Friday, August 31, 2012

Bendera Malaysia dihina kumpulan kuning "Janji Bersih" di malam sambutan kemerdekaan !

Semalam jam 9.00 pagi, aku naik 'flight' KL - Shanghai , ada keja sikit di China . Rasa 'frust'  tak dapat sambut malam ambang kemerdekaan negara yang ke-55 . Sebenarnya , kalau tak ke negara tembok besar ni . Aku cadang nak 'join' perhimpunan Janji Bersih anjuran Pakatan Haram , nak tengok apa 'beruk-2' Anwar nak buat. Khabarnya A Samad Said dan Isam Rais si penghasut nombor 1 negara ada di sana. Sampai di Shanghai ,aku cuba ON phone . Cuba nak 'roaming' , tengok kalau2 ada berita terbaru di dalam negara . Cuba punya cuba FAILED je ... emm nak buat camne , maybe Tunetalk tak support kat China kot . Tapi rasanya 'support' sebab aku dah tengok website sebelum tu . Tapi tak kisahlah , 5 jam transit kat Shanghai airport mesti digunakan sebaiknya . Yang penting internet connection , nak tahu jugak apa yang berlaku .. terutamanya pasal perhimpunan 'Janji Bersih' tu . Jadi mau tak mau , beli juga lah satu simcard China (Unicom) . Btw wifi free memang ada kat airport tu , kalau nak pakai wifi kena ada no phone China . Lepas tu dapat lah aku 'connect' dengan cyberworld ... cess , facebook diaorang sekat ke kat sini ? twitter pun sama ? sampaikan blogspot aku nak buka pun tak boleh ...adoiiii ! Pikir punya pikir , aku guna phone Blackberry , off kan phone signal tapi aku on kan wifi . Kemudian nampak lah simbol BIS tu  .. bertalu-talu email , BBM message masuk . Antaranya update rakan2 yang 'meninjau' lokasi Janji Bersih tu .. masa update tu , katanya geng2 baju kuning sedikit demi sedikit datang ke lokasi . Keadaan tak panas lagi ... Aku terpaksa offline untuk naik penerbangan seterusnya ke salah satu lagi destinasi di selatan China . Penerbangan delay , aku sampai agak lewat ke destinasi . Terus je ambik teksi .. sial kena tipu dengan ulat... ingatkan kat Malaysia je ulat teksi , aku naik kereta dia kat airport , dia bawak aku kat tempat driver2 teksi berkumpul dia suruh diaorang hantar ke hotel... RMB 300 beb , lebih kurang RM 150 utk ke hotel dari airport. Tapi memang jauh gak la .. macam dari KL ke Nilai . 

Lepas check in hotel aku terus cari internet nak tau berita , on je Blackberry dan dapat macam2 berita dari Malaysia . Rupanya-rupanya keadaan dah panas di dataran . Yang hadir Janji Bersih tu takde lah seberapa pun kalau nak dibandingkan dengan jumlah perhimpunan kat KLCC dan tempat2 lain . Yang kat Dataran Merdeka tu nak buat kacau je.. memang macam bangsat . Hati aku bertambah sakit bila tengok perangai tak semengah geng2 Janji Bersih ni bila nampak gambar PM , DS Najib dikoyak dan bendera Malaysia yang sedia ada ni dikempen supaya ditukar . Tak ke sial tu ? Nak berpolitik berpada - pada lah ! Kalau kat negara lain , orang yang hina bendera ni dah lama kena angkut . Kalau kat negara macam Korea Utara, hangpa dah kena tembak kasi mamposss ! Negara - negara yang jatuh sebab revolusi rakyat takde pun bendera mereka di tukar ? Idea celaka siapa ni ? Rakyat Malaysia yang cintakan negara , tak kira lah dari pembangkang atau penyokong kerajaan .. cuba tengok betul2 siapa yang menghasut ni ? Kalau semangat cintakan negara tinggi , orang2 yang menghasut supaya bendera ditukar ni memang siap kena belasah ! Yang si tua nak mampos Isam Rais ni dalangnya , dan ada sorang lagi politician berbangsa India, aku tak ingat nama... pun antara yang menghasut . Memang tak boleh tido semalam ... sebab hati terlampau panasss ! Polis di Malaysia terlalu baik bagi muka pada pengkhianat-pengkhianat negara ni , sampai mereka dipijak2 oleh samseng-samseng politik ni !

Berita mengenai bendera yang nak ditukar tu boleh dibaca penuh di KLPos .. fikir-fikirkan lah semula dengan siapa kita bersama ? Klik sini untuk laporan KL Pos

Thursday, August 30, 2012

Betul ke Lajim Ukin nak buat 'sharp U-turn' sebab tak tahan 'ditutuh' Anwart ?

Dari  'cakap-cakap' di laman sosial Facebook , katanya ex Timbalan Menteri , Lajim Ukin nak buat 'sharp' U-turn masuk UMNO semula ! Ehh.. betul ke ni ? Apa sebab U-turn ? Ok .. ni orang kata la , bukan aku kata, dia nak buat U-turn sebab kena basuh 'kaw-kaw' dengan Anwar sebab tak berjaya tarik pemimpin-pemimpin UMNO / BN Sabah lompat parti . Hmm kalau betul lah ada plan macam ni , aku harap Dato' Seri Najib 'kirim salam' je dengan Lajim Ukin .. orang macam ni boleh tikam belakang anytime je . Kalau nak masuk jugak , kena monitor closely ... jadi ahli biasa je la . Tak pun elok apply ja keahlian Parti KITA . Lebih kurang sama 'spesies' dengan Zaid Ibrahim ni . Bagi pemimpin yang ada 'plan' nak lompat jangan ingat Barisan Nasional 'desparate' sangat ... nanti ada yang menyesal tak sudah !


Seperti yang aku cakap dulu, orang Sabah bermaruah .. depa tak nak ada pemimpin yang U-turn ke hulu U-turn ke hilir . Pemimpin yang suka ambik kesempatan , pemimpin yang tak kenang budi , pemimpin yang sentiasa harap balasan ... dan macam2 lagi la .. so bagi penyokong2 ketegag Lajim Ukin , mungkin ini masanya nak menilai semula pemimpin anda . 

Hak asasi penceroboh hak asasi orang lain tak perlu dipertahankan !

Seperti biasa , pemimpin-pemimpin politik Pakatan Haram cuba menjadi 'hero' kepada pelaku-pelaku jenayah di Malaysia dengan mencari kesalahan polis . Kerap sangat perkara ni berlaku, tindakan polis menembak penjenayah merbahaya dipersoalkan . Kalau dah berparang nak menyerang polis , takkan lah polis nak biar saja ? Yang terbaru katanya kejadian tembak menembak , yang menyebabkan seekor 'penjenayah' tertumpas . Polis takkan menembak tanpa sebab . Tindakan polis menembak orang apabila dirasakan adanya ancaman dari orang itu .


Walaupun orang itu berpura-pura seperti hendek mengeluarkan pistol dari dalam baju , atau menggunakan pistol permainan . Kalau anda sebagai polis , adakah nak dibiarkan saja ? Ramai orang awam di sekeliling, kalau si penjenayah betul ada pistol dan melepaskan tembakan tak pasal2 je orang awam yang jadi mangsa . Maklum lah penjenayah bukan nya selalu berlatih menembak macam polis . Tembak pun main agak je... jadi kemungkinan peluru sesat tu berterbangan besar kemungkinannya . Jadi tak salah untuk polis ambil langkah awal pencegahan .


Tapi pemimpin Pakatan Haram cuba mengambil kesempatan dengan cuba memutar-belitkan fakta . Balik-balik muka bangsat-bangsat yang sama buat press conference . Entah bila mereka boleh berhenti , agak berhenti bila dah mamposss kot ? Aku memang panas hati kalau ada orang cuba mempertahankan penjenayah sedangkan jelas sangat mereka itu penjenayah . Pusing sana pusing sini , depa akan guna alasan 'hak asasi manusia' . Yeap ! Hak asasi manusia perlu di hormati . Hak asasi orang ramai pun perlu dihormati jugak . Penjenayah mengganggu hak asasi manusia lain yang nak hidup dalam keadaan selamat dan aman damai wajar diceroboh hak asasi mereka juga. Cuma pertubuhan-pertubuhan 'badigol' macam Suaram , Suhakam tak fikir semua ini . Wake up la !

Ada cerita berkaitan dari blogger Papagomo mengenai 'penjenah' yang teraniaya . Klik sini. 

Tuesday, August 28, 2012

Pandangan Akademik Mengenai Pindaan Akta 114A .

Terima kasih aku ucapkan kepada Dr. Abdul Rani Kamaruddin yang meletakkan pandangan ilmiah beliau mengenai entry blog Akta 114A yang aku tulis baru-baru ni . (klik sini) . Aku amat mengalu-alukan pandangan-pandangan yang bersifat akademik dari pakar dalam isu yang sedang di perbahaskan . Berikut adalah komen Dr. Abdul Rani yang aku rasa perlu dikongsi supaya maksud pindaan Akta 114A ini menjadi lebih jelas.


"Ramai yang keliru dengan maksud pindaan pada 114a Akta Keterangan dan tidak kurang juga yang menangguk di air keruh dengan mengelirukan lagi keadaan terhadap orang yang agak jahil pengetahuan undang2. Maka ada juga cuba nak jadi hero seolahnya mereka pun arif berkenaan pindaan tersebut seolahnya mereka juga arif dalam undang2 dan mempunyai kelayakan undang2."

"Andaian dalam matapelajaran keterangan (Evidence law) ada 3 tahap ;

(i) andaian muktamad
(ii) andaian undang2 yang boleh disangkal
(iii) andaian fakta [may).

"Andaian fakta adalah andaian yang paling rendah dmana hakim mempunyai budubicara (may) untuk menerima pakai atau tidak berbanding andaian undang2 seperti mana-mana orang yang memiliki dadah tanpa sah dengan jumlahnya melebihi kadar yang ditetapkan, maka andaian undang2 adalah dia mengedar dadah tersebut dan hanya dapat dipatahkan dengan membawa bukti pada tahap imbangan keberangkalian."

"Makanya andaian fakta pada seksyen 114 Akta Keterangan ini bukannya sesuatu yang perlu diributkan kerana penghjungnya hakim yang memutuskan untuk menerimanya atau tidak. Penghujungnya, OKT tidak akan disabitkan dengan pertuduhannya jika pendakwa gagal membuktikan kesnya pada tahap tanpa keraguan yang munasabah i.e. lebih tinggi dari pada tahap imbangan kebarangkalian."

Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

Maka dengan penjelasan Dr. Abdul Rani ni , maka tak perlu lah blogger2 , pemilik2 cyber cafe , pemilik akaun twitter dan sebagainya risau sekiranya anda menjadi "mangsa keadaan" . Kalau tak buat salah dan dianiaya pihak tertentu.. insyallah anda akan selamat .

Cuma yang tak berapa 'best" proses pembuktian tak bersalah tu mungkin akan memakan wang dan masa , silap hari bulan boleh dapat "glamour" secara percuma . Jadi kena lah sabar sikit dalam melalui proses-proses penghakiman ni ..

Monday, August 27, 2012

Janji ditaburi , penduduk kondo dan pangsapuri berputih mata dengan air percuma di Selangor

Ini lah yang dikatakan beza antara JANJI DITEPATI dan JANJI DITABURI . Janji Pakatan 'Rakyat' akan memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor semasa PRU ke -12 nampaknya tak kesampaian . Tak semua penduduk Selangor yang peroleh 20 meter padu air percuma ini . Yang menerima air percuma ialah rumah-rumah yang ada meter individu ,  rakyat kurang berkemampuan yang tinggal di rumah-rumah pangsa guna meter pukal terpaksa berputih mata .


Dari laporan KLPOS.

"Pengguna meter pukal seperti di flat kos rendah, pangsapuri dan kondominium sehingga kini masih menggigit jari dan kempunan untuk menikmati air percuma itu, sedangkan orang kaya dan berkemampuan menikmatinya. Adakah ini yang dikatakan adil?," katanya.

Beliau turut memberitahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Datuk Isa Abu Kassim pernah mendedahkan bahawa terdapat 765 blok kondominium dan 643 blok pangsapuri masih belum menikmati subsidi air percuma kerana masih menggunakan meter air pukal.

"Walaupun kerajaan negeri Selangor mengeluarkan kupon kepada penghuni pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal hanya 35,000 orang sahaja yang mendapat kupon bagi subsidi air percuma setakat ini.

Berita seterusnya

Sunday, August 26, 2012

Selepas Sel13 , blog Papagomo pula akan kena hack oleh pecacai PR ?

Orang kalau dah nak kalah , berpeluh sebab segala penipuan dan putar belit mereka dihebahkan jalan kotor lah yang akan mereka gunakan untuk menutup dan menghentikan segala pembongkaran yang dilakukan . Itu lah yang berlaku kepada laman web Sel13 . Kalau dalam posting aku sebelum ni kita nampak gelombang kebangkitan rakyat Selangor dalam menyokong semula kerajaan Barisan Nasional . Anwar and the geng nampak kebangkitan ini, mereka jadi risau kerana bakal kehilangan salah sebuah negeri yang kaya di Malaysia . Kalau Selangor dapat dirampas balik oleh kerajaan Barisan Nasional , mana lagi diaorang nak sauk duit  ? Dari kerajaan Penang DAP ? Perghhh ... Lim Guan Eng punya nasib pun tak tentu lagi di Penang , kalau dia menang pun kat Penang , barangkali khalifah yang diangkat oleh PAS ni mungkin hanya akan menunjuk punggung beliau saja jika PKR nak menumpang 'kasih' dengan kekayaan yang ada di Penang. Yea lah... mungkin gelaran 'arrogant' dan 'tokong' yang dilabel kepada beliau oleh pemimpin PKR Penang akan terpahat di ingatan sampai kiamat !


Nak mengelakkan semua ni berlaku , balachi2 upahan PKR atau mungkin juga erdogan PAS melakukan 'hijack' kepada laman web Sel13 . Laman web Sel13 selama ini yang banyak membuat pendedahan mengenai  salah laku dan salah guna kuasa pemimpin2 Pakatan Rakyat terutama di negeri Selangor. Mungkin akibat tak tahan di gasak bertalu-talu , mereka akhirnya menggunakan cara kotor iaitu menggodam laman web Sel13 . Mungkin si penggodam dah lupa banyak lagi laman2 web pro BN yang ada di ruang maya ini . Dan maklumat-maklumat akan terus di salurkan , rakyat perlu diberikan dengan maklumat yang tepat , segala 'spin' dan fitnah yang selama ini bermaharajalela di dunia maya akan terus ditangkis . Lebih banyak orang yang berpendirian neutral dan tak berminat dengan politik sebelum ini macam aku sendiri , akan 'terjun' ke dunia maya dengan kepakaran masing2 untuk ranapkan kumpulan penipu Pakatan Haram !

Srikandi ke hulu srikandi ke hilir , akhirnya Ummi Hafilda dah mula mengungkit !

Bila baca portal media FMT mengenai kenyataan Ummi Hafilda semalam , seriously aku nak termuntah dengan kewujudan jenis2 manusia yang sengal macam ni . Jelas perjuangan menyokong UMNO sebab nak dapat balasan , jenis2 manusia macam ni patut di terajang terus dari UMNO . Sedar lah diri sikit Ummi Hafilda , untunglah UMNO nak terima sebelum ni , kalau diterajang terus .. apa akan jadi ? Sebelah sana pun dah chop engko sebagai 'perempuan murahan' dan segala macam cacian . Kalau sebelah sini pun chop , apa lagi engko ada kat Malaysia ni ??? Pi menetap kat Zimbabwe je la .. untung2 boleh jadi kroni Mugabe . Sebelum ni blogger Papagomo ada hentam si Ummi Hafilda ni pasal perangai yang tak semengah , demand ke hulu dan demand ke hilir (klik sini).. masa tu aku tak berapa ambil kisah sangat , tapi bila dah buat 'statement' macam mengungkit kononnya pasal dia , Pak Lah dan Najib boleh jadi PM , betul-betul bikin panasss ... and WHO DO U THINK U ARE ?! Nak buat kerja ikhlasss la beb ...


Aku bukanlah jenis yang menjilat pemimpin , tapi kalau ada  beberapa kerat yang kononnya mengaku 'srikandi' mengungkit jasa mereka , aku kata  "JUST TO HELL WITH YOUR STATEMENT! " . Kalau bukan Pak Lah dan Najib yang jadi PM pun , si Ummi ni mesti cakap benda yang sama , tak kira lah sapa pun jadi PM ... dey Ummi , Tun Dr. Mahathir masa tu memang dah nak bersara pun... sesiapa pun boleh jadi PM yang mengganti , takde kena mengena dengan 'pendedahan' ko tu ! Sial betul ...  jenis-jenis manusia yang macam ni lah melingkupkan parti UMNO . Tolonggg lahh sesiapa lagi yang rasa nak mengungkit , menggugut , dan sebagainya sebab tak dapat habuan tolong tampil ke depan buat statement ... senang sikit cam muka dan harapnya Majlis Tertinggi UMNO tak bagi muka kat depa semua ni, sebab jenis2 macam ni kalau disimpan lama-lama akan jadi barah ! Parti UMNO berkhidmat untuk rakyat dan bukan bagi kelebihan untuk orang yang jadi ahli UMNO . Betulkan niat sertai UMNO sebab nak bantu rakyat , bukan nak glamer , bukan nak jawatan , bukan nak projek ... bila tak dapat yang diinginkan mula lah memberontak , celaka2 macam ni elok saja ditendang jauh2 dari UMNO ... sekian terima kasih . Jangan jadi macam video klip kat bawah ni ...

Memalukan ! Majlis Anwar dipulaukan rakyat Selangor .

Cerita basi der..Hari ni aku baru berkesempatan baca 'posting' seorang sahabat blogger , cerita dah lama masa bulan puasa .. sebelum hari raya . Terkejut juga dengan apa yang diceritakan oleh sahabat blogger berkenaan dalam posting beliau . Walau pun cerita dah basi .. aku rasa teruja nak letakkan gambar2 majlis berbuka puasa bersama Anwar Ibrahim di kediaman Menteri Besar Selangor . Majlis yang dianjurkan oleh ABIM itu dikatakan mendapat sambutan hangat ... opssss .. hangat dikalangan pecacai-pecacai tegar Anwar Ibrahim . Nampaknya, gembar-gembur yang disebarkan oleh Anwar Ibrahim bahawa rakyat berdiri teguh di belakang Pakatan Rakyat adalah benar sekali ... yea lah Anwar terlupa , rakyat ni ada macam-macam background .


Mungkin yang dimaksudkan segelintir rakyat yang menyokong perjuangan palsu kumpulan Pakatan . Entah apa istimewanya Anwar , badan seperti ABIM sehingga sekarang masih menyokong beliau , peliknya ada bekas pemimpin ABIM mengakui ada sesuatu yang tak kena dengan insan yang bernama Anwar Ibrahim ini . Sambutan 'hangat' terhadap Anwar sebenarnya bukan saja berlaku di majlis berbuka puasa ini , malah khabarnya banyak lagi tempat lain berlaku perkara yang sama . (klik sini untuk cerita penuh dari Cucu Tok Selampit)


Adakah rakyat dah mula membuka mata dengan ? Tak apa lah walaupun lambat , rakyat akhirnya sedar sedikit demi sedikit , terima kasih juga diucapkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib , kerana dengan usaha berterusan tanpa jemu beliau gelombang perubahan sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional mula menampakkan hasil. Samada jatuh atau bangun kerajaan Barisan Nasional selepas ini , Datuk Seri Najib telah memberikan yang terbaik dalam tempoh yang agak singkat selepas mengambil alih jawatan dari Perdana Menteri yang sebelumnya. Mungkin banyak lagi yang boleh dilakukan sekiranya rakyat memberikan masa yang lebih banyak kepada beliau.

Saturday, August 25, 2012

Pelaburan di Penang merudum dari RM 9.1 billion kepada RM 1.147 billion je ? Guan Eng buat apa ?

Ni cheq nak habaq mai satu cerita pasal pelaburan di Penang  . Satu ketika dulu Cip Minister 'khalifah' Lim Guan Eng punya lah dok canang satu Malaysia pasal pelaburan yang melimpah ruah di Penang .. yang padahal kebanyakkan usaha pelaburan itu diusahakan oleh kerajaan pusat dan kerajaan sebelumnya (Lim Guan Eng ambik hasil dan dapat nama ja., gua pernah cerita pasal ni dulu .. klik sini) . Ramai orang tanjung dok percaya dengan dia punya gebang tu....Malangnya baru-baru ini dikatakan pelaburan domestik dan asing di Penang dari January 2012 hingga May 2012 baru RM 1.147 billion berbanding RM 9.1 billion tahun lepas . Tu diaaaaa.... turun banyak tu beb ?


Apa Lim Guan Eng dok buat ... lepas dapat nama atas kerja keras orang lain (kerajaan BN yang terdahulu) dia dok goyang kaki ja ka ? Pelaburan yang bernialai RM 1.147 billion itu juga dikatakan pelaburan semula syarikat yang sedia ada . Walhal agak kerap juga Lim Guan Eng melancong ke luar negara terutama Korea dan China . Hang dok buaat apa kat sana ? Makan angin dengan duit rakyat ka ? Nak makan angin ok , tapi hasil kena ada la beb ... ni setakat auta ja lebih . Kalau keadaan macam ni berterusan , alamatnya industri kat Penang akan jadi statik . Buat orang Penang , ganti saja lah pentadbiran yang ada sekarang ni kepada pentadbiran dahulu (BN) yang lebih mantap . Make sure orang Penang yang pegang jawatan Ketua Menteri Penang dan bukan orang luar yang bakal melingkupkan negeri kita !

Dunia iktiraf Malaysia antara terbaik dalam kawalan inflasi dan pertumbuhan ekonomi !

Dalam sibuk kumpulan Pakatan Haram mengatakan rakyat Malaysia hidup susah , hutang negara bertimbun-timbun , negara mengalami inflasi dan macam-macam tohmahan lagi yang dibuat ke atas kerajaan tiba-tiba semalam kita dikejutkan dengan satu berita . Berita ni bukan berita dari newspaper UMNO ok ,sumber berita ni datang dari majalah antarabangsa iaitu Global Finance . Menurut cerita yang dibawa oleh Global Finance , Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz diiktiraf sebagai antara peneraju bank pusat yang terbaik di dunia ! Tan Sri Dr. Zeti bukan baru dapat pengiktirafan ni tahun ni je .. tahun 2010 dan 2011 pun dia dah diiktiraf . Ok berbalik kepada persoalan yang asal, atas kriteria apa yang membolehkan Tan Sri Dr. Zeti ni diiktiraf sebagai yang terbaik ?

Menurut Global Finance , pengiktirafan dibuat berdasarkan kepada kejayaan dalam mengawal inflasi, pertumbuhan ekonomi , kestabilan matawang dan pengurusan kadar faedah. Secara tak langsung , boleh kita katakan kedudukan ekonomi Malaysia sekarang berada dalam keadaan yang mantap dan inflasi pun terkawal. Jadi cerita-cerita dongeng kumpulan Pakatan Haram mengatakan rakyat hidup dalam keadaan tersiksa tenat, Malaysia bakal bankrup dan macam-macam lagi adalah bohong semata-mata . Depa pakai mana punya pakar ekonomi ? Mat Sabu ? Mahfuz Omar ? Prfttt...

Friday, August 24, 2012

Mansor PKR kata Guan Eng 'angkuh' dan dianggap 'tokong' ?

Laporan minit mesyuarat PKR Pulau Pinang yang bocor seperti yang dilaporkan Malaysiakini nampaknya menggegarkan lagi gabungan kumpulan Pakatan Rakyat . Kalau sebelum ini kita dilaporkan dengan krisis dalaman DAP dimana pemimpin tertinggi DAP Pulau Pinang yang saling bercakaran , disusuli pula kontroversi hudud PAS - DAP . Terbaru PKR pula menujukan 'serangan' terhadap DAP didalam mesyuarat mereka baru-baru ini . Lim Guan Eng dikatakan pemimpin yang angkuh ! Entah bagaimana minit mesyuarat itu boleh terlepas, tetapi jelas diantara gabungan 3 parti ini , masing-masing mungkin 'menanam' seekor 'mole' atau perisik di kalangan parti gabungan masing2. DAP mungkin ada perisik mereka di PKR atau PAS , juga sebaliknya PAS atau PKR juga melakukan perkara yang sama. Hal seperti ini berlaku kerana masing2 tak ada kepercayaan terhadap rakan kongsi mereka.


Belum lagi diberikan kuasa untuk memerintah negara , dah jadi kucar - kacir , entah apa yang akan berlaku apabila mereka mula memerintah negara . Ketidak sefahaman ini mungkin akan cuba ditutup oleh 'ketua' Pakatan Rakyat itu sendiri iaitu Anwar Ibrahim . Namun dengan pelbagai kontroversi dalam kumpulan Pakatan yang berlaku baru-baru ini sejauh manakah kredibiliti Anwar mampu untuk meredakan keadaan ini ? Sedangkan 'ketua' Pakatan itu sendiri mempunyai masalah yang perlu beliau fikirkan . Katanya masih banyak lagi pendedahan dan video bakal didedahkan ?

Dalam petikan portal Malaysiakini ,Mansor dalam minit berkenaan juga menyatakan bahawa sukar untuk bekerjasama dengan Lim kerana ketua menteri itu semakin "angkuh", dan Lim juga dianggap sebagai "tokong" oleh golongan Cina tempatan. Krisis ni berlaku mungkin akibat ketidak puasan hati dalam pengagihan kerusi pilihanraya di Pulau Pinang. DAP mungkin tak yakin dengan PKR yang menangung liabiliti besar dengan menjadikan Anwar Ibrahim yang mempunyai masalah moral keterlaluan sebagai ketua umum parti itu. Masing-masing sedar kumpulan PR berada dalam posisi yang terbaik di Pulau Pinang dan sekiranya menang , mereka bakal menguasai antara negeri yang terkaya di Malaysia. Bila sikap tamak dah berleluasa , rakan sendiri pun sanggup ditikam ... inilah sikap kumpulan Pakatan yang dikatakan bersih dan telus itu . Mungkin akan ada kejutan apabila parlimen dibubarkan nanti?

laporan penuh Malaysiakini .

Wednesday, August 22, 2012

Ehsan Kerajaan Pusat BN terhadap kerajaan Pulau Pinang DAP , hutang RM630 juta jadi RM30 juta.

Raya tahun ni aku balik Penang , agak lama juga tak menjejak kaki ke Penang . Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah terlalu banyak gambar pemimpin2 Pakatan yang di tampal merata-rata di seluruh pelosok Penang . Yang paling tak boleh tahan ialah gambar Anwar yang dibesarkan di antara ramai2 pemimpin Pakatan tu . Kuat sangat ke parti yang Anwar dikepalai oleh Anwar berbanding PAS dan DAP ? Setahu aku kekuatan PR itu adalah refleksi kekuatan PAS . Kalau takde penyokong-penyokong tegar PAS maka takde lah PR ini 'bergerak' .



Dalam banyak2 bill board yang menunjukkan muka2 PR di Penang ni , satu yang menarik perhatian aku ialah gambar pemimpin billboard yang menunjukkan hutang RM 630 juta dah berkurang jadi RM 30 juta . Billboard itulah yang dimomokkan kepada orang-orang Penang . Bagi yang tak tahu cerita sebenar , maka mereka akan berasa kagum yang amat dengan kebolehan regim DAP mentadbir negeri Penang. Hakikatnya, pengurangan hutang sebanyak RM 600 juta itu adalah dari ihsan kerajaan Barisan Nasional sendiri melalui pengstrukturan semula industri air di negeri itu . Hal ini dah aku ceritakan dalam posting yang lepas disini 

Projek Empangan Mengkuang yang bernilai RM 1.2 billion ini telah ditukarkan daripada pinjaman tanpa faedah kepada geran oleh kerajaan pusat Barisan Nasional melalui persefaham pengstrukturan semula industri air di negeri itu . Bila sebut geran , beerti kerajaan negeri tak perlu membayar balik apa2 dari jumlah RM 1.2 billion itu. Antara keuntungan yang diperoleh oleh kerajaan DAP Pulau Pinang atas ihsan kerajaan BN dari pengstrukturan semula industri air di negeri itu ialah ;

1. Kerajaan Pulau Pinang tak perlu bayar hutang sebanyak RM 655.24 million kepada kerajaan pusat .

2. Kerajaan Pulau Pinang dapat peruntukan/grant bernilai RM 1.2 billion untuk kerja2 upgrade empangan Mengkuang .

3. Kerajaan Pusat akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk kerja2 penambahbaikan empangan Mengkuang

4. Kerajaan negeri tak perlu tanggung beban kewangan untuk kerja2 upgrade empangan Mengkuang.

Jadi dari pernyataan no.1 di atas kerajaan pusat Barisan Nasional dah buat 'kebajikan' kepada kerajaan negeri Pulau Pinang DAP dengan meng'halal'kan hutang sebanyak RM 655.24 juta itu . Mungkin ada kira2 dalam hutang kerajaan negeri yang tak diperincikan menunjukkan jumlah hutang yang dah dilangsaikan sebanyak RM 600 juta dan hanya berbaki RM 30 juta . Jadi jelassss sangat disini , sebahagian besar dari jumlah RM 600 juta itu adalah 'ihsan' kerajan pusat Barisan Nasional . DAP ambil kesempatan ini untuk mengelirukan rakyat Pulau Pinang dengan memasang billboard yang cuba memberi gambaran mereka 'hebat' dalam mentadbir negeri Pulau Pinang . Sepatutnya di 'billboard' itu ada tambahan .. seperti "Terima Kasih BN atas ihsan kepada kerajaan negeri "

Jadi seruan ini aku panjangkan kepada jentera2 BN di Pulau Pinang supaya memberikan penerangan2 yang BERULANG KALI . Bayangkan setiap kereta yang lalu didepan billboard pengurangan hutang RM 630 juta kepada RM 30 juta itu akan 'termakan' dengan propaganda yang dimainkan oleh kerajaan DAP . Cadangan aku ialah letakkan 'banner2' yang kecil di bawah billboard ini menerangkan keadaan sebenar. Cuba buat ayat pendek yang kreatif contohnya ;

" Terima kasih kerajaan pusat Barisan Nasional kerana melangsaikan hutang RM 655.24 million kerajaan negeri dengan pengstrukturan semula industri air "

"Jasa kerajaan Pusat Barisan Nasional menanggung hutang air kerajaan negeri berjaya menjadikan hutang kerajaan negeri berbaki RM 30 juta "

Saturday, August 18, 2012

Kesesakan 20km seawal 4:30pagi menuju utara. Perhentian Ladang Bikam jadi dalang !

Pagi tadi lebih kurang pukul 3 pagi , aku bangun tidur, prepare segala barang nak balik ke utara tanah air. Destinasi aku Penang. Pukul 4 pagi aku dan family bertolak dari rumah. Kitaorang berenti untuk bersahur di perhentian Slim River , tak sangka walau awal pagi buta lebuhraya ke utara nampak macam keadaan trafik kat KL waktu siang.

Lepas berasap, aku sambung perjalanan. Lebih kurang 20minit drive tiba2 je jalan jam . Aku kalau drive slow2 memang tak boleh blah..rasa mengantuk dan nak tido je. Aku dah biasa travel driving ni, utara selatan timur barat. Jadi tak berapa kekok sangat. Masa drive atas highway tu dapat agak la siapa yang biasa travel jauh2 dan siapa yang jarang2. Kalau duduk di belakang kereta yang macam siput tapi feeling2 naik kereta F1 dekat 'speed lane' memang buat hati cukup panas.

Ok berbalik pada cerita jammed tadi. Punyalah lama beratur,jalan slow2 macam siput kereta. Lebuhraya dah le pack , dalam hati aku menyumpah sapa la yang mengeksidenkan diri pagi2 buta ni . Kan dah menuysahkan kenderaan2 sepanjang lebih kurang 20km ? Tapi tekaan aku nampak meleset sekali bila sampai di tempat punca jammed yang berlaku tu . Puncanya adalah kawasan rehat Ladang Bikam ! Sengallll betul , banyak kereta stop kat situ , park tepi lebuhraya dan macam2 gaya lah boleh nampak. Siyottt je buang masa dan minyak kereta je. PLUS atau polis mohon buat sesuatu supaya kejadian tak berulang.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Friday, August 17, 2012

Sikap munafiq Lim Kit Siang dengan akta 114A , tindakan Undang-undang keatas Pemilik FB Tanda Putera ?


Dari laman web Malaysiakini , versi Melayu . Lim Kit Siang nampaknya tak berpuas hati dengan penjelasan pengarah filem Tanda Putera , Datin Paduka Shuhaimi Baba yang menafikan penglibatan puak-puak DAP dalam filem itu . Lim Kit Siang nampaknya cukup 'sentap' dengan gambar-gambar yang di 'post' oleh pengguna2 Facebook  rasmi filem Tanda Putera yang mengatakan bahawa beliau telah kencing di tiang bendera dalam kediaman Menteri Besar Selangor pada ketika itu . Ada kah Lim Kit Siang bodoh atau bahalol untuk mengetahui bahawa dalam Facebook group page, atau fan page mereka yang 'like' atau jadi ahli member group boleh 'tag' gambar di dalam group atau fan page itu ? Apa nak heran , cuba tengok aja di fan page PM kita Datuk Seri Najib Tun Razak , bermacam fitnah yang dilemparkan di ruangan komen , beribu-ribu orang boleh baca...fan page PM tu boleh di'moderate' iaitu dibuat tapisan dan segalanya . Tapi komen2 fitnah tu tak dipadamkan , dan Datuk Seri Najib tak pula melompat kemarahan macam Lim Kit Siang ?


Dari artikel yang diterbitkan di Malaysiakini , Lim Kit Siang berkata beliau berhak ambil tindakan undang2 . Nak ambil tindakan undang2 ke atas siapa ? Pengarah filem ? atau tukang bagi komen di Facebook ? , Nampaknya Kit Siang cuba menyalahkan pengarah filem itu sendiri dek tindakan individu tertentu yang meletakkan gambar beliau kencing di tiang bendera , sedangkan didalam fan page Tanda Putera itu bermacam-macam gambar yang diletakkan .


Mungkin 'moderator' FB fanpage itu terlepas pandang dengan 'caption'2 yang diletakkan di dalam gambar . Come on lah ... dah namanya Facebook , tambah2 lagi yang ada kaitan dengan politik , macam fitnah dan gambar2 berunsur fitnah dibuat oleh penyokong2 PR terhadap kepimpinan kerajaan . Atas sebab-sebab perkara sebegini lah aku ada mempersoalkan kewajaran Akta 114A  dikuatkuasakan , orang lain yang buat hal orang lain pulak yang kena ? By the way, sebagai orang yang menentang Akta 114A ini , Lim Kit Siang pun patut faham yang moderator Facebook 'Tanda Putera' itu hanyalah mangsa keadaan .... dah terkena batang hidung ko sendiri pandai pulak nak main tindakan undang2, podahhh !!

Wednesday, August 15, 2012

Pemuda Bakar Remaja Perempuan 16 Tahun Dicari ! Sebarkan ..

Dalam suratkhabar Metro hari ni , ada keluar cerita pasal seorang lelaki yang menyimbah petrol dan membakar seorang anak gadis . Tindakan lelaki itu dipercaya akibat sikap panas baran beliau , dan anak gadis yang berusia 16 tahun tu pula adalah 'awek' mamat celaka tu . Budak perempuan tu dibakar di dalam semak , sekitar Wangsa Maju Seksyen 1 , dalam pukul 3:15 pagi . Nampak sangat lelaki yang membakar tu memang ada niat nak membunuh .


Walau bagaimana pun dengan kecanggihan teknologi maklumat yang ada pada hari ini , gambar lelaki yang membakar 'awek' beliau itu telah tersebar di dalam Facebook . Aku nak tambah perisa lagi dengan menyebarkan gambar lelaki kejam itu di blog pulak . Ewah - ewah baru 19 tahun dah pandai nak bakar anak orang , kalau dah 29 tahun entah apa pulak yang nak dibakarnya ! Tengok muka lelaki ni memang jambu , kalau masuk penjara .... hmmm confirm la kena ...  lu pikir la sendiri !


Sedikit maklumat untuk mereka yang ternampak mamat ni ;


Kekurangan Air Terawat Angkara Kerajaan PR Selangor sendiri ?

Cerita paling PANASSS hari ni , BN Selangor dah keluarkan bukti Kumpulan Peransang Selangor minta kapasiti air terawat dikurangkan . Apa tujuan mereka buat macam tu ? Agak-agak siapa yang berkuasa untuk mengarahkan ? Berikut adalah sedikit 'preview' yang dicedok dari artikel KLPos ;



Menurut Mohd. Zin, pihak KPS mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa mereka telah mengarahkan ABASS untuk mengurangkan pengeluaran air terawat malah mereka juga memberikan data pengeluaran air dari pihak ABASS bermula dari Januari 2011 hingga Febuari 2012.

"Memo yang dikeluarkan oleh pihak KPS kepada ABASS adalah bertarikh 29 Disember 2011 bukannya bermula sejak Januari 2011.

Memo ini juga turut disertakan bersama dengan surat yang ditujukan kepada pihak SPAN dan SYABAS bagi menyampaikan maksud yang sama," katanya ketika sidang media di Bangunan Perhubungan UMNO Selangor hari ini.

seterusnya

Exco PKR kena balun dalam sesi Dialog Air Selangor 2012

Sesi Dialog Air Selangor 2012 yang dianjurkan kerajaan negeri PR Selangor nampaknya tak membuahkan hasil . Kalau selama ini sesi dialog yang mereka anjurkan dihadiri oleh penyokong2 PR , maka boleh lah sekor2 kena kencing . Kali ni yang hadir pada sesi dialog ialah pengerusi GPRS itu sendiri ,yang kita tahu dah lengkap dengan segala maklumat tentang isu air di Selangor . Si Xavier yang selama ini lantang bercakap mengenai isu air tiba2 menjadi bisu semalam dan cuba mengelak soalan-soalan panas . Kah kah kah padan muka . Berikut adalah antara beberapa petikan yang dicedok dari portal KLPos.


"Sebagai pengerusi sebuah badan NGO yang mahukan suatu rumusan dan penyelesaian disimpulkan pada sesi dialog semalam, Sohaimi berkata beliau kecewa memandangkan ahli panel yang hadir tidak berjaya menjelaskan sejauhmana krisis air yang berlaku serta jalan penyelesaiannya.

Sohaimi turut mengkritik sesi dialog yang dianjurkan sebagai satu dialog yang biasa kerana tidak banyak yang boleh diperjelaskan kepada rakyat bagi membolehkan rakyat faham bagaimana proses, tanggungjawab serta peranan yang perlu dimainkan oleh kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan dan juga agensi-agensi.

“Soalan yang dikemukakan oleh peserta juga tidak dijawab dengan tepat dan pengerusi dialog ini yang juga exco kerajaan Selangor (Dr Xavier Jayakumar) pun tidak mahu menjawab soalan-soalan tersebut sebelum menyerahkannya kepada ahli panel yang lain,” katanya. "

berita lanjut di KLPos

Tuesday, August 14, 2012

Akta 114A : Orang Lain Buat Fitnah Orang Lain Yang Kena Saman ?

Ini sapa lah yang punya idea gubal Akta 114A , katanya nak elakkan dari fitnah tersebar secara berleluasa . Tapi sekarang ni banyak cara orang nak buat fitnah tambah2 lagi dengan kecanggihan teknologi maklumat sekarang. Masalah yang paling ketara aku boleh nampak dengan penggubalan Akta 114A ni ialah banyak orang akan menjadi mangsa 'sabotaj' . Katakan seorang blogger tak tulis artikel yang memfitnah , tetapi orang yang memberi komen pada artikel itu buat fitnah . Menurut Akta 114A ni , yang akan kena sama ialah si penulis blog kerana membiarkan komen2 fitnah itu tersiar . Tak ke naya tu ? Boleh jadi si penulis blog terlepas pandang komen2 yang diberikan itu . Satu contoh mudah , seorang penulis blog yang menyokong penuh dasar kerajaan , memuji segala langkah2 baik yang diambil oleh kerajaan dan sebagainya .

Tiba-tiba ada orang yang komen dalam artikel beliau itu memburuk-burukkan individu tertentu dalam kerajaan yang ternyata tidak benar . Jadi kalau mengikut Akta 114A , si blogger yang 'menjilat' kerajaan ini akan dikenakan tindakan ? Aku faham , Akta 114A ini digubal untuk 'ajar' blogger-blogger dan tukang-tukang komen di portal2 PR yang 'terlebih cerdik' . Tapi tempiasnya terkena jugak dengan blogger-blogger pro-kerajaan ni , bukan sebab kerana kami menulis cerita2 fitnah , tetapi disebabkan komen2 'panas hati' penyokong2 PR yang membaca ! Oleh itu mohon pihak-pihak berwajib kaji semula Akta 114A ini , jangan lah sesuka hati je buat akta tanpa mendapat pandangan rakyat (sekurang-kurangnya rakyat yang menyokong Barisan Nasional) . Senang je puak2 Pakatan nak jadi benda ni isu .



Satu demi satu isu yang dibangkitkan oleh PR ni dah di 'kantoi'kan oleh bloggers2 & facebookers pro-kerajaan , jangan lah sengaja cipta satu perkara yang boleh dimanipulasikan oleh mereka . Akta 114A ini bagus , cuma diharapkan rakyat diberikan kefahaman yang lebih , atau ubah beberapa perkara supaya orang yang tak bersalah jadi teraniaya. Aku tak nak sokong program2 yang dianjurkan oleh puak2 Pakatan mengenai bantahan Akta 114A ni kerana mereka hanya memanipulasi isu , apa yang aku harap sekarang ialah tindakan segera pihak2 berwajib dalam memperbetulkan semula persepsi masyarakat mengenai isu yang ditimbulkan ini . Akta 114A ni lebih kurang macam saman ekor la .. ada yang mengena , ada yang teraniaya.

Utusan Malaysia 'bias' BN , Malaysiakini 'bias PR . So what ?

Artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini  mengenai pengakuan boss Utusan yang mengatakan suratkabar itu 'bias' kepada parti pemerintah agak mengejutkan . Apa tujuan artikel ini , kita tak tahu , tapi aku percaya 99% rakyat Malaysia  tahu Utusan, TV3 dan lain2 'mainstream' media adalah 'bias' kepada pemerintah . Apa yang nak dihairankan ? Media2 'alternatif' seperti Malaysiakini itu sendiri 'bias' pada parti pembangkang . Malah 'mainstream' media yang lain milik pembangkang seperti Harakah , Suara Keadilan dan Roket Kini juga 'bias' kepada pembangkang . Masing-masing ada pendapat tersendiri dalam menyebarkan propaganda .


Namun 'bias' media-media yang menyokong PR adalah lebih teruk kerana terlalu banyak fitnah yang diceritakan , dan fitnah itu diulang berkali-kali sehingga orang terfikir itu adalah sesuatu yang benar , lihat saja selelpas beberapa tahun fitnah2 yang direkacipta itu terjawab dengan sendirinya , misalnya fitnah tentang kepada PM dan isteri beliau . Akhirnya 'kepala' yang membuat fitnah mengaku beliau diupah untuk menulis sedemikian . Mainan persepsi dan fitnah adalah dua perkara yang berbeza , mainan pesepsi adalah 'spin' dan fitnah pula adalah perkara yang terang-terangan tak betul . Portal-portal  yang 'bias' kepada PR mengadunkan kedua-dua nya sekali untuk menampakkan apa yang diceritakan itu seolah-olah sesuatu yang benar .

Tak dinafikan adakalanya media2 'mainstream' yang 'bias' terhadap pemerintah melaporkan beberapa perkara yang tidak tepat yang akhirnya dikenakan tindakan saman . Ini lah yang berlaku kepada Utusan Malaysia ,ini  kerana pemimpin2 PR kita tahu gemar betul terlibat dalam kegiatan saman menyaman ni kalau mereka yakin mereka berada di pihak yang betul , TETAPI untuk hal2 tertentu seperti 'fitnah' video seks tak ada pula tindakan saman walaupun dah dicabar berkali-kali . Berlainan pulak dengan pemimpin2 kerajaan , walau difitnah berkali-kali oleh portal-portal bias PR , mereka terlebih dahulu meminta portal2 itu membuat kenyataan permohonan maaf secara terbuka sebelum tindakan saman dibuat dan kebiasaannya , akhbar2 pemfitnah dan portal pemfitnah Malaysiakini akan membuat kenyataan permohonan maaf utk mengelakkan tindakan saman . Lepas tu... buat fitnah lagi , apa cer ??

Monday, August 13, 2012

Panas !!! Identiti pengkhianat didedahkan

Selama ni kita memang tahu, ada ramai kakitangan kerajaan yang menjadi talibarut pembangkang. Segala dokumen sulit dan rahsia kerajaan mereka dedahkan walaupun tidak memahami keseluruhan isi dokumen sulit berkenaan . Apa yang mereka selalu ulang ialah rasuah, rasuah dan rasuah, tanpa mengetahui intipati yang sebenar.

Mereka ini ialah golongan yang kepala otaknya dah tepu dengan tipu helah dan fitnah pembangkang. Lagi pun kakitangan awam baru sebelum berkhidmat juga dikehendaki bersumpah utk menjaga kerahsiaan. Tak salah untuk kakitangan kerajaan mempunyai pandangan politik yang berlainan, sekurang-kurangnya berlaku jujur dengan tugas yang diamanah dan sumpah untuk menjaga kerahsiaan.

Berikut ialah pendedahan The Unspinners mengenai salah seorang pengkhianat yang tertangkap. Perati betul-betul wajah orang ini dan fikirlah apa yang mampu dilakukan oleh orang yang berani tikam belakang 'team' sendiri? Samada betul atau tidak, kenapa perlu pilih untuk dibuat pendedahan awam secara terbuka yang akhirnya tak berapa dapat sambutan,mungkin kerana rakyat lebih bijak berfikir setelah 'terkena' auta Rafizi dengan isu NFC.

"Ini dia Mak Lampir yang bocorkan. Nama dia adalah Dato Fauziah Yaacob, Setiausaha bahagian perolehan, Kementerian Kewangan yang duduk dalam tender board.

Dia yang nak sangat kasi projek tu kepada Balfour Beatty yang angkuh tak mahu tolak ansur."

Seterusnya di , http://theunspinners.blogspot.com/2012/08/nak-tahu-sapa-bocor-rehsia-projek-lrt.html

Hmm betul lah jangkaan aku masa isu LRT George Kent ni mula2 keluar, ada orang berkepentingan yang tak puas hati rupanya . Entah kenapa beria-ia sangat mahu konsortium yang tak nak bertolak ansur mendapat projek tu . Anda rasa apa yang saya rasa ? Tak tuduh ...aku tanya jahh ni.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Sunday, August 12, 2012

Namewee buat 'taik' lagi ! Hina Lin Dan , Chong Wei pulak kena minta maaf!

Belia kebanggaan DAP , Namewee yang sebelum ini membuat macam-macam jenis penghinaan (Lagu Negaraku , pekerja TNB , pengetua sekolah..) , kali buat hal yang sama lagi . Cuma kali ni 'penghinaan' Namewee lebih bersifat internasional . Kenapa internasional? Sebabnya , rappers separuh masak ni tulis lirik lagu yang menghina jaguh badminton China , Lin Dan . Entah la apa yang tak puas hati sangat dengan Lin Dan , takkan lah sebab Chong Wei kalah pun sampai perlu penghinaan macam tu ? It is a fair game lah .. terima ja kekalahan Chong Wei dengan hati yang terbuka .



Bila dah ada rakyat Malaysia yang agak 'berpengaruh' buat perangai yang memalukan macam ni , tentulah akan jadi bahan ketawa oleh masyarakat antarabangsa . Mungkin boleh dianggap negara 'kiasu' yang terbaru selepas Singapore yang digelar sedemikian sebelum ini . Apa yang lebih menyedihkan lagi , 'kerja-kerja kotor' Namewee ini terpaksa 'dibersihkan' oleh Chong Wei sendiri . Entahlah tebal berapa inchi muka beliau meminta maaf kepada Lin Dan atas sikap segelintir masyarakat Malaysia yang poyo dan attention seeker macam Namewee ini . Berikut ialah lirik-lirik lagu yang menghina Lin Dan ;


"Learned that you love my movies/ Secretly watched Nasi Lemak 2.0 alone/ Hantu Gangster is about to open/ Sincerely inviting you to the premier/ But heard you're in London now and can't attend/ Never mind, it's more important to fight for the country."

"When I turn on RTM1/ Saw you fighting hard for the motherland/ Won the first round easily/ Everyone's happy, but in the second round/ That stupid [expletive] from China was so powerful/ As though he was on dope/ Driving you off to the bottom of the ravine/ And running out of steam just like that."

"Although you have lost and tears have gone dry/ The whole of Malaysia is sad for you/ Even the fat woman is sobbing/ Although you've been defeated, don't cry anymore/ I promise to watch my movie with you/ When you come back and let you laugh to satisfaction."

"Although we don't have an extra holiday/ Or free branded ice-cream/ You're the hero of Malaysia/ No matter who win or lose/ We all love you."

Mungkin setelah dikritik hebat , Namewee akhirnya meminta maaf . Namun orang kata kalau terlajak perahu tak boleh diundur . Tindakan beliau jelas menunjukkan ketidakmatangan berfikr , entah kenapa ada yang sanggup melabur untuk filem yang dibuat oleh si Namewee ni. Mungkin tindakan 'gila' Namewee yang terbaru ni cara beliau nak promosikan filem Hantu Gangster yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang , tapi sebaliknya mungkin akan berlaku kerana mungkin ada yang akan boikot hasil kreatif si mulut lanchang ni

Friday, August 10, 2012

Isu BAFIA : Public Bank jadi 'alat' politik PR ?



Dalam kerancakan pendedahan akaun NFC oleh Rafizi pada satu ketika dulu, apa yang amat dikesali ialah pihak pengurusan Public Bank terus berdiam diri tanpa membuat sebarang kenyataan umum permohonan maaf kepada pelanggan mereka NFC, akibat dari kelemahan pemantauan bank itu sendiri dalam pengaliran keluar masuk maklumat dan data-data pelanggan. Bank sepatutnya menjadi satu institusi bebas yang lebih mementingkan pelanggan tanpa mengambil endah elemen-elemen politik yang cuba memanipulasi institusi kewangan itu. Walaupun kesalahan dilakukan oleh kerani, pihak pengurusan Public Bank seharusnya mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang.

Tindakan Rafizi mendapatkan maklumat akaun pelanggan dengan bantuan 'orang dalam' tanpa pengetahuan pengurusan Public Bank boleh diumpamakan seperti kesalahan mencuri. Public Bank mungkin boleh mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi dan bekas kerani mereka, namun sehingga kini masih tidak ada apa-apa tanda ke arah itu. Sekiranya NFC boleh menyaman Public Bank , kenapa Public Bank tidak mengambil langkah yang sama menyaman Rafizi dengan alasan 'mencuri' maklumat pelanggan mereka ?

Analisis penuh di KLPos

Pengendali Loji Rawatan Air diminta Mengurangkan Pengeluaran Air Terawat atas arahan KDEB ?


Kenyataan Media Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed mengenai isu Air Selangor
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
  1. Isu Air terus dipolitikkan oleh pihak Pakatan dan Kerajaan Negeri Selangor. Sejak beberapa bulan yang lepas, kenyataan saya yang terdiri dari fakta dan angka tidak dijawab dengan kemas oleh pihak Kerajaan Negeri malah, mereka mengelirukan rakyat bagi mendapat political milage semata-mata.

  2. Krisis Air yang berlaku di Selangor dijadikan mainan politik oleh pihak Kerajaan Negeri, fakta bahawa lebih kurang 234 projek pembangunan terpaksa ditangguhkan kerana tiada jaminan bekalan air dapat disediakan langsung tidak dinafi oleh pihak mereka.

  3. BN Selangor juga kecewa dengan sikap exco Selangor, YB Au Yong Heng Hua yang melakukan demonstrasi di pejabat Syabas Kajang seolah-olah masalah air ini bukan berpunca dari kelemahan Kerajaan Negeri. Adakah beliau lupa bahawa beliau kini merupakan kerajaan yang memerintah? Adakah beliau tidak tahu tanggungjawab kerajaan negeri ialah menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat? Kenapakah beliau cuba mengelirukan rakyat tentang isu ini?

  4. Saya pernah menyatakan sebelum ini bahawa Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu salah sebuah anak syarikat kerajaan Negeri mempunyai 15% saham di dalam Syabas dengan seorang wakil dalam mesyuarat lembaga pengarah. Alasan bahawa Kerajaan Negeri tidak tahu menahu mengenai krisis air ini langsung tidak masuk akal dan seperti sengaja dipolitikkan oleh mereka.

  5. Berdasarkan maklumat yang kami terima, Pengarah KDEB, Suhaimi Kamaralzaman telah mengeluarkan surat arahan kepada Pihak ABASS pada tahun 2011 supaya mengurangkan pengeluaran air terawat daripada 145 juta gallon sehari kepada hanya 120 juta gallon sehari. Tindakan ini menyebabkan berlakunya krisis air di kawasan Kajang dan Balakong memandangkan ABASS mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih.

  6. Persoalannya,
  • Kenapakah Suhaimi mengeluarkan arahan tersebut kepada ABASS?
  • Adakah pihak KDEB atau Kerajaan Negeri ingin melakukan sabotaj terhadap rakyat Selangor dan Syabas?
  • Kenapa pihak Syabas yang disalahkan sedangkan kawasan yang mengalami gangguan dikendalikan oleh ABASS?
  • Siapakah yang mengarahkan Suhaimi supaya mengeluarkan arahan tersebut?
  1. Saya minta supaya pihak yang bertanggungjawab memberikan penjelasan dan menjawab persoalan ini kerana sebelum ini kerajaan Negeri hanya menunding jari dan menyalahkan pihak lain jika berlakunya krisis air terutamanya di kawasan Kajang dan Balakong.

  2. Kami juga mendapat maklumat bahawa saham 15% yang dimiliki oleh KDEB dalam Syabas turut dicagarkan kepada sebuah bank bagi tujuan mendapatkan pinjaman sebanyak RM250 juta bagi kegunaan tertentu.

  3. Persoalannya ialah,
  • Adalah begitu daif pihak kerajaan negeri sehinggakan terpaksa mencagarkan saham KDEB di dalam Syabas untuk membuat pinjaman?
  • Jika benar ini berlaku, mampukan Kerajaan Negeri ingin mengambil alih Syabas kerana saham berjumlah 15% pun tidak mampu untuk diuruskan dengan baik inikan pula sebuah Syarikat Pengagihan Air yang begitu penting sekali?
  • Adakah ini merupakan sikap good governance dan contoh tadbir urus yang beretika?
  • Adakah niat sebenar pengambilalihan Syabas hanya untuk menutup kelemahan Kerajaan Negeri?
  • Apakah tujuan pinjaman tersebut dilakukan?
  1. Kerajaan Negeri Selangor juga begitu berbangga dengan pemberian air percuma yang kononnya dinikmati oleh seluruh Rakyat Selangor. Pemberian air ini dilaung-laungkan oleh pemimpin Pakatan bahawa ianya hasil daripada pengurusan ekonomi yang cekap oleh Menteri Besar.

  2. Namun begitu, kami juga mendapat maklumat bahawa, kerajaan negeri terpaksa membuat pinjaman sehingga RM300 juta setahun dengan kadar faedah sebanyak RM8 juta bagi tujuan memberikan air percuma ini. Pada masa yang sama, bukan semua penduduk mendapat nikmat air percuma yang dijanjikan. Kerajaan negeri sebenarnya tersepit dalam janji-janji mereka sebelum ini.

  3. Persoalannya,
  • Adakah ini satu langkah pentadbiran yang bijak apabila kerajaan negeri terpaksa berhutang dengan pihak bank untuk memberikan air percuma?
  • Bagaimanakah pelan kerajaan negeri untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut?
  • Adakah kerajaan negeri tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk melaksanakan pemberian air percuma seperti yang dijanjkan sehingga terpaksa berhutang? Jangan sampai nanti kita menjadi seperti Cerita Pak Kaduk, yang terpaksa menggadai negeri demi untuk melunaskan hutang.
  1. Hakikatnya, kerajaan negeri Selangor tidak mampu untuk mentadbir dan menguruskan ekonomi dengan baik sehinggakan isu penting seperti pengurusan air juga tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Langkah terakhir mereka seperti biasa ialah untuk mengelirukan rakyat dan tidak bercakap berasaskan fakta. Saya juga akan mendedahkan beberapa kelemahan lain dari masa ke semasa supaya Rakyat Selangor dapat menilai sikap sebenar Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim ini.


Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor

Thursday, August 9, 2012

Disebalik kisah konflik antara Datin Seri Rosmah dan anak perempuan ..

Rupa-rupanya kisah Rosmah dan anak perempuan yang berkahwin dengan 'Dr'. Fazley ada kisah disebaliknya . Ini didedahkan oleh blogger The Unspinners . Selama ni aku terfikir juga, mana ada ibu di dunia ini yang sengaja nak berkrisis dengan anak yang dikandungnya selama 9 bulan . Bayangkan setelah sanggup menggadaikan nyawa untuk melahirkan anak , ibu yang mana sanggup memutuskan silaturahim dengan anak . Namun kalau ada anak yang berkelakuan kurang ajar dan derhaka dengan ibu selepas segala pengorbanan yang dilakukan ,takkan lah masih nak membelai dan ditatang anak macam tu ? *Mohon tonton cerita'Anakku Sazali' lakonan P.Ramlee kalau anda free.



Dari blogger The Unspinners..

Satu perkara yang kami cuba elak dalam memainkan isu adalah yang melibatkan hal ehwal dalaman keluarga. Maklumlah kita sebagai orang luar hanya tahu sedikit saja cerita. Walaupun ada fakta yang boleh dikemukakan, sejarah dan susunannya sering diluar pengetahuan awam.

Contohnya, apabila Uncleseeker memainkan isu yang melibatkan faraid keluarga Sultan Johor, itu tak patut. Ia bukan isu melibatkan orang ramai tapi hal dalaman keluarga. Bertambah lagi, ianya maklumat bocor dari mantan peguam Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar, Kamal Hisham yang melarikan diri kerana ada salahlaku.

seterusnya

Puisi untuk UNISEL ...

Sebenarnya .. ini hanya status seorang rakan FB , tapi bait-bait yang disusun semacam puisi dan cantik pulak tu . Jadi aku rasa elok di 'share' di dalam blog ini dan sama2 kita fikirkan setiap bait-bait 'puisi' itu . Ada makna tersurat dan tersirat .


Unisel ! oh Unisel...


"Rosmah kata...lebih baik aku berhenti drpd jadi Canselor.....not worth to be among the cuckoos .......and she left honorably..."


"YB Dr Dzul kata Talam hutang Unisel RM 134 M....hence the Round Tripping Exercise to recover the debt....."


"Rafizi kata kalau PR memerintah, pendidikan tinggi percuma, tapi buat permulaan tak depa tak dpt walk the talk kat Unisel"


"Khaled Nordin pula tarik bantuan PTPN, tapi reinstate balik.."


"Faekah kata Unisel jual asset RM 30 M utk menebus asrama.."



"YB Chua kata hutang Talam kpd Unisel telah diberi diskaun RM 30 M...tak tau apa pasal"


"Jana Niaga kata sudah 15 bulan Unisel tak buat pembayaran kpd mereka utk bayaran BOT"



"Khalid pulak....not sure apa yg dia kata....."

"BN kata kami yg bangunkan kampus ini tanpa dana rakyat...thru land swap dgn Talam"

"Student lah yg jadi mangsa.......depa dah bertempik ....mana asrama kami"

"Actually apa yg PR buat utk Unisel......selain jadi punching bag ........"

Wednesday, August 8, 2012

Malaysiakini merendahkan ketahanan mental Chong Wei dengan tekanan ?

Dah namanya dari Malaysiakini , apa yang ditulis memanglah sesedap hati dan dengan sengaja untuk menjatuhkan kredebiliti isteri Perdana Menteri sebagai penaung Persatuan Badminton Malaysia . Kolumnis Malaysiakini yang bernama Mariam Mokhtar ini sengaja mencari isu yang membolehkan rakyat mengaitkan kekalahan Chong Wei dengan kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor . Mariam berpendapat , kehadiran Rosmah  menambahkan lagi tekanan kepada Chong Wei dan seterusnya mengundang kekalahan beliau! Ini lah persepsi yang cuba dibawa oleh beliau kepada pembaca Malaysiakini .


Apa yang ditulis oleh Mariam , secara tak langsung menggambarkan Chong Wei adalah atlet yang takde daya tahan terhadap tekanan . Beliau secara tak langsung merendah-rendahkan keupayaan Chong Wei sedangkan apa yang kita saksikan semasa perlawanan tempoh hari , Dato Lee Chong Wei memberikan yang terbaik , kemenangan jaguh dari China, Lin Dan lebih kepada nasib . Ada juga perlawanan-perlawanan penting yang Chong Wei tumpas tanpa kehadiran Rosmah , kenapa kolumnis Malaysiakini itu tak melihat dari sudut ini ?


Pecacai-pecacai upahan pro-Pakatan mungkin sudah melihat gelombang dan tenaga positif Datin Seri Rosmah Mansor baru-baru ini dengan pelbagai pendedahan yang membersihkan nama beliau. Apa yang cuba dilakukan sekarang adalah untuk cuba menanam semula benih2 kebencian itu. Datin Seri Rosmah hanya memberi sokongan moral dan itulah yang diperlukan oleh jaguh2 sukan kita ! Takkan lah masa perlawanan sukan pun nak bawak bendera parti politik macam sesetengah puak tu ? Sukan sepatutnya menjadi medium menyatukan rakyat bukan untuk memecahkan belahkan rakyat seperti yang cuba dibawa oleh pecacai2 dan pemimpin Pakatan Haram

Tuesday, August 7, 2012

LGBT Boleh ! Resepsi Perkahwinan Gay di Malaysia, Malaysia Book of Record ?

Artikel malam ni adalah artikel 'copy paste' dari seorang rakan blogger . Walau bagaimanapun, bukan lah tujuan aku untuk menjadi sinikal kepada kaum-kaum LGBT . Diharapkan rakan-rakan LGBT yang mengenali aku tak lah tersinggung bila membaca artikel ini . Artikel ini lebih kepada 'sinikal' kepada kumpulan2 tertentu yang lebih cenderung memperjuangkan sesuatu yang menjurus kepada mainan politik sedangkan tugas utama mereka adalah mempertahankan nilai2 murni yang tidak tersimpang dari tabii manusia . Wanita untuk lelaki dan lelaki untuk wanita , bukan sebaliknya. Ya..hak asasi manusia perlu dihormati, namun hak asasi yang songsang tak perlu lah dibiarkan berleluasa seolah-olah satu promosi . Apabila ini berlaku makin ramai yang akan berani melakukan perkara yang serupa . Sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan hal ini jadi lebih meruncing.


petikan artikel dari blogger Sahabat Gunung ;

"Tahun lalu, seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, Ngeo Boon Lin yang juga seorang paderi gay telah mengambil keputusan mengahwini rakan sejenisnya di sebuah gereja di Amerika.

Pasangannya seorang lelaki kulit hitam, Phineas Newborn III adalah seorang produser pementasan muzikal Broadway. Perkahwinan pelik itu dilaporkan telah didaftarkan di New York.

Semasa di awal meletusnya berita perkahwinan gay mereka berdua, pelbagai lapisan masyarakat Islam, Hindu dan Buddha telah meluahkan bantahan, kecaman dan kemarahan mereka terhadap tidakan luar tabie tersebut."

seterusnya

Monday, August 6, 2012

Peminta sedekah dihalau dalam majlis PAS ?


Negara berkebajikan ke hulu , negara kebajikan ke hilir .. bila ada orang susah datang nak minta derma kena pulak tolak ke tepi . Isk isk isk , apa salah nya diberi barang RM10 kepada mamat tu . Sekurang-kurangnya imej naik la sikit , tengah buat rakaman tu .. kalau diberi derma masa rakaman tu , silap haribulan keluar dalam paper Harakah keesokan harinya tajuk besar "Abby derma RM10 kepada fakir semasa temuramah berlangsung" . Maka makin melambunglah imej wanita muslimah idaman seMalaya ittew. Tetapi apa yang dipertontonkan dalam video Youtube ini amat menyedihkan.. Iye lah memang dah lama isu ni dimainkan dan aku pun ketinggalan , tapi takpe lah saja nak ulang , bagi orang tak lupa..



SYABAS ubah pendirian mengenai krisis air dan sokong kerajaan PR Selangor ?


Bangun dari tidur, aku baca portal Malaysiakini . Nak tengok apa cerita diaorang 'spin' . Tapi tajuk hari ni betul-betul buatkan aku menyirap darah . Khalid Ibrahim kata SYABAS mengaku Selangor TIDAK berada dalam krisis air. Memanglah sekarang air ada lagi, jalan macam biasa .. buka paip ada , cuma kat tempat-tempat tertentu memang ada masalah ni hinggakan orang berebut-rebut kupon ? Kerajaan Selangor hantar lori tangki air? Apa penjelasan Khalid mengenai hal ini ? Nak bagi alasan itu adalah kes terpencil ? Khalid Ibrahim bercakap mengenai krisis air dengan menggunakan otak beliau sebagai seorang businessman yang gagal dan rhetorical politician.


Kenapa tak dilihat saja dari aspek teknikal ? Berdasarkan laporan Malaysiakini , aku yakin 'statement' SYABAS dah di 'spin' oleh Khalid Ibrahim . Hanya 'point'2 tertentu yang dimainkan oleh Khalid Ibrahim dan mungkin juga wartawan Malaysiakini itu sendiri untuk menunjukkan tiada krisis air di Selangor . Pelik dan ajaib, setelah beberapa lawatan ke loji penapisan air , beberapa banyak sesi penerangan dan macam2 sesi lagi oleh pihak SYABAS , tiba-tiba Khalid Ibrahim boleh kata SYABAS mengaku Selangor tiada krisis air ? Hmm... 'game' yang baru dari Khalid Ibrahim ?

Sunday, August 5, 2012

Millionaires in Selangor received 'donation' from the PR state government every month ?

As usual I have to give credit to my sifoo Uncle Fuad Omar for his brilliant explanation on the issue of water crisis in Selangor . Though we are in the different engineering background (uncle Fuad (civil engineer)& me(mechanical engineer),the engineering fundamental itself bring us together in this issue and somemore both of us studied in UTM, which make him my super duper senior. I just hope the first GPRS road tour in Beranang will be an eye opener to the public and hopefully they will bring him in the next tours. The explanation is quite straight forward, complete with facts ,some more blend with his experience in the water management ,public should not have any problem to understand. There's no room for facts spinning. This is what I get from his facebook status which I believe should be spread out for the sake of public awareness on how water tariff determined. If you have any problem to understand, you might want to contact him directly via his facebook at http://www.facebook.com/fuad.omar.716



***
To work out tariff (power, water or even toll for that matter) is a techno commercial process in strict compliance to professional prudent practices....having done that say the answer is A, then comes the next level i.e to decide the tariff....the Political Will takes over based on "affordability" and normally the socio - political economic parameters will be considered, then the answer is B....and in all cases(base on my experience in govt & corporate sector) B is less than A, say C....and C is the amount to be subsidised by the Federal Govt..


With C in mind...we go back to the Financial Model and go thru to all parameters (normally more than 100 parameters) and take note on all relevant parameters which the Federal Govt can helped out such as:-


1 - Fuel price for power plants.
2 - CAPEX thru PAAB for water supply
3 - Guarantied traffic flow for highway
4 - Taxes
5 - Equity from Govt investment arm (PNB, LTH, EPF, LTAT, KWAP, Amanah Raya etc etc) to attract cheap financing and higher rating by Rating Agency
6 - Longer Concession Period
7 - Govt backed financing thru GOC/GLC (in water its PAAB)...and this add up to Hutang Negara which again being exploited to the maximum


etc etc etc....until all the parameters are exhausted.


Once we finalised the C...then only the D comes in the "Affordable Tariff" itself..


So..there is no fast rule when it comes to "reasonable tariff"... its a very messy process..


And this the very basis of Privatisation that has been in practice since Dr M embarked on it more than 20 years ago...


- Fuad Omar -

Anyway , end of the day people still prefer 'free water' this include all those rich people. What do u think the value of RM 10 for rich people and average/lower income rakyat ? Currently under PR free water policy rich people rich people also enjoy the benefit . Wouldn't it be great if their portion channeled to something more productive ? Such as maintenance of water utilities it self ?

Pemfitnah yang tak belajar fizik , edisi kantoi yang dikantoikan !

Pagi  ni aku nak 'share' kan satu fitnah paling bodoh pernah aku baca . Fitnah ni tak 'properly fabricated' , mungkin tak belajar fizik, atau fail sains masa sekolah dulu . Fitnah ni disebarkan di FB dikalangan Facebookers pro-Pakatan. Dia tulis punca kekurangan air di Selangor adalah disebabkan penutupan paip utama. Daripada 20 paip utama hanya 2 paip yang dibuka . Dia kata staf puncak niaga yang bagi tau . Memang bodoh gila punya teori dan fitnah ni , cuma aku ada yang percaya jadi terpaksa lah aku terangkan kenapa hal ni adalah mengarut gila.


Khalid Ibrahim and the geng setuju loji-loji penapis air dah beroperasi pada 120% lebih dari kapasiti yang sepatutnya . Bila beroperasi 120% , mesin2 termasuk pam pun bekerja dalam kadaran yang sama . Jadi kalau hanya 2 paip yang dibuka dari 20 paip utama yang ada , dan pada masa yang sama pam2 ini beroperasi pada tahap 120% akan menghasilkan tekanan yang sangat tinggi . Silap hari bulan 2 paip utama pun boleh tercabut disebabkan tekanan yang sangat tinggi tu . Lagi satu kalau dah tutup 2 paip utama, dengan tekanan yang tinggi ni , air nak sampai ke rumah flet tak jadi masalah . Sekarang , orang2 yang menghadapi masalah kekurangan air ni komplen air tak sampai atau air pada tekanan rendah ,  yea tekanan rendah ... ini Khalid Ibrahim sendiri yang cakap . Cuba tengok kat media Selangorku milik kerajaan PR ni .. memang dia kata tekanan rendah.


Jadi kalau mengikut hukum fizik , kalau pam2 beroperasi pada kapasiti 120% , tapi hanya 2 saja paip utama dibuka dari yang sepatutnya iaitu 20 ,  maka tekanan air sepatutnya tinggi . Kalau tak percaya, cuba study pasal Bernoulli's Equation dan Continuity Equation dalam Fluid Mechanics... kantoi !

Saturday, August 4, 2012

Selepas 'meliwat' NFC , George Kent pulak mangsa Rafizi seterusnya ?

Penguman kumpulan PRASARANA baru-baru ini mengenai syarikat George Kent yang memenangi kontrak LRT Ampang nampaknya membuatkan si Rafizi ni makin tak ketahuan ! Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada PM , kononnya terlibat dalam membuat keputusan . Rafizi mendakwa semua ini hanya berdasarkan dokumen2 yang minima , walhal untuk penilaian proposal komersil dan teknikal sesuatu kontrak memerlukan lebih dari itu .


Kini Tony Pua pulak sedang memasang perangkap meminta kerajaan supaya mendedahkan kontrak yang terperinci . Permintaan-permintaan sebegini boleh dikatakan agak gila , kerana dokumen kontrak komersil dan teknikal adalah sangat sulit malah pesaing-pesaing perniagaan memang menunggu peluang ini untuk dijadikan rujukan mereka pada masa hadapan !!! Secara tak langsung 'membunuh' peluang kontraktor2 yang tender dokumen mereka ini didedahkan untuk sekumpulan 'politcian' bengong (yang mungkin tak pernah terlibat dengan tender2 kejuruteraan) untuk kepentingan politik kotor mereka !

Rafizi dan Tony Pua perlu tahu , kerja2 kejuruteraan ini bukan hanya mengikut 'buku manual' , kerja-kerja ini datang sekali dengan pengalaman kontraktor atau sekutu kontrak . Jadi apa yang si Rafizi merepek tentang sistem pemarkahan PRASARANA itu ? Samada betul atau tidak semua kontraktor yang terlibat dalam projek LRT Ampang adalah yang terbaik dan sama taraf . Dalam kejuruteraan , masing2 akan berkata 'design' yang mereka buat adalah lebih baik dari orang lain . Itu dari segi teknikal ! Dari segi komersil pula 'design' yang baik tu mesti datang sekali dengan harga yang rendah . Jadi penilai2 tender akan membuat keputusan dari situ. Aku biasa siapkan tender2 kejuruteraan ni , both technical and commercial .


Client akan bagi spesifikasi teknikal yang perlu kita patuh . Proposal teknikal yang kita hantar perlu 'comply' dengan spesifikasi yang diberikan , kalau tak 'comply' awal2 lagi dah kena reject. Tak layak untuk dinilai ! Kemudian dihantar pulak 'commercial proposal' , dalam 'commercial proposal' pun ada spesifikasi yang perlu diikut contohnya % bumi dan non bumi share holder, HSE polisi , aset syarikat dan lain2 lagi. Kalau tak 'comply' dengan spesifikasi maka kena reject dan tak layak untuk penilaian. Jadi untuk kes George Kent ini , jelas teknikal dan commercial comply ! Sebab tu pada pusingan pertama penilaian (July 2011) syarikat ni dah diwar-warkan akan menang kontrak berdasarkan harga yang ditawar. Kemudian tarikh penilaian tender dilanjutkan lagi . Hinggalah baru2 ini syarikat George Kent diumum memenangi tender ini.

Penilaian tender2 kejuruteraan ni memang subjektif . Selagi comply technical and commercial 'you are in the game ' .. end of the day , harga yang murah dan kompetitif juga yang dicadangkan ! Dan George Kent menawarkan harga yang lebih murah kerana pada July 2011 , harga yang ditawar ialah RM 1. 3 billion (bidaan yang dihantar pembida bernilai antara RM950 million hingga RM 1.45 billion) , dan apabila diumumkan Prasarana baru2 ini , nilai kontrak yang dimenangi George Kent ialah RM 956 juta lebih rendah dari harga yang ditawar pada pusingan pertama.

Kalau Rafizi 'terlepas' dari BAFIA , orang boleh percaya lagi institusi perbankan negara ?

Semalam , selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi UMNO di PWTC , DS Najib telah membuat satu 'press conference'  dan satunya menyentuh tentang penahanan Rafizi di bawah BAFIA .Apa yang diperkatakan oleh PM memang tepat sekali . Sekiranya akaun peribadi seseorang tu boleh diperoleh dan dipamerkan sesuka hati pada awam , siapa lagi yang nak menyimpan duit mereka di bank Malaysia ? Akaun peribadi adalah hak milik peribadi seseorang dan juga sesuatu yang 'privasi' .

Sekiranya , Rafizi merasakan tak apa untuk menyelongkar akaun peribadi seseoarang apakata beliau dedahkan juga akaun peribadi Anwar Ibrahim . Anwar lebih cerdik dari Rafizi , ingat lagi pasal pendedahan bekas penolong Gabenor Bank Negara yang membuat pendedahan mengenai kaitan wang RM 3 billion dengan Anwar ? Katakan beliau ada rekod RM 3 billion wang Anwar seperti yang didakwa , tapi beliau tahu kalau dedah pada umum maka beliau juga bakal menerima nasib yang sama seperti Rafizi.

Satu lagi, apa yang amat dikesalkan ialah sikap pegawai bank yang bersekongkol membuat kerja jahat ni si Johari Mohamad . Entah berapa lah yang dah disumbat oleh Rafizi terhadap pegawai bank ini .SPRM perlu siasat ! Takkan lah si Johari ni tak dapat apa2 upah ?  Mesti Rafizi ada jolok beberapa ribu ni . So sekarang ni boleh buka 2 kertas siasatan . Satu sebab dedah maklumat akaun pada public , dan satu lagi sebab kemungkinan memberi dan menerima rasuah untuk dapatkan maklumat akaun. Pihak bank perlu ambil langkah yang pro-aktif untuk elak semua ni dari berulang .


Mungkin perlu upgrade sistem , untuk dapatkan maklumat akaun hanya pegawai2 yang terpilih saja yang boleh 'access' kerana mereka lebih ada kredibiliti dan bukan hanya kerani . Buat penambah baikan dalam sekuriti , contohnya untuk 'print' maklumat akaun , pemilik akaun perlu memberikan IC atau memasukkan nombor pin. Perlu ingat sebelum pisang berbuah dua kali. Tak mustahil maklumat2 akaun sebegini boleh 'dijual' oleh pegawai2/kerani2 bank yang tak amanah untuk satu kepentingan tertentu !

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor