Wednesday, January 2, 2013

Halau Pelabur Luar , Kaedah Terbaik Untuk Atasi Masalah Aliran Keluar Wang Negara Secara Haram ?


Laporan yang dikeluarkan oleh GFI (Global Financial Integrity) baru-baru ini seperti menjadi 'peluru' oleh pihak-pihak pembangkang untuk menghentam kepimpinan kerajaan Barisan Nasional . Kedudukan Malaysia  yang berada hanya di belakang China dan Mexico dalam aliran keluar wang haram pada tahun 2010 cuba dimanipulasi oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seolah-olah aliran keluar berpunca dari gejala rasuah dan korupsi yang berlaku di kalangan pentadbir-pentadbir kerajaan . hakikatnya lebih dari 90% aliran keluar wang haram adalah di sebabkan pengubahsuaian nilai dagangan antarabangsa yang kebanyakkan dilakukan oleh investor-investor luar yang beroperasi di Malaysia . Carta no. 6 dalam laporan berkenaan menunjukkan kesahihan fakta ini ;


OK , perkara pertama yang mengatakan rasuah bukan punca utama dah selesai , jadi aku 'bajet' puak-puak Pakatan Haram akan mempersoalkan pula , kenapa negara2 jiran Malaysia seperti Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia, dan Singapore bukan berada dalam kedudukan corot seperti Malaysia ? Persoalan ini kita boleh kaitkan dengan 2 perkara (dalam konteks pengubahsuaian wang haram) iaitu kemasukkan FDI kita pada tahun 2010 dan jenis barangan yang kita eksport . Dari laporan Berita Harian ,kenaikan peratus kemasukan FDI ke dalam negara ini adalah sebanyak 409.7% . 


Jenis barangan  yang dieksport keluar negara terutama ke negara2 EU yang mana merupakan antara rakan dagangan terbesar bagi negara-negara seperti Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia, dan Singapore. Berikut adalah carta yang diperoleh dari laman web European Trade Commission bagi negara-negara yang dimaksudkan . 
Report
Report
Report
Report
Report
Kalau diperhatikan , jumlah eksport bagi kesemua negara yang dinyatakan diatas majority menunjukkan dari sektor "Machinery & Transport Equipment" selain "Chemicals & Related Products" . Klasifikasi barangan di bawah klausa "Machinery & Tansport Equipment" ditunjukkan dalam buku2 rujukan taxation dalam mana2 negara . Boleh rujuk salah satu contoh di sini dan lihat senarai barangan yang terlibat . Kebanyakkan barangan-barangan yang disenaraikan adalah bernilai tinggi berbanding eksport untuk produk2 lain . Oleh yang demikian jumlah eksport barangan Malaysia berbanding negara2 yang dinyatakan di atas adalah lebih tinggi . Dan barangan yang tertakluk di bawah "Machinery & Transport Equipment" mempunyai kecenderungan bagi pihak pengeksport mengubahsuai nilai dagangan sebenar.

Dari laporan analisis KLPos ;

"Singapura, walaupun dengan volume eksport luar negara yang lebih besar berbanding Malaysia mempunyai aktiviti aliran keluar wang haram yang terkawal memandangkan peraturan dan undang-undang perdagangan di negara itu adalah lebih ketat.

Sebaliknya di Malaysia, undang-undang perdagangan antarabangsa yang diamalkan agak longgar mungkin bagi menarik minat pelabur-pelabur luar negara. Selain itu, Singapura merupakan rakan eksport utama bagi Malaysia, oleh yang demikian urus niaga yang dilakukan dengan hanya melangkaui Selat Tebrau sebenarnya memberikan kelebihan kepada negara jiran itu.

Bahan-bahan mentah diperoleh dengan mudah dari Malaysia dengan kos pengangkutan yang minimal untuk diproses di negara itu menjadi barangan siap, Dengan kedudukan pelabuhan yang strategik dan laluan kapal-kapal perdagangan , Singapura tidak perlu risau dengan pelaburan luar ke negara itu, justeru mereka mungkin 'berani' untuk menguatkuasakan undang-undang perdagangan antarabangsa yang lebih ketat kerana 'keistimewaan-keistimewaan' ini.  "


3 comments:

halau pelabur cinalah sebab pelabur cina suka buat tempat negara orang macam negara dia. Ambilah pelabur dari rusia ke atau eropah lebih baik. Pelabur cina kita tahu2 jerlah macam dap iaitu rasis suka buat negara orang macam negara dia dan lihat apa sudah jadi dengan singapura sekarang dikuasai orang dr negara cina

hai abang, adik budak baru belajar. mintak tolong link blog adik ni http://the-papazola.blogspot.com/ terima kasih bang

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor