Thursday, November 29, 2012

Domino 'effect' ekonomi sekiranya kerajaan bertukar pemerintah


Menurut penganalisis pelaburan , pelabur-pelabur yang sedia ada di Malaysia mungkin akan meninggalkan negara ini sekiranya tampuk pimpinan kerajaan sedia ada berubah . Sebenarnya apa yang dinyatakan itu ada benarnya , dasar-dasar kerajaan sedia ada yang menyebabkan banyak pelaburan masuk ke dalam negara ini. Kerajaan yang dah mempunyai rekod cemerlang 55 tahun, menjadikan negara ini aman dan menyediakan segala kemudahan yang mencukupi untuk pelabur-pelabur menjalankan kegiatan mereka di negara ini .


Tidak mustahil keyakinan pelabur-pelabur yang ada itu akan menjadi goyah sekiranya pemerintahan bertukar. Masakan tidak ? Bayangkan mereka sedang melabur dalam negara di mana pentadbiran baru langsung tak mempunyai pengalaman dalam urusan pentadbiran negara. Tambahan pula dengan dasar-dasar kurang menyakinkan di negeri2 bawah pentadbiran pembangkang. Sedangkan belum ambil alih kerajaan pun dah menyusahkan pelaburan , ini kan pula kalau dah ambil alih kerajaan .

Contoh mudah , kesukaran untuk melabur kerana jaminan bekalan air dan tenaga elektrik (rujuk kerajaan Selangor) . Oleh yang demikian, rakyat perlu berfikir dengan sebaiknya tentang perkara ini , janganlah pula dalam keghairahan menumbangkan kerajaan sedia ada aspek2 lain diketepikan . Mungkin seronok sekiranya ia menjadi kenyataan tetapi natijah yaang perlu dihadapi adalah sangat2 menyusahkan. Kalau pelabur lari , pekerjaan pun 'lari' lepas tu akan berlaku lah apa yang dikatakan 'domino efek' .

Baca seterusnya di KLPos untuk teliti apa yang dikatakan oleh penganalisis pelaburan ini.

Tuesday, November 27, 2012

Perarakan Hijau Refleksi Perarakan Kemenangan DAP di KL pada Mei 1969 ?

Hari minggu yang lepas berlaku satu perarakan besar-besaran kumpulan Hijau yang didominasi oleh kaum Cina di ibukota. Dalam ramai-ramai yang berarak tu ,boleh dikatakan hanya sebahagian kecil muka kaum Melayu, mungkin sekitar 5% . Entah mungkin publisiti untuk perhimpunan ini tak dibuat secara meluas maka banyak media-media yang ketinggalan , malah mungkin pihak polis sendiri pun tak menjangkakan perarakan kumpulan Hijau pada minggu lepas boleh mengakibatkan beberapa jalan utama di Kuala Lumpur sesak teruk . Pada hari tu , aku dalam kereta , memandu nak menuju ke KLCC . Mungkin mata aku ni jenis cepat menangkap 'anomalies' di persekitaran jadi semasa melalui perhentian LRT Titiwangsa aku nampak sesuatu yang agak berlainan . Perhentian LRT Titiawangsa dipenuhi kaum Cina yang memakai baju hijau , ada sebahagian darinya memakai baju warna kuning . 



Aku dapat mengagak perhimpunan kat sini mungkin nak menyambut 'geng-geng' diaorang yang berjalan dari Kuantan ke Kuala Lumpur tempoh hari. Cuma yang musykilnya kenapa berkumpul dekat benar dengan PWTC , tempat di mana Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan . Kebetulan pada hari itu , Himpunan Wanita Muda diadakan di PWTC ,dihadiri oleh TPM . Hati rasa tak sedap , dalam fikiran aku tak mustahil puak-puak ni cuba melakukan provokasi . Apa pun boleh berlaku . Sebagai langkah berjaga-jaga aku maklumkan  perkara ini kepada beberapa rakan blogger. Minta mereka standby di PWTC kalau2 ada perkara luar jangkaan berlaku , sementara tu aku cari tempat yang sesuai untuk pantau pergerakan kumpulan ini. Lama kelamaan jumlah puak-puak ini semakin bertambah, pergerakan kenderaan terganggu dengan aksi-aksi mereka . Tempat mereka berkumpul sebelum berarak tadi dah jadi macam pesta, buat macam2 bunyi dan melaungkan slogan-slogan dalam bahasa Cina . 


Beberapa orang pegawai polis berpakaian seragam dan preman memerhati dari jauh . Orang yang lalu lalang hanya memerhatikan gelagat kumpulan ini . Nampak benar ketidakpuasan hati pemandu2 kereta disitu . Tiba satu ketika, mungkin 'korum' dah cukup mereka mula bergerak menuju ke Dataran Merdeka sambil membuat macam2 jenis bunyi . Ada beberapa orang dari kumpulan ini bertindak kurang ajar apabila melekatkan 'sticker' di bas-bas yang lalu lalang . Tak cukup dengan itu ada juga menunjukkan kedua-dua jari tengah (fxck) pada kenderaan yang mempunyai lambang 1Malaysia . Memang betul2 kurang ajar, dalam kepala aku terfikir mungkin macam ni lah gambarannya semasa tahun 1969 dahulu bila orang-orang Cina berarak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur merayakan kemenangan mereka dalam pilihanraya. Cuma kali ini ada beberapa orang Melayu songsang yang menyertai perarakan . 


Aku 'drive' ke Dataran Merdeka nak tengok apa pula tindakan dioarang seterusnya . Mujur datang awal , adalah tempat parking boleh aku menyelit . Sampai di dataran aku nampak DBKL dan polis dah standby , DBKL lapisan pertama , polis lapisan kedua . Kesian aku tengok brader2 DBKL dan polis , tak pasal2 je kena berkawal dalam hujan renyai . Mungkin ada antara mereka dipanggil balik dari bercuti untuk bertugas semata-mata kerana demo oleh sekumpulan beruk2 Hijau ni . Semasa di Dataran , suasana seolah-olah mejadi seperti pesta . Saranan DBKL supaya tidak melepasi sempadan tertentu tak diendahkan , kesian aku tengok sorang brader unit amal PAS yang terpaksa kawal perangai2 pendemo2 tak reti bahasa ni. 


Biasalah unit amal PAS ni agak tegas , dia tinggikan suara pada sorang pendemo supaya ikut peraturan...tapi kena ejek pulak , nampak benar brader tu tak puas hati bila disindir macam tu oleh sorang apek . Lebih kurang pukul 7pm , masing2 bersurai...mungkin dah letih kot , dari sumber media lebih kurang 12k yang hadir...mungkin ramai yang hadir dari luar , orang Lembah Klang takde masa nak layan demo2 ni . Tak abis2 dari dulu sampai sekarang .. cess

Sunday, November 25, 2012

Mungkin Australia Setuju Jadi Pemantau PRU-13 sekiranya tiada bantahan Lynas ?

Semangat kumpulan Hijau yang berjalan dari Kuantan hingga ke Kuala Lumpur untuk membantah operasi kilang Lynas di Gebeng memang tak dapat kita nafikan . Malangnya , semangat yang ditunjukkan ini tak kena pada tempat bila perjuangan mereka yang kononnya untuk mempertahankan alam sekitarnya dilihat agak 'bias ' , kenapa Lynas saja dan bukan lain-lain kilang petro-chemical di sekitar Gebeng . Kalau mereka begitu 'bijak' memahami proses kilang Lynas yang dikatakan bahan buangannya bersifat radio-aktif dan toksik , apakah yang membezakan kilang Lynas dan kilang2 petro-chemical yang lain di Gebeng ? Sejak dari awal lagi kita sedar , kumpulan Hijau ini hanyalah 'boneka' atau 'parrot' yang dimanipulasi oleh PR. 



Menggunakan sentimen 'alam sekitar' , kempen boikot Lynas dibuat dengan mencampur-adukkan fakta-fakta saintifik yang mengelirukan . Namun, hingga sekarang tidak ada lagi pakar2 radioaktif yang boleh mengesahkan tuduhan yang dibuat oleh kumpulan Hijau ini . Jelas sekali, kumpulan Hijau berjaya diperbodohkan kerana lebih mempercayai 'pakar2 radioaktif' PR . Antara tuntutan kumpulan Hijau ialah meminta Lynas 'balik' ke Australia dan jangan jadikan Malaysia tempat pembuangan 'sampah' . Ironinya, baru-baru ini Anwar Ibrahim terhegeh-hegeh meminta campur tangan Australia dalam memantau pilihanraya di Malaysia tetapi di tolak oleh Menteri Luarnya , Bob Carr . 


Mungkin sikap hipokrit PR dalam sesuatu isu itu yang menyebabkan Australia cukup menyampah dengan parti pembangkang di Malaysia . Bila syarikat Lynas dari Australia nak melabur ke Malaysia , kumpulan Hijau yang didalangi PR cuba menghalau , tapi bila  bab urusan PRU di Malaysia pula kumpulan Kuning yang juga didalangi PR terhegeh-hegeh menjemput pemantau dari Australia ? WTF ??? 

Friday, November 23, 2012

Bolehkan Islam diperjuangkan dalam cara yang songsang ?

Aku makin tak faham dengan sesetengah menusia yang kononnya alim warak , tutup aurat segala tetapi pada masa yang sama mulut begitu lancang berkata-kata tentang keburukan orang lain . Contohnya si wanita yang mengenakan hijab dan lengkap jubah segala , tetapi pada masa yang sama 'tweet' pasal kononnya rimas duduk di kalangan orang-orang yang tak menutup aurat atau seksi ni . Apa tujuan dia buat begitu ? Kesedaran atau kononnya orang lain jahat aku baik dan dapat keredhaan Allah ? Manusia punya hati memang susah dijangka, jangan cepat buat penilaian dengan penampilan seseorang itu .


Baru-baru ada pulak seorang Ustaz yang boleh dikatakan agak terkenal mencelakakan orang lain kononnya tak mengikut nas-nas Islam , Ustaz yang boleh dikatakan ramai pengikut taksub itu cuba berlagak 'cool' kononnya 'walaupun aku alim, gua tetap rock' . Ini lah yang menyebabkan anak2 muda begitu terpengaruh dengan si Ustaz ni . Cuma baru2 ini , si Ustaz ni telah terkantoi 'melepak' bersama-sama keluarga di sebuah restoran yang ada hubungkait dengan Yahudi . Agak kelakar 'konar baring' yang dibuat oleh Ustaz berkenaan mengatakan dia sebenarnya berada di 'sebelah' restoran berkenaan . Kalau puak-puak taksub dan sejengkal akal fikirannya maka dengan mudah lah mereka percaya alasan bodoh ini. Ustaz ini juga boleh dikatakan agak zuhud ... begitulah dengar khabarnya dari pengikut2 taksub .



Eh terlebih melalut pula dengan artikel menyelam sambil minum air ni , sebenarnya gambar2 di atas tak ada kena mengena pun dengan artikel yang ditulis ni , jadi pada yang berkenaan jangan terasa . Artikel ni sebenarnya nak cerita pasal perangai seorang imam yang suka hati berdoa masa penghujung khutbah jumaat untuk hancurkan BN . Ini lah perangai orang yang mengaku alim tapi sikap yang ditunjukkan macam orang munafik. Apa dia ingat semua yang dalam masjid itu lebai2 sarban ketat ka? . Ini lah perangai2 orang2 alim yang dibutakan mata hati , sampai sanggup doakan kemusnahan sesama Islam .  Dari artikel sahabat blogger RBF ;

Hari ini 23 Nov 12 bertempat d masjid al- falah ulu yam bharu, kuala kubu Bharu bacaan doa yg di bacakan pd penghujung khutbah jumaat imam di masjid tsebut mengandungi doa hancurkan kerajaan BN. 

Di antara intipati doa beliau adalh spt brikut, 

" Ya Allah hancurkan kerajaan yang penuh kezaliman tumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya yang akan datang turunkan bala dan kehancuran pada kerajaan yang zalim ini". 

Berikutan doa tersebut Mohamad seorang jemaah telah bertanyakan kepada imam tsebut kenapa membaca doa tsebut dan telah blaku sedikit ptengkaran mulut di antara mereka. 

Insiden ini telah bjaya dleraikan oleh jemaah yg hadir . laporan polis sedang di buat di balai polis ulu yam baru. di fahamkan beberapa laporan polis lg akan dbuat . 

Hancur beb....hancur islam dilacurkan oleh Pas. Tengoklah kalau tak percaya, esok lusa, minggu depan atau bulan depan akan bertambah-tambahlah doa seperti itu. Semuanya kerana ulama-ulama Pas dah beri lampu hijau. 



Anwar bandingkan standard pilihanraya Afganistan , Myanmar dengan Malaysia

Sebelum ini aku pernah menulis artikel mengenai penolakan kerajaan Australia untuk campur tangan dalam urusan pilihanraya di Malaysia . Pada ketika itu , Anwar mungkin menggunakan sahabat beliau yang kontroversi iaitu Senator Xenophone bagi membangkitkan hal berkenaan di dalam parlimen Australia . Walau bagaimanapun , Menteri Luar Australia Bob Carr dengan jelas menolak cadangan yang dikemukakan oleh Senator Xenophone . Klik di sini untuk baca artikel .



Mungkin tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Carr , Anwar kemudian menulis sendiri surat kepada Carr meminta Australia campur tangan dalam urusan pengundian di Malaysia.  Carr dalam satu temuramah memaklumkan bahawa beliau menerima surat yang ditulis oleh Anwar pada hari Isnin (19 Nov 2012) , walau bagaimanapun menegaskan Australia hanya akan bertindak sekiranya ada jemputan dari kerajaan Malaysia sendiri . Anwar nampaknya masih tak faham-faham dengan mesej yang cuba disampaikan oleh Australia kepada beliau , iaitu "kami tak mahu masuk campur!" .

Anwar dalam satu nota kepada pemimpin Australia itu seolah-olah menyindir apabila mempersoalkan tindakan Australia yang double standard yang mahukan pilihanraya adil berlaku di negara2 seperti Afghanistan dan Myanmar , tetapi mendiamkan diri apabila ada permintaan mahu perkara yang sama untuk Malaysia . Bob Carr mungkin berasa pelik dengan tindakan Anwar yang membandingkan pilihanraya Afghanistan, Myanmar dengan Malaysia . Standard ketiga-tiga negara ini adalah amat berbeza sekali . Malaysia boleh dikategorikan sebagai negara yang pesat membangun, banyak pelaburan asing , dan negara yang ekonominya agak stabil di rantau Asean , dan yang penting sekali hanya segelintir rakyat yang kononnya merasa diri ditindas ! Berlainan sekali dengan apa yang berlaku di Afghanistan dan Myanmar .

Isu video seks Anwar mungkin telah sampai ke peringkat antarabangsa . Kajian dari pakar2 luar telah mengesahkan siapa sebenarnya lelaki dalam video itu . Walaupun berkali-kali dinafikan si empunya tubuh, mungkin ramai yang sedang bercakap mengenainya di belakang . Tak mustahil , hal ini tersebar luas di kalangan pemimpin2 antarabangsa . Jadi , mungkin mereka tahu benar dengan Anwar punya 'silat' , 'spin' dan macam2 lagi . Tindakan Anwar melobi ke hulu dan ke hilir di peringkat antarabangsa mungkin sia-sia saja . Kenapa tak melobi saja untuk Peranchis jadi pemantau pilihanraya di Malaysia ? Kata nya ada kes besar melibatkan kerajaan Malaysia di sana ? Atau kenapa tidak minta saja campur tangan US dalam pilihanraya di Malaysia ?  Entah lah apa yang difikirkan oleh Anwar , mungkin sekarang dah tergugat dengan 'demand' PAS untuk jadi PM sekiranya Pakatan menang ?

Artikel2 berkaitan ;

http://www.radioaustralia.net.au/asia/2012-11-21/malaysias-anwar-calls-for-australia-to-help-in-election/1049362

http://www.klpos.com/politik/26851-pru-13-australia-tolak-rayuan-anwar

Tuesday, November 20, 2012

YB Zuraidah Kamaruddin menabung sejak kecil lagi untuk beli kereta mewah ?

Nampaknya untung betul orang-orang politik ni , kononnya berjuang atas nama rakyat . Tolak kronisma , tolak rasuah dah macam2 tolak lagi , kononnya tak penting wang ringgit . Sanggup bermandi darah , dan kena tear gas FRU . Macam-macam lagi depa punya drama . Segelintir rakyat tak pakai otak pula mudah terpengaruh dengan drama low class ni . Ada pun satu berita yang dikongsi oleh blogger Gelombang Wangsamaju , teringin juga aku nak kongsi kan bersama . 

2008


  • No kenderaan : WRL 575
  • No enjin : B5254 T2 A027402
  • Model : VOLVO XC90 2.5 T
  • Tarikh daftar : 01.07.2008
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
  • Harga kenderaan : RM 355,000.00

Khabarnya , YB PKR , Zuraidah Kamaruddin lepas je menang pilihanraya ke-12 dan bergelar YB telah membeli banyak kereta yang boleh tahan harganya :) . Siapa Zuraidah ni sebelum bergelar YB , adakah dia seorang ahli perniagaan yang berjaya ? Macam Jamaluddin Jarjis tu , sebelum pegang jawatan menteri pun kita tau dia memang a successfull businessman. Dah memang kaya raya sebelum menang di Parlimen Rompin pun , yang kita pelik orang yang tiba2 jadi kaya lepas menang Parlimen Ampang ni ? 

2010


  • No kenderaan : WTY 1547
  • No enjin : 2KD650 8915
  • Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT
  • Tarikh daftar : 31.05.2010
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
  • Harga kenderaan: RM 99,000.00

Dahsyat.. 2008,2010,2011, 2012  beli kereta mewah berderet deret ... rakyat terpaksa bayar loan bank sehingga 9 tahun untuk sebijik kereta , dia pula sedap2 beli kereta baru hampir tiap2 tahun lepas bergelar ahli parlimen... ewah ewah ewahhh , itu baru kereta , harta lain kita tau lagi ? Sibuk - sibuk persoalkan rasuah, kronisme , duit datang mana dan macam2 lagi , rupanya ada juga sesuatu yang tersirat disitu ... 

2011


  • No kenderaan : WNA 276
  • No enjin : 1KD687 8384
  • Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT
  • Tarikh daftar : 03.11.2011
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
  • Harga kenderaan: RM 107,000.00


Zuraidah menabung sejak kecil lagi ke ? dan kebetulan simpanan mencukupi untuk dia beli kereta2 mewah itu lepas jadi MP ? Well ... I dunno , please ask her :)

2012


  • No kenderaan : BLR 9680
  • No enjin : 1129 1331 8818 93
  • Model : Mercedes Benz E240
  • Tarikh daftar : 24.05.2012
  • Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
  • KP : 580314 71 5206
  • RM 133,000.00

Seterusnya di blogger Gelombang Wangsa Maju dan Sel13



Monday, November 19, 2012

Isu Kondominium Batu Caves : Ronnie Liu malukan BN ?

Sebelum ni aku ada baca dalam online portal , rasanya dalam FMT atau Malaysiakini . Wahh bukan main gebang lagi Ronnie Liu nak tunding jari kononnya kondo Batu Cave yang jadi isu baru2 ni dah diluluskan sejak zaman BN , perghh rupanya-rupanya menipu jugak mamat ni , dia belit sana sini sampai pakcik2 yang buat demo dekat Batu Cave itu hari tu pun naik confuse , yea lah depa bukan orang korporat atau orang2 yang biasa terlibat dalam construction . Boleh la Ronnie Liu nak belit , yang paling tak boleh blah aku tengok komen2 yang dibuat dalam FMT atau Malaysiakini dengan statement Ronnie Liu tu bukan main kuat menyindir... kononnya depa lah pandai , kononnya pakcik2 yang buat demo ni tak reti maksud Development Order yang dah diluluskan sejak zaman BN lagi . Dari KLPos , kita singkap kisah di sebalik spin yang dibuat oleh otai DAP ni ..



"Liu juga memaklumkan bahawa kelulusan pembangunan telah dikeluarkan pada March 2008 . Walaupun PR mengambil alih Selangor pada March 2008, ahli-ahli Majlis PR hanya mengangkat sumpah pada Julai 2008 dan mendakwa kelulusan yang dibuat itu adalah kerja-kerja Ahli Majlis BN semasa proses peralihan kuasa.

Kenyataan yang dibuat oleh Liu agak mengelirukan dan seolah-olah cuba menyembunyikan beberapa fakta-fakta penting yang lain. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila ahli-ahli Majlis BN yang bukan lagi berada dalam kerajaan negeri masih boleh membuat keputusan untuk meluluskan sesebuah pembangunan. Walau bagaimanapun, kekeliruan yang ditimbulkan oleh Liu kemudiannya dijelaskan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Chor Chee Heung melalui satu kenyataan akhbar pada 16 November 2012.

Dari kenyataan akhbar berkenaan, pelan bangunan projek telah diluluskan oleh Jawatankuasa One Stop Center (OSC) pada 24 March 2008 iaitu dua minggu selepas PRU-12 . Pelan bangunan ini juga telah mendapat perakuan oleh Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Selayang pada 10 Julai 2008 yang dianggotai Ahli-ahli Majlis dari PR.

Ironinya , kenyataan Liu sebelum ini mengatakan kelulusan yang dibuat pada March 2008 adalah kerja-kerja Ahli Majlis BN adalah tidak benar kerana tiada Ahli Majlis dari BN yang hadir semasa mesyuarat Jawatankuasa OSC diadakan pada ketika itu disebabkan tempoh transisi. Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini akhirnya menyebabkan Liu dilihat seperti cuba mencari jalan penyelesaian yang mudah dengan menundingkan jari pada kerajaan negeri terdahulu tanpa benar-benar mengkaji kronologi kelulusan bagi projek ini."

selanjutnya di KLPos


Sunday, November 18, 2012

Kumpulan Hijau Lynas is Bloody Hypocrite !

Nampaknya kumpulan 'Hijau' yang membantah pembinaan kilang Lynas di Gebeng Kuantan masih konsisten dengan pendirian mereka . Walaupun pakar-pakar dan saintis nuklear bersetuju bahawa kilang Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan , kumpulan yang menggelarkan diri mereka 'Hijau' masih terbuai dengan fakta2 saintifik songsang yang dimanipulasi oleh golongan2 tertentu untuk kepentingan politik . Sekiranya dibuat kajian dengan teliti , hasil buangan kilang-kilang petro-chemical yang banyak beroperasi di Gebeng adalah lebih merbahaya , malah operasi yang dijalankan di kilang-kilang ini adalah lebih berisiko tinggi . Malangnya , kumpulan 'Hijau' ini hanya nampak dengan loji pemprosesan nadir bumi Lynas . Jelas sekali , perjuangan mereka ini membabi buta tanpa mengetahui fakta-fakta yang sebenarnya .


Malah sepeti yang kita tahu , kumpulan 'Hijau' ini kebanyakkan terdiri daripada bangsa Cina , adakah kurang bangsa Melayu dan India yang prihatin tentang kempen kumpulan 'Hijau' ini ? Kebenaran ada di depan mata mereka tetapi seolah-olah mereka sengaja membutakan mata , hingga hari ini tiada seorang pun pakar nuklear atau saintis nuklear / radioaktif  yang mahu tampil ke hadapan untuk membela fakta-fakta yang dikemukakan oleh kumpulan 'Hijau' ini . Mereka boleh saja menjemput pakar radioaktif/nuklear dari Lynas untuk berdebat dengan pakar yang mewakili kumpulan itu , walau bagaimanapun ini tidak berlaku .


Terbaru kumpulan 'Hijau' ini berarak beramai-ramai dari Kuantan hingga ke Kuala Lumpur kononnya untuk satu kesedaran sivik . Mereka cuba memberikan persepsi kepada masyarakat bahawa mereka benar tetapi hakikatnya mereka gagal mempertahankan hujah mereka dengan bukti2 saintifik . Kes kilang Asian Rare Earth (ARE) , Bukit Merah diguna berulang kali dan dijadikan rujukan untuk kilang Lynas sedangkan Lynas dan ARE adalah berbeza . Perbandingan yang dibuat oleh kumpulan 'Hijau' ini bukanlah secara 'Apple to Apple ' Dari portal Malaysiakini , dikatakan seramai 80 orang aktivis berarak dari Kuantan ke Kuala Lumpur , perarakan itu turut disertai oleh beberapa warga emas .


Cuma diharapkan agar kumpulan ini tidak membuat 'kacau' apabila tiba di Kuala Lumpur . Kita sedar 'Bersih' dan 'Hijau' adalah elemen2 yang diwujudkan oleh parasit politik di Malaysia . Kononnya dengan atas nama NGO , kumpulan-kumpulan ini digunakan untuk mendapatkan sokongan rakyat . Namun , lama kelamaan rakyat makin bosan dengan kerenah yang tak sudah-sudah mahu menimbulkan satu suasana yang tidak stabil di ibukota oleh dua kumpulan ini . Rakyat juga sedar perjuangan kumpulan 'Hijau' adalah perjuangan yang maha hipokrit , kononnya mahu menjaga alam sekitar , tetapi adakah mereka sedar banyak lagi buangan sisa dari kilang-kilang petro-chemical di Gebeng merbahaya . So what I can say is 'Kumpulan Hijau is Bloody Hypocrite !'

Saturday, November 17, 2012

Kaji Semula Tanah Rezab dan Hak Istimewa Melayu , Irene Fernandez Tegas dengan Pendirian

Pejuang hak asasi manusia yang sejak dulu lagi memang kontroversi mahu perlembagaan yang mempertahankan hak istimewa orang melayu dikaji semula . Ini dilaporkan dalam portal online Malaysian Insider pada 16 November 2012 . Dari petikan Malaysian Insider ;

"Pengarah eksekutif Tenaganita yang lantang itu juga menambah bahawa langkah serta-merta dalam polisi kerajaan diilhamkan daripada Artikel 89 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan hanya berjaya mengguntungkan golongan elit dalam masyarakat Melayu kelas atasan."

Dari perlembagaan Persekutuan Artikel 89 ialah berkaitan dengan tanah rezab Melayu dan artikel 153 pula ialah hak istimewa orang-orang Melayu . Kenyataan Irene Fernandez mahu kedua-dua artikel ini dikaji semula . Pembaca sekelian, kita sedar permainan yang cuba dimainkan oleh mereka ini , dikala orang Melayu sedang berpecah belah , anasir2 ini mula memainkan peranan kali ini bukan lagi secara halus tetapi dengan lebih jelas . Kenapa mereka mula jadi semakin berani sekarang ? Tak lain tak bukan kerana mereka sedar ada di kalangan orang Melayu sendiri yang mahu Artikel 89 dan Artikel 153 ini dikaji semula .


Melayu-melayu yang dimaksudkan ialah melayu yang sama menyokong kebebasan beragama bagi orang melayu , melayu yang sama menyokong Lesbian, Gay , Bi-Sexsual dan Transgender dan melayu yang sama menyokong rejim Zionis .  Lebih memeritkan melayu-melayu yang pada prinsip asalnya menentang kesemua yang dinyatakan di atas atas kononnya atas nama Islam ,  hanya berdiam diri malah bersekongkol pula atas pentas politik yang sama ? Mungkin ingin menggunakan formula untuk capai kemenangan dalam sesebuah pilihanraya sesebuah negara ,sokongan golongan rakyat yang up-to-date dan golongan ortodoks / konservatif  amat diperlukan kerana selama ini itulah faktor yang menghalang kemenangan mereka . Dilihat prinsip perjuangan agak caca marba , tetapi tetap diteruskan dan penyokong-penyokong terus dikelirukan . Apa yang jelas, golongan up-to-date ini cuba meneutralisasikan golongan ortodoks/konservatif ini dan nampaknya usaha mereka semakin berjaya .

Berbalik kepada 'permintaan' yang dibuat oleh Irene Fernandez bekas pemimpin PKR , tidak mustahil ini akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kepimpinan negara . Tanah milik orang melayu pun dah tak banyak mana sekarang , kalau rezab Melayu pun dihapuskan entah apa lagi yang tinggal ? Hak istimewa pun akan direntap walhal majoriti Melayu yang menyokong PKR ni masih bergantung dengan hak-hak istimewa ini . Tak percaya ? Cuba pi ceruk-ceruk kampung yang mana bendera PAS dan PKR penuh berceracak , cuba lihat kehidupan mereka ini , adakah mereka sedar mereka boleh 'survive' sekiranya hak2 istimewa orang Melayu ditarik balik ? Entah apa lah yang diracun oleh pemimpin2 melayu Pakatan Rakyat yang menjelajah ke kampung2 ini hingga menyebabkan penduduk2 ini buta dengan hakikat yang sebenar .

Bagi Melayu Pakatan Rakyat yang 'urban' yang tinggal di kawasan bandar , tentulah tak kisah jika hal-hal sebegini di tiadakan , ini kerana mereka tak fikir nasib kaum2 mereka yang berada di pedalaman dan kampung2 . Memang benar Melayu perlu berdiri tanpa tongkat , tetapi warisan Melayu itu sendiri perlu dipertahankan . Jangan sampai dah hilang baru menyesal tak sudah . Cukup-cukup lah 'spin' mengatakan semuanya di ambil oleh orang berkepentingan , kalau semuanya diambil oleh orang2 berkepentingan maka tak wujudlah usahwan2 melayu yang ramai sekarang . Malah juga usahawan2 melayu yang menentang dasar2 yang dipertahankan kerajaan yang satu ketika dulu bantu menaikkaan mereka . Cuma bila dah kaya raya , maka mula lah dengan penyakit melayu yang nombor satu iaitu penyakit tak sedar diri . Jadi renung-renungkan lah , ketepikan soal politik dan bersatu pertahankan hak .. biar mulut2 sial itu terkunci lihat penyatuan ini .

Harun Taib Menipu Perwakilan Muktamar PAS ? Karpal said DAP never agreed to hudud !

Sebenarnya aku tak faham apa motif PAS berulang-kali mengatakan Pakatan Rakyat akan melaksanakan hukum hudud setelah Putrajaya berjaya mereka ambil alih . Kali ini terbaru dalam muktamar PAS , Ketua Dewan Ulama PAS , Datuk Harun Taib mengulangi lagi kenyataan bahawa rakan2 sekutu dalam Pakatan Rakyat secara umum bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan sekiranya memenangi PRU-13 .  Hari ini Karpal Singh dengan konsisten sekali lagi menegaskan DAP tak pernah bersetuju perlaksanaan hukum hudud . Kenyataan Karpal tetap konsisten dari dulu hingga sekarang , begitu juga dengan pandangan lain-lain pemimpin DAP .



Persoalan sekarang apakah sebenarnya yang PAS cuba sampaikan kepada penyokong-penyokong mereka apabila dengan jelas tiada sebarang kata putus berkenaan hudud di kalangan sekutu2 Pakatan Rakyat terutamanya DAP ? Jelas disini seorang yang digelar Ketua Ulama dalam PAS menipu secara terang-terangan apabila kenyataan Karpal Singh dikeluarkan di dalam akhbar pada hari ini . Malangnya, penyokong-penyokong taksub PAS masih percaya dengan ucapan Datuk Harun Taib yang 100% kantoi . Kita tertunggu-tunggu respon PAS dengan bidasan Karpal yang terbaru ini . Adakah mereka akan cuba memutarbelitkan fakta dengan mengaitkan kenyataan Presiden MCA pula ? Dan golongan2 Erdogan di kalangan mereka pula akan bijak memanipulasikan kenyataan Datuk Harun Taib ini mungkin dengan mengatakan hukum ini tak akan dijalankan serta merta dan pelbagai alasan akan diberikan .



Disini kita dapat melihat , tak semua pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bersetuju dengan pelaksanaan hudud . Tetapi pada masa yang sama mereka perlukan PAS kerana sedar 'kekuatan' PAS adalah pada ketaksuban dan keberanian membabi buta penyokong-penyokong parti itu . PAS secara konsisten boleh menurunkan ramai penyokong2 mereka dalam mana2 program Jelajah Rakyat yang dianjurkan oleh DAP atau PKR . PAS mengamalkan prisip 'tak berkira' dengan sekutu-kutunya , kita dapat lihat PAS ikhlas ingin berjuang bersama-sama DAP dan PKR , keikhlasan perjuangan mereka ini akhirnyaa telah membuatkan mereka seolah-olah dipergunakan dan diperkotak-katikkan . PAS dilihat banyak bersabar dan bertoleransi dengan dua lagi sekutu mereka , sedangkan kekuatan Pakatan Rakyat itu adalah hasil dari momentum yang dicetuskan oleh penyokong-penyokong tegar PAS .

PKR dan DAP tak akan kemana kalau tanpa ada sokongan penyokong2 tegar PAS , mereka ini boleh dikatakan terlalu naif hingga seolah-olah diperbodohkan dan digunakan . Mungkin juga kerana terlalu bencikan BN dan UMNO , mereka sanggup 'ditunggangi' oleh rakan2 'seperjuangan' ? Tapi sampai bila penyokong-penyokong PAS yang berada dalam kategori cerdik boleh bersabar ? Terbaru dalam muktamar dah ada suara2 yang meluahkan rasa tak puas hati dengan lidah rasmi PAS iaitu Harakah yang seolah-olah sekarang banyak digunakan untuk melambung pemimpin2 sekutu PAS , seolah-olah menunjukkan pemimpin2 dari PAS itu sendiri tiada kredibiliti . Agak malang bagi PAS kerana dipimpin oleh seseorang yang rela diperkotak-katikan dan rela berkompromi dengan wadah perjuangan sebenar hanya demi menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional .

Kemuncaknya sekiranya Pakatan Rakyat kalah teruk pada pilihanraya ke-13 nanti , pertama sekali sistem pilihanraya akan dipersalahkan , kemudian akan ada lagi perhimpunan haram besar-besaran . Namun , sekiranya tetap tiada sambutan dari rakyat , maka masing2 barangkali akan mula menunding jari sesama sendiri . Dan pada ketika itu , mungkin barulah akan ada revolusi sebenar dalam kepimpinan PAS . Puak-puak erdogan eloklah berhijrah ke parti yang lebih sesuai dengan jiwa mereka iaitu PKR . Entahlah PKR masih akan wujud sekiranya Pakatan Rakyat mengalami kekalahan yang teruk pada PRU-13 akan datang ?

Thursday, November 15, 2012

Kenyataan Dato’ Sri Ir. Mohd Zin Mohamed mengenai kenaikan harga rumah di Selangor


Kenyataan Dato’ Sri Ir. Mohd Zin Mohamed mengenai kenaikan harga rumah di Selangor


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

  1. Saya ingin menarik perhatian kita semua mengenai beberapa aduan dan permasalahan rakyat yang di terima dari Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) Barisan Nasional. Antara masalah yang diterima selain dari masalah infrastruktur, penduduk Selangor juga turun membuat aduan mengenai masalah kenaikan harga rumah yang begitu mendadak di Selangor ini.

  1. Pihak BN Selangor meneliti masalah ini dengan serius dan menganggap masalah ini sebenarnya berpunca dari kelemahan Kerajaan Negeri mengurus dan mengawal isu perumahan dengan baik dan berkesan.

  1. Difahamkan, Dato’ Sri Anwar Ibrahim pernah mengumumkan bahawa akan memperuntukan RM500 juta untuk pembinaan rumah kos rendah di Selangor dan Pulau Pinang sebelum ini. Namun begitu, beliau tidak menyatakan jumlah sebenar yang diperuntukan untuk negeri Selangor.

  1. Persoalannya, kenapakah setelah lebih empat tahun memerintah, baru pengumuman ini dibuat? Tambah mengelirukan, pengumuman ini dibuat sejurus selepas Perdana Menteri mengumumkan beberapa peruntukan untuk membina rumah mampu milik dalam Bajet 2013 yang lalu.

  1. Pihak Pakatan juga dengan melulu menuduh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional sepatutnya bertanggungjawab untuk membina rumah kos rendah namun suka saya mengingatkan bahawa segala hal berkaitan dengan tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri. Sepatutnya, kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim terlebih dahulu berusaha untuk menyediakan rumah yang mampu dimiliki untuk rakyat Selangor.

  1. Di kesempatan ini, saya ingin memberikan jaminan kepada rakyat Selangor bahawa setelah Barisan Nasional memerintah Selangor kelak, masalah perumahan mampu milik ini akan diberikan perhatian khusus. Saya tidak boleh menyatakan angka-angka dengan spesifik namun perkara yang melibatkan rumah kos rendah atau mampu milik ini akan turut dimuatkan dalam manifesto Barisan Nasional untuk PRU akan datang. Ianya lebih meyakinkan rakyat memandangkan Barisan Nasional mengamalkan konsep Janji Ditepati.

  1. Ternyata kerajaan Pakatan sekarang lebih berminat dalam urusan korporat sehinggakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang diwujudkan untuk membantu rakyat memiliki rumah mampu milik turut dijadikan ‘vehicle’ untuk meraih keuntungan tanpa memikirkan kebajikan rakyat.

  1. Jika corak pemerintahan sebegini berterusan, tidak mustahil akan timbul kembali penempatan setinggan di Selangor ini di masa akan datang.

Kenyataan Media Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed mengenai Karnival Sayangi Selangor


Kenyataan Media Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed mengenai Karnival Sayangi Selangor


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

  1. Barisan Nasional Selangor akan mengadakan Karnival Sayangi Selangor sempena sambutan Tahun Tahun Baru 2013 bertempat di I-City Shah Alam. Karnival ini akan berlangsung selama empat hari iaitu bermula dari 29 Disember 2012 sehingga 1 Januari 2013.

  1. Karnival Sayangi Selangor ini akan turut memuatkan program-program untuk disertai oleh seluruh rakyat Selangor termasuk golongan belia dan aktiviti seisi keluarga seperti Marathon, konvoi treasure hunt, pameran Produk 1 Malaysia, pameran kerjaya, pameran produk BN Selangor, permainan keluarga paintball, laser-tag, go kart, futsal, gerai jualan dan persembahan-persembahan artis dan kebudayaan.

  1. Selain itu, terdapat juga pameran dan pertunjukan automotif melibatkan kelab-kelab dan persatuan automotif.Rakyat Selangor boleh turut sama melibatkan diri dalam Karnival Sayangi Selangor ini.

  1. Acara kemuncak ialah pada 31 Disember dan kita menjangkakan Perdana Menteri akan turut hadir bagi sama-sama menyambut Tahun Baru 2013 bersama rakyat Selangor diikuti dengan Pertunjukan Bunga Api.

  1. BN Selangor sangat optimis dan kami menjangkakan lebih 300,000 orang akan hadir dalam Karnival Sayangi Selangor ini bagi menyatakan sokongan mereka terhadap usaha Barisan Nasional merampas kembali negeri Selangor dari pihak Pakatan.

Kenyataan Media Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed mengenai Radio BN Selangor


Kenyataan Media Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed mengenai Radio BN Selangor


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

  1. Dalam usaha untuk mendekati rakyat dan menyampaikan informasi terkini mengenai Barisan Nasional Selangor, BN Selangor sekali lagi mengorak langkah ke hadapan apabila mewujudkan Radio Internet yang akan memulakan operasi pada 17 Nov 2012.

  2. Radio ini akan beroperasi selama 24 jam dan akses boleh di capai menerusi komputer, laptop mahupun telefon pintar.

  3. Untuk mengakses melalui kumputer dan laptop, pengguna boleh melayari laman web www.selangorbn.fm

  4. Melalui telefon pintar pula, pengguna boleh memuat turun aplikasi Tune In dan melayari Selangor BN FM melalui aplikasi tersebut.

  5. Tujuan utama kewujudan radio BN Selangor ini adalah untuk memberi informasi yang jelas kepada rakyat khususnya di Selangor mengenai apa yang kerajaan Barisan Nasional sedang lakukan untuk kebaikan rakyat, berkongsi informasi dengan rakyat di Selangor tentang isu-isu semasa di Selangor.

  6. Radio ini juga merupakan platform untuk rakyat memberikan pandangan dan mengutarakan aduan atau masalah mereka. Medium radio juga boleh digunakan untuk menangkis fitnah dan andaian dari pihak Pakatan dengan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

  7. Setakat ini akan terdapat 10 segment yang disusun secara interaktif untuk pendengar-pendengar radio BN Selangor ini.

  1. Kapsul pagi- membincangkan tentang motivasi diri, tips sebelum memulakan hari yang ceria dan produktif.
  2. Bual Bicara – Membincangkan tentang isu-iisu di Selangor. Menjemput tetamu yang berkaitan isu ke konti radio.
  3. Lagu permintaan – Deejay akan memainkan lagu diselangani dengan celoteh dan info,
  4. Aduan rakyat –Aduan dari rakyat dan akan dijawap oleh pihak yang terlibat.
  5. Resepi selebriti – Menjemput artis, ahli politik, public figure untuk berkongsi resepi kesukaan mereka dan perkembangan terkini mereka.
  6. Bersama Pemimpin – Membincangkan isu-isu Negara dengan menjemput tetamu yang arif dalam bidang tersebut.
  7. Bicara kesihatan (Setiap Selasa) –Temubual bersama pakar mengenai topic kesihatan yang berlainan setiap minggu.
  8. Bicara agama (Setiap Jumaat) – segment membicarakan tentang agama dengan menemubual tetamu dalam bidang agama.
  9. Bakat Selangor – segmen yang membolehkan pendengar menonjolkan bakat nyanyian mereka dengan menghantar klip suara mereka ke FB, email atau CD kepada kami.
  10. Berita @ Info – segmen ini akan keudara setiap 30 minit atau 1 jam, dengan memberi berita kepada pendengar. Segment ini selama 5 minit.

  1. Inovasi dari Barisan Nasional Selangor ini merupakan satu dari usaha berterusan BN Selangor untuk mendekati rakyat. Radio ini juga berbentuk dua hala iaitu pendengar dapat turut berhubung dengan pihak Barisan Nasional Selangor terutamanya apabila melibatkan segmen-segmen bersama pemimpin kelak.

Wednesday, November 14, 2012

Kita dah monopoli ekonomi, politik Malaysia bila lagi ?

Malaysia adalah sebuah negara yang agak unik dimana terdapat pelbagai bangsa , agama dan budaya yang diamalkan di negara ini . Sudah tentulah Melayu sebagai penduduk asal merupakan majoriti penduduk di negara ini , diikuti oleh bangsa Cina dan India . Penduduk berbangsa  Cina dan India berhijrah ke Tanah Melayu apabila dibawa oleh penjajah British untuk dijadikan pekerja bagi membolot kekayaan hasil bumi negara. Tiba satu ketika , jumlah mereka yang ada di sini menjadi semakin ramai , walau bagaimanapun atas sifat toleransi , penguasa-penguasa Melayu pada ketika itu tetap menerima dengan hati yang terbuka . Dan seterusnya hak kewarganegaraan diberikan kepada mereka dalam perjanjian mencapai kemerdekaan.

Dengan kekayaan yang melimpah ruah di negara ini dan dengan sikap rajin yang ada pada penduduk berbangsa Cina , mereka mula menguasai bidang ekonomi . Penglibatan dalam politik adalah semata-mata untuk menjaga dan membela kepentingan kaum Cina saja . Urusan pemerintahan negara tetap diberikan kepada parti yang mewakili orang Melayu selaku kaum yang paling ramai . Walau bagaimanapun, dalam setadan pisang tak semuanya yang baik-baik belaka . Dalam ramai-ramai kaum Cina yang ikhlas bekerjasama dengan kaum Melayu dan India dalam membangunkan negara ini , terdapat segelintir anasir-anasir jahat di kalangan mereka yang cuba menghasut dan mempersoalkan hak2 bumiputera .

Kemuncaknya peristiwa 13 Mei telah berlaku pada tahun 1969 . Selepas berlaku peristiwa itu , tuntutan2 yang berbaur provokatif dari ekstremis2 berbangsa Cina dilihat semakin kendur. Majoriti rakyat mahukan keamanan, rusuhan2 hanya mengakibatkan gangguan pada kehidupan seharian dan jejaskan kegiatan ekonomi. Namun selepas 43 tahun peristiwa itu berlaku , segelintir daripada golongan ini seperti lupa pada sejarah . Tuntutan-tuntutan serupa mula dibuat lagi , tetapi kali ini disokong pula oleh barua-barua yang berbangsa Melayu yang memperjuangkan kesamarataan . Kini,  orang Melayu tak bersatu sepeti dahulu dan terpecah kepada 3 kumpulan iaitu PAS , PKR dan UMNO . 

Perpecahan sebegini lah sebenarnya yang ditunggu-tunggu , apabila berbalah sesama sendiri akan ada yang menjadi batu api . Dan pada masa yang sama , anasir2 ini akan meracun kembali secara halus ... sama seperti apa yang berlaku pada tahun 1969 dahulu , mungkin kali ini lebih berhati-hati dengan menggunakan pelbagai 'topeng' , orang2 Melayu yang bersekongkol diperbodohkan , namun barua2 berbangsa Melayu ini tetap menafikan diri diperbodohkan sambil melemparkan kata2 sinikal kepada yang menegur. Terbaru , jarum2 hasutan ini mula disebarkan kepada rakayat yang berbangsa Cina , supaya operasi hasutan mereka ini tak disedari oleh orang Melayu , risalah2 yang diedarkan ditulis dalam bahasa Cina . Dari blog Papagomo ;


"Mungkin Melayu tidak faham apa yang terkandung dalam risalah yang diedarkan oleh DAP tetapi maknanya adalah :"Kita dah monopoli ekonomi. Ayuh! DAP, MCA, Gerakan! Mari kita kawal politik Malaysia. Sekarang atau tidak.."

"Risalah risalah yang diedarkan ini dengan jelas mengajak kaum Cina tampa mengira fahaman politik sama ada disebelah pihak Kerajaan BN iaitu MCA ataupun GERAKAN untuk bersatu bagi memastikan kuasa politik orang Melayu tersungkur pada PRU 13 ini."

"Apa yang Gomo faham risalah ini telah dimulakan di Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) yang pertama diadakan di Negeri Sembilan pada 03/11/2012 dan juga di ceramah ceramah yang DAP adakan bermula di Melaka pada 09/11/2012. Nampaknya memang semakin lantang kaum kaum Cina DAP membangkitkan sentimen perkauman didalam Malaysia ini. Kuasa Melayu yang selama ini bersama sama MCA dan Gerakan serta parti parti lain telah digugat secara jelas melalui sifat Racist permainan DAP."

seterusnya di blog Papagomo

Tuesday, November 13, 2012

Masa makin suntuk , Rafizi Ramli dah terdesak ?

Rafizi Ramli mungkin dilihat Anwar sebagai salah seorang pemimpin pelapis dalam PKR, Rafizi dah di'asuh' oleh Anwar untuk jadi pemimpin sejak zaman sekolah menengah lagi . Dengan latar pendidikan yang agak baik (Kepujian Kelas Kedua Rendah , Kejuruteraan Elektrik) berbanding pemimpin rakan Pakatan yang berada dalam PAS seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar , Rafizi boleh dikatakan antara pemimpin muda Pakatan yang 'feeling' intelek sebaris dengan Tony Pua , Nurul Izzah dan Azmin Ali . Cuma pendekatan yang digunakan oleh Rafizi agak gelojoh dalam membongkarkan segala kisah kemungkaran yang kononnya dilakukan oleh pemimpin2 UMNO .


Kemungkaran2 yang dibongkarkan oleh Rafizi ini walau bagaimanapun ada cacat celanya , terdesak untuk mendedahkan segalanya Rafizi sanggup mengupah orang untuk menyamar dan mengintip segala perlakuan pemimpin2 UMNO yang disasarkan beliau . Pada satu ketika , apabila video lucah lelaki mirip Anwar tersebar di seluruh negara , pemimpin2 Pakatan memperlekehkan teknik kotor yang digunakan untuk menjatuhkan maruah Anwar , mereka menafikan lelaki yang 'menujah' dalam video itu bukan lah Anwar , tetapi dalam masa yang sama juga mempersoalkan kebebasan individu yang diceroboh .

Walhal sebelum ini mereka cukup suka bila video seks pemimpin BN (CSL) didedahkan umum . Kini pemimpin2 Pakatan seperti menjilat balik ludah mereka sendiri apabila menjadi 'stalker' kononnya untuk mendedahkan kepincangan yang berlaku . Nampaknya pak-pak menteri lepas ni kena nasihatkan keluarga mereka supaya berhati-hati kerana Rafizi dan sahabat handainya mungkin memasang 'spy' untuk memantau anda . Ini lah kebebasan individu yang dilaung-laungkan Pakatan , mana kumpulan2 hak asasi manusia yang selama ini menjadi barua mereka ? Berikut adalah analisa dari KLPos mengenai modus operandi Rafizi yang dilihat agak terdesak .


" Suatu waktu dahulu pembangkang seringkali melaungkan ungkapan 'gutter politic' atau politik longkang, politik kotor dan tercela. Pembangkang jugalah yang mengajak rakyat untuk tidak melayan politik sebegini atas dasar mahu mengelak dari persoalan rakaman video membabitkan Ketua Pembangkang bersama dengan seorang pelacur Cina. Malahan ahli politik pembangkang bukan Islam menganggap ianya sebagai perbuatan peribadi dan tidak perlu diperbesarkan, 'gutter politic' sebagai alasan yang diberikan.

Pola pemikiran pembangkang sememangnya pelik dalam menghadapi sesuatu isu. Sangat selektif dan tidak konsisten. Jika suami kepada seorang menteri menghadapi pertuduhan maka menteri tersebut didesak untuk meletakkan jawatan dalam kabinet. Namun apabila isu yang melibatkan aksi lelaki mirip suami kepada Presiden parti yang terlibat dalam rakaman video aksi pelacur Cina, maka tidak pula Presiden parti tersebut didesak untuk meletakkan jawatan. Malahan cukup sekadar dilakukan penafian dan mengiktiraf perbuatan itu sebagai “konspirasi” dan permainan politik kotor pihak lawan. "

seterusnya di KLPos

Wednesday, November 7, 2012

Isu Selangor : What happened to RM10 Billion River Cleaning Project in Selangor

So tired and so lazy to update my blog , but for the sake of spreading knowledge to others . I believe this posting which I copied from Facebook would make people think .  As usual from my sifoo Uncle Fuad Omar ;


MALAYSIA'S Selangor state is embarking on a RM10 billion (S$4.1 billion) project to clean up its longest river and is keen to tap Singapore's experience in river cleaning, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said yesterday.

Several Selangor officials, including those from its state water authority, yesterday accompanied him on a visit to the Marina Barrage here.

http://www.pmo.gov.sg/content/pmosite/mediacentre/inthenews/primeminister/2009/May/selangor_keen_totapsingaporesrivercleaningexpertise.htm

What happens to this RM 10 B River Cleaning Project in Selangor....

With all the rivers being clean up, then only they can talk about Membrane Technology as a "do-able" option, and hence rejecting Langat 2 and Pahang Water Transfer Project.

So, this Pakatan led Selangor government already have the plan to 'clean up' river in Selangor , that was on 2009 , one year after capturing Selangor , still 'fresh' and so eager to show to rakyat Selangor on the transformation they are going to do . The figure itself quite interesting !  RM10 billion for river cleaning , I guess one of the reason is to mitigate flash flood in Selangor . But what happened to this RM10 billion project ? And remember the Canal City Project which Khalid G order to stop only for  the flood barrier package ?  So what actually they trying to prove ... pening pakcik ! As mentioned above RM10bil will be use for river cleaning in Selangor , I guess this is one of the criteria advise by their 'membrane' technology consultant. But quiet for quite sometime oredi , not enough money or just afraid 'kena batang hidung' sendiri when the cost to clean the river actually higher than Langat 2 water treatment plant project. If Selangor have very bad drainage system which always cause 'flash flood', there's no point with this RM10 billion being use to clean up the river since they will keep cleaning up the river everytime when 'flash flood' occured. Again and again ..

Monday, November 5, 2012

Isu Selangor : Masjid di Selangor Banjir Kerana Najis-Najis Politik ?

Masjid kena tempias banjir lagi , ironinya seminggu selepas Anwar Ibrahim menjejakan kaki dan memberi ceramah di masjid berkenaan . Adakah ini satu suratan atau kebetulan ? Sebelum ini , perkara yang hampir sama juga berlaku apabila Exco bukan Islam Selangor memberikan 'tazkirah' dalam sebuah masjid di Klang .  Petunjuk sudah diberikan berulang kali, adakah penyokong2 Pakatan masih belum terjaga dari lena diulit 'syaitan2' bertopengkan manusia ini ? Banjir yang berlaku di Selangor salah siapa ? UMNO lagi ? Pada siapa lagi jari MB Pakatan ni nak ditundingkan ?



Usaha tebatan banjir pernah cuba dilakukan sejak zaman BN lagi namun apabila Pakatan ambil alih terus saja dihentikan . Paling mendukacitakan ialah masjid tempat orang Islam beribadat juga tak terlepas dari bencana ini . Aku sendiri terperangkap dalam banjir kilat di Klang petang tadi , terbayang kalau ada kecemasan bagaimana mereka yang terlibat nak menguruskannya dek terputus hubungan dengan tempat2 lain . Cukuplah pasal banjir di Selangor setakat ini, cuma aku nak memfokuskan pada apa yang dibangkitkan oleh blog Sel13 , bagaimana kesucian sebuah masjid yang dicemari dengan najis-najis politik akhirnya mendapat musibah , bayangkan itu baru masjid kalau negara ?

Dari Sel13

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pihak PKR dan PAS sedang berusaha untuk menembusi kampung berkenaan dengan pelbagai majlis dan program. Namun setakat ini usaha mereka belum menampakkan kejayaan yang memberangsangkan.

Dalam usaha mereka untuk memikat pengundi-pengundi Bukit Naga, pada penghujung September 2012 PKR dan PAS telah membawa Anwar Ibrahim ke kampung berkenaan untuk bersolat maghrib dan meyampaikan kuliah maghrib di Masjid Al Bakri, yang juga menjadi landmark kampung berkenaan."

Cerita penuh di Sel13.

Isu Selangor : Selangor Lebih Maju dibawah pemerintahan Pakatan ?

Capture 'tweet' dari portal online Selangorku, kononnya Khalid Ibrahim nak dedahkan bukti Selangor lebih maju di bawah Pakatan Haram berbanding BN . Kenyataan yang dibuat oleh Khalid ini nampak agak terdesak. Masakan Khalid boleh mendakwa Selangor lebih maju dibawah Pakatan dalam hanya tempoh 4 tahun memerintah berbanding BN yang dah memerintah Selangor berpuluh tahun?

Khalid dilihat cuba 'take credit' dari apa yang telah dibuat oleh kerajaan BN Selangor sebelum ini. Apalah sangat kemajuan yang boleh dicapai dalam tempoh 4 tahun?Lagipun,Pakatan 'cuci kaki' ambik alih kerajaan Selangor yang memang kita tahu antara negeri maju di Malaysia. Jadi apa yang Khalid maksudkan dengan lebih maju di bawah pemerintahan PR ?

Kilang2 yang nak dibuka di negeri ini pun terpaksa ditangguhkan kerana SYABAS tak berani jamin ada air yang cukup, selain itu, tiba musim hujan, banyak kejadian banjir yang berlaku, pusat pembelajaran yang melatih pelajar dalam teknologi tinggi iaitu UNISEL yang hampir 'bungkus' dan sewa kompleks kerajaan dinaikkan ? Adakah semua yang dinyatakan diatas adalah tanda2 kemajuan sebuah negeri?
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Sunday, November 4, 2012

Puluhan Ribu di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang !

Tak berapa sihat hari ni , dah dekat malam baru rasa dah okey sikit . Maklum lah musim hujan sekarang sekarang . Mungkin itu juga alasan yang diberikan oleh pecacai2 Pakatan Haram atas kegagalan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di negeri Sembilan . Mat Sabu dalam video ucapannya dengan bersemangat sekali mengatakan berpuluh ribu yang hadir semasa acara itu . Hakikatnya, indah kabar dari rupa ,rakan aku yang kebetulan tinggal berhampiran kawasan itu memberitahu , benarlah memang berlaku kesesakan jalan raya , tapi kehadiran yang datang tu takde lah mencecah puluhan ribu seperti yang didakwa oleh Mat Sabu . Cuba tengok video di bawah ni , betapa confidentnya Mat Sabu berbohong .


Seperti biasa, pecacai-pecacai Pakatan Haram cukup suka berbohong mengenai jumlah kehadiran orang yang datang ke majlis mereka . Entah dengan kaedah apa yang mereka gunakan untuk kira setiap orang yang datang itu .Dengan menggunakan google Map , berikut adalah lakaran anggaran keluasan padang yang dipenuhi . Hanya padang dipenuhi , luar kawasan padang adalah tempat mereka membuka gerai2 makanan. 



Jadi keluasan anggaran ialah 190m x 140m = 26,600m2  , dengan mengambilkira faktor ralat -25% , (takkan lah semua orang berhimpun rapat2 atas padang memenuhi segenap ruang ? ruang yang diambil pentas? ruang yang tempat parking kereta, ruang 2 layar besar yang dipamer , ruang power genrator ? , semua tu kena ambil kira untuk anggaran yang tepat) , iaitu 1/4 daripada luas keseluruhan padang diguna untuk urusan2 logistik dan bakinya kita andaikan penuh dengan manusia yang menggunakan ruang 1.5m x 1.5m = 2.25m2 (anggaran purata) .  Oleh itu anggaran jumlah yang hadirin diatas padang ialah (26,600 / 2.25) - (0.25 * (26,600/2.25) = 11,823-2,956 =8,867 , jumlah ni aku anggap setiap orang dok rapat2 antara satu sama lain , kira belaga bahu lah .. tapi dalam real life takkan lah macam tu, orang yang datang tu pun perlu ruang besar sikit , yang nak hisap rokok lah, yang nak rakam gambar dan macam2 lagi aktiviti jadi secara logik nya takde lah situasi macam tu kecuali di konsert2 Woodstock yang bercampur laki pompuan. Jadi kalau 'real life' situatian jumlah mungkin hanya berada dalam julat 6000 - 8000 saja . Oleh itu Mat Sabu kantoi menipu bila dia kata berpuluhhhh ribu yang hadir ! Kah kah kah 

Friday, November 2, 2012

Wanita yang tunjuk ketiak 'confirm' bukan model IFF , Rosmah di'balun' blogger pro-Pakatan tanpa usul periksa !

Islamic Fashion Festival (IFF) yang sering dijadikan 'bahan' oleh blog-blog pro-Pakatan 'membalun' isteri PM rupa-rupanya ada kisah tersirat di sebaliknya . Temubual yang dilakukan oleh wartawan KLPos dengan Pengasas dan Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza telah membongkarkan perkara-perkara yang selama ini agak samar . Dari temubual berkenaan , Datuk Raja Rezza menjelaskan pemilihan pakaian bagi model-model untuk IFF tidak ada kena mengena langsung dengan Rosmah . 



Soal pemilihan pakaian dibuat oleh orang lain . Rosmah hanya bertindak sebagai penaung , kredibiliti Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia digunakan untuk membawa IFF ke peringkat yang lebih tinggi . Apa yang berlaku dalam IFF baik dari segi pemilihan model , pakaian dan aturcara majlis etc tak ada kena mengena dengan Rosmah . Tapi bila ada yang tak kena berlaku , misalnya model dan pakaian untuk IFF terlalu seksi , yang kena 'balun' dengan portal-portal dan blog-blog pro-Pakatan tak lain tak bukan ialah Rosmah Mansor . 

Tak teraniaya ke namanya tu ? Kenapa diaorang nak balun Rosmah tapi bukan Datuk Raja Rezza yang secara langsung menguruskan 'event' berkenaan ? Sebabnya mudah saja... political mileage , Rosmah isteri PM , tak dapat 'attack' PM depa 'attack' Rosmah . Ini lah kebodohan portal2 dan blog-blog Pakatan . Perumpamaannya, orang lain yang berak tak 'flush' , CEO Indah Water pulak yang disalahkan.. duhhh .  Lagi satu wanita yang tak menutup aurat tu bukan model IFF pun , celaka punya tabloid dan blog2 Pakatan , main petikkkk je ... kalau terlalu excited nak buat fitnah pun , pi tanya lah dulu dengan Datuk Raja Rezza macam KLPos buat ni...

Penjelasan Datuk Raja Rezza baca di KLPos

"Menurut Raja Rezza, Datin Seri Rosmah merupakan penaung kepada IFF, namun beliau tidak tahu mengenai aktiviti yang dilakukan olehnya sebagai pengasas dan pengerusi IFF.
 
""Beliau hanya penaung..tetapi bukan dia yang tetapkan A to Z...dia tidak tahu apa yang saya buat dan bukan semua 'function' yang diadakan dia hadir," ujarnya.
 
Tambahnya, Rosmah sering mengingatkan beliau agar pelaksanaan IFF ini memberikan kebaikan kepada masyarakat.
 
"Beliau sering tekankan...make sure it can help people, make sure it can give benefit to people..and please be carefull," katanya kepada KLPOS ketika di temui di kediamannya di Ulu Klang, semalam."


Thursday, November 1, 2012

Isu Selangor : Khairy Jamaluddin Pulang Paku Buah Keras Pada Anwar Ibrahim

Nampaknya 'sarcasm' Ketua Pemuda UMNO terhadap pemimpin2 pembangkang makin menjadi-jadi . Apa yang dinyatakan oleh KJ bukan setakat hembus saja tanpa ada apa2 fakta , KJ seperti biasa berhujah dengan fakta dan yang terbaru jadi mangsa 'sarcasm' KJ ialah Anwar Ibrahim . Tentu Anwar Ibrahim terkedu melihat ada lagi pemimpin-pemimpin baru UMNO yang boleh dikatakan agak licik dan 'mind twisting' . Ini lah sepatutnya dikatakan 'new politic' , kill political rival with their own bullets which i really really adore ! Cukup berseni sekali , tak perlu memfitnah atau cipta perkara2 yang tak wujud .. hanya perlu guna balik 'statement' yang mereka pakai untuk hentam UMNO atau BN . Dari sahabat blogger Gelombang Wangsa Maju ;



"Berang dengan persoalan tersebut Anwar dengan nada yang tinggi kemudian berterusan menyalahkan kerajaan negeri terdahulu tetapi tidak cuba untuk menjawab kepada pertanyaan Khairy Jamaluddin

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim 'naik angin' apabila disoal mengapa beliau selaku penasihat ekonomi, tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam syarikat penjana elektrik bebas (IPP) jika benar pembangkang tidak bersekongkol syarikat judi.

Sedangkan sebelum itu beliau begitu galak menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengamalkan budaya kronisme selain turut menyokong syarikat judi apabilamenganugerahkan kontrak kepada anak syarikat Genting yang terlibat dengan industri IPP, iaitu Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. (Genting Sanyen).

Bagaimanapun apabila Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) bangkit mempersoal jika benar Anwar menentang syarikat judi sebagaimana didakwanya, mengapa beliau selaku Penasihat Ekonomi Selangor tidak mengambil apa-apa tindakan untuk melupus 25 peratus saham PKNS dalam Genting Sanyen, nada ketua pembangkang itu mula berubah. "


Klik sini untuk cerita lebih lanjut

Isu Selangor : Teknologi membran yang bakal membebankan

Menteri Besar Selangor , Tan Sri Khalid Ibrahim tetap berkeras bahawa penggunaan teknologi membran adalah lebih murah berbanding pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 . Beliau mendakwa teknologi itu 1/3 kali lebih murah dari kos pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 . Apa yang Khalid Ibrahim mungkin terlepas pandang ialah kos operasi teknologi membran itu sendiri . Ramai yang tertanya-tanya apa yang dikatakan dengan teknologi membran ? Bagi 'pecacai-pecacai' totok Pakatan Rakyat , apa saja yang dikatakan oleh pemimpin mereka , mereka akan angguk saja tanpa membuat kajian mendalam . Bagi yang mungkin mempunyai sedikit latar belakang akademik, mereka akan membuat sedikit kajian yang bersifat separuh jalan  tanpa membuat perkiraan terhadap faktor-faktor lain (1 of 7 step of clear thinking (Edward de Bono) : Considering All Factor) 




Sebenarnya apabila Khalid Ibrahim buat kenyataan mengenai cadangan kerajaan Selangor ingin menggunakan teknologi membran , apa yang terlintas dalam kepala aku ialah subjek Biologi yang dipelajari kira2 17 tahun lepas. Sub topik "Osmosis" , Osmosis ialah proses perpindahan pelarut (air) dari bahagian yang berkepekatan rendah ke bahagian berkepekatan tinggi melalui membran separa telap . Proses perpindahan ini akan berhenti apabila kedua-dua bahagian mencapai tahap kepekatan yang sama. Proses perpindahan secara natural ini berlaku apabila terdapat "tekanan osmotik" di antara dua bahagian cecair yang mempunyai kepekatan berbeza.  Untuk tujuan penapisan air kita tak perlukan proses osmosis , tetapi proses osmosis berbalik atau lebih dikenali sebagai "reverse osmosis" digunakan. Kalau perasan lah , ada vending machine yang jual air "reverse osmosis" atau singkatan RO di premis2 perniagaan.

Proses osmosis berbalik ini hampir serupa dengan proses osmosis,cuma prosesnya berbalik iaitu cecair akan melalui membran separa telap dari bahagian kepekatan tinggi ke kepekatan rendah. Proses ini memerlukan tekanan yang melampaui "tekanan osmotik"  untuk membolehkan cecari dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan cecair berkepekatan rendah . Dalam proses rawatan air , bahagian yang dikatakan berkepekatan tinggi ialah bahagian air yang ingin ditapis yang berpunca dari sungai, tasik, air laut dan sumber2 lain  , bahagian yang dikatakan berkepekatan rendah ialah bahagian untuk disalurkan kepada pengguna2 air iaitu bahagian air yang telah 'dirawat' melalui proses osmosis berbalik tadi. Teknologi yang dikatakan murah oleh Khalid Ibrahim ini untuk penapisan air pada skala yang besar melalui beberapa proses (secara umum) iaitu ;

(klik untuk baca sumber lebih terperinci dari laman web Puncak Niaga)

i. penapis pertama untuk memerangkap zarah2 ,partikel2 , sisa karat dan juga kalsium karbonat (hard water).

ii. penapis kedua dengan liang2 yang lebih kecil

iii. penapis ketiga yang merupakan penapis karbon diaktifkan (activated carbon filter) untuk memerangkap bahan kimia organik dan klorin yang boleh menyebabkan jangka hayat membran menjadi lebih singkat.

iv. penapis keempat ialah membran itu sendiri.

v. penapis kelima ialah satu lagi penapis karbon untuk memerangkap partikel2 yang 'terlepas' dari membran.

vi. bahagian ke-5 , cahaya ultra-ungu untuk membunuh mikrob yang terlepas dari membran.

Untuk proses2 yang dinyatakan di atas , pam bertekanan tinggi diperlukan . Bagi sumber air jenis "fresh water" (punca sungai , tasik , perigi ) . Pam bertekanan 40 hingga 70 bar diperlukan . Untuk tujuan ini , bagi pam jenis "centrifugal" , tenaga yang diperlukan ialah 7.82kWh /m3 . Jadi bayangkan penggunaan tenaga elektrik yang diperlukan untuk proses rawatan air pada skala yang besar ?  Oleh itu tidak hairanlah Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Prof. Datuk Ir. Keizrul Abdullah berkata penggunaan teknologi membran lebih tinggi kosnya berbanding Langat 2, ini berikutan penggunaan kuasa elektrik dan pembakaran diesel bagi meningkatkan tekanan air untuk tujuan penapisan. Khalid Ibrahim hanya melihat pada kos permulaan yang lebih hanya 1/3 daripada kos Loji Rawatan Air Langat 2 tetapi tak pula mengambilkira faktor2 kos operasi dan penyelenggaraan ? Jadi kenapa kata-kata seorang Menteri Besar yang tiada pengalaman dan pendidikan formal dalam bidang kejuruteraan harus dipercayai berbanding seorang professor yang berpengalaman ?

Khalid sendiri mengatakan Singapura dalam tempoh 30 tahun akan menggunakan teknologi membran ,dan banyak negara2 Timur Tengah dah menggunakan teknologi ini. Kenapa Khalid tak pula menceritakan berapa tariff bil air yang perlu dibayar oleh negara2 yang dinyatakan itu ? Singapura sebenarnya telah menggunakan teknologi membran dengan penghasilan Newater beberapa tahun lepas , tetapi masih terpaksa mengimport air dari Johor memandangkan keperluan industri2 terutama penapisan minyak di negara republik itu. Teknologi membran mungkin sesuai digunakan untuk kawasan berkepadatan penduduk rendah seperti di pedalaman yang susah mendapat kemudahan air bersih dan juga khas untuk industri2 yang memerlukan air yang diproses sebegini rupa, namun boleh dikatakan apa yang dicadangkan oleh Khalid adalah sesuatu yang tidak ekonomik kerana teknologi ini hendak di aplikasi di sebuah negeri yang pesat membangun ! Persoalan sekarang kemampuan teknologi ini untuk menghasilkan keperluan air dalam skala yang besar tetapi murah selepas mengambilkira kos2 yang dinyatakan ?



Natijahnya selepas beberapa tahun akan datang kos operasi untuk teknologi membran ini akan jadi tinggi dan akhirnya rakyat juga yang terpaksa bayar bil yang lebih mahal . Apa yang diceritakan dalam entry blog kali ini agak umum, namun sekiranya lebih banyak 'detail' yang diberikan oleh Khalid Ibrahim mengenai 'teknologi membran' beliau maka lebih banyak cacat cela cadangan ini akan dihujahkan. Perbandingan boleh dibuat dari segi kos awal, kos operasi , kos selenggaraan dan dari segi mitigasi sekiranya berlaku kecemasan (backup system).  Ini lah yang berlaku apabila orang yang tidak pakar cuba menyibuk , hal berkenaan memilih antara 2 sistem yang baik bukan hanya berkait dengan ekonomi saja tetapi ekonomi kejuruteraan !


Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor