Sunday, December 30, 2012

Peserta "Hunger Protest 100" KANTOI makan dengan lahapnya !


Satu protest mogok lapar telah diadakan oleh kumpulaan hijau di Dataran Merdeka , bermula dari 27 Dec 2012 . Peserta-peserta mogok lapar ini tak akan makan selama 100 jam , tetapi mereka dibenarkan minum . Malang sekali dalam kepura-puraan memprotes , peserta-peserta mogok lapar ini telah kantoi melantak dengan lahapnya di kedai2 makan berhampiran Dataran Merdeka . Kah kah kah , memang manusia Hipokrit akan Hipokrit selamanya , samalah mereka Hipokrit dengan isu loji Lynas. 

Yang paling tak boleh tahan , Malaysiakini siap buat artikel pasal peserta yang mogok lapar ni . Tajuk diaorang "Pinjam semangat Mat Kilau untuk mogok lapar 100 jam" . Dengan tindakan melahap si pemogok-pemogok lapar ini , jelas lah mereka dah menghina pahlawan Melayu Mat Kilau . Kalau betul ada semangat Mat Kilau takkan lah baru diuji dengan kelaparan dah menggigil  ? Ini lah peserta2 yang kononnya sayangkan negara , bayangkan kalau negara diserang musuh , adakah golongan-golongan ini akan bertahan dan bersama-sama dengan rakyat yang benar2 cintakan negara menentang musuh ? 



Kekantoian peserta-peserta Hijau ini telah dirakamkan oleh wartawan mynewshub . Malah kalau wartawan mynewshub tak ada kat situ pun , kita yakin orang2 awam yang lalu lalang pasti jijik dengan perangai manusia2 ni yang Hipokrit . Kalau dengan azam yang mereka cipta sendiri pun mereka tak boleh pertahankan dan jadi hipokrit , tak mustahil isu Lynas yang mereka laung-laungkan selama ini boleh menjadi sebab mengapa pejuang-pejuang Hijau Lynas ini memang sengaja memperbodohkan diri sendiri.  Apa pun enjoy gambar2 yang di link dari laman web mynewshub untuk tontonan seisi keluarga.  


Laporan antarabangsa (IAEA) yang mengesahkan ada radiasi dari loji Lynas


Memang benar radiasi wujud dari loji Lynas, malah radiasi wujud juga dari badan manusia, batu-batuan dan apa saja yang mengeluarkan haba. Radiasi sebenarnya salah satu mod pemindahan haba selain konduksi dan olakan. Radiasi dan keradioaktifan adalah dua perkara yang berbeza . Keradioaktifan ialah proses di mana satu nucleus yang tidak stabil mereput dan mengeluarkan sinaran-sinaran radioaktifan secara spontan dan rawak supaya membentuk nukleus baru yang lebih stabil.Dari pemantauan komen2 di Malaysiakini mengenai isu Lynas , apa yang diperhatikan sesetengah puak2 yang membangkang Lynas berpendapat loji Lynas sama seperti loji nuklear yang lain . 

Tak dinafikan, penjelasan secara teknikal berkenaan Lynas ni memang sukar di fahami , terutama bagi mereka yang kurang pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi . Nak buat penjelasan mengenai Lynas , perlu sedikit sebanyak asas fizik dan chemistry , paling busuk pun kena tahu sains asas . Kalau tak faham perkara ni, mana-mana cerdik2 pandai dalam bidang sains nuklear ni pun akan menghadapi kesukaran dalam memberi keyakinan kepada orang ramai . Samalah seperti mengajar Al-Gebra kepada orang yang belum tahu kira-kira asas (campur, tolak , bahagi, darab)

Masalah sekarang ialah adakah orang yang dah mempunyai pengetahuan asas mengenai perkara2 yang dinyatakan di atas faham dengan apa yang diterangkan oleh pakar2 nuklear ? Atau adakah mereka beri perhatian semasa sesi penerangan ? Mungkin bagi mereka yang tidak ada masa boleh menyelidik atau membaca sendiri laporan mengenai loji Lynas seperti yang ditulis oleh IAEA . Laporan yang ditulis oleh IAEA mengenai Lynas terdiri daripada beberapa team cerdik pandai dalam bidang nuklear . Sia - sia lah usaha saintis-saintis ini membuat kajian dan laporan kalau rakyat dan pemimpin2 dari dua-dua belah pihak samada yang menyokong atau membantah tak membaca laporan ini .

Analisis KLPos , menghuraikan secara ringkas laporan IAEA mengenai pembinaan loji Lynas dalam bahasa melayu bagi memudahkan mereka yang menghadapi kesukaran membaca laporan IAEA yang disediakan dalam bahasa inggeris . Antara bebrapa 'point' penting yang perlu diberi perhatian ialah ;

"Menurut laporan IAEA, peraturan keselamatan radioaktif di Malaysia juga adalah lebih ketat berbanding apa yang telah digariskan oleh IAEA. Sebagai contoh, dos yang diterima orang awam ialah 0.3mSv/year dan bagi pekerja loji pula 10mSv/year berbanding limit dos yang dibenarkan IAEA iaitu 20mSv/year. Dari panduan keselamatan oleh IAEA, bahan dengan konsentrasi aktiviti radionuklid di bawah 1Bq/g berada dalam lingkungan batu-batuan dan tanah yang biasa dan tidak dianggap sebagai radioaktif."

"Bahan yang mempunyai konsentrasi aktiviti radionuklid dalam lingkungan 1Bq/g hingga 10Bq/g pula boleh dianggap radioaktif, namun boleh dipertimbangkan untuk pengecualian dari badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia perlesanan (AELB )."

"Dari segi pengurusan sisa, loji Lynas menghasilkan 3 jenis sisa iaitu Flue Gas Desulphurization (FGD) , Neutralization Underflow (NUF) dan Water Leach Purification (WLP). Konsentrasi aktiviti radionuklid bagi FGD dan NUF adalah hampir sama dengan nilai bagi batu-batuan dan tanah di Malaysia."

"Walau bagaimanapun, tiada peruntukan peraturan AELB bagi membolehkan FGD dan NUF dikecualikan dari klasifikasi sisa radioaktif. IAEA walau bagaimanapun telah mencadangkan supaya AELB memperuntukkan kriteria yang membenarkan FGD dan NUF diisytiharkan sebagai tidak radioaktif untuk membolehkan bahan ini dikeluarkan dari loji dan sekiranya perlu, ia diisytiharkan sebagai bahan buangan berjadual."


Wednesday, December 26, 2012

Kenapa Mazlan Aliman sembunyikan insiden langgar penduduk Felda ?

Rupa-rupanya artikel aku yang lepas berkenaan 'kekantoian' peserta2 jelajah Oren dapat sambutan luar biasa. Menariknya, wakil2 pihak Oren yang mewar-warkana kejadian tersebut kepada portal Malaysiakini tak pun melaporkan kejadian 4WD yang mereka naiki cuba merempuh penduduk2 Felda yang membuat bantahan atas kehadiran mereka . Ada pun dalam Malaysiakini , tajuk yang disiarkan ialah "Jelajah Oren : Kenderaan Rosak , 2 Peserta Cedera" .


Dari petikan laporan , apa yang diceritakan mengenai 4WD ialah seperti berikut ;

"Dalam kekecohan tersebut, sebuah kereta pacuan empat roda milik salah seorang peserta Jelajah Oren didakwa dirosakkan apabila cermin depan dan cermin tingkap sebelah kiri dipecahkan oleh lelaki-lelaki yang tidak dikenali."

Kalau tengok gambar dibawah , 4WD yang merempuh berwarna serupa seperti yang dipecahkan cerminnya. Jadi tindak balas orang2 Felda adalah disebabkan marah kerana nyawa mereka terancam bila 4WD ini cuba merempuh mereka. Lihat gambar di bawah . Serupa kan??



Persoalanannya , kenapa Mazlan Aliman cerita separuh2 saja ? Dia cuma cerita orang dia kena pukul dan cermin kenderaan mereka di pecahkan ! Kenapa tak bagitahu perkara yang berlaku sebelum itu ? Mungkin kerana sudah terkantoi apabila video 4WD itu tersebar maka Malaysiakini cuba membuat langkah2 mitigasi untuk cover kekantoian yang telah berlaku itu . Hari ni mereka keluarkan berita berikut .


Mazlan Aliman mengeluarkan statement berikut untuk cover kekantoian dan putar belit beliau sebelum itu ;



Kenyataan balas di atas oleh Mazlan Aliman menampakkan beliau mati akal untuk menjawab insiden yang pada awalnya cuba disembunyikan . Malaysiakini tak perlu lah melakukan 'damage control' dengan mengeluarkan artikel ini dalam portal mereka , yang pasti kenderaan pecah dan kecederaan peserta Oren adalah tindakan provokasi bodoh mereka yang cuba melanggar orang2 Felda yang berhimpun !

Tuesday, December 25, 2012

Penduduk FELDA dirempuh 4WD Jelajah Oren Sebelum Bertindak Balas

Dalam Malaysiakini telah ditulis mengenai cerita konvoi jelajah Oren telah 'diserang' orang2 Felda yang melakukan sekatan bagi menghalang puak2 penabur fitnah ini masuk ke kawasan mereka. Menurut Malaysiakini kejadian berlaku lebih kurang jam 10 pagi di Jalan Dangi-Jelai yang hanya beberapa meter sahaja dari simpang utama ke Felda Bukit Rokan Utara. Seorang peserta jelajah Oren khabarnya berdarah di kepala kerana kena tunjal . Tak dinafikan mereka yang melakukan sekatan ini penyokong BN berdasarkan bendera yang dibawa , dan kita tahu mana2 Felda pun adalah kubu kuat BN . Tindakan kumpulan Oren ni menjelajah dari satu Felda ke Felda lain boleh dilihat seperti tindakan cuba memprovokasi, tambahan pula dibawa dengan cerita2 fitnah berkenaan saham FGVH , walhal penduduk2 Felda dah dapat habuannya.





Berbalik kepada cerita kekecohan yang berlaku berhampiran Felda Bukit Rokan Utara tadi . Malaysiakini melaporkan seolah-olah orang yang melakukan sekatan itu dengan sengaja bertindak luar kawal apabila cermin kereta dipecahkan dan seorang peserta jelajah Oren tercedera kepalanya . Dari rakaman video yang diperoleh dalam Facebook salah seorang penduduk yang ada semasa kejadian berlaku , dengan jelas sekali ada tindakan yang boleh mengancam nyawa penduduk dilakukan oleh konvoi jelajah Oren  , salah sebuah 4WD dikatakan telah merempuh sekatan dengan agak laju . Tindakan mengancam nyawa itu sudah semestinya menimbulkan kemarahan orang ramai . Sudah lah datang ke tempat orang , kurang ajar pulak tu ? Kenapa hal ini tak dilaporkan dalam Malaysiakini dan media2 pro pembangkang yang lain? Macam SIAL !!!



kredit to En. Razali Zakari kerana berkongsi video dalam Facebook

Monday, December 24, 2012

'Pit Stop' untuk protes Lynas : Banjir kilat di Kuantan !

Dalam kerakusan puak2 penentang Lynas sibuk menyatakan protes dengan pembinaan loji itu di Gebeng , satu banjir kilat telah berlaku di Kuantan . Mungkin perhimpunan protes yang akan diadakan oleh kumpulan hijau di hadapan loji nadir bumi Lynas terpaksa ditangguhkan kerana bencana yang dihadapi ini . Sekurang-kurangnya , bagi lah muka pada penduduk2 Kuantan yang pada ketika ini mengalami pelbagai masalah dek banjir kilat . Pada ketika inilah , khidmat pasukan keselamatan diperlukan . Mereka ini walau dilabel sebagai 'anjing' oleh sesetengah penyokong Pakatan tetap menjalankan tugas dengan penuh dedikasi tanpa mengira fahaman politik .



Yang amat dikesali setelah kejadian banjir kilat yang pertama pernah berlaku pada tahun 2007 , adakah ada apa2 tindakan susulan dari pihak2 yang bertanggungjawab ? Kerajaan negeri dan ahli parlimen Kuantan , sepatutnya bekerjasama dalam menangani perkara ini daripada berulang . Setakat ini , tak dimaklumkan samada berlaku kemalangan jiwa . Cuma diharapkan jangan lah terlalu tumpu pada sesuatu isu , hal kebajikan rakyat terabai , akhirnya ini lah yang berlaku . Walau pun berbeza pandangan politik soal2 yang berkait dengan kebajikan rakyat seperti air , elektrik , saliran tak boleh dipandang ringan . Perkara-perkara seperti ini perlu dijadikan agenda utama dalam sidang2 DUN dan bukannya menuduh di antara satu dengan lain .


Dari KLpos ;

"Bandar Kuantan hari ini telah mengalami kejadian banjir kilat  setelah hujan berterusan tanpa henti sejak malam semalam.

Maklumat yang diperoleh dari laman twitter ahli Parlimen Kuantan , Fuziah Salleh, menunjukkan beberapa kawasan di sekitar Kuantan ditenggelami air dengan agak serius. 

Salah seorang pengadu memaklumkan kawasan di Seri Kuantan, Kuantan Gardens dinaiki air banjir yang tinggi dan meminta supaya bantuan disegerakan. Pihak berkuasa yang dimaklumkan sedang giat melakukan usaha-usaha menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat."


Berikut adalah gambar di pusat pemindahan mangsa banjir yang diperoleh dari FB Jas Salleh ;


Lagi gambar2 banjir kilat di Kuantan di ambil dari blogger akudansesuatuz ;







Menurut blogger berkenaan , beberapa tempat yang dinaiki air termasuk lah ;

1. Jalan Tun Ismail 1 
2. Jalan Beserah
3 Jalan Wong Ahjang
4. Jalam Lim Hoe Lek
5. Jalan Abdul Aziz
6. Jalan Mahkota
7. Jalan Bukit Ubi
8. Jalan Air Putih
9. Jalan Pasar
10 . Terminal Makmur

kredit to blogger akudansesuatuz


Isu Balak dan Tanah : Nizar TerseNGEH , Nik Aziz TerngaNGA

Pembongkaran yang dilakukan mengenai 'investment' yang dibuat oleh pemimpin DAP Perak keatas tanah di Gua Musang Kelantan ,telah membuatkan dua orang pemimpin DAP yang terlibat itu mula menggelabah , pelbagai penafian telah dilakukan . Dari laporan KLPos.com ;



"Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menyangkal tuduhan kontrak pembalakan di Gua Musang, Kelantan yang melibatkan beliau sebagai 'habuan' bagi menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada PAS.

Koo Ham yang dilaporkan memegang jawatan Pengarah dalam syarikat pembalakan berkenaan menegaskan, beliau bersama Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sekadar melabur menerusi syarikat berkenaan tanpa sebarang perjanjian sulit dengan mana-mana pimpinan PAS."


Walau apa pun alasan Ngeh, nampaknya penglibatan beliau dalam pelaburan yang dikatakan itu telah menimbulkan reaksi kurang senang dari pemimpin DAP Pusat iaitu Karpal Singh . Karpal telah meminta supaya mereka yang terlibat memberi pejelasan kepada kepimpinan tertinggi DAP mengenai perkara ini. Nampaknya Karpal Singh yang memang terkenal dengan kelantangan seolah tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku sekarang. Maklum lah mungkin Ngeh 'makan sorang' tak ajak kawan2 .

Satu lagi perkara yang menarik berlaku di Perak ialah apabila Zambri selaku MB Perak turut membuat pendedahan mengenai kepincangan salah guna kuasa MB semasa Nizar memegang jawatan itu . Malah Zambri mempunyai dokumen2 yang boleh membuktikan perkara itu . Dalam diam2 selepas ambil alih jawatan dari Nizar , rupanya banyak jugak 'homework' yang dibuat oleh Zambri . Nizar dan Ngeh dalam sidang DUN baru2 ini seolah-olah tercengang dengan pendedahan yang dibuat. Malah mereka tak berani nak mencabar Zambri yang pada ketika itu sedang memegang dokumen2 bukti yang mereka minta sebelum itu. 


"Mohammad Nizar (PAS-Pasir Panjang) meluluskan komponen balak kepada beberapa syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Balak.
 
"Biasanya Jawatankuasa Balak akan bermesyuarat dan melihat senarai permohonan, kemudiannya baru diluluskan.
 
"Tetapi Adun Pasir Panjang luluskan menggunakan kuasanya tanpa memanggil mesyuarat," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2013 Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Ipoh, semalam."


Nampaknya perkembangan politik negara semakin menarik , mungkin inilah apa yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir apabila mengatakan  'Better the devil you know than the angel you don't" . Maksud ayat Tun ditujukan kepada orang2 Pakatan yang sememangnya menganggap parti BN ialah 'devil' dan gabungan Pakatan ialah 'angel' . Mereka percaya pemimpin2 Pakatan melalui air liur sahaja dan bukan tindakan yang ditunjukkan . Nah sekarang terbukti , mereka hanya telus dengan air liur dan bukan dengan tindakan yang dilakukan . 

Sunday, December 23, 2012

Pemimpin UMNO Perak 'terkena' dek isu tanah Kelantan

Sifat talam 2 muka pemimpin-pemimpin DAP semakin jelas kebelakangan ni , bermula dengan pemilihan dalam parti , terbaru skandal tanah Kelantan yang katanya melibatkan 2 orang pemimpin tertinggi DAP negeri Perak . Nik Aziz katanya telah melakukan beberapa urusan berkaitan tanah di Gua Musang dengan syarikat yang mempunyai kaitan dengan 2 orang pemimpin tertinggi DAP yang mempunyai talian kekeluargaan. Pendedahan ini terlebih dahulu dibuat oleh blogger Pisau.net , lengkap dengan dokumen untuk membuktikan dakwaan beliau . Kemudian di kalangan blogger sendiri mula memainkan isu ini , kemuncaknya 2 orang pemimpin DAP ini diasak dengan seribu persoalan semasa sidang DUN negeri Perak baru-baru ini. Malangnya jawapan yang diberikan tidak menyakinkan, malah 'whistle blower' iaitu blogger Pisau.net dikatakan akan disaman .



Pada satu ketika, pemimpin2 Pakatan pernah mempersoalkan tindakan undang2 yang bakal dikenakan terhadap seorang 'whistle blower' dari kalangan mereka apabila kononnya pendedahan skandal NFC akhirnya membuatkan beliau didakwa di atas akta BAFIA.  Kononnya seorang 'whistle blower' seharusnya dipertahankan kerana membongkarkan kepincangan yang sedang berlaku . Mereka berani berkata demikian kerana ketika itu, 'whistle blower' itu adalah dari kalangan mereka sendiri . Tetapi pada hari , sikap kemunafikan dan talam 2 muka mereka terserlah apabila pemimpin Pakatan dari DAP sendiri yang mahu menyaman seorang 'whistle blower'  yang mendedahkan permainan politik kotor mereka.


Kemungkaran yang berlaku di antara pemimpin DAP Perak dan PAS Kelantan ini kemudiannya didedahkan didalam sidang Dewan Undangan Negeri . Mungkin kerana panas hati dengan pendedahan yang dilakukan dalam DUN , salah seorang dari pemimpin DAP Perak itu telah mengugut Exco berkenaan . Mungkin kerana bimbang persepsi rakyat terhadap mereka akan tercalar , maka mungkin tindakan ugutan itu dilihat dilakukan dalam keadaan yang sangat terdesak . Pemimpin DAP Perak ini dilihat seperti sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup mulut mereka yang membuat pendedahan itu . Selama ini pemimpin-pemimpin DAP selalu sahaja menganggap mereka adalah bersih dari rasuah , dan segala integriti yang ada pada mereka cuba didoktrinkan pada pemikiran pengikut . Namun hari ini , sedikit demi sedikit pendedahan telah berlaku. Mungkin kah mereka sedang merangka skrip sekarang untuk menangkis hal ini ?

Saturday, December 22, 2012

Senarai Nama Calon BN mungkin berubah - DS Najib

Perdana Menteri , DS Najib telah mengeluarkan satu kenyataan media bahawa senarai calon pilihanraya Barisan Nasional adalah satu proses berterusan dan boleh berubah . Secara peribadi, strategi yang digunakan oleh PM ni menunjukkan bahawa beliau mahu jentera-jentera parti BN menumpukan dan mengumpulkan kekuatan dalam parti itu sendiri . Kalau sebelum ini, bila nama-nama calon diumumkan , mereka yang kecewa tidak terpilih akan mensabotaj parti dengan tidak menggerakkan jentera parti di kawasan yang diwakili . Pengumuman saat akhir akan membuatkan semua pemimpin dalam BN akan berada dalam 'mode' bersedia kerana masing2 tidak mempunyai pilihan sekiranya diri terpilih menjadi calon , banyak pula kerja yang perlu dilakukan di saat2 akhir dan untuk mengelakkan situasi yang tergesa-gesa.  Oleh itu, semua jentera dari calon2 yang berpotensi dah bersedia cuma tunggu masaa untuk dilancarkan . Sekiranya, tidak terpilih , jentera2 yang telah mereka sediakan juga dengan secara automatiknya akan bergerak membantu calon pilihan. 



Dalam pada itu parti-parti gabungan dalam Pakatan telah mula 'demand' untuk tambahan kerusi . Jika selama ini PKR mendominasi kerusi2 yang ada , kini DAP dan PAS juga mahukan kerusi yang lebih kerana bagi kedua-dua parti ini , tunjang kekuatan Pakatan sebenarnya adalah dari kekuatan DAP dan PAS, bukannya dari PKR yang hanya baru beberapa tahun ditubuhkan . Aura Anwar Ibrahim sebenarnya dah tak laku lagi , Anwar cuma menumpang sokongan kuat orang Cina kepada DAP dan sokongan sebahagian orang Melayu kepada DAP . Kalau dulu PKR dilihat banyak mendapat sokongan orang India, namun pada hari ini orang India dilihat mula beralih arah kerana sedar dengan segala pembohongan parti itu. . Walaupun mereka pada satu ketika merupakan tunjang kekuatan PKR , tetapi jawatan2 tertinggi PKR dibolot oleh kroni2 Anwar.  DAP dan PAS sebenarnya melihat PRU-13 ini merupakan peluang terbesar Pakatan dalam menakluki Putrajaya , dan sekiranya kerusi yang mereka peroleh di Parlimen sedikit maka suara mereka dalam kerajaan akan tenggelam dek suara yang mewakili PKR , sedangkan hakikatnya mereka tahu , DAP dana PAS merupakan faktor kuat yang membawa kemenangan Pakatan dan bukannya PKR itu sendiri. 

Namun, situasi yang agak berbeza berlaku dalam komponen Barisana Nasional . UMNO, MCA dan MIC merupakan tunjang kekuatan parti itu . Walaupun kita lihat gelombang sokongan pengundi Cina beralih kepada DAP , namun diharapkan kerja keras yang dilakukan oleh MCA untuk mengembalikan sokongan orang Cina kepada BN dapat dimanifestasikan dalam keputusan PRU-13.  Dari segi pembahagian kerusi, ketiga-tiga parti komponen ini dapat bertoleransi di antara satu sama lain . Di kawasan yang majoritinya Melayu , UMNO masih bermurah hati untuk berkongsi kerusi itu dengan wakil dari MCA dan MIC . Malah pada satu ketika walaupun kerusi yang dimenangi UMNO di Pulau Pinang adalah paling banyak , namum jawatan Ketua Menteri masih di berikan kepada Parti Gerakan . Itulah sikap toleransi yang perlu ada dalam menjalankan urusan pentadbiran kerajaan dalam negara yang berbilang kaum . Diharapkan dengan visi "Winnable Candidate" yang diilhamkan DS Najib , sikap toleransi ini masih kekal berterusan demi menjaga negara ini daripada dirosakkan oleh petualang2 yang bersekongkol dengan negara asing . 

Berikut adalah petikan dari KLPos mengenai kenyataan Najib mengenai proses pemilihan calon ;

"Sampai saat kita umumkan, sudah tentu proses ini boleh berubah... maknanya, walaupun kita ada senarai, kalau ada input dan maklumat terkini, (ia boleh diubah). Selagi belum diumumkan, nama itu boleh dipindah," katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke India Jumaat hari ini.

Perdana Menteri juga berkata senarai calon BN akan melalui proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan.

" ...di mana kita merujuk nama-nama calon ini kepada SPRM, dan jika mereka mempunyai fail yang masih boleh dipertikaikan, maka mereka tak mungkin lulus tapisan SPRM," katanya.

"Ini merupakan sesuatu yang sedang kita lakukan pada masa sekarang. Pendirian BN ialah setiap calon mesti melalui tapisan SPRM," katanya."

Friday, December 21, 2012

Kenaikan Cukai Taksiran : Menteri Besar Selangor dan Datuk Bandar Shah Alam Tak Sependapat !

Kerajaan Pakatan Haram Selangor nampaknya teperangkap dengan janji-janji manis yang mereka sendiri buat kepada rakyat semasa pilihanraya umum ke-12 yang lepas . Dek kerana percaya dengan janji-janji manis ini , rakyat terjerumus dalam penipuan maha besar oleh Pakatan Haram apabila Selangor ditadbir mereka. Selain gagal memberikan janji air percuma kepada semua rumah-rumah berstatus flet, apartment dan pangsapuri , mereka juga gagal dalam memenuhi janji dalam membela ibu-ibu tunggal dengan elaun bulanan yang dijanjikan . Kini satu lagi janji dimungkiri , mungkin selama ini jarang di mainkan di media-media arus perdana maka perkara ini seolah-olah menjadi senyap begitu saja.


Isu terbaru yang menyerabutkan kepala Menteri Besar , Khalid Ibrahim ialah berkenaan kenaikkan cukai pintu . Sebelum ini aku pernah menulis dua entri berkenaan kenaikkan cukai pintu dan taksiran di Selangor .


"Ada informasi terkini mengatakan cukai taksiran di Selangor telah meningkat dengan agak banyak juga lah . Berikut ada satu email yang telah di'forward' kepada saya . Email ini ditujukan kepada YB Hanna Yeoh , MP Subang Jaya untuk kepastian peningkatan sebanyak 54% hasil cukai taksiran . Sebelum ini pengadu hanya perlu membayar RM68 tetapi sekarang jumlah yang perlu dibayar ialah RM105 !" 


"Terbaru bila dah nak dekat pilihanraya , kerajaan PR Selangor mengumumkan akan menurunkan cukai pintu di flet2 kos rendah di Selangor sebanyak 25% . Ewahhh ewah , berjanji tahun 2008 , melaksanakan tahun 2012 bila pilihanraya dah nak dekat .. tak ke macam musibat punya 'attitude' tu ? Tu pun tak menyeluruh seperti yang diwar-warkan dalam manifesto 2008. "



Dari laporan KLPos , Datuk Bandar Shah Alam berkata kuasa penuh ada pada kerajaan Selangor dalam menentukan kenaikan cukai taksiran di negeri itu. Sebelum ini Khalid Ibrahim , seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat dengan mengatakan urusan kenaikan cukai pintu adalah di bawah kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur . 

"Kenyataan Mohd Jaafar sekaligus bertentangan dengan dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini bahawa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur.

Beliau mendakwa isu kenaikan cukai pintu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH)."

Lynas Merbahaya kata Pakar Radiology Australia ?

Hari ni satu artikel Malaysiakini dikeluarkan , berkenaan seorang ahli radiologi dari Australia yang menyuarakan keraguan beliau mengenai plan kitar semula oleh Lynas . Kita hormati pendapat ahli radiologi dari Australia ini , kerana dakwaaan beliau mengenai usaha Lynas untuk menjadikan sisa Lynas (WLP) dari 6Bq/g kepada 1 Bq/g masih belum terbukti boleh dilakukan , dan mungkin ini adalah benar . Lynas , walau bagaimanapun kita tahu mempunyai pakar-pakar mereka sendiri berusaha untuk mengitar semua sisa supaya boleh diguna pakai semula. Namun apa yang disuarakan oleh ahli radiologi dari Australia ni sebenarnya bukan satu isu yang besar kerana 6Bq/g tu sendiri adalah terlalu rendah dan IAEA sendiri menyatakan bahan dalam lingkungan 1Bq/g hingga 10Bq/g dikategorikan sbg radioaktif tetapi boleh dikecualikan sekiranya dos radiasi yang diterima individu tidak melebihi 1mSv/year (page 13 , IAEA on Lynas report , http://www.iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf) .


Ada banyak lagi benda2 lain disekeliling kita , malah benda  yang kita makan mempunyai 'activity concentration' yang lebih dari 6Bq/g . Contohnya pisang yang mempunyai 31Bq/g dari kandungannya yang mempunyai Portassium 40 . Setakat ni sapa yang dah jadi mutant sebab makan pisang? Selain itu ada juga ubat-ubatan yang mempunyai 'activity concentration' yang lebih dari 6Bq/g . Bezanya , kita tak makan sisa Lynas yang 'activity concentration' lebih dari 6Bq/g tapi kita biasa 'ngap' pisang dan ubat-ubatan . Sepatutnya , makan pisang dan ubat-ubatan lah lebih merbahaya berbanding hanya bekerja dan terdedah kepada sisa Lynas .Berikut adalah beberapa 'point' lagi yang aku tulis dalam ruangan komen Malaysiakini apabila menyiarkan artikel berkenaan. Bukannya apa , pecacai-pecacai Malaysiakini nampaknya tak faham apa yang mereka cerita tu . Mungkin mereka tak baca laporan yang dikeluarkan oleh IAEA ?

Ada yang bertanya sekiranya loji Lynas ini selamat kenapa syarikat ini tak menjalankan operasinya di Australia ? Sebenarnya perkara ni dah dijelaskan oleh Lynas berulang-kali . Semuanya berkaitan dengan kos . Kos di Malaysia lebih murah selain sumber2 bahan mentah untuk loji beroperasi , operasi kilang Lynas memerlukan air yang banyak , selain beberapa bahan kimia untuk menjalankan operasinya , selain itu kos buruh di Malaysia juga murah .Gebeng ada semua sumber ni sebab kawasan perindustrian Gebeng itu sendiri ada banyak petrochemical plants . Dan dakwaan dari pecacai mengatakan tiada loji nadir bumi di Australia juga tidak benar ,memang ada loji nadir bumi di Australia , contohnya loji Arafura .

Kemudian ada pula yang mempersoalkana kenapa Malaysia dan bukan Indonesia sedangkan negara itu juga mempunyai sumber2 seperti  Malaysia , malah dengan kos yang lebih murah ? Jawapannya , walaupun Indonesia juga mempunyai industri petrochemical dan kemudahan air dan elektrik , namun  industri petrochemical di Malaysia adalah lebih besar berbanding indonesia . bagi pelabur selain faktor murah, faktor2 lain seperti kestabilan ekonomi dan politik juga adalah penting dalam memilih negara utk buat pelaburan , selain itu Malaysia juga jarang kena tempias benca alam seperti gempa bumi dan tsunami .

Setelah semua hujah dijawab, pecacai2 hanya mampu membalas mereka lebih percaya apa yang diceritakan oleh ahli radiologi yang ada 13 tahun pengalaman dari Australia . Betul tu , lebih baik percaya pada yang ada pengalaman cuma apa yang nak disampaikan ahli radiologi itu adalah WLP 6Bq/g kepada 1Bq/g  yang cuba dilakukan penyelidik dari Lynas adalah mustahil sebab belum pernah ada teknologi sedemikian lagi . Radiologi tu tak pula membincangkan soal keselamatan pada pekerja dan penduduk sekitar dengan sinaran radioaktif yang terhasil akibat dari sisa 6Bq/g tadi , yang mana semuanya dah diperincikan secara detail dalam laporan IAEA mengatakan loji Lynas adalah selamat sekiranya Radiation Protection Program (RPP) yang diberikan kepada mereka diguna pakai dalam operasi kilang Lynas

Kesimpulannya , baik dari yang menyokong atau membangkang , eloklah baca sampai habis report yang dikeluarkan oleh IAEA ini untuk menjernihkan pemahaman anda mengenai isu Lynas ini .

Tuesday, December 18, 2012

Isu Kad Pengenalan Merah : Cara Mudah PR Nak Dapatkan Pengundi Baru

Minggu lepas..geng2 dari Pakatan Haram cuba nak buat 'havoc' di Putrajaya , pemimpin2 Pakatan ni pada mulanya nak buat demonstrasi besar-besaran membabitkan golongan2 yang mempunyai kad pengenalan berwarna merah . Tujuan diaorang nak 'convert' pemegang2 kad pengenalan warna merah ni jadi pemegang kad pengenalan berwarna biru . Jadi semasa hari 'demonstrasi' bermacam2 jenis orang kita nampak . Aku rasa dari jumlah yang datang tu, ramai dah yang ada kad pengenalan warna biru , beberapa kerat je yang ada kad pengenalan warna merah , dan menurut rakan2 yang ada di tempat kejadian . Pendatang-pendatang asing pun tumpang sekaki dalam demonstrasi tu , yea lah mana tahu boleh dapat kewarganegaraan secara 'free' akibat tindakan bahalol pemimpin2 Pakatan .

Antara sebab mengapa orang dapat kad pengenalan merah ialah :

i. Warganegara asing tetapi ingin bermastautin secara tetap di Malaysia termasuk isteri atau suami kepada warganegara
ii. Orang yang dilahirkan di Malaysia , ada surat beranak dilahirkan di Malaysia tetapi ibu atau bapa warganegara asing.

iii. Golongan professional/warga asing tetapi bagi sumbangan pada negara contohnya macam ahli sukan import dari luar .

Ada juga yang dapat kad pengenalan warna hijau , itu adalah golongan yang kedua-dua ibu bapa warganegara asing tetapi beliau dilahirkan di Malaysia , dan kad pengenalan jenis ni ada 'expiry date'

Selalu yang akan jadi masalah ialah generasi yang ada kad pengenalan merah dan hijau ni beranak pinak di negara ini . Masalah tuan punya badan tak settle , dia tambah lagi dengan masalah generasi yang baru . Jadi Jabatan Pendaftaran Negara tak boleh bagi kewarganegaraan dengan senang lenang pada mereka yang lahir di negara ini . Sebab untuk jadi warganegara sekurang-kurangnya kena fasih berbahasa kebangsaan , tahu rukun negara, tahu lagu kebangsaan dan beberapa lagi perkara yang membuktikaan seseorang itu adalah warganegara .


Kenapa pemimpin2 Pakatan sibuk nak daftar orang-orang yang mempunyai kad pengenalan merah ini menjadi kad pengenalan biru ?? Penjelasannya mudah sangattt .. pemimpin Pakatan mahu sekiranya orang2 ini memohon dan dah dapat kad pengenalan biru ini nanti untuk mengundi mereka . Nampak sangat 'game' yang cuba dimainkan . Kerajaan BN pun boleh juga nak buat macam tu , yea lah 'i help u' 'u help me backlah' , tapi perkara ni tak dibuat sebab tahu hal ini adalah mengenai soal berkaitan kedaulatan negara.

Berikut adalah petikan dari portal KLPos mengenai isu warganegara ;

"Proses mendaftar kelahiran dan kad pengenalan dilakukan secara teliti oleh JPN untuk mengelakkan warga asing terutama yang berkongsi identiti dan budaya dengan mana-mana tiga kaum terbesar di negara ini mengambil kesempatan untuk mendapat hak kerakyatan.

Hal ini tidak mustahil berlaku terutama bagi warga asing yang datang dari negara China, Indonesia dan India. Warga asing dari ketiga-tiga negara ini mudah untuk berasimilasi dengan penduduk negara ini dari ras yang sama memandangkan budaya, bahasa dan rupa fizikal yang hampir sama .

Oleh itu, sukar bagi membezakan warga asing dari ketiga-tiga negara yang dinyatakan diatas dengan rakyat negara ini sendiri. Walau bagaimanapun, mereka ini mungkin boleh dikesan melalui kefasihan dalam bertutur dalam bahasa kebangsaan."

seterusnya

Saturday, December 15, 2012

Bukti dari IAEA Sisa Buangan Lynas Merbahaya ?

Something good to be shared , originally from Fuad Omar .



Masaalah Sisa Buangan drpd Lynas

It seems none of the politician (both sides) baca this very important report........

Saya akan cuba summarisekan secara layman (dgn bahasa yg mudah) yg termampu (pg 16 - 21 - Waste Management) berdasarkan lapuran IAEA, Lynas plant is almost "zero waste".....kalau ada hanya "Schedule Waste", mcm Municipal Waste juga yg di kutip oleh Alam Flora.......

Schedule Waste terbahagi kpd dua ia itu Toxic and Non Toxic, Municipal Waste selalunya Non Toxic dan kaedah landfill (Bukit Tagar, Worldwide dll) atau Refuse Derive Fuel (terdapat satu di Semenyih) dah memadai, manakala Toxic Waste selalunya drpd kilang2 elektronik & industri berat dan juga hospital waste.......sisa toxic industri selalunya dilulupuskan di loji Sisa Toxic Bukit Nenas, N9, manakala sisa perubatan di lupuskan oleh kontraktor pusat spt Radicare...

Spt dlm lapuran, Schedule Waste adalah diluar bidang kuasa AELB, ianya di bawah PBT & JAS dan sisa Lynas ialah dikategorikan sbg Non Toxic Schedule Waste...

Terdapat tiga jenis sisa drpd Lynas.. 1 - Dlm bentuk gas....di rawat spt melalui serombong (scrubber) mcm stesen janakuasa dan kilang2. 2 - Sisa Cecair....dirawat sama spt sistem rawatan air industri dimana sludge sbg end product akan dikeraskan dan boleh dikitar semula. 3 - Sisa Pepejal .... sifat fizikal nya sama spt sisa kuari dan akan di kitar semula sebagai bahan binaan (kerana sumber asal drpd bumi)

Masalaah sekarang ialah pematuhan (compliance) kpd Waste Mangement Plan yg perlu di pantau mcm juga PBT, Kilang2, Hospital, Ladang2 dll......

Hasil pemerhatian dan kajiselidek IAEA, setakat ini tidak ada bukti "Non Compliance" drpd Lynas dari segi SOP yg diterima pakai at international level (tak tau lah kalau ada org Msia lebih pandai drpd pakar2 nuclear IAEA)

In fact sisa perubatan (hospital) adalah lebih merbahaya drpd sisa Lynas dari segi tahap radiasi dan juga sisa industri dari segi tahap toxicity...

http://www.iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf

http://www.iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf www.iaea.org

Sedikit tambahan as per his latest comment ;

Simple and stupid question to these smart ass (Anti Lynas)......since all ICT gadgets are made up of heavy metals and rare earth.......and they claim it takes thousand years for these metals or rare earth to deteriorate.........how they dispose all their gadgets and batteries which are highly radioactive.... I am sure in the tong sampah and end up in the landfill....what happens next.......it will react with water and other moisture and gas from the organic waste and the end result is what we commonly called "lecheate water".....very toxic and radioactive after going thru the process.......and will have a very negative impact on our groundwater system (yet this same smart ass is proposing groundwater as an option to Langat 2 and Pahang Water Transfer).

By right all these gadgets should end up in Bukit Nenas Toxic Plant which handle all the toxic and radioactive scheduled waste....not landfill...

And in Selangor, since the PR Govt terminate Alam Flora.....how this non nonsense govt handle schedule waste that is mix up with with municipal waste and sent to Worldwide (State GLC) landfill.......

Unlike in Europe, Japan, US or S Korea.....they have a good culture to separate all their waste.....and in some countries it is an offence to dispose ICT gadget in the Municipal waste system.....in Msia, semua boleh....

BN should hire uncle Fuad Omar as one of the think thank group . Please email me at mbidaman@gmail.com if anyone interested .

Thursday, December 13, 2012

Lynas ditentang sebab Malaysian bodoh Maths dan Science ?

Bila keluar berita pasal 'ranking' pelajar2 Malaysia ni antara yang tercorot dalam matapelajaran Matematik dan Sains , puak-puak Pakatan Haram terutama pemimpin yang memang kureenngg dari segi Matematik dan Sains kecoh berbunyi menyalahkan sistem pendidikan negara . Kononnya kalau depaa ambik alih kerajaan ranking pelajar-pelajar dalama bidang Matematik dan Sains ni boleh meningkat ? Memang boleh muntah hijau kalau tengok gelagat pemimpin-pemimpin Pakatan Haram ni seolah-olah mereka tau segalanya . Walhal perintah negara punya pengalaman pun tak ada lagi .. prfttt . Satu lagi institusi pendidikana yang mereka uruskan sendiri di Selangor iaitu UNISEL pun tunggang langgang , kalau hebat sangat 'up' kan dulu UNISEL tu sebelum menceceh pasal sistem pendidikana negara .



Kajian 'ranking' ni dibuat oleh TIMSS (Trend in Mathematic and Science Study) dengan soal selidik 59 buah negara , seramai 5733 pelajar dari 180 buah sekolah seluruh negara ambik test ni . Yang ambik test ni adalah di kalangan pelajar2 tingkatan 2 . Dari kajian tu ranking Malaysia adalah di tangga ke 32 . Sebab 'ranking' ni lah yang membuatkan pemimpin2 Pakatan meroyan sakan ... kononnya human kapital dan bla bla bla . Dari pengalaman aku yang memang menceburi aliran sains, maths sejak sekolah menengah lagi ialah apa yang aku perhatikan perkembangan Sains dan Matematik dalam diri seseorang individu turun dan naik . Aku tak mengaku nak malu masa darjah 4 , aku pernah dapat 0 dalam ujian Matematik, bab pecahan ... guaa memang selambar je . Next ujian aku dapat full mark , lepas tu dari UPSR sampai ke SPM aku dapat A untuk Maths .

Bila dah masuk universiti pulak , tak mustahil seseorang yang bodoh Maths dan Sains akan meningkat naik pada masa ni . Dan seseorang yang masa sekolahnya hebat dalam Maths dan Sains akan menurun prestasinya . Semuanya sebenarnya berasaskan 'determination' seseorang itu . Dulu aku belajar di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di UTM , ada seorang pelajar yang memang cukup-cukup makan je subjek maths, fizik, chemistry dapat masuk fakulti tu . Menariknya , prestasi yang ditunjukkan dalam pelajaran untuk subjek2 kejuruteraan dan matematik yang lebih susah macam Fluid Mechanics, Thermodynamics, Metallurgy, Finite Element Analysis , Heat Transfer etc dia boleh score . Dan ada juga pelajar 'star' semasa peringkat SPM melingkup kena tendang masa semester kedua . Situasi ni memang benar2 berlaku di fakulti kejuruteraan , entah laah kalau perkara yang sama berlaku di fakulti2 kesusasteraan .

Oleh itu, pemimpin2 Pakatan macam Tony Pua , Nurul Izzah henti-hentikanlah buat persepsi membabi buta tentang 'human capital' di Malaysia ni hanya dengan berpandukan laporan TIMSS . Walau bagaimanapun , aku setuju... terdapat sejumlah bilangan umat manusia di Malaysia ni yang betul2 bangang dan buta Sains atau memang tak faham pasal Sains . Mereka yang aku maksudkan ialah Kumpulan Hijau Lynasss...memaang depa ni bodoh pasal Sains , tapi 'feeling-feeling' sainstis radioaktif . Jadi tak hairanlah kalau rakyat-rakyat di negara lain katakan rakyat Malaysia tak celik sains disebabkan gelagat beruk2 Anti Lynas ni... prfttttt . Jadi sebelum cakap pasal pencapaian Sains dan Matematik di Malaysia ni , elok Tony Pua dan Nurul Izzah study dulu pasal laporan2 saintifik berkenaaan Lynas , dan perkara-perkara berkaitan seperti keradioaktifan

Tuesday, December 11, 2012

Wakil rakyat sibuk berpolitik , rakyat kena halau keluar dari kediaman pun tak tahu ? - Terkini di sahkan khabar angin

Hari ni aku baca satu berita yang agak menyedihkan , seorang pelakon veteran yang tinggal di flet DBKL di kawasan Sentul di arah keluar , tunggakan RM800 je pun . Harapnya orang-orang besar DBKL boleh bertoleransi dalam perkara ini , jangan sampai perkara macam ni pun perlu Datuk Bandar , Raja Nong Chik masuk campur . Flet DBKL tu dibina untuk tujuan bantu rakyat susah , jangan jadikan hal RM800 tu satu isu yang besar ? Apa pekerja yang uruskan hal sewa menyewa flet DBKL ni tak boleh fikir ke ? Yang penyelia si pekerja tu pulak jangan setakat 'sign' je . Bacalahhh la bodohhhh , dah bertoleransi , fikir masalah orang sama , jangan kerja goyang kaki nak cepat dan buat kerja mudah . Mangkuk - mangkuk (staf-staf DBKL yang terlibat) macam korang ni lah yang jadikan persepsi rakyat kepada kerajaan BN teruk . Bangsat betul , atau memang ada badigol2 dari PR dah 'suap' korang ? Atau korang sendiri memang penyokong PR ?


Dengan ini aku pohon Raja Nong Chik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur siasat tentang perkara ini dah pekerja-pekerja di DBKL tu tak boleh diharap ! Ingat parti politik UMNO berbudi untuk rakyat yang susah,  jangan sampai sebab hal RM800 tu boleh buatkan kerajaan BN tergolek dog . Jadi henti-hentikan lah budak komersil-mengkomersilkan flet2 DBKL yang sememangnya dibina untuk golongan yang kurang berkemampuan . DBKL satu cerita , yang wakil rakyat kawasan ni siapa pulak ?? Bukan ke flet DBKL Bandar Baru Sentul ni kawasan Parlimen Batu ? Wakil rakyat nya Tian Chua dari Parti Keadilan Rakyat , weii hang tak buat kerja ka Tian Chua ? Sibuk berpolitik , berdomenstrasi ,biar rakyat susah dan kena halau dekat kawasan parlimen sendiri . Dah jadi macam ni pun sibuk minta orang undi PR lagi , paling tak boleh 'blahh' ada pecacai yang kononnya simpati dengan nasib pelakon veteran ini dan mengatakan ini lah akibatnya kalau undi BN ...prfttt kebodohan melampau , tak siasat ke Flat DBKL Bandar Baru Sentul di bawah jagaan YB Pakatan??

Nota :- Dari maklumat yang diterima , kejadian halau menghalau oleh DBKL ni tak wujud , oleh itu aku secara rendah diri meminta maaf atas ketelanjuran tulisan . Tulisan dibuat melalui rujukan dari mynews.hub yang mengambil petikan artikel asal mstar online . Walau bagaimanapun, tulisan ini dibuat bukanlah semata-mata untuk membela Yahya Sulong tetapi bagi mana2 golongan yang susah sekiranya mereka ini benar2 dihalau DBKL . TQ

Kebodohan 'melampau' para penentang Lynas

Laporan Malaysiakini hari ni memaparkan gambar 4 orang menteri kerajaan persekutuan yang mengatakan sisa pemprosesan dari kilang Lynas mesti dieksport ke luar negara. Laporan yang dikeluarkan itu seolah-olah mahu menunjukkan kepada rakyat Malaysia sisa dari kilang Lynas itu merbahaya hinggakan menteri BN sendiri minta supaya sisa dari kilang Lynas ini perlu dibawa keluar negara. Hakikatnya , Lynas telah melakukan beberapa ujikaji dan berjaya menghasilkan teknologi yang menghasilkan sisa dari pemprosesan tanah jarang yang mempunyai kadar radiasi di bawah 1 Becquerel / gram tapi tak bermakna kalau ada 1000 gram sisa , kadar radiasi ialah 1000 Becquerel .



1 Becquerel/gram ialah ukuran 'kepekatan' radiasi dalam istilah sains nukluer , dan cara pengiraan bukanlah seperti kita buat kira2 matematik , ia lebih mirip kepada cara pengiraan dalam kimia . Contohnya 10 gram gula dilarutkan dalam 1 liter air dan 50 gram gula dilarutkan dalam 5 liter air , tentulah 'kepekatan' larutan itu serupa ! Nak cerita pasal apa itu Becquerel , nanti jadi pulak artikel ni macam kelas sains, tapi aku tau ramai malas nak meng'Google' , kalau 'Google' pun tak ramai yang faham . Apa pun aku letak sedikit penjelasan dalam bahasa Inggeris untuk hi-lite beberapa point ;

"Let’s assume we were holding a gram of pure thorium-232. It has an atomic mass of 232, which means that 232 grams of thorium would have one mole of number. A mole is defined as 0.6022 trillion trillion (1024) of something. So one gram of thorium would have 1/232 of a mole of thorium, and thus there would be (0.6022 x 1024)*(1/232) = 2.60 x 1021 atoms per gram. So every gram of thorium has 2.6 billion trillion atoms in it. To figure out the activity, we would multiply this number by the decay constant of thorium-232. Thorium-232 has a VERY long half-life, 14 billion years, and so to find the decay constant first we need to figure out how many seconds are in 14 billion years. (60 seconds/minute)*(60 minutes/hour)*(24 hours/day)*(365.24 days/year)*(14 billion years) = 4.4 x 1017 seconds. The decay constant of thorium-232 is then (ln 2)/(4.4 x 1017 seconds) = 1.57 x 10-18/second. The activity of one gram of thorium is then (2.60 x 1021/gram)*(1.57 x 10-18/second) = 4080/second/gram = 4080 Bq/gram.

This is the specific activity of pure thorium-232: 4080 Bq/gram, and it is rather low. That’s because thorium-232 has such an exceptionally long half-life."

Contoh Thorium-232 diambil sebab inilah sisa radioaktif dari Lynas . Dari artikel di atas dikatakan Thorium-232 mempunyai separuh-hayat yang sangat panjang iaitu 14 billion tahun ! Setengah Hayat bagi satu bahan radioaktif ditakrifkan sebagai masa yang diambil untuk setengah dari atom-atom radioaktif asal mereput. Dengan kata lain Setengah Hayat merupakan masa yang diambil untuk keaktifan sumber radioaktif itu berkurang menjadi setengah dari nilai asalnya. Iaitu proses pereputan 1g Thorium 232  untuk jadi 0.5g Thorium 232 ambil masa selama 14 billion tahun . Dalam tempoh pereputan ini hanya sinar Alpha yang dihasilkan , sinaran Alpha tak mampu nak tembus kulit manusia pun jadi takkan ada kesan pun pada kesihatan manusia. Dari gambarajah dibawah sinar Beta dan Gamma boleh dikategorikan sebagai berbahaya.


Uranium-235 (yang digunakan untuk bina bom atom "Little Boy" di Hiroshima) pula mempunyai separuh hayat 704 juta tahun . Uranium-235 dalam proses 'pereputan' menghasilkan sinaran Gamma yang merbahaya, itu lah yang sebabkan ramai orang di Jepun yang terdedah pada sinaran ni lepas kena bom mengalami 'mutasi' dan sebabkan kesihatan mereka terancam. Dari 2 perbandingan di atas (Thorium 232 dan Uranium 235) lebih lama separuh-hayat sisa radioaktif tu maka ia menjadi lebih selamat. Mungkin akan ada persoalkan lagi sebab tak faham ,depa akan kata Thorium-232 tetap radioaktif ! Jadi kalau ada pertanyaan macam ni , aku mohon supaya tablet pottasium untuk darah tinggi juga diharamkan di Malaysia , tablet pottasium untuk darah tinggi yang digunakan ialah Pottasium-40 dengan kadar radioaktif 32Bq/gram iaitu 32 kali lebih tinggi dari sisa Lynas yang diproses ?


Selain itu, kalau nak haram Lynas sebab kononnya takut dengan pancaran sinaran Alpha dari Thorium 232, tolong haramkan sekali mesin X-Ray yang menghasilkan sinaran Gamma, pisang pun jangan ditanam kerana dari rujukan di internet , makan pisang sebenarnya mendedahkan kita pada sinaran radioaktif yang lebih sedikit beranding duduk disebelah nuklear power plant dalam tempoh setahun dan pisang juga mempunyai kadar radioaktif 31Bq/gram 31 kali lebih tinggi dari sisa Lynas . Dan banyak lagi benda2 lain disekeliling yang mededahkan kita kepada sinaran radioaktif yang lebih tinggi. Aku terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang saintis berbangsa Cina dari Kuantan . Satu perenggan dalam artikel beliau cukup mantap dalam memberikan analogi untuk sisa buangan dari Lynas iaitu ;

"Sekiranya 14 billion tahun diambil untuk separuh dari sebuah rumah terbakar , kemungkinan orang untuk hidup atau terselamat di dalam rumah itu sangat tinggi , sebaliknya sekiranya 14 minit diambil untuk separuh dari sebuah rumah terbakar maka kemungkinan orang didalam rumah itu terselamat adalah sangat rendah"

Apa yang dimaksudkan beliau ialah lebih tinggi separuh hayat bagi sesuatu bahan radioaktif itu maka ia adalah lebih selamat . Lain2 fakta menarik dalam artikel beliau ialah ;

"In Ramsar, Iran, the naturally occurring radiation is extremely high at 260 mSv/yr. This is 13,000,000 per cent higher than the expected worse-case scenario in Kuantan."

"In the southwestern area of Kerala state in India, the thorium-232 in the soil is as high as 4,000 parts per million as compared with the Lynas waste, which has only 1,650 parts per million"


Artikel penuh beliau boleh dibaca di sini.

Saturday, December 8, 2012

Northern Utility Resources Sdn Bhd & Penyakit hasad dengki yang tak berkesudahan

Perangai busuk hati , dengki dan menjatuhkan sesama sendiri cukup adalah satu sikap buruk yang ada pada mana2 bangsa pun di dunia ni . Tak boleh tengok orang senang , bermacam-macam cerita dibuat kononnya orang itu "success" sebab ada "cable" kuat dan macam-macam lagi .


Walhal yang cuba dijatuhkan adalah sesama bangsa sendiri , ini lah sikap yang akan menghancurkan sesuatu bangsa itu . Tak ada penyatuan langsung , contohnya macam artikel di bawah ni , kalau lah sikap sebegini berterusan tak hairanlah satu masa nanti bakal menjadi punca kehancuran sesebuah bangsa

Petikan dari artikel KLPos ;

"Tindakan-tindakan sabotaj dan sebaran propaganda hanya akan melemahkan keyakinan dan semangat usahawan-usahawan bumiputera yang lain untuk turut serta dalam industri tenaga dan akhirnya kekal di takuk yang lama ditinggalkan oleh usahawan-usahawan dari kaum lain dek kerana hasad dengki golongan-golongan tertentu.

Perlu diketahui, sektor minyak, gas dan tenaga merupakan salah satu bidang keberhasilan utama ekonomi (NKEA) yang dinyatakan Perdana Menteri dalam program transformasi ekonomi (ETP), oleh yang demikian syarikat-syarikat bumiputera seharusnya mengambil peluang dalam melebarkan sayap perniagaan masing-masing dengan dasar yang diperkenalkan ini."

Artikel penuh di sini

Untuk itu henti-hentikan lah perangai macam ni . Kesannya mungkin kita nampak sekarang tapi generasi akan datang yang akan menanggung derita .

Friday, December 7, 2012

Isu Deepak & Skim Pak Man Telo

Setelah video kontroversi Deepak didedahkan oleh Papagomo , pelbagai reaksi dan komen boleh dilihat dari   pembaca portal2 pro Pakatan seperti Malaysiakini dan Free Malaysia Today . Pemimpin-pemimpin pembangkang yang dikatakan terlibat masih menafikan penglibatan mereka tentang 'skrip' yang dibuat seperti yang dinyatakan Deepak dalam video , menariknya mereka mengatakan video itu bukan lah satu isu yang besar. Yang penting Najib dan Rosmah perlu menjawab tuduhan Deepak itu , jawapan yang diberikan oleh pemimpin2 PKR ini dilihat seolah-olah cuba membuat 'diversion' walaupun terang dan jelas Deepak kredibiliti Deepak sangat diragui kerana mempunyai dua karakter berbeza .


Deepak dikatakan mempunyai dua karekter berbeza kerana apa yang diperkatakan oleh beliau berlainan ketika bertemu dengan pemimpin PKR dan ketika bertemu dengan pihak yang satu lagi . Oleh yang demikian , adalah menjadi satu kerja gila untuk Najib dan Rosmah menjawab tuduhan dari seseorang yang mempunyai karekter sebegini . Sekiranya ini dilakukan , pemimpin2 PKR yang memang terkenal dengan putar belit mereka akan mengambil kesempatan untuk memanjangkan lagi isu dan mempersoalkan hal2 lain pula . Ini adalah teknik bagi mengekalkan mementum tohmahan dan fitnah terhadap Najib dan Rosmah . Momentum akan berterusan sekiranya ada 'action' dan 'reaction' sama seperti Hukum Newton .

Malangnya momentum yang diharapkan berlaku terhenti dengan pendedahan video oleh Papagomo. Rakyat mula meragui kredibiliti Anwar yang sebelum itu mengaku tidak ada kena mengena dengan pendedahan Deepak . Sama seperti lain-lain pemimpin PKR yang terlibat . Apa yang mampu mereka lakukan sekarang hanyalah memaksa Najib dan Rosmah menafikan dan sebenarnya itulah 'game' mereka . Misalnya Najib dituduh terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya hingga akhirnya beliau tampil untuk bersumpah laknat membuat penafian . Namun tohmahan2 dan fitnah tetap berterusan. Jadi apa guna Najib dan Rosmah membuat penafian lagi sekiranya hal2 yang sama dengan 'pelakon' berbeza tetap berulang ?

Terdapat 2 jenis komen dari kalangan penyokong Pakatan yang boleh dilihat dari pendedahan video . Iaitu mereka yang mempercayai video itu tulin tetapi tetap mahu tuduhan dijawab Najib dan Rosmah dan yang kedua mereka yang langsung meragui ketulinan video itu . Jelas kedua-dua golongan ini sedang berada dalam fasa 'in denial' . Mereka tak boleh terima pemimpin yang mereka puja selama ini berbohong atau mungkin terlalu kuat dengan 'sentimen' ABU maka dengan itu matlamat menghalalkan cara. Mana-mana orang yang mempunyai akal fikiran pastinya tak akan melayan dakwaan dari seseorang yang diketahui memang diragui kredibilitinya . Contohnya macam skim 'Pak Man Telo' yang terkenal dengan penipuannya , sekiranya diumumkan sesuatu lagi dari individu yang sama , adakah orang akan layan individu itu ? Mungkin cuma tinggal yang bodoh saja akan melayan ... sama seperti yang berlaku sekarang.

Wednesday, December 5, 2012

Stop 'goyang kaki'! MPSJ should be more efficient on their work execution

Below are few pictures taken at SS19 Subang Jaya when I go to there to grab my breakfast this morning. If I'm not mistaken this eyesore view at this area already almost one week. For the time being, no action taken by MPSJ to clean up this mess. Those tree branches even give trouble for cars to pass through. This morning two cars from the opposite way almost get into trouble when both are trying to avoid those cut tree branches. Luckily, nothing happened when both managed to push the pedal brake.

However this kind of situation might happened again to other vehicles. I believe MPSJ hired their contractor for the tree branches cutting work, and I wonder if they come to check if the work executed properly ? This local authorities are very fast when it come to issue summon to the 'rakyat' , but when it come on their responsibility to the public, this kind of thing happened. Come on lah Ahli Majlis MPSJ, do something and ask your people to clean up.It is your responsibility !

Since PR took over Selangor , then cleanliness always become an issue . Hannah Yeoh said this 'sampah' issue is a sabotage , but from these pictures do you think it is a sabotage ? I saw people cut those tree branches last week, and of course they won't cut those branches for nothing. This work suppose to be a contract awarded by MPSJ. So, please complete the 'work' properly , dispose all the branches, seriously it is an eyesore view !
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Tuesday, December 4, 2012

Persoalan mengapa Papagomo berani 'bet' kerat kot*y terjawab !

Tepat jam 3 petang tadi, aku dimaklumlan oleh beberapa orang rakan bloggers yang video Deepak dah dikeluarkan oleh blogger Papagomo. Ini menjawab persoalan mengapa Papagomo berani . Sebelum ini , Anwar Ibrahim yang mungkin gelabah dengan isu Deepak yang dimainkan oleh blogger pantas membuat 'press conference' yang dihadiri oleh portal2 penjilat sepert Malaysiakini, FMT dan Malaysian Insider.

Anwar dalam 'press conference' beliau menyatakan pendedahan yang dibuat oleh Deepak tak ada kena mengena dengannya. Namun seperti biasa kita cukup fasih perangai Anwar yang lidahnya sentiasa putar belit. Dulu kata tak kenal Eskay, kemudian terkantoi bila gambar dia dan Eskay tersebar . Dan banyak lagi penipuan-penipuan yang dah dibuat. Zul Nordin dah terkena sebijik, Zahrain pun sama dan entah berapa orang lagi yang jadi mangsa.


Yang pasti pemimpin2 pembangkang lain seperti Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh pun mungkin bakal terkena getah si putar belit dan raja putar alam ni. Anwar cuba ambil kesempatan dengan keadaan tersepit yang dihadapi Deepak . Beliau dah jadi macam orang hilang arah bila tak ada peguam yang mahu mewakili beliau dalam kes tuntutan terhadap Raja Rapeah . Jadi apa yang dilakukan oleh Anwar ialah 'deal' dengan Deepak untuk rekayasa fitnah ,sebagai balasannya Sivarasa jadi peguam beliau dalam kes tuntutannya.

Sekarang dengan tersebarnya video ini, status Anwar sebagai kaki pembohong dinaikkan lagi martabatnya. Penjilat2 tegar Anwar tentu lah bermatian-matian menegakkan benang yang basah . Sebelum ini bila Papagomo 'bet' untuk potong kot*y kalau benar Anwar tak pernah jumpa Deepak, penyokong Anwar bukan ber ia lagi mempertahankan kot*y Anwar. Sekarang segalanya dah terbukti...lu fikir la sendiri ,siapa yang kena kerat kot*y sekarang?
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday, December 3, 2012

'Puppet Master' Deepak akan didedahkan dalam masa terdekat

Seperti yang diduga , memang wujud tangan2 ghaib yang meminta Deepak untuk membuat tuduhan-tuduhan liar terhadap Rosmah dan Perdana Menteri . Rupa-rupanya sudah ada 'skrip' yang disediakan oleh pemimpin -pemimpin PeeKayR yang kita tahu memang terkenal dengan putar belitnya. Seperti yang telah aku tulis dalam entry yang lepas , situasi Deepak yang mendesak dijadikan modal oleh mereka untuk membonekakan Deepak . Entah apa yang dah dijanjikan oleh si putar alam dalam PeeKayR sehingga Deepak sanggup untuk bersekongkol dalam kerja jahat mereka ini .



Laporan dari KLPos hari ini agak panas . Nampaknya fitnah dan kerja jahat yang cuba dibuat oleh si putar alam di PeeKayR terbantut . Nampaknya semacam ada maklumat yang disalurkan oleh sumber tertentu kepada portal online itu .Dikatakan ada 3 orang pemimpin PeeKayR terlibat dalam menyediakan skrip-skrip jahat mereka untuk di 'lakon' kan oleh Deepak . Mujur lah mutu lakonan Deepak nampak 'kurang asli' hingga menyebabkan siasatan dilakukan bloggers dan gelombang menafikan fitnah pertama beliau iaitu kes hutang sedikit sebanyak mencemarkan kredibiliti Deepak .

Dari laporan KLPos dan juga dari blogger Papagomo , dijangkakan akan ada gelombang penafian kedua yang akan membongkarkan siapa Deepak punya  'Puppet Master' . Pemimpin pembangkang, Husam anggap itu kerja orang UMNO sendiri , dan maklumat yang diperoleh di KLPos pula mengatakan kemungkinan 3 orang pemimpin pembangkang sendiri yang terlibat dalam konspirasi  menjatuhkan kredebiliti Rosmah dan PM ini . Apa pun ceritanya , terdapat 'hint-hint' yang menunjukkaan akan tersebar satu pembongkaran yang bakal menutup segala fitnah ini ..

Dari KLPos ,

"Deepak Jaikishan didakwa telah mendapatkan bantuan dan telah berjumpa dengan tiga pemimpin PKR ini. Satu pertemuan sulit berlangsung di sebuah rumah, salah seorang rakan pemimpin utama PKR ini. Turut didakwa ahli perniagaan ini telah beberapa kali bertemu dengan salah seorang pemimpin utama PKR dalam membantu menyelesaikan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

Ahli perniagaan ini turut didakwa bersetuju untuk membaca dan menghafal skrip yang disediakan oleh salah seorang dari tiga pemimpin PKR ini berhubung dengan kes mahkamah yang masih berlangsung, untuk turut mengaitkan nama Datin Seri Rosmah Mansor. Difahamkan hakim menolak hujah ahli perniagaan ini untuk mengaitkan nama isteri Perdana Menteri atas dasar tidak relevan dengan kes yang sedang dibicarakan kerana membabitkan kes pinjaman perniagaan dan bukannya kes mengenai politik."

Seterusnya klik sini

Deepak terdesak , Pakatan ambil kesempatan tabur fitnah !

Lelaki bernama Deepak yang juga seorang ahli perniagaan baru-baru ini kononnya telah mendedahkan sesuatu yang bakal menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri dan isteri . Cerita mengenai Deepak ini disebarkan secara meluas dalam portal-portal pembangkang.  Kemudian rakan-rakan bloggers mula mendedahkan perihal Deepak ini . Deepak dikatakan mempunyai hutang berjuta-juta , yang mungkin sekali boleh membuatkan beliau jatuh bankrap . Bagi seorang ahli perniagaan , bankrap adalah perkara terakhir yang perlu dihadapi mereka . Akibat dari tekanan ini tak mustahil situasi yang dihadapi oleh Deepak ini akan dimanipulasi oleh pihak2 tertentu .


Beberapa tuduhan yang dilemparkan oleh Deepak kepada Perdana Menteri dan isteri sebenarnya dah terjawab sebelum ini dan si pembuat fitnah dah pun di 'check mate' . Deepaak cuba membangkitkan kembali isu Altantuya , sekiranya dilihat dalam portal Malaysiakini , apa yang didedahkan Deepak mempunyai terlalu banyak 'loop holes' . Tuduhan pertama beliau dari petikan portal Malaysiakini ;

"Ahli perniagaan Deepak Jaikishan kesal dengan penglibatannya dalam usaha membuatkan P Balasubramaniam membuat pengakuan berkanun kedua sehingga menggugurkan pengakuan pertama yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan mendiang Altantuya Shaariibuu."

Tuduhan diatas dilihat cuba mengelirukan pembaca. Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor memang tak ada kena mengena dengan kes pembunuhan Altantuya . Hal ini diakui oleh Raja Petra dan Zulkifli Nordin sendiri . Petikan dari MalaysianInsider mengatakan Raja Petra tak pernah menuduh Najib dan Rosmah terlibat dalam kes Altantuya , manakala dari petikan portal The Edge , Zul Nordin memberitahu beliau diarah untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya  ;

1. Malaysian Insider
2. The Edge

Selain itu, seorang lagi bekas ahli parlimen pembangkang iaitu Zahrain dalam satu kenyataan media membuat kenyataan berikut ;

"Mereka dakwa Altantuya seorang jurubahasa, tapi kita tahu mendiang cakap Perancis pun tak tahu. Macam mana nak jadi jurubahasa malah beliau tidak pernah ke negara itu. Ini disahkan Imigresen Perancis bahawa tiada rekod antara 1999 hingga 2006, Altantuya ke sana,"

Rakan blogger Gelombang Wangsa Maju juga sebelum ini telah 'debunked' fitnah-fitnah yang dibuat oleh pembangkang mengenai kaitan Najib dengan pembunuhan Altantuya . Antara point yang penting ialah (baca entri penuh di sini);

"Akuan Bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam hasil gerak kerja Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, M Puravalen, yang menuduh Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya sememangnya dirancang oleh Anwar ... GWM cukup pasti ... 100 peratus."

Semua fakta-fakta dan pengakuan-pengakuan yang telah dikeluarkan sebelum ini cukup untuk menafikan keterlibatan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya. Oleh itu, apa saja peranan si Deepak dengan pengakuan bersumpah Balasubramaniam bukan lagi menjadi satu isu kerana selepas pendedahan yang dibuat oleh Zulkifli Nordin dan Raja Petra sendiri menunjukkaan Najib dan Rosmah tidak terlibat . Dan pengakuan mereka ini juga selari mengatakan ada 'tangan' di pihak Pakatan mengarahkan fitnah itu dibuat . Dan rakan blogger Gelombang Wangsa Maju cukup yakin mengatakan R. Sivarasa dan Anwar Ibrahim adalah 'Tok Dalang' dalam merekayasa fitnah ini.   Apa yang cuba dilakukan sekarang ialah untuk mengelirukan rakyat dan 'damage mitigation' terhadap fitnah mereka yang dah terkantoi sebelum ini .

Tuduhan kedua , juga dari portal Malaysiakini ;

"Deepak Jaikishan mendakwa bahawa beliau membayar keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak sejumlah yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan."

Sejauh mana kebenaran tuduhan beliau tak lah dapat dipastikan, cuma apa yang kita tahu beliau adalah seorang ahli perniagaan yang gagal dan mempunyai macam2 masalah . Beliau mengaku mempunyai hubungan yang baik dengan keluarga Najib . Tetapi apa yang selalu berlaku apabila seorang ahli perniagaan mempunyai rakan-rakan berpengaruh dalam politik ialah mereka akan 'menjual' nama pemimpin2 yang kononnya bersahabat dengan mereka untuk kepentingan perniagaan . Menurut Deepak, kononnya urusan perniagaan dipermudahkan kerana beliau banyak 'menyumbang' kepada keluarga Najib . Tanggapan yang cuba dibuat ialah Deepak 'merasuah' keluarga Najib dalam usaha beliau untuk memudahkan segala urusan perniagaan beliau . Sekiranya perkara ini benar , kenapa beliau masih berhadapan dengan masalah kebankrapan dan lain-lain perniagaan? Jelas nampaknya situasi Deepak hanya memberi tekanan kepada diri beliau , dan jalan keluar ialah menjadi pecacai bagi PR untuk mencipta satu lagi fitnah kepada Najib dan isteri.

Orang seperti Deepak sama macam parasit2 UMNO yang kini menyertai Pakatan . Situasinya sama , apabila diri terasa dipinggirkan dan gagal membuat apa2 keuntungan lagi , maka jalan keluar ialah dengan menyertai pihak yang satu lagi yang kita lihat memang sentiasa mengalu-alukan manusia-manusia berstatus pengkhianat ini . Tak hairan pengkhianat2 memang diterima dalam Pakatan kerana pemimpin mereka itu sendiri adalah seorang pengkianat . Modus operandi bagi seorang pengkhianat dalam apa2 perang sekalipun adalah agak sama iaitu menyebarkan maklumat palsu kepada umum dalam membentuk satu persepsi . Apabila persepsi ini menjadi semakin kuat di kalangan umum , mereka akan mula mencampur adukkan antara fitnah dan realiti . Walau bagaimapun tak mustahil , topeng yang digunapakai oleh pengkhianat talam dua muka ini akan terdedah juga bila tibaa masanya.

Doa PAS takkan buat UMNO K.O , Ahli UMNO sendiri yang bakal buat UMNO K.O

Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang diadakan baru2 memang nampak benar kesungguhan perwakilan yang hadir untuk memperoleh kembali majoriti 2/3 dalam parlimen . Presiden UMNO sendiri tampak begitu yakin BN mampu mempertahankan kerajaan dengan majoriti 2/3 , malah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir kata BN mampu tawan kembali negeri2 yang ada dalam genggaman pembangkang . Bila Tun Dr. Mahathir dah kata macam tu , insyallah boleh berjaya . Cuma Najib suarakan kebimbangan mengenai sikap sesetengah ahli UMNO yang cepat merajuk ni . Kalau merajuk je takde masalah , tapi bila dah merajuk dia akan buat tindakan2 yang bakal melingkupkan parti . Jenis-jenis macam ni kita cukup tau , dari zaman dulu lagi da ada , cuma perangai macam ni dah makin menjadi-jadi pulak sekarang .


Bukan aku nak kata apa la , tengok sendiri bekas-bekas menteri , ahli2 majlis tertinggi ... masa diaorang tengah pegang jawatan , mulut begitu manisss lambung presiden , nasihat ketua-ketua cawangan dan bahagian jangan sabotaj parti kalau tak terpilih jadi calon , kononnya nak jettt presiden . Tapiiiii... bila diaorang sendiri tak terpilih , mula lah buat perangai , merajuk dan macam2 lagi . Ada yang sampai keluar parti join Pakatan , memang perangai macam haramjad ! Dah puas pegang jawatan tertinggi berpuluh-puluh tahun , kalau dah tak terpilih lagi no big deal la , kasi orang lain pulak buat kerja ! Takkan nak  bawak jawatan tu sampai ke dalam lubung kubur ? 'Parasit-parasit' macam ni perlu dikenal pasti , yang pernah ada sejarah buat 'perangai' tolonglah 'mark' mereka ni . Cantas dengan apa cara sekalipun kerana diaornag ni liabiliti bagi UMNO .

Zaman sekarang ni cukup berbeza , politik datang dengan IQ yang tinggi dan of course lah duit  . Kalau lu ada duit IQ takde , tolong ketepi sikit.. kalau lu ada IQ tapi duit takde pun tolong ke tepi sikit , still boleh bantu parti dengan bekerja di belakang tabir . Kenapa perlu ada IQ dan duit ? Sebabnya kalau ada duit sebelum pegang jawatan2 penting , orang di sebelah sana takkan berbunyi bising konononnya jadi kaya raya lepas pegang macam2 jawatan dalam parti , yea lah nanti dikatakan rasuah dan kronisme . Dan kalau ada duit takde IQ pun tak guna , bila dah ada duit mesti lah nak naikkan diri dalam parti supaya dapat pegang jawatan tertinggi , jadi masa pemilihan golongan-golongan macam ni ada potensi untuk mengamalkan politik duit ...cucuk perwakilan dengan duit supaya pilih mereka . Memang ada orang2 macam ni dan kita tau sapa dia .. so minta hentikan lah . Dan perwakilan pun, kalau orang bagi duit ambik je... tapi pilih je pemimpin yang betul2 bijak dan berkaliber , bukan sebab duit yang dia ada.

Aku punya pengalaman ,semasa PAU baru2 ni ..adalah 2-3 orang yang hadir cukup sibuk cerita pasal melobi si polan tertentu untuk jadi calon . Gua pasang telinga jer... cakap jenis2 ni cukup berdegar-degar , tapi apa akan jadi kalau si polan yang mereka lobi ni tak terpilih . Yea lah , dah berbuih mulut presiden cakap jangan sabotaj parti kalau orang pilihan mereka tak terpilih , masing2 iyeeee kan aja . Kononnya akan tetap sokong , tapi dalam hati sapa tau . Mulut dan hati manusia ni kadang2 tak synchronized , apa yang dikatakan tak semestinya menunjukkan apa yang bakal di lakukan . Jadi kita tengok dulu apa akan berlaku di PRU-13 ni . Pemantau-pemantau sila buat kerja anda , mana-mana 'mangkuk ayun' yang sabotaj tolong 'mark' mereka ini , lepas habis PRU-13 tolong 'flush' mereka ni ke dalam lubang jamban , pastikan jangan timbul terus .

Baca analisis KLPos untuk calon2 yang sabotaj parti di sini .

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor