Wednesday, October 31, 2012

Video Seks Pemimpin Politik dan Persepsi Masyarakat

Entry blogger Suara Pakatan Rakyat nampaknya menarik minat ramai pembaca . Tengok interface blog ini dan perkataan-perkataan yang ditulis , apa yang aku tahu blogger Suara Pakatan Rakyat ialah blogger 'sarcasm' , dia perli secara halus , cuba menjangka reaksi pembaca dan senario sebelum sesuatu itu didedahkan . Berkenaan video "Anwar Berzina dengan Shamsidar" , secara ikhlas aku tak berapa gemar untuk komen berkenaan video itu sendiri samada benar2 wujud atau tidak kerana ia melibatkan maruah individu. Tetapi sekiranya individu terbabit melibatkan  kepimpinan masa depan negara maka sesuatu harus dilakukan .


Soal video seks pemimpin2 parti politik dah terlalu banyak di mainkan , ada yang mengaku dan ada yang mati2 tak nak mengaku walaupun jelas raut wajahnya malah dibuktikan pula penganalisis dan pakar dari luar negara.  Lama-kelamaan , kemungkinan rakyat akan bosan dan barangkali percaya pada penafian pelaku video bahawa itu adalah 'fabricated evidence' . Dan ini lah yang pihak 'sebelah sana' mahukan .

Tak mustahil akan ada perancangan untuk mengeluarkan lagi video2 skandal seks pemimpin yang terbabit tetapi kali ini 'strategis-strategis' mereka akan menggunakan pelandok 2 serupa sebagai pelakon aksi2 ranjang. Video ini kemudiannya akan dihantar pada blogger tertentu untuk disebarkan . Apabila disebarkan akan berlaku segala analisis terhadap video yang akhirnya menunjukkan video itu palsu dan sengaja untuk menjatuhkan nama individu2 tertentu .

Secara tak langsung , rakyat akan percaya video asli yang disebarkan sebelum itu juga adalah palsu ! Dan akhirnya sekiranya ada lagi video2 asli yang membabitkan pemimpin serupa , sukar bagi rakyat untuk mempercayai , hanya disebabkan video palsu tadi .yang dibuat oleh 'strategis2' mereka untuk menimbulkan persepsi dan pengeliruan . Apabila ini berlaku , rakyat akan simpati pada 'mangsa' dan mencemuh pada yang mereka percaya jadi tukang sebar iaitu musuh politik . Oleh itu sekiranya ada video2 palsu sebegini , blogger2 harus bijak untuk menilai mana yang palsu dan mana yang benar .

Isu Selangor : Keikhlasan Kerajaan PR Selangor untuk Hapuskan Tol Dipersoal .

Kelakar bila aku terbaca posting Facebook En. Fuad Omar pasal fakta2 lebuhraya toll , walaupun ketua pemuda UMNO baru bangkitkan soal ini , sebenarnya our own 'reaseach team'  dah bangkitkan soal ini , tapi maklumlah , kuasa penyebaran di blog aku ni tak kuat lagi , so mungkin tak ramai yang nak share atau tak ramai yang nak ambik tau . Aku pernah buat 'sarcastic' posting pasal tol yang kerajaan Selangor pegang saham nya disini Tol Selangor 1 &  Tol Selangor 2 , walau bagaimana pun posting Uncle Fuad Omar ni aku rasa agak ringkas dan senang di faham , fakta2 yang tersusun sekaligus menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor HIPOKRIT , pecacai2 yang menyokong Pakatan Rakyat di Selangor mungkin tak tau fakta2 dibawah ini sebab tu depa selalu dok buat demonstrasi ke hulu demonstrasi ke hilir... kah kah kah , tak ke bodoh namanya tu ??? Nak salah UMNO dan BN konon , walhal kerajaan negeri dah sah2 pegang saham ... perghhh paluiii .



Fakta mengenai Lebuhraya Toll yg perlu diketahui.....

1 ) Eastern Dispersal Link - Toll di hapuskan 100% - Pemegang Saham utama MRCB (KWSP pemegang saham utama, ada org kata MRCB adalah Umno Link Company (ULC))

2 ) New Pantai Expressway - Toll Kpg Medan dihapuskan - Pemegang Saham utama IJM (IJM pula di kuasai oleh TS Syed Mukhtar & KWSP...pun depa kata ULC.

3 ) Kajang - KL (Grand Saga) - Kerajaan Pusat mengurangkan 50% drpd toll...terpulang kpd Pemegang Saham (Taliworks i.e KDEB/KPS/MB Slgr Inc i.e kroni PR) utama utk menghapuskan terus.

4 ) KESAS Highway - PKNS (kroni PR) adalah diantara Pemegang Saham...belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.

5 ) SPRINT Highway - KPS (kroni PR) adalah diantara Pemegang Saham...sama spt KESAS belum ada2 ura nak kurangkan atau hapuskan toll.

6) GCE Highway - pada asalnya di miliki oleh Guthrie semasa Khalid CEO cum kroni Umno....terpaksa di ambil alih oleh Prolintas (PNB) kerana masaalah aliran traffic yg tak mencukupi.

7) Mana2 Toll Highway yg PLUS (pun depa kata ULC) Pemegang Saham utama (NS, ELITE, NKVE, Seremban-PD, Kulim Butterworth ... Toll tak dinaikkan.

8 ) Begitu juga Toll Highway dibawah Prolintas (AKLEH, GCE, SKVE, LKSA) ...pun depa kata kroni...toll tak dinaikkan

Buku Jingga & Many-fiasco PR kata nak hapuskan toll.......kita masih menunggu bila Grand Saga nak dihapuskan terus, selain KESAS & SPRINT (kurangkan atau hapuskan terus)...

Dengar kata secara diam2 KPS pun nak pulun West Coast Expressway, yg Tony Pua belasah sakan tu.....Pemegang Konsesi asal adalah Europlus, Tokeh yg sama dgn Tokeh Talam...i.e TS Chan Ah Chye....

Penutup... Patutlah MB Selangor dan Penasihat Kewanganya selalu pakai spek hitam....Tipah Tertipu lagi..

Walk the Talk man.....dont just Talk and Talk.....

N.B; Apa sudah jadi dengan Lebuhraya Tok Guru (Kota Baru - Kuala Krai).....KDEB, KPS, PKNS, MB Slgr Inc tak tolong ka...

Boleh ber 'wifi' dalam kapal terbang pada harga tiket yang murah !

Memang agak terkejut untuk mengetahui bahawa ada perkhidmatan wifi dan hiburan-hiburan lain dengan harga tiket yang agak murah , boleh dikatakan setanding dengan Air Asia punya tiket ! Itu lah yang ditawarkan oleh syarikat Malindo Airways , sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah kedua dalam negara. Untunglah rakyat Malaysia yang selalu guna pengangkutan udara ni, tak perlu pening2 dengan satu pilihan yng ada sekarang iaitu Air Asia . Selain tu Malindo Airways yang merupakan syarikat kerjasama dengan Indonesia mungkin boleh menggalakkan pelancong rakyat di kedua-dua negara.


Nak melancong boleh , jangan melancong terus kerja secara haram dah ler... ohh ya , yang orang Malaysia pula jangan lah ambik kesempatan pasang sorang lagi bini kat sana , maklum lah harga tiket pun dah makin murahhh . Hahaha , cuma aku agak kesian dengan Air Asia , sebelum ni dia bukan main ex dengan MAHB dan kerajaan Malaysia kononnya tak nak pakai KLIA2 kalau permintaan diaorang tak dipenuhi .


Aku nampak itu macam mengugut beb ... ini lah jadi nya kalau dimonopoli oleh sebuah syarikat je . Menyusahkan kerajaan saja nak melayan diaorang punya 'drama'  , walhal dah jadi syarikat gergasi terkenal seantero dunia pun hasil bantuan kerajaan , dah jadi hebat korang nak pijak pulak ? Jadi pada pandangan aku , elok lah Malindo Airways ni ada , tak sesia lah pembinaan KLIA2  yang katanya Air Asia tak nak guna .. maklumlah lah jual mahal mula2 , tapi tak sampai sebulan PM umum pasal Malindo Airways ni terus mengaku nak pakai KLIA2 . Apa pun rakyat Malaysia juga yang beruntung ... ini baru lah "now everyone can fly" , hahahahah

KLIK sini untuk laporan KLPos.

Tuesday, October 30, 2012

Status Kerjaya Rafizi di PETRONAS dipersoalkan

Rafizi Ramli dalam 'resume'nya menyatakan bahawa beliau pernah ada pengalaman bekerja di PETRONAS.  Kemudian beliau berhenti untuk menyertai politik . Biasalah kalau dalam kertas 'resume' mana ada manusia nak tulis yang buruk2 mengenai diri sendiri . Kertas cari makan tu , walau bagaimanapun , kalau ada yang menipu maklumat terutama tentang pengalaman dan fakta2 akademik dalam 'resume' , beerti cari nahas lah . Melalui apa yang diceritakan oleh rakan blogger The Flying Kick , Rafizi Ramli dikatakan di 'tendang' dari PETRONAS kerana menipu status akedemiknya . Entah la apa yang ditipu tapi itu lah yang diberitakan dalam blog The Flying Kick . Menurut The Flying Kick , Rafizi walaupun beberapa kali dicuit mengenai persoalan-persoalan tentang kerjaya beliau semasa di PETRONAS seboleh-bolehnya cuba untuk tidak membuka cerita berkenaan pengalaman beliau bekerja di syarikat gas dan minyak negara itu .

Dari The Flying Kick ;

"Rafizi Ramli yang masih lagi terselamat daripada hukuman penjara kerana melanggar peraturan BAFIA, rupa-rupanya menyimpan rahsia yang lebih besar. Patutlah dia tidak banyak mahu bercerita tentang kerjayanya di Petronas. Dan walaupun ada yang cuba mencuit Rafizi Ramli tentang 'kerjaya cemerlangnya' di Petronas, bakal calon PKR untuk Parlimen Pandan itu tetap tutup mulut bagi mengelakkan tembelangnya diketahui orang ramai."

seterusnya



Beberapa artikel berkaitan dengan sejarah akademik Rafizi Ramli juga boleh dibaca melalui MyMassa . Agak pelik apabila 'resume' Rafizi Ramli menunjukkan beliau pernah dilantik menjadi Pengurus di Petronas pada umur 25 tahun dan pengurus senior pada usia 27 tahun . Sebenarnya apa yang ditulis oleh Rafizi dalam resume beliau memanglah tak menghairankan , dah banyak pengurus2 muda dari Petronas yang aku jumpa sepanjang kerjaya dalam bidang Oil and Gas ni , daripada maklumat yang aku difahamkan ramai otai2 yang bekerja dengan Petronas berhijrah ke syarikat Oil and Gas yang menawarkan gaji lebih masyukkk ... jadi budak2 yang baru graduate ni dapat lah naik pangkat dengan cepat . Apa pun agak mengejutkan kerana dengan hanya berbekalkan 2nd lower degree dari universiti luar negara , 'cable' Rafizi dilihat agak kuat untuk membolehkan beliau diterima untuk bekerja dengan Petronas . Jadi boleh dikatakan untuk mendapat tempat dalam Petronas , anda harus pandai berkata-kata.. dan ini memang lah Rafizi punya kelebihan sampai interviewer pun diperbodohkan .

Thursday, October 25, 2012

ISU SELANGOR : KELEMAHAN PENTADBIRAN DI SELANGOR MELALUI LAPORAN AUDIT 2011



KENYATAAN MEDIA DATO’ SRI Ir. MOHD ZIN MOHAMED MENGENAI LAPORAN AUDIT NEGARA TERHADAP KERAJAAN NEGERI SELANGOR




Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

  1. Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini memperlihatkan banyak kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim.
  2. Kelemahan ini telah dilaporkan secara telus oleh pihak Ketua Audit Negara namun Menteri Besar dengan angkuh cuba menafikan kredibiliti laporan tersebut dengan mempertikaikannya. Inikah sikap pemimpin yang berjiwa besar?

TAWAS

  1. Skim TAWAS diwujudkan kononnya untuk memberi faedah kepada semua anak kelahiran Selangor. Namun begitu, skim yang bermotifkan politik ini dibuat tanpa perancangan rapi dan ini menyebabkan hasil negeri dibazirkan begitu sahaja tanpa dapat digunakan secara optimum.
  2. Memandangkan Skim TAWAS ini dikendalikan oleh pihak Menteri Besar Incorporated (MBI), maka Menteri Besar selaku Pemegang Amanah perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
  3. Peruntukan untuk TAWAS juga dilihat digunakan secara tidak seimbang. Daripada RM 13.5 juta peruntukan iaitu RM8.5 juta untuk TAWAS dan RM5 juta untuk pengurusan, hanya RM2.9 juta sahaja dibelanjakan untuk TAWAS sebaliknya, RM4.9 juta dibelanjakan untuk pengurusan.
  4. Ini bermaksud, pengendali TAWAS iaitu YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) membelanjakan 98% dari peruntukan RM 5 juta untuk pengurusan namun hanya 34.4% sahaja yang mendapat faedah darinya. Kenapakah wang pengurusan ini begitu tinggi dari wang yang diagihkan? Kemanakah baki RM 5.5 juta lagi?
  5. Pada masa yang sama, alasan Menteri Besar bahawa jumlah kelahiran iaitu 313,706 adalah tidak benar menunjukkan beliau tidak menghormati Laporan Ketua Audit Negara. Penafian Menteri Besar bahawa angka kelahiran adalah tidak tepat kerana bercampur dengan bukan warganegara juga tidak boleh diterima kerana pendaftaran TAWAS hanya 23.7%. Adakah MB mengatakan bahawa hampir 80% kelahiran lagi merupakan bukan warganegara?
  6. Persoalan penting ialah, bagaimanakah Kerajaan Negeri memberi jaminan setiap yang mendaftar dengan TAWAS akan mendapat pulangan RM1,500 apabila berumur 18 tahun? Ini kerana, sehingga kini masih belum ada apa-apa pelaburan dari pihak Kerajaan Negeri untuk menghasilkan pulangan yang berjumlah lebih dari RM20 juta untuk diberikan kepada anak Selangor yang mendaftar.
  7. Bukan sahaja dari segi kewangan, segala dokumentasi dan pentadbiran juga mendapat kritikan dari Ketua Audit Negara. Ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan Negeri gagal menyediakan satu program yang baik dan dijalankan dengan telus. Kenyataan exco Dr. Xavier bahawa kos operasi TAWAS turut digunakan untuk tujuan Jom Shopping sebenarnya memakan diri. Bagaimana mungkin peruntukan untuk tujuan lain digunakan sewenang-wenangnya bagi tujuan politik. Kita semua maklum bahawa program Jom Shopping merupakan agenda politik Pakatan yang dibuat secara sambil lewa dan tidak menyeluruh.
  8. Apa yang BN janjikan? Saya tidak boleh mendedahkan secara terperinci, namun pihak Barisan Nasional telah merangka satu skim yang lebih manfaat untuk anak Selangor apabila memerintah kelak. Apa yang lebih penting, pulangan untuk anak Selangor lebih terjamin dengan skim yang bakal diperkenalkan kelak.

TUKAR SYARAT TANAH

  1. Sejak mengambil alih pentadbiran di Selangor, Kerajaan Pakatan banyak terlibat dengan isu yang melibatkan tanah seperti tanah YBK, isu Talam yang juga dalam sektor hartanah dan isu tanah KHSB di Gombak seperti yang pernah saya dedahkan sebelum ini.
  2. Perkara ini sebenarnya berkait dengan tadbir urut kerajaan negeri yang gagal menguruskan tukar syarat tanah dengan baik dan berkesan.
  3. Menurut Laporan Ketua Audit Negara, terdapat banyak kelemahan dalam pengurusan tanah di Selangor ini. Ini termasuklah pembinaan kilang haram dan penggunaan tanah tanpa kebenaran.
  4. Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara juga merekodkan beberapa kelemahan seperti kutipan premium tanah yang tidak seimbang termasuk kutipan cukai yang tidak mencapai sasaran. Kelemahan-kelamahan ini membuktikan bahawa Kerajaan Negeri memandang ringan soal tanah dan mengambil mudah pengurusan tanah ini.
  5. Ini langsung tidak mencerminkan sikap integriti yang kononnya dimiliki oleh Menteri Besar. Malah, kami juga akan mendedahkan pada masa hadapan beberapa siri pembohongan Khalid Ibrahim kepada rakyat Selangor termasuk menggunakan Institutsi beraja bagi menutup kelemahan beliau.

PENYELENGGARAAN JALAN

  1. Antara panggilan talefon yang diterima oleh Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) BN Selangor ialah aduan mengenai keadaan jalan negeri yang tidak diselengara dengan sempurna. Ini termasuklah jalan yang berlubang dan tidak sekata sehingga boleh menyebabkan kemalangan.
  2. Menurut Laporan Ketua Audit Negara, Kerajaan Persekutuan memberikan RM 375.90 juta kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan penyelenggaraan Jalan Negeri yang berjumlah 16,013 kilometer. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri hanya membelanjakan RM218.15 juta sahaja. Iaitu 58.1% dari keseluruhan peruntukan. Ini secara tidak langsung menyebabkan wang Kerajaan Negeri meningkat. Hakikatnya, peningkatan wang kerajaan negeri bukanlah kerana kecekapan Menteri Besar mengurus kewangan tetapi sebaliknya beliau tidak membelanjakan untuk kebaikan rakyat.
  3. Tidak guna jika Khalid Ibrahim berbangga dengan peningkatan hampir RM2 billion kepada kerajaan Negeri jika rakyat tidak mendapat hasil dari peningkatan ini.
  4. Hakikatnya, Selangor yang terkenal sebagai negeri maju masih lagi mempunyai infrastruktur yang tidak sempurna di sesetengah kawasan.

PENYATA TUNAI

  1. Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan bahawa terdapat lebihan perbelanjaan tunai untuk tujuan mengurus hampir RM100 juta pada tahun 2011 berbanding 2010. Selain itu, berbanding 2010, Kerajaan Negeri juga membelanjakan RM624.51 juta wang tunai untuk perbelanjaan modal. Sedangkan pada tahun 2010, tiada sebarang perbelanjaan modal dilakukan.
  2. Untuk apakah perbelanjaan tunai yang begitu tinggi ini? Siapakah yang menerima jumlah tunai ini? Kenapakah perbelanjaan tunai adalah melebihi pendapatan tunai?
  3. Kami percaya, kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan jangka masa hadapan untuk mengukuhkan kewangan negeri sebaliknya hanya bermain dengan angka untuk jangka masa yang singkat sahaja.
  4. Ini terbukti apabila pihak Ketua Audit Negara mengkritik pelaburan jangka masa panjang yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri tidak memuaskan malah pulangan yang diterima juga adalah sangat rendah.
  5. Ini amatlah berbeza dengan kenyataan exco Teresa Kok bahawa pelabur berlumba-lumba datang ke Selangor untuk melabur namun hakikatnya tidak diterjemahkan kepada realiti.
  6. Berbanding pada tahun 2007 iaitu ketika Barisan Nasional memerintah, trend pelaburan telah menurun lebih RM10 juta malah tidak langsung menunjukkan ianya akan meningkat dalam masa terdekat ini.
  7. Khalid Ibrahim yang kononnya mengamalkan perbelanjaan berhemat sebenarnya tidak diterjemahkan kepada rakyat. Hakikat ini perlu diteliti kerana walaupun kerajaan mungkin mempunyai sumber kewangan yang kukuh, namun rakyat Selangor tidak menikmati kebajikan seperti yang mereka janjikan samada dari segi infrastruktur mahupun dari segi kebajkan lain. Sebaliknya, peningkatan cukai pintu premis kediaman dan premis perniagaan serta kadar sewa yang dinaikkan menyebabkan rakyat terus terbeban.

Dato Sri’ Ir. Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor

Isu Selangor : Warga emas FELDA Sg. Buaya 'dipinggirkan' kerajaan negeri

Kesian bila melihat rata-rata yang berdemo di SUK Negeri Selangor terdiri daripada golongan warga emas yang berusia sekitar 60-70 tahun . Kerajaan negeri dikatakan telah merampas tanah mereka . Baru sekarang cerita ni timbul , mungkin selama ini mereka tak ada saluran untuk menceritakan masalah mereka . Kerajaan negeri Selangor pula ambil kesempatan . Adakah ini jenis kerajaan yang mencanang-canangkan mereka pembela nasib rakyat ? Bila timbul masalah sebegini orang-orang yang terlibat dibiarkan terkapai-kapai. Baru sepenggal memerintah , rakyat dah ditindas . Apatah lagi kalau diberi peluang kali kedua , entah bagaimana lagi jenis penindasan yang akan di lakukan.



"Satu memorandum bantahan dihantar kepada kerajaan Negeri Selangor di sini hari ini. Memorandum berkenaan adalah berhubung isu tanah bekas peneroka-peneroka di FELDA Sg. Buaya, Rawang, yang didakwa telah dirampas oleh kerajaan negeri.

Sesi penyerahan memorandum itu disertai dengan perhimpunan aman dihadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor oleh kira-kira 50 bekas peneroka FELDA terbabit.

Rata-rata bekas peneroka yang berusia sekitar 60-70 tahun itu merayu agar kerajaan negeri supaya memulangkan kembali tanah mereka."

Cerita selanjutnya di KLPos

Wednesday, October 24, 2012

Isu Selangor : Peluang Khalid Ibrahim untuk menjawab tuduhan dan fitnah blogger UMNO





Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, mereka berminat untuk mengetahui identiti pihak yang membayar ansuran bulan bas mewah yang digunakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi jelajahnya.
 
"Kesilapan paling besar transaksi bas mewah ini ialah bas yang bernilai RM900,000 itu didaftarkan atas nama Abdul Khalid Ibrahim. Akan tercatat dalam sejarah Selangor, seorang MB membeli bas mewah atas namanya.
 
"Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor telah membuat pengumuman pada Ogos lalu, bahawa bas mewah untuk kegunaan PKR itu disewa dan diuruskan oleh Abdul Khalid," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.
 
Menurut Hamidzun, Abdul Khalid turut mengakui bas mewah itu adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama enam bulan. Beliau menafikan bas itu dibiayai oleh syarikat yang membekalkan 50 lori kompak sampah kepada MBI Incorporated.

seterusnya di KLPos.

Tuesday, October 23, 2012

Mengapa Hasil Minyak dan Gas Tak Didaratkan di Kelantan ?

Berikut adalah sesuatu yang saya rasa patut dikongsi , penerangan berbentuk ilmiah sebegini patut disebar-sebarkan supaya rakyat lebih faham . Penerangan ini dihuraikan oleh 'mentor' saya En. Fuad Omar ;


"Utk dikongsi bersama...menjawab soalan drpd sahabat .....mengapa hasil oil & gas di kawasan bertindih JDA tak didaratkan di Kelantan..

Salah satu sebab ianya di daratkan di Thailand kerana kajian yg dijalankan oleh Ranhill Worley & juga Syed Muhammad Binnie & partners disekitar 80 an (masa tu dlm BN lagi), Kelantan ada masaalah dgn bekalan air & banjir.....Industry oil & gas per

lu air yg banyak dan ianya harus lah air yg menepati piawaian industry hydro carbon (lebih tinggi drpd bekalan air domestic & industry biasa).

Disebabkan Kelantan Utara (sampai sekarang) masih bergantung kpd air bumi, dan air bumi pula mempunyai dua masaalah technical yg tidak "favor" kpd industry oil and gas i.e...The 2 Q problems..

1 - Quality....air bumi mempunyai peratusan yg tinggi "iron (besi)"...ini punca utama air terawat di Kelantan sampai skrg kekukingan.....dan ini memberi kesan kpd penggunaan industry oil & gas....kos rawatan (deminerialised) adalah terlalu tinggi.
2 - Quantity ... jumlah air bumi di Msia technically susah nak ditentukan......dan ini juga "not good" for oil & gas, kerana operasi terpaksa dihentikan jika ada masaalah bekalan.

Kalau di Trengganu, Petronas bangun kan sendiri loji bekalan air nya di Sg Dungun kerana Kerajaan Negeri tidak boleh memberi jaminan membekalkan air yg memenuhi specification oil & gas....masaalahnya di Kelantan tidak ada punca air yg sesuai yg berdekatan utk dibangunkan loji air drpd sumber air permukaan..

This is something Thailand can offer.......

Selepas Kerajaan APU takes over Kerajaan BN pada 90, mereka cuba menyelesaikan masaalah bekalan ini dgn mengswastakan kpd Thames Water.....saya terlibat pada peringkat awal lagi dan dari awal lagi saya tau ianya akan gagal kerana ianya tidak melibatkan CAPEX utk menukar sumber air drpd air bumi kpd air permukaan....dan ini memerlukan perbelanjaan yg cukup besar.

CAPEX ini spt yg termaktub didalam kajian JICA (Kelantan Water Resources Study) dimana sumber air dilaksankan secara integrated i.e banjir, bekalan air, hydropower & river improvement i.e

1 - Pembinaan benteng penahan banjir sepanjang Sg Kelantan drpd Kuala Krai ke Kota Baru.
2 - Ampangan Lebir, Nenggiri atau Sg Galas utk menakung air banjir dan juga kegunaan bekalan air ...i.e air permukaan dan jika ini terlaksana operasi air bumi boleh dihentikan.
3 - Ampangan2 itu juga boleh didesign sebagai Ampangan Hydro mcm Pergau (Pergau hanya di design utk hydro saja)

Secara detail saya tak boleh cerita banyak kerana saya masih terikat dgn OSA walau pun dah bersara.."




Seperti biasa penerangan adalah agak teknikal tapi mudah difahami dan 'straight to the point' .

Monday, October 22, 2012

Isu Selangor : 'Samseng' ugut penduduk jangan saman kerajaan Selangor ?

Dari laporan yang dikeluarkan oleh KLPos hari ini , Datuk Sohaimi Shahdan telah mendedahkan ada pihak-pihak tertentu yang dikatakan menghantar 'barua' untuk menakut-nakutkan penduduk flet dan apartment yang mahu membuat tuntutan saman ke atas kerajaan negeri Selangor . Wahhh ?! Sekarang sudah pandai hantar 'samseng' nak menakut-nakutkan penduduk . Agak-agak siapa yang hantar 'samseng' tu ? Lu pikir la sendiri , 'samseng' yang dihantar ni dia tak berani nak jumpa orang2 muda bertenaga , target depa orang2 tua yang dan ibu2 tunggal. Tahu lah kan , orang-orang tua ni tak suka cari masalah , bila dah diugut sebegitu rupa mereka akan redhakan saja hak RM11.40 yang sepatutnya mereka terima setiap bulan sejak tahun 2008 . Orang-orang tua ni juga bila dah diugut mungkin akan menasihati anak2 mereka supaya lupakan saja hasrat nak saman tu ? Maklum lah dah diracun kalau kalah saman , kerajaan negeri akan saman balik hingga bankrap . Pendedahan ini dilakukan oleh Datuk Sohaimi semasa sesi bersama penduduk diantara Gerakan Prihatin Rakyat Selangor di Pangsapuri Selayang dan Pangsapuri Mawar Bt. Beruntung .


Dari laporan portal KLPos ;


"Dalam sesi soal jawab dengan penduduk, Datuk Sohaimi juga mendedahkan ada pihak-pihak tertentu yang cuba menakut-nakutkan penduduk supaya tidak meneruskan tindakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor. Penduduk dikatakan didatangi individu yang mengatakan mereka bakal menghadapi tindakan saman oleh kerajaan negeri sekiranya tuntutan meraka tidak berjaya di mahkamah.

Beliau memberitahu penduduk ugutan sedemikian adalah tidak berasas kerana apa yang dilakukan penduduk hanyalah menuntut hak mereka seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat semasa pilihanraya tahun 2008."



Klik sini untuk laporan penuh di KLPos.com

Isu Selangor : Quote of The Day - On Water Management

From my Facebook friend and 'mentor' Uncle Fuad Omar ;



"Water Management is just like economics....Supply, Demand & whats in your pocket.....how can you say what is your pocket is OK without addressing the supply (hydrology) and demand (water demand ..present & projected).....

What Khalid has implied with 55% capacity of the dam......he is 100% sure the supply and demand is OK...this is wrong...unless the dam is 100% capacity at 100% of the time and he can safely say that the supply and demand is 100% OK....tu pun kena qualify for how long since supply is fixed & demand has projection i.e selalunya ikut GDP.

And this what Langat 2 & Pahang Water Transfer is all about.....i.e

1 - The treatment plant capacity need to upgraded (new or rehab) to meet the demand since the demand moving target base on projection 2 - Raw water supply is almost assured (i.e almost 100% at all time).....since supply (hydrology) is fixed....hence has to be import from somewhere to be consistent with the demand."

Hopefully , Pakatan leaders especially Khalid Ibrahim smart enough to digest the above information , though the above quote mentioned about "economic" , please please please don't try to get the Selangor's economy advisor to explain or else, rest of the world will make jokes on us.

Isu Selangor : Paras Air Empangan Selangor Meningkat Bukti UMNO Menipu ?

Bila tiba musim hujan, aku dah dapat agak akan berlaku satu perkara yang akan melegakan MB Selangor, Khalid Ibrahim sebab takungan air di empangan pasti akan meningkat . Yea lah baru-baru ni kita dikejutkan dengan paras takungan empangan yang kritikal , tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya sampai ada beberapa tempat di Klang banjir kilat . Masa tu aku perlu hantar sesuatu pada 'client'  yang 'site office'nya di Westport, Port Klang, 'that was 3 days ago'. Semasa 'drive' di lebuhraya KESAS , hujan bukan main lebat lagi , jarak penglihatan amat terhad . Sampai kat tol Jalan Kebun hujan bertambah lebat , aku dapat agak akan ada tempat akan berlaku banjir kilat . Tetapi terdetik juga seketika hal politik dalam kepala, aku dapat agak Khalid Ibrahim akan guna kesempatan ni untuk 'counter' isu empangan kering yang dihebah-hebakan sebelum ini. Maklum lah, bila hujan lebat air pun akan melimpah ruah ,paras empangan akan naik semula .. boleh lah Khalid Ibrahim tarik nafas lega, cuma dia lupa bila selesai satu bala timbul satu bala lain iaitu masalah banjir .

Dalam 'entry' aku yang lepas , Khalid Ibrahim perlu jawab isu projek tebatan banjir yang kerajaan negeri tak jadi buat tetapi diteruskan pula dengan projek rumah-rumah mewah . Berbalik mengenai soal peningkatan aras air pada empangan , media rasmi Pakatan di Selangor iaitu media Selangorku tanpa membuang masa terus memainkan cerita ini , nak tunjuk apa yang digembar-gemburkan bahawa Selangor akan mengalami krisis air adalah pelesu belaka . Bila Khalid Ibrahim buat 'statement' macam ni, memang lah dia tak ambil kira pelbagai faktor , bercakap mengalahkan 'reservoir engineer' tetapi fakta-fakta teknikal berterabur macam taik lembu . Bila dah ada petunjuk bahawa empangan cepat kering pada keadaan panas terik dan tanpa hujan , jelas menunjukkan penggunaan air yang disalurkan empangan tersebut adalah tinggi . Sekiranya berlaku kemarau panjang, adakah Khalid masih boleh berdolak dalih apabila empangan terus kering ?  Tak ada 'contigency plan' langsung yang tinggal untuk Khalid hanyalah doa .


Dan kali ini Khalid 'diselamatkan' oleh doa rakyat Selangor supaya air empangan tak terus kering dan menyusahkan kehidupan seharian mereka . Tuhan bagi peluang dan petunjuk , namun MB ini masih bongkak mengatakan isu takungan  air yang kering baru-baru ini hanyalah untuk menakut-nakutkan penduduk ? Ini bukan soal menakutkan-nakutkan , ini memang betul-betul takut , tak perlu orang lain takutkan kerana kita berfikir daripada pelbagai sudut , bukan hanya dari sudut tertentu saja . Khalid boleh saja mengumpulkan segala pakar kejuruteraan yang beliau ada untuk mempertahankan dakwaan takungan air di empangan masih cukup walaupun ada berlaku 'sedikit' kekeringan baru-baru ini . Sebagai seorang yang terlibat dalam kejuruteraan, aku berani jamin ramai 'reservoir engineer' dapat menyangkal dakwaan bongkak Khalid Ibrahim ni dengan mudah berasaskan data-data dan fakta-fakta dari kajian yang dilakukan .


Oleh itu, Menteri Besar Selangor jangan terlalu seronok sekarang kerana anda hanya di'selamatkan' oleh kuasa alam hanya untuk seketika .Dan sebenarnya anda juga lupa 'kuasa alam' yang sama juga akan membuatkan anda gelabah memikirkan jawapan untuk diputar belitkan , sekarang anda perlu fikir masalah banjir pula . Tindakan-tindakan yang dilakukan, yang akhirnya tak menyelesaikan masalah banjir yang berlaku .

Sunday, October 21, 2012

Isu Selangor : Persatuan Penduduk Mahu Saman Kerajaan Negeri

Kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat nampaknya makin parah , kali ini bakal di saman lagi penghuni2 rumah2 flat dan apartment yang tak berpuas hati dengan manifesto air percuma yang berat sebelah . Penduduk di Pangsapuri Selayang Height berpakat-pakat untuk menandatangani surat guaman bagi membolehkan tuntutan mereka pula di bawa ke mahkamah . Mana boleh jadi rumah-rumah orang-orang kaya , dato dato , tan sri  dapat air percuma yang mereka ni pula air kena caj .Dengar kata banyak lagi persatuan2 penduduk pangsapuri di sekitar Selangor dah calling-calling GPRS untuk meminta bantuan NGO ni untuk SAMAN kerajaan Selangor , depa tak nak banyak cukuplah bayar balik RM11 yang dikumpulkan selama 4 tahun Pakatan memerinta Selangor . Kalau congak2 semua flat + pangsapuri di Selangor ni yang minta tuntutan serupa , katanya dah dalam RM400 juta lebih . Terduduk lah hang !



Berita penuh di KLPos.

Saturday, October 20, 2012

Isu Selangor : RM 745 juta untuk projek tebatan banjir berjaya dijimatkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor

Laporan yang dikeluarkan oleh portal online KLPos mengenai kecaman penduduk Klang terhadap pihak berkuasa tempatan yang gagal mengatasi masalah banjir yang berlaku di daerah itu menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kurang prihatin dengan isu-isu yang di hadapi oleh penduduk-penduduk setempat. Walaupun penduduk mendakwa Menteri Besar telah menjanjikan peruntukkan sebanyak RM5 juta untuk mengatasi masalah itu , namun pelaksanaaan dilihat kurang berkesan . Penduduk juga tertanya dimana hilangnya wang yang disalurkan oleh Menteri Besar kepada pihak berkuasa tempatan atau benarkah ada wang yang disalurkan untuk atasi masalah banjir di kawasan itu?

Malang buat kerajaaan Pakatan Rakyat di Selangor kerana musim hujan kembali lagi dan segala masalah yang kononnya mampu mereka selesaikan sejak mengambil alih kerajaan negeri Selangor hanyalah janji-janji manis pilihanraya semata-mata. Panas tak sentiasa berpanjangan ... bila musim panas tak nampaklah masalah  besar yang bakal dihadapi penduduk2 Selangor . Sekarang dah sampai musim hujan, beberapa tempat yang dahulunya banjir teruk menunjukkan tanda-tanda akan mengalami bencana yang sama sekali lagi . Kajang, Klang dan Shah Alam antara tempat-tempat di Selangor yang sering mengalami masalah ini apabila tiba musim hujan. Berikut adalah beberapa keratan akhbar mengenai masalah banjir di tempat2 yang dinyatakan.





Sebenarnya , masalah banjir yang dihadapi penduduk Selangor terutama di tiga kawasan yang dinyatakan di atas dapat diselesaikan kalau tak disebabkan Menteri Besar yang besar dan keras kepala tak membatalkan projek Canal City yang menghubungkan Sungai Klang hingga Sungai Langat. Menteri Besar Khalid Ibrahim kata projek ini tidak memberi manfaat kepada rakyat. Hal ini boleh dirujuk dari laporan Harakah Daily yang dikeluarkan pada 7 February 2011 (sumber)


Projek Canal City ialah projek yang dirancang semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional di Selangor. Projek Canal City yang bermula hujung 2007 lalu melibatkan tanah seluas 1,960 hektar . Ia termasuklah projek tebatan banjir sepanjang 18 km terowong yang menghubungkan Sungai Klang dan Sungai Langat. Projek ini bernilai RM745 juta. Sebagai balasannya, kerajaan negeri terdahulu memberikan pemajunya, K-Euro hak untuk memajukan 1,960 hektar tanah.  Jadi terdapat 2 elemen dalam Projek Canal City iaitu projek tebatan banjir dan projek memajukan hartanah.  Jadi adakah apa yg dimaksudkan dlm lapuran Harakah, komponen Tebatan Banjir dibatalkan tapi komponen hartanah di teruskan ?


Projek ini dilancarkan selepas banjir teruk di Shah Alam pada tahun 2006 (sumber) . Lim Kit Siang meletakkan satu artikel mengenai kejadian banjir di blog (entry 2007) mengandaikan kejadian banjir yang berlaku akibat dari pembangunan kawasan perindustrian di sekitar Bukit Jelutong , TTDI Jaya dan lapangan terbang TUDM. Dari rujukan di Wikipedia , kawasan perindustrian yang berada di sekitar kawasan itu ialah Bukit Jelutong Industrial Park . Menurut laman web itu Bukit Jelutong dan Bukit Jelutong Industrial Park dibangunkan oleh kumpulan Guthrie sejak tahun 1996. Siapa yang yang menjadi 'boss' di Guthrie pada tempoh waktu ini kalau bukan Khalid Ibrahim ? 


Berikut adalah gambar pandangan dari atas semasa kejadian banjir di Shah Alam pada tahun 2006 yang diambil dari buku laporan Jurutera Perunding Zaaba (sumber)


Berbalik kepada cerita, projek Canal City yang 'dibatalkan' oleh Khalid Ibrahim , IJM yang mempunyai kepentingan dalam projek ini membeli sebahagian besar saham syarikat K-Euro untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam pelaksanaan projek ini . Dari laporan yang diperoleh dari laman web IJM memang disahkan projek Canal City pada awalnya adalah untuk tebatan banjir cuma status tebatan banjir itu telah dijenamakan semula hanya untuk pembangunan komersil semata-mata . Hal ini berlaku selepas Khalid Ibrahim membatalkan projek Canal City yang asal. Berikut adalah caption lapora IJM (sumber)


Seterusnya mengenai boss K-Euro pula , dari laporan The Edge (sumber) , presiden dan chif eksekutif K-Euro ialah Tan Sri Chan Ah Chye yang juga merupaka boss Talam Corp. Dari laporan TheEdge yang bertarikh 31 Jaanuary 2012 , projek Canal City masih berjalan . Mungkin dalam erti kata yang lain projek Canal City untuk komponen hartanah mewah diteruskan tapi projek asal iaitu tebatan banjir tidak dijalankan.  Jadi apa maksud Khalid Ibrahim apabila mengatakan projek ini dibatalkan kerana tak memberi manfaat kepada rakyat ? Apa penjelasan MB apabila yang dilihat sekarang projek tebatan banjir yang sepatutnya beri manfaat kepada rakyat tidak diteruskan tetapi yang hanya memberi manfaat kepada sebilangan rakyat yang kaya raya pula diteruskan ?




Daripada laporan The Edge, IJM ambil alih projek Canal City ini apabila Tan Sri Chan Ah Chye menjualkan sahamnya dalam K-Euro kepada syarikat itu. Walaupun projek masih belum bermula dah ada pihak berhasil mengaut keuntungan 'atas angin'.  Berikut adalah berita mengenai pelancaran Canal City oleh IJM . (sumber) , berikut adalah sedikit maklumat mengenai Canal City oleh IJM (sumber) . Tak dinyatakan pula tentang tebatan banjir .




Persoalan yang timbul sekarang ialah adakah tanah yang sepatutnya dibuat untuk  projek tebatan banjir yang dianggarkan benilai RM 745 juta telah bertukar milik ?  Apakah status tanah ini selepas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membatalkan projek asal Canal City ? Seperti yang dinyatakan di atas, untuk rancangan asal pemaju dikehendaki membina tebatan banjir , sebagai balasan pemaju diberikan 1,960 hektar tanah untuk dimajukan . Tetapi apabila Khalid Ibrahim batalkan projek ini adakah 1,960 hektar tanah ini dikembalikan ? Projek ini dibatalkan bererti peruntukan sebanyak RM 745 juta tak diguna ,walau bagaimanapun dari laporan di atas IJM dah ambil alih kepentingan K-Euro untuk projek Canal City yang baru (tanpa tebatan banjir) . Secara dasarnya, kita nampak ada pihak yang ambil untuk 'atas angin' dari pengambilalihan K-Euro oleh IJM. Projek Canal City yang baru ini akan dibangunkan di atas tanah rakyat yang sepatutnya diperuntukkan untuk elak masalah banjir ,namun apa yang berlaku sekarang ialah tanah rakyat tergadai untuk projek pembangunan mewah yang mempunyai GDV sebanyak RM10 billion . 

Kesimpulannya , projek tebatan banjir yang dicadang oleh kerajaan Barisan Nasional yang merangkumi elemen pembinaan tebatan banjir dan elemen pembangunan hartanah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor hanya untuk membenarkan projek yang sama di jalankan oleh pemaju tetapi tanpa elemen pembinaan tebatan banjir . Dengan ketiadaan elemen ini kerajaan Pakatan Selangor tak perlu lagi berbelanja RM 745 juta , cuma tanah untuk pembangunan yang mewah tetap diberikan pada pemaju. Bila tiba musim hujan.. banjir tetap banjir.


Quote of The Day : Accountability

"Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had already instructed all Government departments to look into the report and rectify any problem immediately. The A-G's Report reflects the Government's transparency and accountability in managing government expenses. Despite the problems that cropped up in the report, the Government had shown steady improvements in how it managed public funds.The fact remains the BN government is clean looking from the performance of the Auditor General in exposing any wrong doings..had this been the Pakatan Team of AG their hanky panky malpractice would have been covered up and their wrongs diverted or blame on others.As such why change for the worst when we know the present government is open in their doings and accountability.... ... "




Thanks to my Facebook friend Margeret Justice Chan

Friday, October 19, 2012

Isu Selangor : Peruntukan RM5 juta kerajaan Selangor untuk atasi masalah banjir lesap ke mana ?

Satu sesi bertemu penduduk di antara NGO dan penduduk di Klang berkenaan isu banjir di Klang telah diadakan pada pagi ini . Penduduk meluahkan rasa ketidak puasan hati mereka tentang masalah banjir yang berlaku di kawasan mereka sedangkan peruntukkan sebanyak RM5 juta telah di salurkan oleh kerajaan negeri Selangor . Penduduk mempersoalkan mana hilangnya wang yang diperuntukkan itu ? Ketelusan Majlis Perbandaran Klang dipersoalkan . Antara nama-nama yang timbul ialah M. Manoharan, Charles Santiago, Lim Lip Suan dan exco kontroversi Ronnie Liu . Beberapa petikan yang menarik dari KLPos ;



"MB Khalid memperuntukan RM 5 juta kepada MPK dan apa yang MPK buat dengan duit itu? Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Negeri yg bertanggungjawab melantik Ahli Majlis MPK dan bertanggungjawab untuk memberi penjelas kepada pendudk Klang tidak turun padang dan MB juga tidak turun padang,"


"Ahli Majlis MPK Lim Lip Suan telah memberi jaminan Masalah Banjir di Kota Alam Shah akan berakhir. Tetapi sampai sekarang tiada apa-apa sebarang tintakan. Masalah ini sejak tahun 2010 dan belanjutan sehingga sekarang,


Artikel penuh di KLpos.com

Audit 2011 : Purata Kos Operasi Lebih Tinggi Dari Pulangan Pelaburan


Dari laporan Audit Selangor 2011 (Aktiviti) , muka surat 114/184 menyatakan ;

"Bagi tempoh kelahiran dari tahun 2008 hingga 2011, sebanyak 60,972 daripada 74,212 permohonan yang layak telah diluluskan. Daripada pendaftaran yang diluluskan, 21,9118 akaun ahli TAWAS telah dibukan. Tempoh matang pertama bagi peserta yang didaftarkan adalah tahun 2025 iaitu 18 tahun dari tahun pertama Skim TAWAS pada tahun 2008"

TAWAS merupakan salah satu program kerajaan negeri dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) . Menurut program ini, pada usia 18 tahun, anak-anak yang mendaftar di bawah TAWAS akan menerima RM 1,500.



Syarat untuk melayakkan diri mendapat skim TAWAS tak lah ketat , tak tertakluk kepada berapa gaji ibu bapa anak yang dilahirkan . Apa yang  menjadi syarat utama ialah warganegara Malaysia, anak lahir di Selangor , ibu/bapa pemastautin di Selangor atau ibu/bapa pemastautin di negeri bersempadan dgn Selangor.

Dari laporan audit , jumlah kelahiran di Selangor dari tahun 2008 hingga 2011 ialah 313,706 . Sejumlah RM 588,391 di belanjakan untuk PROMOSI ,namun jumlah ahli TAWAS hanya 60,972 beerti PROMOSI hampir setengah juta itu dibazirkan begitu saja . Kerajaan Selangor boleh saja bekerjasama dengan jabatan pendaftaran kelahiran di daerah2 di Selangor dengan membuka satu kaunter khas kalau benar-benar ingin mempromosikan skim ini.

Namun kenapa ini (kaunter2 khas di jabatan pendaftaran kelahiran) tidak dilakukan ? Adakah kerajaan Selangor bimbang apabila terlalu ramai yang mendaftar dan ramai pula yang layak mendapat skim ini maka , janji pembayaran sebanyak RM1,500 apabia tiba tempoh matang tak dapat di laksanakan?


Laporan audit menunjukkan keraguan bagaimana TAWAS ini akan berjaya dilaksanakan , sedangkan dengan purata pendaftaran sebanyak 15,243 setahun memerlukan pembayaran manfaat sebanyak purata RM22.87 juta setahun . Bagai mana pula jika jumlah ini semakin meningkat . Seperti yang dimaklumkaan diatas pendaftaran program TAWAS ini dilihat tidak bersungguh-sungguh , sedangkan program ini adalah untuk anak2 kelahiran di Selangor seperti syarat yang dinyatakan sebelum ini. Adakah purata kelahiran bayi di Selangor hanya 15,243 setahun ???

Sekiranya jumlah pendaftaran meningkat higga 50% maka purata pembayaran manfaat akan meningkat sekali ganda iaitu hampir RM46 juta perlu dibelanjakan. Setakat ini , pelaburan jangka pendek skim TAWAS hanya menghasilkan pulangan yang kecil berbanding kos operasi yang tinggi. Pada 2009,2010 dan 2011 pulangan pelaburan ialah RM198,101 , RM210,716 dan RM213,955 berbanding kos operasi masing2 berjumlah RM1.55 juta , RM 1.64 juta dan RM 1.71 ! Jadi adakah program TAWAS ini akan mampu hidup hingga tempoh matang untuk bayaran yang pertama ??

Syarikat milik kerajaan rugi RM 2.446 billion !

Dari laporan Audit 2011 , prestasi 47 syarikat milik kerajaan telah dianalisa dari tahun 2008 sehingga 2010 . Hasil analisa, 23 daripada jumlah diatas telah memperoleh keuntungan sebelum cukai selama tiga tahun berturut-turut berjumlah RM 255.834 billion . Manakala 9 buah syarikat pula mengalami kerugian terkumpul untuk tempoh 3 tahun berturut-turut dengan jumlah RM 2.446 billion. Kerugian terkumpul untuk tempoh 3 tahun berturut-turut bagi syarikat milik kerajaan adalah sesuatu yang mengejutkan, ini kerana syarikat-syarikat ini mempunyai beberapa 'kelebihan' berbanding pesaing-pesaing yang lain terutama dari segi kemudahan kerana berstatus milik kerajaan. Segala urusan sepatutnya menjadi lebih mudah, tambahan pula dengan segala peruntukan yang telah disediakan oleh kerajaan. Oleh itu prestasi syarikat bergantung kepada pengurusan yang baik dan berhemah .


Sembilan buah syarikat milik kerajaan yang mengalami kerugian selama tiga tahun berturut-turut dibahagikan kepada empat sektor iaitu ekonomi, sosial, teknologi dan infrastruktur. Syarikat-syarikat berkenaan ialah Halal Industry Development Sdn Bhd dan Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd dalam sektor ekonomi , Indah Water Konsortium Sdn Bhd dalam sektor sosial, Jaring Communication Sdn Bhd dan Inno Bio Ventures Sdn Bhd dalam sektor teknologi, Jambatan Kedua Sdn Bhd, Assets Global Network Sdn Bhd, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Syarikat Prasarana Negara Berhad dalam sektor infrastruktur.Sekiranya diteliti sebahagian daripada senarai syarikat yang mengalami kerugian, selain faktor perancangan dan pengurusan yang lemah , faktor desakan tanggungjawab syarikat berkenaan terhadap rakyat secara langsung dalam memberikan perkhidmatan yang murah tetapi berkualiti juga antara faktor penyebab. Daripada senarai syarikat yang mungkin mengalami dilemma ini ialah Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Syarikat Prasarana Negara Berhad.


seterusnya di KLPos.com

Wednesday, October 17, 2012

Anwar Ibrahim lebih bijak dari Tun Dr.Mahathir

Pagi ni terbaca satu BBM, menarik juga pendapat seorang pengguna Facebook ni dan rasanya patut dikongsi untuk kita fikir bersama. Mungkin pendapat beliau agak ringkas iaitu sekadar membuat deduksi yang agak umum tanpa menyeluruh tetapi apa yang menarik perhatian ialah mesej yang ingin disampaikan iaitu Petronas tak akan mampu memberi 'subsidi' kepada negara ini selama-lamanya.

"Facebook news feed post by: Julia Asraf
------------------------
Julia Asraf wrote:

pendidikan tinggi percuma
kata anwar kita akan tampung dengan duit petronas

turunkan harga kereta
kata anwar kita akan tampung dengan duit petronas

hapuskan tol
kata anwar kita akan tampung dengan duit petronas

royalti kepada sabah dan sarawak
kata anwar kita akan tampung dengan duit petronas

turunkan harga minyak
kata anwar kita akan tampung dengan duit petronas

air percuma
kata anwar kita akan tampung dengan duit petronas

anwar ibrahim = penasihat ekonomi selangor merangkap pakar ekonomi pakatan rakyat
taraf pendidikan tertinggi = degree in sastera.
sumbangan terbesar sebelum terjun politik = sekolah swasta yayasan anda (lingkup)

p/s: anwar hanya degree dalam sastera tp nak bercakap ekonomi. kalau semua perbelanjaan negara nak tolak ke petronas, pak guard pun boleh jadi pakar ekonomi pakatan rakyat. sebagai perbandingan, walaupun mahathir degree dalam md, at least maha clinic (business yg dia buat b4 terjun dalam dunia politik) masih ada until now dan mungkin ramai yang x tahu sebenarnya mahathir adalah antara first malay developer di malaysia (correct me if im wrong)..."

Bila baca komen diatas, memang 'confirm' Anwar lebih bijak selesaikan masalah ekonomi dengan hanya ambil jalan mudah. Krisis ekonomi cari IMF, nak tambah subsidi cari Petronas...mudah kan?
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Tuesday, October 16, 2012

Senator Australia anggap pilihanraya di Malaysia adalah kotor !

Walaupun perbahasan di Parlimen Australia di antara Nick Xenophone dan Menter Luar Australia Bob Carr dah selesai lebih kurang seminggu lepas , aku rasa elok juga aku buat satu 'entry' untuk peristiwa yang boleh dianggap penting ini . Dari laman web parlimen Australia (klik sini) , menunjukkan transkrip perbahasan di antara Nick Xenophone dan Bob Carr mengenai sistem pilihanraya di Malaysia  .



Xenophone dalam soalannya kepada Bob Carr selaku Menteri Luar Australia ,menyuarakan kebimbangan 2 orang wakil NGO (Bersih ) dari Malaysia iaitu Ambiga dan Andrew Khoo mengenai ketidaktelusan yang akan berlaku pada pilihanraya umum ke-13 . Beliau bertanya kepada Bob Carr samada menteri dan kerajaan Australia sedar mengenai perkara ini . 

Carr dalam jawapannya kepada Xenophone mengatakan Malaysia akan mengadakan pilihanraya paling lewat dalam bulan April 2013. Senator Carr menyatakan bahawa beliau sedar mengenai demonstrasi Bersih yang diadakan pada April 2012. Namun, beliau menegaskan soal proses reformasi pilihanraya di Malaysia adalah hak orang Malaysia dan kerajaan Malaysia . Jawapan Carr jelas menunjukkan Australia tidak berminat untuk mencampuri hal ehwal kerajaan Malaysia. 

Mungkin tidak berpuashati dengan jawapan Carr, Xenophone mengemukakan satu lagi soalan iaitu peranan Australia sebagai pemerhati antarabangsa dalam pilihan-pilihanraya serantau yang diadakan dan adakah Australia akan memaikan peranan sebagai pemerhati untuk pilihanraya di Malaysia bagi memastikan pilihanraya yang bersih dan adil. Xenophone juga cuba memancing Carr dengan bertanya apakah kerajaan Australia bersedia memberikan sokongan pada pemerhati antarabangsa atau dari ketua pembangkang sendiri untuk memastikan pilihanraya di Malaysia di adakan dengan adil .

Carr membalas dengan jawapan yang mungkin mengecewakan Xenophone apabila menyatakan samada Australia ingin menghantar pasukan pemerhati adalah berdasarkan permohonan dari kerajaan Malaysia itu sendiri dan Australia sendiri tak mempunyai rancangan untuk menghantar pasukan pemerhati ini, walau bagaimanapun sekiranya ada permintaan dari kerajaan Malaysia , maka Australia akan memberi respon kepada permohonan itu.  Carr juga menyatakan beliau difahamkan jawatankuasa pilihanraya di Malaysia sendiri sedang mempertimbangkan untuk menjemput beberapa pemerhati antarabangsa semasa proses pilihanraya diadakan. Selain itu Carr menyatakan hujah kerajaan Malaysia yang mempertahankan pilihanraya yang dijalankan pada pemilihan yang lepas adalah adil apabila kerajaan yang memerintah sekarang telah kehilangan 2/3 majoriti di parlimen. 

Sekali lagi , Carr menekankan segala yang dinyatakan itu adalah urusan kerajaan Malaysia. Walaupun didesak dengan pelbagai soalan-soalan provokasi dari Nick Xenophone yang seolah-olah cuba menjatuhkan imej kerajaan Malaysia di dalam parlimen Austalia , namun respon dari Bob Carr amat jelas menunjukkan kerajaan Australia tak berminat nak campur tangan dengan apa yang diperjuangkan oleh Ambiga . Kerajaan Australia sedar sistem pilihanraya yang dijalankan di Malaysia adalah adil , kalau tak tentu saja Senator Bob Carr tak akan membangkitkan soal kehilangan majoriti 2/3 kerajaan Barisan Nasional semasa pilihanraya yang lepas.  Nampaknya hanya Senator Nick Xenophone saja yang anggap sistem pilihanraya di Malaysia kotor . 


Desakan Nik Aziz berhenti hanyalah permainan UMNO ?

Malaysiakini mengeluarkan artikel bartajuk Nakhie pula sokong Haron Din ganti Nik Aziz . Kelihatan ramai yang memberi komen tak berpuas hati . Namun melalui firasat aku  , komen2 yang diberikan majoritinya bukan lah dari ahli PAS sendiri . Kalau dilihat komen yang mendapat jumlah 'like' yang tinggi ialah dari seorang yang menggunakan ID yang menunjukkan pengomen berbangsa Cina . Kalau dah berbangsa Cina , mungkin orang yang komen tu adalah dari parti PKR atau DAP . Tetapi berdasarkan komen yang diberi aku agak yakin orang tu adalah penyokong tegar DAP .

Apa yang aku nak sampaikan disini , bukan mengenai isi kandungan artikel itu sendiri , tetapi lebih kepada bentuk2 komen yang dibuat dalam artikel itu . Ramai di kalangan penyokong PR yang nampaknya tidak senang sekiranya Nik Aziz digantikan dengan Haron Din , mungkin yang menentang itu mereka yang menyokong PKR dan DAP . Adakah sekiranya Haron Din menggantikan Nik Aziz  , golongan-golongan yang kuat memanipulasi dari PKR dan DAP bimbang kerjasama PAS dengan PKR dan DAP akan hancur luluh , seterusnya menyebabkan kejatuhan Pakatan Rakyat itu sendiri ?

Perlu diingat , Pakatan kuat hanya disebabkan oleh kekuatan parti PAS itu sendiri . Cuma PAS di bawah Nik Aziz seolah-olah tidak percaya dengan kebolehan PAS untuk mendominasi Pakatan Rakyat itu sendiri . Anwar Ibrahim yang agak liberal pula diberikan keutamaan . Malah DAP yang selama ini tidak pernah bersetuju dengan penubuhan negara Islam yang terang-terangan bertentangan dengan prinsip perjuan PAS juga seolah-olah berjaya mengawal pengaruh PAS di dalam Pakatan Rakyat.  Ramai di kalangan pejuang sejati PAS sedar akan hakikat ini , namun mungkin terlalu hormatkan Nik Aziz mereka memilih untuk berdiam diri . Nik Aziz pula seolah-olah hanya melihat peluang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional hanyalah melalui kerjasama dengan parti2 yang selama ini tidak selari dengna perjuangan asas PAS itu sendiri.



Adalah amat memalukan apabila salah satu komen yang dibuat dan banyak pula jumlah 'like' memperkecilkan PAS itu sendiri , PAS seolah-olah dilihat seperti peminta sedekah dalam Pakatan Rakyat. Komen dalam bahasa english tu berbunyi

"Kerana DAP lah PAS mempunyai peluang naik ke pentas bersama DAP dan bagi ceramah dan juga Dakwah kepada Non muslim, Peluang yang belum pernah ada sebelum ini, Kalau PAS berpisah dengan DAP bijak ke? adakah MCA atau MIC akan bagi Peluang kepada PAS berdakwah dengan non Muslim?"



Orang yang membuat komen ini seolah-olah menunjukkan PAS amat desperate untuk berdakwah dengan orang2 non muslim melalui platform DAP . Dan sebenarnya benarkah PAS berdakwah kepada non-muslim melalui pentas2 ceramah mereka ? Maksud berdakwaah di sini ialah dakwah sebenar-benarnya tanpa melibatkan elemen2 politik . Tentulah ini tidak berlaku , kalau ini benar2 berlaku , dah lama PAS tak dibenarkan menjejak masuk pentas-pentas ceramah DAP . Sedangkan negara Islam pun mereka tolak apa kan pula berceramah hal2 berkaitan agama . Banyak lebih kepada menghentam UMNO, DAP guna PAS untuk hantam UMNO supaya tak dilihat perkauman ! Tapi apa boleh buat ramai dilakalangan penyokong2 PAS masih tak sedar hakikat ini .

Monday, October 15, 2012

Isu Selangor : Teknologi Kanada mampu selesaikan masalah kekurangan air terawat di Selangor pada kos 3 kali ganda lebih murah : Khalid Ibrahim

Hari ni dalam timeline twitter Khalid Ibrahim, beliau menyatakan kerajaan PR Selangor sedang mengkaji satu teknologi baru dari Kanada yang mampu menghasilkan sebanyak 1 juta liter air terawat sehari , sama seperti jumlah yang dihasilkan oleh loji rawatan air langat 2 yang dicadangkan kerajaan Persekutuan.

Khalid mendakwa,teknologi dari Kanada ini hanya akan memakan belanja sebanyak RM900 juta berbanding RM3 billion untuk Langat 2 . Memanglah niat Khalid itu baik, nak kurangkan belanja tetapi dah 4 tahun perintah baru nak keluar cadangan yang terbaru ni setelah cadangan2 lain tak jalan ? Masa semakin berjalan, permintaan terhadap air terawat makin meningkat dari hari ke hari dan Khalid boleh katakan teknologi dari Kanada ini masih dalam peringkat kajian?

Bayangkan masa yang akan diambil untuk implementasi, walhal keperluan air dah makin memuncak . Adakah rakyat perlu menderita kekurangan air terawat sementara teknologi dari kanada ini dibina ? PR Selangor nampaknya semakin hilang punca, mereka mula pelbagai cadangan yang kononnya dapat atasi masalah air. Namun hingga hari ini tak nampak pun keseriusan cadangan2 itu dilaksanakan. Kalau itu pun belum mula,jangan pula ditanya keberkesanan cadangan yang diberikan.

Berkenaan teknologi dari Kanada ini, Khalid Ibrahim tak pula menyatakan nama syarikat berkenaan. Namun beberapa perkara harus difikirkan oleh Khalid terutamanya keberkesanan teknologi yang akan dibawa masuk ini. Khalid perlu melihat , prestasi teknologi ini ditempat2 lain yang telah dipasang. Jangan lah indah khabar dari rupa sahaja. Namun satu lagi perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana efficiency teknologi dari Kanada ini semasa musim kering air di empangan seperti yang berlaku sekarang?

Walau sehebat mana pun teknologi, kalau sumber air yang disalurkan pun kurang , masih tak berguna jugak !
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Saturday, October 13, 2012

@saifuddinabd , Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri contoh dari UMNO

Nampaknya makin hari , sikap Timbalan Menteri yang seorang ni makin menjadi-jadi . Dasar 'politik baru' yang dilaung-laungkan seolah-olah dah menjadi racun kepada UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri . Entah kenapa ,orang semacam ni masih dikekalkan lagi sebagai Timbalan Menteri . Pandai menyusun ayat dan kata-kata kononnya nak mengambil hati golongan muda terutamanya pelajar , padahal ramai yang nampakk sikap beliau amat hipokrit sekali . Adakah si akan ada lagi kes Timbalan Menteri keluar UMNO dan Barisan Nasional dan menjadi tukang jilat Pakatan secara rasmi .


Timbalan Menteri ni mungkin anggap diri sendiri hebat dan menganggap beliau berada dalam kelasnya tersendiri , perjuangan beliau dilihat banyak menongkah arus . Tak menjadi kesalahan untuk berbeza pendapat tetapi cara penyampaian perlu dilakukan dengan lebih tepat dan berakal , dan bukannya untuk menyerahkan 'leher' parti yang menaungi anda untuk 'disembelih' . Timbalan Menteri ini sebenarnya cuba menjadi 'populis' , mungkin beliau menganggap sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional semakin lemah , jadi beliau cuba menjadi 'hero'  dengan mengeluarkan 'statement'2 yang bernada untuk membunuh UMNO dan Barisan Nasional . Mungkin pada fikiran beliau sekiranya Pakatan berjaya 'menawan' Putrajaya akan ada habuan yang akan diberikan .

Berikut adalah cerita seorang Timbalan Menteri yang dipetik dari Blok MIK . 

"Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah diminta tidak mengamalkan politik 'makan keliling' setelah mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang terbukti menerima dana daripada George Soros iaitu penyangak mata wang berbangsa Yahudi.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, kenyataan yang dibuat beliau menerusi portal pembangkang yang dibiayai Soros, Malaysiakini, jelas membuktikan Saifuddin kini mencari jalan selamat dengan bersikap liberal demi kepentingan politik peribadi.

Beliau juga membangkitkan persoalan kemungkinan kenyataan itu menunjukkan Saifuddin yang diberi peluang berada dalam Kabinet tidak yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti."

baca seterusnya di blog MIK

Timbalan Menteri yang dinyatakan dalam blog itu sedarlah diri sikit, kalau nak berambus , berambus je lah. Jangan jadi macam parasit , politik baru anda tak kemana , jangan fikir anda bijak . Ramai  lagi yang lebih bijak , please stop showing your fucking pathethic attitude , at least in UMNO in BN , do it on another . Jadi lah orang lebih bermaruah , or else your just another UMNO scumbag whose need to be dismissed from the party ASAP ! By the way , tajuk entry ni  memang missleading supaya, tentulah orang nak membaca artikel2 yang memuji diri sendiri. Kah kah kah , btw Saifuddin Abdullah memang Timbalan Menteri contoh , contoh yang sepatutnya disingkirkan , seangkatan dengan Lajim Ukin

Isu Selangor : Apa kejadahnya kerajaan nak belanja RM225 juta untuk 'upgrade' loji tapisan air yang sumber air sendiri dah kering ?

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata krisis air di negeri itu mampu diselesaikan apabila projek mitigasi 1 dan projek mitigasi 2 yang melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan LRA Sungai Selangor Fasa Tiga (SSP3) disiapkan.
Katanya, kedua-dua projek mitigasi itu mampu mengeluarkan air terawat sebanyak lebih 600 juta liter sehari (JLH).

Manakala projek mitigasi 2 iaitu SSP 1 dan SSP 3, sedang dalam proses mendapatkan konsultan, tender sudah dikeluarkan. UPEN (Unit Perancangan Ekonomi Negeri) memaklumkan, projek mitigasi 2 akan disiapkan Mac 2013 atau selewat-lewatnya Jun 2013,” katanya selepas Dialog Air Selangor 2012 di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya di sini.


Xavier menambah satu pelan tindakan akan dibuat selepas 2015 bagi memastikan pengeluaran air terawat dapat dikeluarkan secara berterusan kepada pengguna.

“Jika Projek Mitigasi yang dirancang ini dilaksanakan maka tidak akan ada krisis air walaupun pada 2015,” katanya.

Berikut adalah sumber dari blogger penjilat PR pun mengambil 'statement' Xavier tanpa mengetahui apa2 aspek teknikal berkenaan perkara, yang penting jilat dulu.

http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/08/projek-mitigasi-1-dan-2-mampu-selesai.html

Dari portal Malaysian Insider pula pada 23 Julai 2012 ; Xavier berkata kerajaan Selangor akan menggunakan sumber kewangan sendiri sekiranya Putrajaya menangguhkan penyaluran sebanyak RM 225 juta untuk projek menaiktaraf  loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 dan Fasa 3.  Kedua-dua loji dikatakan beroperasi dibawah tahap yang sepatutnya kerana kekangan keupayaan loji yang sedia ada sekarang.

Kesemua Pelan Mitigasi ini menggunakan sumber air drpd Ampangan Sg Selangor, namun baru baru ni kita dikejutkan dengan paras empangan Sungai Selangor yang semakin menyusut , beberapa portal dan blog dah mengeluarkan cerita ini . Gambar-gambar juga di sediakan.


Berikut pula adalah gambar2 dari wowberita.org ;





Berikut pula adalah gambar-gambar yang diambil dari seorang blogger bukan pollitik, kujie2.com ;



Penulis blog ini juga membuat perbandingan gambar yang diambil beliau semasa tahun 2010 dengan gambar yang diambil pada baru2 ini (awal Oktober 2012)

Gambar yang diambil tahun 2010 , pada 2012 ,penulis blog kujie.com ambil gambar dari jambatan yang kelihatan di atas dan hasilnya adalah seperti gambar di bawah


Dengan perkembangan terbaru ini , bagaimana Xavier mahu menghabiskan wang sebanyak RM225 juta untuk upgrade loji penapisan air yang mana sumber air untuk loji ini tapis pun dah hampir kritikal ? Pelik, tapi benar.......Kerajaan PR Selangor akan belanja RM 225 juta utk tingkatkan keupayaan merawat air drpd ampangan yg sudah mula kering......ini kerana sumber air utk loji SSP1 dan SSP3 yg akan di tingkat kan keupayaanya sudah mula kering......menghampiri paras kritikal 190 M...... 


Friday, October 12, 2012

Isu Selangor : Cocky Theresa yang angkuh dan hipokrit , akhirnya di'bogel'kan oleh ex-DAP Tan Tuan Tat

Pada 8 October 2012 , Cocky Theresa dalam portal Free Malaysia Today telah menghentam ex-DAP Tan Tuan Tat yang sebelum ini telah mengkritik beliau . Tan Tuan Tat sebelum ini telah membuat 'press conference' yang membikin hati Cocky Theresa tersentap apabila dikatakan seorang ahli politik yang tak kompeten dan seorang ketua yang lemah . Cocky Theresa membalas mengatakan Tan Tuat tak tahu apa-apa sebab beliau hanya lah seorang bekas ahli DAP , segala apa yang berlaku di dalam parti adalah luar dari pengetahuan beliau apabila meninggalkan parti DAP.


Cocky Theresa sesuai dengan gelaran yang diberikan : ) , dengan bangganya mengatakan sejak berada di bawah DAP Selangor , beliau telah 'berjaya' menjalinkan kerjasama erat dengan jawatankuasa negeri parti itu,  dan juga wakil2 yang dipilih.  Mereka ini akan sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru mengenai mesyuarat dan isu-isu yang berkaitan kerajaan negeri.  Cocky Theresa mengatakan Tan Tuan tak dimaklumkan segala perkembangan ini disebabkan beliau bukanlah seorang ahli jawantankuasa negeri , wakil rakyat atau kaunselor yang dipilih , jadi tuduhan Tan Tuan kononnya tidak wajar .

sumber FMT baca sini

Kemudian Tan Tuat pada 11 October 2012 , buat kenyataan balas . Dalam kenyataan balas beliau , juga dalam portal Free Malaysia Today , Tan Tuat mencabar Cocky Theresa untuk membuktikan bahawa beliau silap . Tan Tuat sebelum ini mengatakan Cocky Theresaa tak sensitif dengan suara akar umbi DAP dan juga gagal berdepan dengan isu2 yang agak 'panas' dan kontroversi dalam parti itu. Tan Tuan mengatakan disebabkan terlalu banyak jawatan yang dipegang oleh Cocky Theresa sekarang , maka wanita itu seolah-olah dah 'hilang arah'  .

Antara jawatan-jawatan yang dipegang oleh Cocky Theresa ialah ahli parlimen di peringkan pusat , ahli dewan undangan negeri, pengarah PKNS , hal ehwal wanita SACC , dan lain2 lagi state government link company . Isk isk isk ...banyaknya.  Tan Tuat juga mengatakan Cocky Theresa adalah ahli politik yang mementingkan kroni dan tak sedar orang lain terutama ahli DAP akar umbi sendiri memerhatikan beliau . Ohhh kesahnya , nak hapuskan rasuah , nak hapuskan kroni kehulu kehilir , rupa-rupanya diri sendiri buat. Prfttt.. banyak lagi yang didedahkan oleh Tan Tuat mengenai Cocky Theresa dalam FMT .  Antaranya menafikan statement Cocky Theresa yang kononnya beliau dengan ahli2 jawatankuasa negeri dan wakil dipilih ada hubungan yang erat ;


 Ahli jawatankuasa yang dipilih ambil masa yang agak lama untuk memilih ahli majlis , kerana meminda senarai yang dipilih Ronnie Liu pula yang kena 'jerit' di depan Menteri Besar a.k.a Khalid Al-Gagapi. Cocky Theresa bukan pemimpin yang berkaliber apabila Lim Kit Siang terpaksa sendiri menyelesaikan masalah 5 orang ahli majlis yang digugur. 15 cawangan di Klang , hantar surat kepada Cocky Theresa sebagai pengerusi DAP negeri minta penjelasan kenapa 5 orang ahli majlis digugurkan tapi tak dilayan .Cocky Theresa dilihat cuba menutup terus kes ini tanpa membawa isu ini kepada CEC (Jawatankuasa Esekutif Pusat DAP) .

sumber FMT (seterusnya)

Dengan pendedahan Tan Tuat , jelas sekali DAP negeri Selangor bergolak . Indah khabar dari rupa , nampaknya ada yang cuba membolot segalanya dengan kuasa yang dipegang . Baru memerintah negeri dah ramai yang tak berpuas hati , bukan orang luar malah orang dalam parti sendiri . Segala yang ditimbulkan oleh akar umbi di buat-buat tak nampak dan seperti cuba menyembunyikan sesuatu . Bahaya betul kalau orang macam ini jadi salah seorang menteri di Malaysia , memang hipokrit tahap tertinggi . Kronisma akan lebih menjadi-jadi , maklum lah kalau di peringkat negeri pun dah dibuat huru hara apatah lagi di peringkat negara . Oleh itu , kalau nak jadi lebih berkaliber DAP harus buang pemimpin2 macam Cocky Theresa ini ke lubang jamban .

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu