Monday, January 7, 2013

Pudin cadangkan perbelanjaan kes mahkamah libatkan pensyarah ditanggung pihak universiti ?

Tajuk Malaysiakini yang tak boleh belah ... "Tim menteri : Universiti patut bantu Aziz Bari" .  Statement populis dari seorang ahli UMNO yang 'feeling' intelek siapa lagi kalau tak bukan si Saifudin Abdullah. Dari Malaysiakini si Saifudin ni berkata ;

"Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, universiti sepatutnya menjaga dan membela kebajikan pegawainya termasuk bertanggungjawab memberi khidmat guaman kepada pensyarah sekiranya didakwa di mahkamah. "

Aku berpendapat , universiti tak perlu membazirkan wang untuk membela pensyarah-pensyarah yang melakukan kesalahan tata-tertib . Kalau dilayan makin lama , makin besar kepala .. al-maklum lah ada bantuan guaman yang disediakan universiti . Kalau kesalahan pensyarah contohnya mencabul , memfitnah , pecah amanah dan lain2 lagi ada pembelaan dari pihak universiti maka melompat sakan lah pensyarah-pensyarah seperti ini . Maka universiti di Malaysia ni akan jadi bahan ketawa universiti2 di negara-negara lain dek kerana sistem yang dicadangkan oleh seorang Tim. Menteri .


Di kala universiti-universiti di dunia berlumba-lumba untuk menjadi pusat pendidikan terulung dengan menambah baik kemudahan-kemudahan di universiti , mengupah pensyarah-pensyarah berkualiti , menyaring kemasukan pelajar2 yang berkualiti dan macam2 lagi perkara untuk pembangunan universiti , Si Tim. Menteri ini pula sibuk mencadangkan sesuatu yang agak luar biasa . Duit universiti dihabiskan untuk membela pensyarah2 yang ada masalah dengan undang-undang . Yea lah , misalnya kalau pensyarah didakwa di mahkamah kerana kes songlap duit , atau kegagalan bayar hutang etc , takkanlah pihak universiti pun nak diheret sama ?

Pensyarah-pensyarah sebegini dah tentu akan memberi kesan kepada penyampaian pengajaran mereka kepada pelajar2 . Misalnya masa aku belajar dulu , terpaksa ambik option dari Fakulti Pengurusan , si pensyarah tak tumpukan pada topik pembelajaran hari itu , dari masa sejam diperuntukkan .. boleh kata 50% daripadanya bercerita pasal politik . Muka2 'student' nampak meluat dan menyampah dengan sikap pensyarah macam ni . Pasal kes Aziz Bari ni rasanya dia yang menyaman Zul Nordin , ini gara2 mulut takde lesen mempertikaikan titah Sultan Selangor . Mungkin terasa diri terlalu pandai , maka hilang telah rasa hormat beliau kepada Sultan . Dari carian di Google , apa yang aku nampak si Aziz Bari yang sibuk menyaman ke hulu ke hilir . Jadi adakah si Tim. Menteri mahu universiti keluarkan duit untuk bantu Aziz Bari dalam kes menyaman ? Kalau betul boleh buat macam tu , alangkah bahagia la staf-staf universiti di Malaysia ni .



Ok , aku bagi satu contoh yang agak kelakar ..  sorang pensyarah A mahu menyaman pensyarah B kerana dikatakan telah membuat fitnah . Pensyarah A dan pensyarah B masing2 mengajar di universiti C . Kalau ikut kepala si Saifuddin Abdullah , pihak universiti C perlu bagi bantuan guaman pada kedua-dua pensyarah . Pensyarah A dapat peruntukkan universiti untuk saman pensyarah B , dan pensyarah B dapat peruntukkaan darri universiti untuk bela diri dari saman pensyarah A . Dalam situasi macam ni , siapa yang kelihatan seperti orang bodoh ? A, B atau C ??  Jawapan akau senang je... bukan A, B atau C , tetapi yang bodoh adalah orang yang mencadangkan polisi sebegitu untuk dimplementasikan . Pelik aku dengan perangai sesetengah manusia ni , kalau ye pun nak jadi popular, tolonglah cadangkan sesuatu yang make sense.

1 comments:

siapa ye calon winable bn utk parlimen temerloh? kalau masih letak pudin dolah ni...tolonglah!!!!

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu