Wednesday, January 9, 2013

Isu Kalimah Allah Diperkatakan dalam Aspek Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab !

Allah dalam bahasa Melayu ialah tuhan orang Islam (kata khas) , walaupun terdapat bantahan dari penyokong2 parti sendiri , malah Sultan Selangor sendiri mengeluarkan kenyataan kalimah Allah hanya berhak di gunakan oleh orang Islam , nampaknya PAS seperti masih bersilat dengan media mengatakan "golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing"


Dari laporan KLPos ;

"Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi awang berkata, pendirian yang sama pernah diutarakan menerusi satu kenyataan media oleh beliau pada 2 tahun yang lalu.

"Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk Allah : Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah," katanya kepada pemberita pada Sidang Media di sini hari ini.

Turut hadir sama termasuklah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau turut menjelaskan isu ini tidak sepatutnya disalahguna sehingga menimbulkan kekeliruan."

Bottom line , PAS bersetuju mengatakan kalimah Allah boleh digunakan oleh mana2 agama lain . Dalam kes ini , sekiranya PAS bersetuju nampaknya Allah bukan lagi kata nama khas bagi tuhan orang-orang Islam , seperti Jesus untuk orang Kristian dan lain2 lagi kata nama khas bagi tuhan untuk agama2 lain . Apa yang berlaku sekarang ialah Allah boleh digunakan agama2 lain untuk merujuk kepada tuhan mereka , malangnya untuk umat Islam , nama tuhan2 agama lain memang tak boleh digunakan untuk dirujuk kepada tuhan agama Islam iaitu Allah .  Presiden PAS patut sedar , isu kalimah Allah yang diperbahaskan sekarang ialah dalam konteks Malaysia yang menggunakan bahasa Malaysia , dalam bahasa Malaysia , Allah dirujuk pada tuhan umat Islam . Abaikan saja penggunaan nya dalam bahasa2 lain . Hadi pula seolah-olah tetap tegar dengan pendirian mengaitkan penggunaan dalam bahasa Arab .  



Baca berita penuh di KLPos .

4 comments:

Hadi Awang guna ayat Ali'Imran:64 sebagai perisai beliau utk mempertahankan sokongan PAS untuk penggunaan kalimah Allah untuk kafir laknatullah. Ayat ini berkenaan seruan Nabi Ibrahim kepada Ahli Kitab untuk berpegang kepada satu kalimah iaitu "ALLAH"... tetapi di ayat seterusnya Ali'Imran:65, Allah berfirman "Wahai Ahli Kitab! kenapa kamu berbantah-bantah tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim. Apakah kamu tidak berfikir?"... maksudnya seruan berpegang kepada kalimah Allah kepada Ahli Kitab umat Nabi Ibrahim ini tidak boleh digunapakai sesudah Taurat dan Injil diturunkan... Allah Maha Mengetahui...

Penggunaan Allah sebagai tuhan sekalian manusia (bukan hanya untuk Islam saja) banyak disebut di dalam Quran. So surah Ali'Imran is not the only can be used in this context. Hadi hanya gave one example of ayat to support his point.

PAs setuju ke kalau nama Allah diberikan kepada berhala lembu dan anjing? Baca ni bro..

http://www.satuhala.blogspot.com/2013/01/bila-lembu-dan-anjing-diberikan-nama.html

kalau perkataan tu digunakan dengan dengan konteks yang betul x salah..rasanya itulah yang dimaksudkan olh tuan haji..contohnya kalaula ada orang kafir cakap "hujan ni Allah la yang turunkan atau jadikan" tak kan la kita orang islam nak cakap kat dia u tak boleh cakap Allah yang turunkan u kena cakap u punya tuhan yang turunkan..rasanya kita lagi teruk dari dia..

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor