilihat agak 'racist' apabila mengemukakan pelbagai tuntutan2 yang sensitif . Sekiranya baru-baru ini di Pulau Pinang , PM cuba dimalukan oleh sebilangan penyokong2 DAP semasa persembahan PSY di Rumah Terbuka BN, Pulau Pinang . Entah apa pula yang akan dilakukan golongan-golongan yang cenderung menyokong DAP ini sekiranya PM menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan mereka. Najib mungkin ada cara beliau yang tersendiri, mungkin ini lah satu-satunya cara untuk melihat sendiri sokongan masyarakat cina kepada BN . Laporan-laporan dari pegawai-pegawai dah tak boleh pakai barangkali kerana mungkin syndrome kipas-mengipas ni masih berakar-umbi dan sukar dikikis .


Walau apa pun keputusan Najib, kita akur . Najib sendiri mungkin sedar beliau akan di 'malu' kan sekali lagi oleh orang ramai di majlis sambutan tahun baru cina itu. Dari komen-komen yang ditunjukkan di Malaysiakini, tak mustahil pemimpin2 PR khususnya dari DAP sedang menggerakkan kekuatan sokongan mereka ke majlis itu . Mungkin berpakaian dan berlagak seperti orang awam dan tak mustahil akan cuba melakukan provokasi kepada PM semasa beliau berucap . Hal-hal sebegini memang dirancang mereka . Pada pendapat aku , Najib seharusnya bertindak seperti Tun Dr. Mahathir bagi menghadapi situasi2 sebegini, Tun memang dah banyak kali cuba di malukan oleh banyak pihak , tetapi reaksi Tun tenang dan jawapan diberikan pada provokasi amat sarcastic dan memalukan semula pada pihak yang cuba memalukan beliau .

Mungkin elemen seperti ini lah yang perlu ada pada diri Najib sekarang. Rileks , cool, tenang dan tak menggelabah bila kena provok . Sikap menggelabah ini lah yang sebenarnya dimahukan oleh pecacai2 seterusnya untuk dimainkan dalam media dan maya untuk perlekehkan karisma Najib.  Najib kena ada elemen mulut 'bisa' macam Tun atau dalam erti kata lain 'sarcasm' , skill ini adalah sangat2 perlu untuk menghadapi pemimpin-pemimpin pembelit Pakatan . Mungkin untuk majlis sambutan tahun baru Cina anjuran Dong Zhong yang akan beliau hadiri nanti, ucapan2 yang diberi perlu lebih berpijak atas bumi yang nyata , bersedia untuk menjadi lebih responsif terhadap apa saja kemungkinan dengan jawapan yang bijak tetapi pedas .

And last but not least, harapnya tak adalah pegawai2 pengampu berada di sekeliling pandai2 bercakap ask to do this and that . Ini lah masanya untuk Najib tunjukkan karisma sebagai seorang pemimpin yang boleh berdepan dengan sekumpulan manusia yang cuba memperlekehkan beliau.

8 comments:

Dan yg pasti PM kita akan berucap dalam bahasa inggeris di majlis kaum cina.

Teringant aku akan slogan/pepatah "Bahasa Jiwa Bangsa".

Pembetulan : Teringat bukan Teringant, harap maaf.

Di majlis itu nanti najib akan bagi macam2 lagi kat Dong Zong, percayalah...siapakah yang akan beruntung dan siapa pula yang rugi, sama2 kita nanti dan dengarkan

kena belajar lebih banyak dengan Tun Dr.M , tapi tentulah ada gaya tersendiri... pasal bahasa tu ,elok lah PM cakap bahasa melayu terus .. bukannya semua orang cina faham bahasa english , dah ramai dah aku jumpa... cakap english tunggang langgang, tapi gigih cakap jugak sebab nak nampak urban..keh keh keh

kredibiliti najib di majlis2 cina, DAP dan psy sebelum2 ni, tambah pulak dong zong lepas ni, membuktikan najib memang anak jantan dan lelaki sejati.

najib ni gatai sgt nak pi majlis cina racist ni. diaorang nak mintak mcm2 la tu. pilihanraya dah dekat.puiii

Benar membrehek..jelas Najib wira yg berani berada dimana2 walau ditmpt lwn. Org2 yg tak berfikir dgn akal akan kata itu dan ini, namun, bygkan nasib bangsa yg masih tertinggal ditmpt lwn itu? Sebagai pemimpin yg cekal dia ttp kesana. Ibarat ayah/ibu yg akan bermati matian meyelamatkan anaknya dlm bahaya ditangan penjenayah. Atau, ada yg senang2 tinggalkan saja dan selamatkan diri itu lebih mulia?

Beranikah pemimpin lain lakukan demikian? Atau sekadar berani bersama2 puak mereka sendiri? Ibarat Jaguh Kampung..fikir2lah..
Najib dijemput, dia pasti sedaya upaya hadirkan diri. Atau saja kita yg menjadi pengecut? Maka, wajiblah dia menjadi Pemimpin yg blh kita harapkan. Jgn jadi spt N.Ajis dan sekutu2nya yg hanya menunduk pada telunjuk DAP.

Jangan jadi Anuar.. berdepan dengan Umi pun dah buat dia terkencet dalam seluar melarikan diri...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu