Thursday, January 10, 2013

Peserta HKR Bakal Mengganas Lagi Seperti Bersih 3.0?

"Himpunan Kebangkitan Rakyat" mungkin ini lah himpunan terkakhir yang akan di adakan oleh golongan2 yang bercita-cita 'gulingkan' kerajaan dengan cara yang digunakan di Timur Tengah . Tinggal satu hari saja lagi sebelum 'kegilaan' ini bermula . Bezanya keadaan di Malaysia dan kebangkitan di Timur Tengah ialah majoriti rakyat yang bangkit disebabkan tiada pekerjaan , dihimpit dengan kemiskinan , masalah ekonomi yang meruncing dan sebagainya . Tetapi di Malaysia , pendemo2 terdiri daripada golongan yang berkerjaya , berkereta , ada tempat berteduh, cukup makan , malah terlebih makan (lihat saja perut bulat pencetus HKR ni yang juga seorang Timbalan Presiden PAS .. bukankah itu sindrom terlebih makan? ) . Jadi,  dengan serba serbi kehidupan yang boleh dikatakan 'lavish' di Malaysia ni .. entah apa lagi yang golongan ini tak berpuas hati ? Kita sedia maklum, golongan ini begitu dahagakan kuasa kerana bagi mereka dah terlalu lama BN memegang kuasa . Sebenarnya bukan salah BN lama memegang kuasa , cuma peranan yang dimainkan oleh pembangkang itu yang sebenarnya membuatkan rakyat 'cemuih' untuk memilih mereka .



Secara peribadi , pada aku pembangkang di Malaysia tak perlu bersikap agresif untuk ambil alih tampuk pemerintahan negara . Biar lah rakyat sendiri menilai , hujahkan saja perkara2 yang tidak ada kata sepakat dalam parlimen dan sebarkan di media2 anda . Namun dengan tindakan menghasut rakyat untuk turun ke jalanraya bila saja ada usaha2 pembangunan dalam negara adalah umpama strategi terdesak untuk merampas kekuasaan . Dalam perhimpunan-perhimpunan yang lepas , mereka dilihat gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat . Yang hadir hanyalah mereka yang benar2 boleh dianggap  'totok' yang tegar . Mereka berarak di jalanraya supaya menampakkan seolah-olah tindakan mereka itu adalah tindakan yang mewakili keseluruhan rakyat di negara ini . Walhal jumlah yang hadir tidaklah seperti yang digembar - gemburkan . Apabila 1kg beras diletakkan dalam bekas yang kecil tentulah bekas tu nampak seolah-olah penuh , cuba diletakkan pula 1kg beras didalam bekas yang besar?

Pemimpin politik yang menjadi tunjang kepada HKR mendakwa mereka mampu membawa ratusan ribu orang menyertai perhimpunan ini , dah stadium merdeka dijadikan lokasi perhimpunan . Tetapi sekiranya benar apa yang dikatakan tentulah stadium merdeka itu akan penuh sesak dengan peserta2 demo ini , malah sebenarnya kapasiti stadium merdeka itu sendiri tak dapat menampung jumlah yang digembar-gemburkan. Oleh yang demikian , Mat Sabu sepatutnya memilih untuk kekal di Stadium Bukit Jalil iaitu lokasi yang mula2 dipilih untuk HKR , namun mungkin kerana risau stadium nampak 'rompong' dengan jumlah kehadiran ,jadi Mat Sabu memilih untuk pilih stadium yang lebih kecil . Ini lah analogi 'beras' yang aku nyatakan di atas. Satu hal yang menarik untuk difikirkan ialah ada kah peserta2 HKR ini akan cuba melakukan provokasi untuk menjadikan HKR ini menjadi kacau bilau? Dikhabarkan mereka akan berarak menuju ke stadium ? Adakah perarakan ini perlu ? Berdasarkan pengalaman2 yang lepas..kita boleh jangkakan apa yang akan berlaku.  Mungkin kali ini akan menjadi lebih ganas ?

3 comments:

Benci aku kepada pembangkang semakin membuak buak ..
Budak budak ni, mak bapak dorang pun belum lahir masa Gay tua Hisham mula berdemo.. seumur hidup berdemo, agak agak takut lari keluar negara.. ptuihhh la gay tua..

aku lebih rela melihat mayat hisham sipenjahat leper dilenyek kereta kebal dpd melihat negara malaysia ini kacau bilau dikerjakan pakatan. cam haram si hisham ni.

Blog ape ni....aku terbau pencacai umno di sini.perlu ke aku samak komputer ni.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor