Wednesday, February 13, 2013

Agenda Terancang Meminggirkan Kaum Melayu di Jelatek

Projek PKNS Datum Jelatek , kerajaan PR Selangor nampaknya lebih mementingkan golongan-golongan yang kaya raya. Malah mungkin hanya beberapa persen golongan yang kaya raya di negara ini yang mampu membeli hartanah di Datum Jelatek . Mungkin disebabkan ini lah pelancaran Datum Jelatek dibuat di Singapura bagi menarik pembeli-pembeli di negara jiran itu. Kalau dulu kawasan Jelatek majoriti penduduknya adalah orang Melayu, apabila projek ini siap kelak penduduk-penduduk Melayu yang berada di sekitar kawasan ini mungkin akan beransur keluar secara perlahan-lahan. Maka hilanglah satu lagi kubu kuat UMNO di Kuala Lumpur iaitu Parlimen Setiawangsa .


Projek Datum Jelatek dah diteruskan, dah ada perjanjian dan segala kontrak yang berkaitan , jadi adalah mustahil bagi kerajaan Selangor sekiranya BN mengambil alih untuk menghentikan semua ini . Mungkin langkah yang terbaik adalah dengan membina sebuah apartment kos sederhana khas untuk bumiputera berhampiran kawasan ini bagi mengimbangi komposisi kaum. Sekarang fungsi PKNS dah tak seperti dulu lagi iaitu menyediakan perumahan mampu milik , PKNS lebih cenderung untuk mengaut keuntungan di bawah pemerintahan PR di Selangor .  Petikan artikel KLPos ;


"Pembinaan Datum Jelatek juga dijangka akan menggalakkan pembangunan-pembangunan lain di kawasan sekitarnya iaitu di kawasan penempatan majoriti kaum Melayu.

Sekiranya dilihat dari sudut demografi politik, pembangunan kawasan elit ini dijangka akan merubah peratusan pengundi berbangsa Melayu yang sebelum ini mendominasi jumlah pengundi keseluruhaan bagi Parlimen Setiawangsa. Dari keputusan pilihanraya 2008, untuk Parlimen Setiawangsa (P118), jumlah pengundi mengikut peratusan kaum adalah 56.44% bagi kaum Melayu, 33.23% kaum Cina dan 19.13% kaum India.

Penduduk-penduduk dari kaum Melayu yang mendapat pampasan dari pembangunan ini akan berpindah ke kawasan kediaman yang lain seterusnya memberi kesan dalam komposisi seperti yang dinyatakan diatas. Mungkin apabila projek ini siap sepenuhnya kelak komposisi kaum yang mendominasi jumlah pengundi keseluruhan akan berubah.

Sebelum ini, beberapa penduduk flat yang enggan berpindah mempersoalkan penerimaan wang pampasan yang ditawarkan oleh PKNS. Penduduk mendakwa, PKNS pada tahun 2009 telah bersetuju untuk memberi pampasan berjumlah RM250,000 hingga RM300,000 bergantung kepada saiz rumah, manakala antara RM400,000 hingga RM500,000 bagi rumah kedai."

Klik sini untuk baca artikel penuh

2 comments:

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

DiSARANkan pihak Tuan memBONGKAR jugak 'PERANAN' beberapa PEGAWAI Kerajaan di Pejabat Daerah/TANAH di Selayang/Gombar yang bermain TALAM dua MUKA dalam PROJEK ini..

Makan GAJI dengan Kerajaan PUSAT tapi bukan main lagi mengutuk Kerajaan PUSAT..

Wallahualam..

kalau ada info mohon email bro Tukang Dok Perati

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu