Monday, January 7, 2013

Nizar Lambai Kantoi Menipu Mengenai Pampasan RM 207 Billion ?

Pemimpin Pakatan Rakyat sekarang ni nampaknya nak menggunakan isu pampasan perang dari Jepun yang kononnya di songlap oleh kerajaan BN . Permainan persepsi ini digunakan oleh ex-MB Perak , si Nizar 'lambai' . Dari laporan Harakahdaily ;

"Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand-Myanmar. Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata, “Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an. “Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut),” kata beliau semalam. Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, “Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu.” Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan. Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam-Burma yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur semalam bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu. "

"Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu. Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka. "

Dari laporan di atas telah mengesahkan kerajaan Jepun ada menyerahkan pampasan sekitar tahun 1990-an. Cuma yang peliknya ialah berkenaan dakwaan Nizar yang mengatakan RM207 billion diserahkan kepada kerajaan Malaysia . Macam mana Nizar boleh dapat jumlah RM 207 billion tu ? Fitnah yang cuba direka oleh Nizar ini walau bagaimanapun cuma menampakkan kedangkalan beliau sendiri apabila seorang rakan blogger SatD melalui blognya Pure Shiite meng 'kantoi' kan cubaan fitnah Nizar . (link artikel SatD)

Antara beberapa perkara yang ditekankan dalam artikel beliau ialah kenapa kerajaan Jepun perlu memberikan wang pampasan . Merujuk pada Article 14 : San Fransisco Treaty ;

“It is recognized that Japan should pay reparations to the Allied Powers for the damage and suffering caused by it during the war.” 

Takrif kerosakan dan penderitaan akibat perang merangkumi hak terhadap hartanah , ganti rugi penderitaan tawanan perang yang diseksa, dan pelbagai lagi yang dinyatakan dalam Article 15-18.

(klik untuk baca San Fransisco Treaty)

Malaya dan beberapa negara lain yang pada ketika itu antara jajahan British tidak terlibat dalam San Fransisco Treaty , Jepun walau bagaimanapun mahu memikul tanggungjawab ini dengan mengadakan satu geran bantuan kepada negara2 ini.  Malaya dan Singapura mendapat manfaat dari geran bantuan ini pada sekitar 1960-an melalui satu perjanjian yang hampir serupa . Dalam perjanjian itu disebutkan ;

“Japan recognizes that the (early and total) resolution of problems arising from unfortunate incidents during World War II in Malaysia (Singapore) would contribute to promoting its friendly relations with Malaysia (Singapore).” They thus recognize Japan’s responsibility, and further state that the contracting parties “agree that all problems arising from unfortunate incidents during World War II are hereby totally and conclusively resolved.” - 




Dari portal Kementerian Luar , satu perjanjian diantara Jepun dan Malaysia berkaitan Perang Dunia II ditandatangani pada 21 Sept 1967.

Sekarang timbul persoalan , ke mana hilang nya duit geran itu ? Hal menjadi agak kompleks kerana semasa Perang Dunia II , Singapore dan Malaya adalah sebuah negara . Selepas perjanjian ditandatangi , Malaysia dan Singapura adalah dua negara yang berbeza. Walaupun pada awalnya tuntutan dicadangkan dibuat secara berasingan , tetapi tidak dipersetujui oleh kerajaan Malaysia kerana , pada ketika perang , Singapore dan Malaya sama2 berada di bawah pentadbiran British , dan British pula juga telah memperoleh ganti rugi dari Jepun sebanyak $455 million diperuntukkan untuk Singapura dan Malaya. Namun apabila wujud 2 negara baru , iaitu Singapore dan Malaysia perkara menjadi agak kompleks dari segi undang2. Namun hal ini  tidak dipersetujui oleh golongan2 yang membuat tuntutan , peruntukan ini diagihkan melalui  "Allied War Damage Fund and the War Victims Fund." . Walau bagaimanapun , terdapat beberapa isu berbangkit dari mereka yang membuat tuntutan .

Isu ini berterusan sehingga tahun 1967 , bagi Singapore , kerajaan Jepun meperuntukkan "gift loan" sebanyak SGD 25million untuk membeli peralatan perkapalan dan untuk pembangunan stesen satelit komunikasi. Bagi kerajaan Malaysia pula sejumlah RM 25 juta peruntukkan diberikan dua buah kapal dari Jepun . Kedua-dua kerajaan bersetuju jumlah RM 25 juta ini merupakan tuntutan terakhir akibat dari kerosakan yang berlaku semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu semasa perang dunia .  (sumber : Danny Wong Tze-Ken Department of History, Universiti Malaya. (here)) . Dua buah kapal ini digunakan untuk set-up syarikat perkapalan negara MISC.

Pada 27 April 2005 , Perdana Menteri ketika itu menegaskan tuntutan-tuntutan ini telah selesai . Walau bagaimanapun , kerajaan Malaysia tidak akan menghalang mana2 organisasi atau individu yang ingin membuat tuntutan kepada kerajaan Jepun .  (sumber)

Blogger SatD juga menimbulkana persoalan bagaimana angka RM 207 billion itu diperoleh Nizar dengan membandingkan Official Development Assistant Jepun ke Malaysia , iaitu berapa banyak wang yang dihantar oleh Jepun ke negara ini melalui data di bawah ini ;


Data menunjukkan tiada rekod RM 207 billion seperti yang dicanangkan oleh Nizar. Blogger SatD menggunakan data dari ODA untuk mempertikaikan angka RM 207 yang dicanangkan Nizar berdasarkan dokumen yang tertera seperti di bawah ini (sumber) ;



Jumlah pampasan RM 207 billion adalah satu jumlah yang tak masuk akal , barangkali Jepun pun boleh jadi 'bankrap' sekiranya benar ada pampasan sebanyak itu dibayar , itu baru di Malaysia belum lagi negara-negara lain . Kah kah kah , nak menipu tak teragak-agak ! Penerangan lebih lanjut seterusnya boleh dibaca di sini

8 comments:

Sepatut nya graduan dalam bidang senibena mahir dalam perkara ilmu hisab!!!
Begini lah klau nafsu mengatasi fikiran....semua jadi sampah.
Nizar....nizar.

Nijar bahlol kaki tipu anak shittt.

Thanks bro for enlightened the issue. As usual,Mr. Nizar,the symbol of Perakian shameness.

pencacai umporno kaki kencing pembohong nombor wahid alam semesta yg tiada tolok bandingnya

Ada satu hal yang menarik perhatian aku di blog satd, tambahan dihujungnya tentang persatuan kebajikan bekas buruh tu, tu persatuan yang betul-betul ikhlas ke, atau satu upaya penipuan?
Satd ada cakap pasal MLM, ahli persatuan tu kena bayar banyak ke?Betul ke ada sampai berpuluh ribu ahli?Samapi sanggup pohon pampasan ke Kementerian Kewangan, kenapa sampai sanggup mintak sampai 207 billion ringgit, gila apa?
Tu surat dari 2011, dah lama jugak, apa respons kementerian?

At least there is a some amount of money given by the Japanese government which do not reach the victims of forced labor. heeee.. and that kind of act must be investigated.

anon January 9, 2013 9:21 AM:
Tengok surat/memo MOF tu pun dah tau palsu. Tak pernah dalam sejarah perkhidmatan awam Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) dipanggil Ketua Setiausaha (KSU) je. Istilah Ketua Setiausaha (KSU) hanya digunakan untuk kementerian2 lain selain Kementerian Kewangan. Manakala Kementerian Kewangan pula guna istilah Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP)selaku pegawai pengawal.

lihat pada no rujukan surat bermula dengan KKM. KKM dalam perkhidmatan awam merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala Kementerian Kewangan menggunakan KK sahaja.

Kedua-dua kesalahan ini merupakan stupid mistake sekiranya ia dilakukan oleh seorang pegawai awam di kementerian kewangan. Jelas surat tersebut dibuat2 oleh individu yang tidak familiar dengan format penulisan surat/memo di dalam perkhidmatan awam (x buat homework kot)

dan kesilapan yang paling bodoh sekali ialah di bahagian signature di bwh. tidak pernah rasanya dibuat oleh mana2 individu yg ada title 'Datuk' untuk menulis gelaran yang dipunyai sekali dengan signature.

UMNO - Parti Seks Halal Malaysia
UMNO - Parti Seks Halal Malaysia
UMNO - Parti Seks Halal Malaysia
UMNO - Parti Seks Halal Malaysia
UMNO - Parti Seks Halal Malaysia
UMNO - Parti Seks Halal Malaysia

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor