Saturday, January 19, 2013

Apa yang dibuat wakil kerajaan Selangor dalam Board of Director SYABAS ?

Krisis air yang melanda Selangor dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur sekarang dilihat seperti tiada jalan penyelesaian selagi kerajaan PR Selangor masih lagi cuba mempolitikkan isu air SYABAS yang sebenarnya dilihat boleh diselesaikan melalui perbincangan dalaman tanpa melibatkan kepentingan rakyat . SYABAS dikatakan telah melanggar beberapa kontrak dan dengan itu kerajaan negeri Selangor menjawab peruntukan melalui CAPEX dibekukan.  Tindakan ini dilihat seperti cuba untuk menekan SYABAS , serta cuba membangkitkan sentimen rakyat menyalahkan SYABAS sekiranya bekalan air mengalami gangguan . 




Kita dapat lihat 'permainan' PR sekarnag ialah cuba mewujudkan persepsi kepada rakyat bahawa SYABAS tak reti mengurus bekalan air . Namun sebenarnya apa yang berlaku ialah kelemahan kerajaan negeri dalam melakukan rundingan dengan SYABAS . Pada ketika BN memegang tampuk pemerintahan di Selangor, masalah gangguan air jarang sekali berlaku kerana ada kesefahaman dan rundingcara yang berkesan antara SYABAS dan kerajaan negeri . Argument yang selalu dibangkitkan pemimpin PR ialah SYABAS dimiliki oleh Tan Sri Rozali yang juga merupakan ahli UMNO . Sebenarnya persoalan itu sepatutnya tak di timbulkan apabila mendiang Lim Keng Yaik telah mencetuskan pengstrukturan semula industri air sebelum tahun 2008 lagi . 

Malah kerajaan BN Selangor pada ketika itu telah memulakan beberapa usaha untuk mengambilalih syarikat SYABAS dan lain2 syarikat konsesi . Kerajaan PR Selangor hanya meneruskan apa yang telah dimulakan oleh kerajaan BN Selangor , cuma seperti yang dikatakan sebelum ini , mereka gagal berunding sebaiknya dengan SYABAS seperti yang dilakukan kerajaan BN Selangor sebelum 2008 , kegagalan mereka dalam rundingan yang berkesan ini telah menyebabkan ramai penduduk KL dan Selangor mengalami masalah perolehan bekalan air baru-baru ini.

 Jelas sekali kerajaan Selangor yang mempunyai 30% share dalam SYABAS seperti yang dilaporkan oleh portal berita KLPos (sumber) gagal menggunakan wakil mereka dalam Board of Director SYABAS bagi perundingan yang lebih berkesan . Sekurang-kurangnya masalah2 yang dijangka akan berlaku perlu diambil maklum oleh wakil kerajaan Selangor dalam BOD SYABAS untuk dimaklumkan kepada kerajaan negeri bagi tindakan susulan . D

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor