Friday, January 11, 2013

'Tarik Tali' antara kerajaan PR Selangor & SYABAS punca masalah air ?

Masalah air di Selangor dan Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur dah mula sampai ke satu peringkat yang lebih serius . Selagi kerajaan negeri Selangor masih mahu bermain politik dengan SYABAS , selagi itu lah masalah ini akan berterusan . Kerajaan PR Selangor kononnya dah buat pelbagai kajian untuk mengatasi masalah ini dan bermacam2 hal lagi , jadi apa masalahnya sekarang ? Teruskan sajalah dengan projek 'teknologi membran' yang diwar-warkan sebelum ini , teruskan saja lah kerja2 menaiktaraf loji2 air sedia ada di Selangor bagi menjamin tiada lagi masalah air berulang . Apa yang dilakukan oleh kerajaan PR Selangor sekarang ialah bermain tarik tali dengan SYABAS . Sebagai kerajaan negeri , kepentingan rakyat harus diutamakan , biarkan rakyat dapat air dulu dan pada masa yang sama kalau nak ambik alih SYABAS teruskan saja !


'Game' yang dimainkan oleh kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PR sekarang tersangatlah memudaratkan rakyat negeri ini . Kalau benar2 prihatin dengan rakyat , kerajaan negeri boleh saja melantik pemantau mereka di rumah2 PAM yang di uruskan SYABAS untuk memastikan tiada masalah berlaku dek 'ketidakcekapan'' SYABAS dalam menguruskan air . Sekiranya ada kerosakan pam , atau kekurangan barang2 'spare-part' , kerajaan negeri boleh terus 'alert' dan buat sesuatu sebelum menjadi masalah yang besar kepada rakyat . Alasan kerajaan negeri yang berulang-ulang kali dinyatakan ialah SYABAS tak reti urus air ? Kalau tak silap aku , kerajaan negeri ada 'share' dalam SYABAS , segala aktiviti , keluar masuk duit akan dimaklumkan pada pemegang 'share' . Misalnya , sekiranya ada masalah untuk SYABAS memperoleh alat2 ganti bagi rumah pam dek kekurangan dana , selaku pemegang 'share' kerajaan Selangor harus 'alert' dan bagi bantuan dan bukannya tunggu dan lihat hingga bencana berlaku ! Nyata sekali SYABAS cuba dijadikan kambing hitam oleh kerajaan PR Selangor 

Dari KLPos ;

"Kerajaan Negeri Selangor tidak seharusnya menuding jari dan menjadikan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas) sebagai Kambing Hitam bagi mengelak dari tanggungjawab menangani masalah krisis air yang sedang berlaku di negeri itu.



Presiden Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, beliau berasa kesal dengan tindakan Kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyalahkan Syabas dan kerap menyatakan alasan yang tidak munasabah berkaitan projek penyenggaraan yang dicadangkan Kerajaan Barisan Nasional.

"Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim terlalu kerap menyatakan alasan yang tidak munasabah dan memberi maklumat yang tidak pernah benar.

"Saya lihat Kerajaan Negeri Selangor malu untuk mengaku bahawa ini adalah kejayaan daripada kerajaan Barisan Nasional," katanya  ketika ditemui ketika di temui di Flat Pandan jaya di sini semalam."

2 comments:

....................../´¯/)
....................,/¯../
.................../..../
............./´¯/'...'/´¯¯`·¸
........../'/.../..../......./¨¯\
........('(...´...´.... ¯~/'...')
.........\.................'...../
..........''...\.......... _.·´
............\..............(
..............\.............\...

Post a Comment

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor