Saturday, January 26, 2013

Demi Hak Rakyat, Kerajaan Persekutuan BN Sanggup Hadapi Saman Kerajaan Negeri Selangor ?

TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini sekali lagi membuat kenyataan bahawa projek Langat 2 tetap akan diteruskan walau tidak mendapat kerjasama kerajaan negeri. Nampaknya kerajaan Malaysia dah mengambil keputusan nekad untuk menghadapi apa2 saja tindakan balas dari kerajaan negeri. Kita sedar kalau kerajaan terlalu mengikut protokol dan kerenah kerajaan negeri, pengguna2 air di sekitar Lembah Klang yang akan menjadi mangsa.

Ini lah yang dinamakan kerajaan mendahulukan rakyat , bersedia utk hadapi mungkin tindakan saman oleh kerajaan negeri Selangor. Bagi kerajaan persekutuan, biar rakyat dapat hak mereka dulu, kemudian segala silat politik dan perundangan dikemudiankan. Dah terlalu lama kerajaan Selangor pimpinan PR yang angkuh itu bagi pelbagai alasan utk membatalkan projek Langat 2 , ironinya segala kertas cadangan mereka utk menggantikan Langat 2 seperti tidak ada apa2 perkembangan positif, malah hanya sekadar menjadi retorik politik murahan.

Penegasan yg dinyatakan Muhyiddin itu mungkin dengan melihat krisis air yang melanda Lembah Klang baru2 ini. Walau pun tak secara langsung berkait dengan Langat 2, kejadian yang berlaku juga sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri. Mana tak nya ? 30% kepentingan dalam SYABAS adalah milik kerajaan negeri.
Adakah wakil2 kerajaan negeri yang dilantik sbg lembaga pengarah dalam SYABAS tak ambik tahu hal2 yang kritikal seperti ini? Sekarang zaman internet, cerita2 bohong dan fitnah dah tak berkesan lagi. Aku berbillion billion rakyat Selangor tunggu masa saja untuk humban pentadbiran PR di Selangor ke dalam lubang jamban neraka jahanam nanti.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

2 comments:

Teruskan!

Biar mereka saman.Itu kerja mereka. Rakyat akan tentukan nasib mereka.

Teknologi membran mana pergi?

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor