Sunday, January 20, 2013

Isu Kad Pengenalan : Antara Puluhan Ribu di Sabah & Ratusan Ribu di Semenanjung

Tun Dr. Mahathir diserang dengan hebat sekali oleh media-media pro-pakatan berkaitan pemberian isu kad pengenalan biru kepada pendatang-pendatang di Sabah , namun jawapan yang diberikan oleh Dr.M adalah cukup mudah dan barangkali terkena 'sekelepet' di muka yang sengaja menimbulkan isu ini . Dari KLPos , Dr.M mengakui beliau memang mengeluarkan arahan untuk meluluskaan pemberian IC berkenaan , jawapan diberikan tegas tanpa takut2 , macam sesetengah pemimpin PR yang terlompat-lompat bila ditanyakan soalan bersifat provokatif seperti itu . Dari laporan yang dikeluarkan oleh KLPos ;

"Menjawab soalan wartawan apabila ditanya samada pemberian kad pengenalan adalah untuk menjamin kemenangan parti Barisan Nasional semasa pilihanraya di Sabah, Dr. Mahathir berkata sama seperti warga negara lain, mereka bebas untuk memilih mana-mana parti dalam pilihanraya.

Masalah kebanjiran warga asing terutama dari Filipina di Sabah adalah disebabkan ramai diantara mereka yang melarikan diri dari konflik di negara masing-masing.

Ramai di antara mereka yang telah menetap di Sabah untuk satu tempoh jangka masa yang agak panjang dan berkeluarga di negeri itu, misalnya salah seorang saksi RCI, Ismail Balaka mengakui beliau telah tiba di Sabah dengan satu bot nelayan pada tahun 1975 dari Pulau Ubian, Filipina." 

klik untuk laporan penuh di sini 

Artikel di atas juga menunjukkan sikap ironi pemimpin Pakatan dalam menuntut kad pengenalan biru untuk lebih 300,000 kaum India yang dikatakan penduduk asal negara ini tapi tak ada kad pengenalan biru . Persoalan sekarang benarkah 300,000 itu benar2 orang India yang berasal dari negara ini dan bukan dari negara India ? Kenapa logik seperti ini tidak pula di aplikasikan untuk kes di Sabah ? Mereka juga boleh mengaku mereka penduduk asal Sabah , tetapi tidak ada dokumen kerana kesukaran perhubungan dengan bandar , sama seperti yang berlaku untuk '300,000' golongan di semenanjung ini ? Dari artikel analisis KLPos pula ;


"Jika di Sabah jumlah yang dilaung kan oleh Pakatan Rakyat mencecah puluhan ribu, maka di semenanjung pula jumlah yang di laungkan ada lah 300,000 walau pun yang berjaya di kumpulkan untuk demo cuma dalam sekitar 300 orang warga India sahaja.

Amat pelik keselamatan negara menjadi isu. Seolah-olah menjadi warganegara Malaysia adalah hak kemudahan untuk orang asing menyeludup masuk ke Negara ini. Pada mulanya Pakatan Rakyat memilih untuk mengkritik tapi kini demi undi dan sokongan mereka pula menyokong kebanjirannya malah membantu golongan ini untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.

Apa pun Pakatan Rakyat tetap menjadi badut di dalam kekeliruan kerana tujuan politik mahu menang mengatasi kebenaran. Di satu waktu Pakatan Rakyat menjalan kan kempen meramaikan ahli dan pengundi dengan DAP mendahului parti lain mendaftarkan ahli dan pengundi yang begitu ramai jumlahnya.

Namun begitu, Anwar Ibrahim pula di dalam beberapa kenyataan membangkitkan isu kononnya terdapat peningkatan luar biasa jumlah di dalam pendaftaran pemilih dan ini seharusnya disiasat. Malah tanpa berfikir panjang, Anwar Ibrahim memberi petunjuk bahawa SPR bakal menjadi alasan untuk beliau menangguhkan pembubaran DUN Selangor kerana jumlah pengundi baru yang meragukan."


Baca artikel penuh di sini

Isn't that ironic ? Jom layan lagu Alanis Morissette ..keh keh keh.


2 comments:

pemberian kerakyatan kepada warga asing lebih sejuta sebelum merdeka. Adakah sesuatu referendum telah di rujuk kepada umat Melayu sebelum menerima cadangan

salam tuan, mohon dipautkan blog hamba ini di dalam blog tuan, blog tuan hamba dah linkkan, terima kasih :)

www.headbomb.blogspot.com

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor