Saturday, January 19, 2013

Tuntutan RM207 billion : Kerajaan Jepun dah berang dengan Nizar?

Berita Harian dalam laporan mutakhirnya pada tengahari tadi mendedahkan kerajaan Jepun macam 'bengang' dengan tindakan 'mulut busuk' seorang pemimpin parti pembangkang yang menyebarkan cerita kononnnya RM 207 billion telah diberikan kepada kerajaan Malaysia untuk pampasan buruh paksa di Japan . Unfortunately... semuanya pembohong belaka , ramalanku benar belaka .. Nizar terperangkap dengan 'game' beliau sendiri . Paling tak boleh tahan , boleh tergelak keras perut bila tengok dia punya 'tweet' tengah hari tadi .. konarrr baikkkk punya , Kah kah kah . Sebelum ni rakan  blogger SatD pernah membongkarkan penipuan yang dirancang Nizar ini . Gua sambut.. tulis dalam bahasa melayu je , dalam bahasa english lobai2 PAS tak faham pulak (sumber)



Laporan susulan KLPos pulak menunjukkan dengan jelas Nizar punya 'spin'... kah kah kah , serious seronok bila tengok orang yang beria-ia membawa cerita penipuan terkantoi dengan teruk sekali . Berdabel-dabel kantoi . Dari petikan KLPos ;

"Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah , kerajaan Jepun meminta Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan dakwaan palsu itu . Perkara itu terkandung dalam surat dihantar Pejabat Kedutaan Jepun kepada Malaysia. Datuk Seri Ahmad Husni juga memaklumkan pihak yang terbabit juga telah memalsukan memo yang dikeluarkan pegawai perbendaharaan negara.

Nizar dalam laman 'twitter' beliau seolah-olah cuba memberikan respon berhubung perkara ini dengan mengeluarkan 'posting' yang dilihat agak terpesong dengan kenyataan asal beliau mengenai pampasan berjumlah RM 207 billion .




Kenyataan 'twitter' Nizar langsung tidak menyebut berkenaan pampasan RM 207 billion tetapi mempersoalkan 'wang darah' yang dibayar oleh kerajaan Jepun digunakan oleh kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir untuk menubuhkan MISC.

Untuk rekod pada tahun 1967, kerajaan Malaysia yang pada ketika itu masih dibawah kepimpinan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman , melalui perjanjian dengan kerajaan Jepun yang bersetuju memberi RM 25 juta kepada Malaysia untuk pembelian 2 buah kapal dagang dari negara Jepun. Pembelian kapal dagang ini merupakan titik tolak penubuhan syarikat perkapalan negara MISC.

Melalui perjanjian itu juga Malaysia dan Jepun bersetuju, pemberian RM 25 juta dalam bentuk 2 buah kapal dagang dari Jepun itu merupakan tuntutan yang terakhir . (rujukan penulisan Danny Wong Tze-Ken Department of History, Universiti Malaya )"

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor