Saturday, January 5, 2013

Pukul Wartawan : Hipokrasi 'Golongan Tertentu' dalam Menyampaikan Protest

Teringat satu kejadian yang berlaku di Padang Kota, Pulau Pinang semasa Himpunan Hijau diadakan di padang itu . Keadaan menjadi tak terkawal pada hari itu kerana program yang bertembung , satu program di 'Speaker Corner' oleh mereka yang menentang pentadbiran DAP di negeri itu , satu lagi golongan penyokong Himpunan Hijau yang kebanyakkkannya terdiri daripada penyokong2 DAP . Tiba satu ketika ,keadaan menjadi agak kecoh . Salah seorang wartawan akhbar Cina berasak dengan kumpulan yang menentang pentadbiran DAP itu tadi . Tindakan lelaki itu yang terlebih dahulu melepeskan 'sekeping' flying kick telah mencetuskan kemarahan dan berlaku lah tindak balas reaktif . Akhirnya , si wartawan tu kena belasah ... tapi takde la teruk sangat . Ha ha ha , menariknya isu itu disensasikan oleh DAP dan akhbar2 Cina mengenai hak2 wartawan yang dicabuli .


Lepas kejadian tu, wartawan-wartawan ini seolah-olah cuba menyalahkan polis dan semacam ingin memberi imej yang buruk pada pasukan yang menjaga keselamatan negara itu . Satu demo telah diadakan oleh wartawan2 ini di depan balai polis . Ha ha ha .. mentang2 lah PDRM tu badan dalam kerajaan , jadi wartawan2 ini cuba menangguk di air yang keruh . Kita faham apa tujuan mereka pada ketika itu . Cuba memainkan persepsi bahawa media 'tak selamat' lagi sekarang. Kononnya kerajaan DAP Penang lah yang paling bagus selama ini dalam menjaga kepentingan media.


Mungkin tuhan nak tunjuk dan bagi buka mata untuk orang2 yang masih lagi buta . Jadi satu kejadian yang hampir serupa telah berlaku di mana kali ini , wartawan juga di belasah . Belasah kali ni bukan 'ringan2' macam si Adam Chew kena di Padang Kota tu . Tapi dibelasah sampai masuk wad . Siapa yang belasah ? kalau tak lain tak bukan anggota unit sukarelawan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang.  Bukan kes berat apa pun, wartawan tu cuma nak buat kerja dia sebagai REPORTER , melaporkan satu kejadian di kawasan berhampiran . Malangnya si tukang pembuat berita jadi bahan berita pula bila dibelasah oleh mereka yang dilantik kerajaan negeri untuk JAGA KEAMANAN !



Bila dah terkena batang hidung sendiri , dan dipukul oleh 'geng2' sendiri , mengapa tak diadakan saja demo di depan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang ? Seperti yang mereka lakukan di depan balai polis ? Jadi terserlah ke hipokritan mereka ini . Atau mungkin takut dijadikan target oleh Pasukan Peronda Sukarela yang ditubuhkan DAP di negeri itu ? Tindakan Pasukan Peroda Sukarela DAP Pulau Pinang yang sesuka hati memukul wartawan lebih mirip kepada perbuatan ahli kongsi gelap berbanding badan yang bertanggungjawab jaga keselamatan orang awam. Boleh tadbir negara dah ada perkara2 macam ni, minta simpang lah mereka ni tadbir negara kita . Entah apa jenis lagi penindasan yang boleh dilakukan. 

2 comments:

Dap ni bukanlah sebuah parti politik tetapi hanyalah sebuah pertubuhan bangsa cina tetapi olih kerana dah kawan kamcing dengan pkr dan pas maka bertambah samsinglah mereka kerana pkr dan pas mengajar mereka.pkr dan pas dah ada pasukan srndiri jadi dap pun memperbesarkan lagi pasukannya.cuma pkr dan pas terlalu bodoh dan tak mampu untuk membeli 2000 unit walkie talkie.kita tengoklah nanti apa yang dap beli lepas ni.

Jangan lupa Bintang Tiga yang "memerintah" negara ini buat beberapa hari selepas tentera Jepun menyerah kalah dan sebelum British sempat kembali mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu. Jangan lupa kekejaman Cina terhadap Melayu pada masa itu.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor