Tuesday, July 31, 2012

Puak-puak lebai PASs terus 'dimalukan' Karpal Singh mengenai hudud dan negara Islam

Karpal Singh bersuara lagi , lebai2 PASs terus dimalukan . Boleh agak hati lebai-lebai ni mendidih kerana pandangan mereka terus diperlekehkan . Tapi apa kan daya , masing2 terlalu berat mulut untuk bersuara . Yang bersuara pun hanyalah pemimpin kecil-kecilan dan penyokong2 taksub . Pemimpin2 atasan seperti Nik Aziz dan Hadi Awang yang pada satu ketika dulu cukup gah dengan konsep hududnya terus dilihat membisu. Masing-masing cuba 'menipu' diri sendiri dan pengikut-pengikut yang mengikuti ceramah apabila berkata Karpal Singh akan faham dan terima juga konsep hudud akhirnya .



Sebenarnya bukan hanya Karpal Singh yang perlu mereka yakinkan malah ramai lagi pemimpin2 DAPs contohnya Lim Guan Eng dan lain2 lagi . Dalam satu ceramah Lim Guan Eng berulang-ulang kali mengatakan yang penting rasuah dapat dikurangkan dan soal hudud tak harus berbangkit . Mungkin berasa tidak yakin dengan kemampuan parti sendiri , pemimpin PASs terus membiarkan parti itu diperkudakan oleh PKRs dan DAPs sedangkan penggerak Pakatan sendiri ialah penyokong2 tegar PASs . Kita lihat saja sampai bila perkara ini akan berterusan . Ada eloknya juga dibiarkan menjadi kudis supaya boleh jadi pengajaran di kemudian hari ..


Karpal: Ikut muktamar lalu, PAS pilih negara Kebajikan

"Pengerusi DAP Karpal Singh berkata sebarang cubaan PAS sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas.

Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.

"Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguanpun bahawa PAS telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. PAS, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan," kata Karpal dalam satu kenyataann semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.

Karpal berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan PAS mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.

Karpal berkata Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.

"Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin," katanya.

Beliau berkata: "Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.

"Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan," ujar Karpal.

- Bernama "

Monday, July 30, 2012

Abby 'frust' kontrak tudung beliau ditamatkan



Penceramah wanita popular PAS masa kini , bekas ahli Kumpulan Elite , janda Norman Hakim dan bekas pelakon gerak khas , Abby Abadi meluahkan rasa kekecewaaan beliau apabila kontrak sebagai duta tudung ditamatkan . Abby mendakwa kontrak sebagai duta tudung ditamatkan kerana penglibatan beliau dalam ceramah-ceramah PAS . Aku yakin pihak syarikat yang menamatkan kontrak itu membuat keputusan berdasarkan apa yang termaktub dalam kontrak . Mungkin Abby dah melanggar kontrak , jadi tak salah untuk kontrak itu ditamatkan . 

Abby harus sedar pasaran untuk tudung syarikat yang beliau wakili tu bukan terhad pada wanita PAS aja , syarikat nak buat untung ... diaorang jual tudung bukan pilih bulu atau latar belakang politik . Dengan tindakan Abby ke hulu hilir jadi penceramah PAS , tentulah beliau juga membawa imej sebagai 'duta' tudung yang diwakilinya . Kalau aku jadi pemilik syarikat pun tentulah aku tak berapa senang dengan tidakan Abby ni . Imej syarikat tercalar , dan tak bagus untuk business . Oleh itu Abby tak perlu melatah dengan tindakan syarikat tudung itu . Bayangkan kalau Abby jadi businesswoman dan jadikan seorang public figure tu sebagai duta , tiba2 public figure tu jadi penceramah UMNO . Nak simpan lagi ke ? So please made up ur mind nak jadi politician ke nak jadi artist ?

Sikap talam 2 muka Lajim Ukin didedahkan blogger !

Sikap talam 2 muka Lajim Ukin didedahkan oleh Papagomo hari ni . Agak menarik pendedahaan yang dilakukan , secara tak langsung menunjukkan sifat manusia yang sering berubah-ubah demi kepentingan diri sendiri . Selepas pendedahan yang dibuat oleh Papagomo ni , aku pasti Lajim Ukin mungkin menafikannya , hal yang tiada rakaman video dan audio semua orang pun boleh buat tuduhan melulu . Walau bagaimanapun, terfikir juga kenapa dari dahulu lagi Lajim Ukin tak buat keputusan keluar parti ni ? Adakah ini jenis manusia yang berprinsip ? Pendapat aku , Lajim Ukin pada awalnya merasakan kredebiliti Anwar Ibrahim pasti jatuh teruk dengan kes liwat 2 , sebaran video dan sebagainya , oleh itu berada dalam kem BN adalah berada dalam kem yang 'selamat' .


Namun setelah beberapa ketika , penyokong2 taksub tidak mempercayai kes2 moral Anwar tambahan pula beliau dibebaskan oleh hakim untuk sebab teknikal bagi kes liwat 2 , dan terbaru demonstrasi Bersih 3.0 , Himpunan Hijau , Jingga dan sebagainya menampakkan sokongan ramai terhadap Anwar walhal muka-muka yang sama saja yg jadi peserta perhimpunan. Lajim Ukin mungkin merasa tidak selamat sekarnag berada di kem BN , jadi untuk memastikan beliau terus memegang mana2 portfolio kuasa jadi 'lompat' adalah pilihan terbaik. Namun apa akan jadi sekiranya Pakatan tersungkur ? Adakah Lajim Ukin akan buat press conference menyatakan semula sokongan beliau terhadap Barisan Nasional ?

Berikut adalah tulisan Papagomo mengenai pengalaman beliau bersama2 Lajim Ukin semasa PRN negeri Sawrawak .

"Lajim Ukin sendiri mengesahkan bahawa Anwar Ibrahimlah perosak UMNO dan memang tepat tindakan Tun Mahathir memcat Anwar Ibrahim. Malah Lajim Ukin juga mengakui betapa rakusnya Anwar Ibrahim sehingga meluluskan perjudian di negeri Sabah sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Keewangan dan Timbalan Perdana Menteri."

seterusnya

Enggan letak jawatan Timbalan Menteri , Lajin Ukin nak 'perangkap' PM ?

Dalam satu majlis berbuka puasa yang diadakan Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru , Timbalan Presiden Perkasa Zulkifli Nordin mendesak Lajim Ukin meletakkan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri setelah mengumumkan meletak semua jawatan dalam parti politik UMNO . Adakah Lajim Ukin sengaja tidak meletakkan jawatan beliau sebagai Timbalan Menteri dan hanya menunggu masa untuk Perdana Menteri memecat beliau ? atau sumber pendapatan beliau sebagai Timbalan Menteri mungkin agak banyak , dan kesempatan yang ada sekarang diguna untuk meninjau projek2 yang boleh di'sapu' ? Tanya jah ni ..


Berikut adalah laporan dari KLPost

"Jika Lajim merasakan pendiriannya meletakkan jawatan dan mengubah wadah perjuangan adalah hak demokrasi dan hak asasi sebagai ahli politik, maka beliau perlu menghormati prinsip dan semangat demokrasi serta hak Perdana Menteri untuk memilih pengganti yang sesuai," katanya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru berpendapat adalah lebih wajar dan bermaruah jika sekiranya ahli Parlimen Beaufort itu meletakkan jawatan setelah memilih wadah politik yang dipilihnya sekarang.

Sebelum itu Perdana Menteri berkata beliau tidak terperanjat dengan keputusan Lajim yang melepaskan jawatannya sebagai ahli MT Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi BN Bahagian Beaufort.

seterusnya

Sunday, July 29, 2012

Orang Sabah ada maruah ! Tindakan Lajim Ukin 'tikam belakang' memalukan rakyat Sabah


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini meminta Datuk Seri Lajim Ukin keluar daripada Umno selepas meletakkan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort.

"Beliau (Lajim) tidak boleh mendapat kedua-duanya. Jika beliau secara terbuka tidak bersetuju dengan pendirian parti atau pendirian kerajaan dan sebaliknya beliau secara diam-diam mahu bekerja dengan pembangkang, dengan itu beliau patut keluar daripada Umno sepertimana yang akan dilakukan oleh seorang yang 'gentleman'," katanya kepada Bernama.

Salleh mengulas pengumuman Lajim semalam yang beliau meletakkan semua jawatan tetapi tetap menjadi anggota Umno dan kekal memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata Lajim patut keluar Umno secara bermaruah kerana beliau tidak lagi berpegang kepada perjuangan dan dasar parti dan tidak sepatutnya menunggu untuk dipecat.

seterusnya baca di Parpukari

Kerajaan Selangor bakal berhutang RM 2.8 billion lepas ambil alih SYABAS ?




SYABAS mengambil alih Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) pada December 2004 melalui satu perjanjian konsesi antara SYABAS , kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan . Melalui perjanjian konsesi itu SYABAS diberi tempoh 30 tahun (bermula Jan 2005) untuk megagih air kepada pengguna di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Apabila SYABAS mengambil alih PUAS , hutang sebanyak RM 2.3 billion PUAS (dengan 3 syarikat rawatan air) juga terpaksa di tanggung oleh SYABAS . Untung SYABAS pada tahun 2005 adalah dalam sekitar RM 200 juta dan jumlah ini tak mencukupi untuk menampung hutang RM 2.3 billion . SYABAS hanya boleh menyelesaikan hutang RM 2. 3 billion jika syarikat itu memperoleh keuntungan tetap sebanyak RM 200 juta setiap tahun dan setiap sen dibayar untuk pelupusan hutang.  (tanpa mengambilkira 'interest' yang dikenakan). Tapi andaian ini agak mustahil untuk berlaku dengan mengambilkira situasi yang berlaku sekarang. 



Tuduhan terbaru kerajaan Selangor mengatakan SYABAS menunjukkan prestasi yang buruk apabila gagal membekalkan air yang secukupnya kepada pengguna.  Peratusan NRW yang tinggi pada 32% dijadikan alasan untuk SYABAS dijadikan kambing hitam. Non Revenue Water ialah perbezaan antara jumlah keluaran  air dari plant rawatan air dan jumlah air keseluruhan air yang diterima pengguna (melalui penjumlahan meter2 paip). Peratusan NRW dapat dikurangkan dengan menukarkan paip2 lama kepada baru , menukar meter2 yang lama , dan membuat penguatkuasaan terhadap sambungan paip2 secara haram. 

Dalam tahun pertama perjanjian konsesi yang dibuat pada Disember 2004 , SYABAS berjaya mengurangkan NRW sebanyak 5% setelah mengambil alih PUAS . Dengan beban kewangan yang tinggi (hutang RM 2.3 billion) dan juga terpaksa membeli air terawat dari loji2 rawatan dengan harga yang tinggi , untung yang diperoleh tak lah sebanyak mana hasil dari kerja pengagihan air. Oleh itu, agak sukar bagi SYABAS untuk 'maintain' dari segi kos untuk operasi, pentadbiran dan penyelenggaraan, apatah lagi untuk pembangunan-pembangunan yang lain seperti penggantian aset (paip2 lama kepada baru) , kerja2 penaiktarafan dan pembangunan. Kekangan kewangan yang sedia ada juga diburukkan lagi keadaan apabila CAPEX dibekukan oleh kerajaan Selangor . Secara tak langsung kerja2 untuk menurunkan peratus NRW terbantut. 




Pada pertengahan Jun 2012 , SYABAS telah menuntut kerajaan Selangor untuk membayar hutang sebanyak RM 1.05 billion kepada syarikat itu berikutan pelarasan tarif air. Sudah lah CAPEX dibekukan , hutang kepada SYABAS pun tak nak dibayar , macam mana lah projek2 naik taraf nak dibuat kalau sumber kewangan disekat-sekat sebegitu . Nampak macam ada usaha untuk sabotaj SYABAS dari kerajaan negeri Selangor . Amat pelik sekali kenapa hanya syarikat konsesi SYABAS yang bertindak sebagai pengagih air dijadikan mangsa dan tidak pula syarikat konsesi yang menjual air kepada SYABAS . Baru2 ini juga telah ditunjukkan paras air terawat di salah sebuat loji rawatan amat kritikal . Masalah air sekarang ni sebetulnya dah jadi macam 2 in 1 . Masalah kekurangan air terawat dari syarikat yang menjual air kepada SYABAS , dan masalah peratusan NRW yang tinggi dari SYABAS sendiri (yang berpunca dari kekangan kewangan seperti yang dinyatakan di atas)

sumber (Utusan)

Saturday, July 28, 2012

Pemimpin keteguran bukti blogger Pro-BN bukan pecacai & penjilat .

2-3 hari kebelakangan ni aku tengok banyak betul hentam DSU Rais Yatim , mula-mula pasal logo . Aku tak hentam tapi aku tegur je , memang logo tu agak tak hensem . Hari ni pula aku tengok 'wave' nya makin menjadi-jadi pulak , sekarang brother aku dari Nadi Rakyat , Waris Amp pun dah start hantam kow-kow . Jadi untuk tahu apa ceritanya aku tengok la lirik lagu merdeka yang ramai orang kata agak geli-gelemen bila melihat liriknya. Jadi bila aku teliti lirik lagu merdeka yang terbaru ni , baru lah aku faham kenapa orang hantam kow-kow punya. Minta maaf cakap dan aku cakap yang betul ni , memang lirik lagu tu bunyinya bodek melampaui batas ! Boleh nangesss gua sebagai penyokong tegar Barisan Nasional bila baca lirik lagu tu .


Bagi mereka yang berjawatan samada dalam BN,UMNO dan kerajaan .. hentikan lah  budaya bodek-membodek secara melampau ni . Bagi aku untuk memajukan diri perlu ada teguran , orang yang dibawah perlu menegur jangan cerita benda yang enak-enak saja . Kita tak mahu pemimpin dibuai mimpi indah , kita nak pemimpin sentiasa 'alert' dan dengar denyut nadi rakyat .. Analoginya doktor yang 'check' pesakit takkan lah nak bagi tau pesakit tu dia takde masalah apa2 demi menyenangkan hati pesakit,  sedangkan hakikatnya pesakit tu ada masalah yang teruk. 

Ok , cukup lah aku berceloteh disini .. mai baca luahan blogger Waris Amp tentang kekecewaan beliau tentang budaya bodek membodek ni . Kabarnya DSU Rais Yatim terkena tempias pegawainya ? Betul ke?


dari catatan Waris Amp ;

"HAH!! KAN WA DAH CAKAP!! PEGAWAI RAIS YATIM CUBA MALUKAN BOSNYA SENDIRI!! SEBELUM NI WA ADA TULIS DALAM ENTRI WA : RAIS, KENAPA PEGAWAI KAU NAK MALUKAN NAJIB??

Sekali betul-betul kes PEGAWAI dia cuba sabotaj ke ni?! Sabotaj Najib atau sabotaj Rais sendiri aku tak pasti la... Pegawai dia ni perangai agak haramjadah jugak. Pernah sekali tu pegawai dia ni nak beli PaperWaris, tapi syarat nak letakkan cerita yang memburukkan UMNO!! Katanya nak ramaikan pembaca! KONON!! Puiii!!

Sumpah WA tak jual PaperWaris! Biar dia pangkat Datuk sekalipun. Apa maksud lu nak ramaikan pembaca dengan mengutuk UMNO? Lu nak kata penyokong UMNO dah kurang kah? WA sengaja senyap sebab ini hal peribadi sebelum ni. Tapi WA berkali-kali pesan dalam blog dan page WA..bab personal WA masih boleh tolak ansur.. tapi kalau cubaan sabotaj terhadap PM. WA rasa takdak guna WA tolerate.WA pukul keliling punya. Ini saja cara ajar sampah parasit yang memburukkan nama kerajaan BN."


Duduk dan menjerit di atas jalanraya, bekas pemimpin PKR didapati bersalah !

Dari sumber Bernama , MP Padang Serai N. Gobalakrishnan yang sudah berputus arang dengan gerombolan Pakatan Rakyat nampaknya terpaksa menghadapi hukuman terhadap dosa silam yang beliau lakukan semasa menjadi pengikut setia parti itu . Semasa dalam Pakatan , boleh dikatakan Gobala antara pejuang Pakatan yang ekstrem sanggup menghadapi apa2 tindakan sekali pun demi mempertahankan perjuangan parti itu . Malangnya, kepimpinan parti tidak menghargai apa yang dilakukan Gobala. Sudah jatuh ditimpa tangga , itu lah nasib Gobala . Beliau terpaksa menghadapi hukuman terhadap perjuangan yang sia-sia . Namun, Gobala bertindak bijak keluar dari kumpulan Pakatan haram apabila menyedari ada sesuatu yang tak kena dalam perjuangan parti politik gerombolan itu . Mereka yang masih kekal , mungkin masih gembira diperbodohkan atau dah dijanjikan habuan2 yang tertentu . Berikut adalah laporan dari Bernama .


BUKIT MERTAJAM – Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan hari ini didenda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menghalang tugas penjawat awam pada 2009.

Majistret Mohd Azhar Hamzah membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap fakta kes serta mengambil kira kepentingan awam. Mohd Azhar berkata hukuman yang dikenakan terhadap Gobalakrishnan perlu dijadikan pengajaran oleh tertuduh serta orang ramai.

Gobalakrishnan didakwa menggunakan kekerasan menghalang Sub Inspektor M. Karunamuthi daripada menjalankan tugasnya di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini pada 11 pagi 17 Ogos 2009.


Dia dikatakan mengingkari arahan polis dengan menggunakan alat pembesar suara serta melaungkan kata-kata berunsur provokasi termasuk menghambur kata-kata kesat terhadap polis.

Dia didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda.

Selain itu, katanya, Gobalakrishnan juga mempunyai rekod kesalahan sama dan dikenakan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret George Town pada 2010.

Sementara itu, Gobalakrishnan yang ditemui di luar mahkamah berkata beliau akan mengemukakan rayuan bagi mengenepikan hukuman itu yang akan difailkan oleh peguamnya Saiful Ambar Abdullah Ambar pada Jumaat.

Anggota Parlimen bebas itu yang mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal tahun lepas juga berkata beliau akan terus berkhidmat untuk pengundi Padang Serai melalui Pekemas, sebuah badan bukan kerajaan. -BERNAMA

Friday, July 27, 2012

Fuziah meroyan kata kumpulan anti Lynas tak pernah mohon maaf






Bila baca 'tweet' Fuziah , nampak sangat dia masih tak berpuas hati dengan isu Lynas . Dia kata kumpulan anti Lynas tu tak pernah minta maaf. Mereka minta maaf kerana Lynas 'buli' mereka sebab nak bawak isu ni ke mahkamah. Dengan kenyataan sebegini, boleh dikatakan Fuziah masih cuba meracun pemikiran orang awam berkenaan Lynas . Aku cadangkan pada Lynas saman juga si Fuziah ni . Takut kena saman terus buat kenyataan permohonan maaf . Lepas Lynas tak jadi saman dia mulakan balik dengan segala komen2 sumbang ! Come on lah, berani kerana benar , kalau yakin di pihak yang benar kenapa nak buat siarkan permohonan maaf segala di portal FMT ? Please la , don't be hypocrit , either u apologize and shut up or don't apologize and bring it to the court. Stop acting like a jackass ..

Fuziah meroyan kata kumpulan anti Lynas tak pernah mohon maaf.

Bila baca 'tweet' Fuziah , nampak sangat dia masih tak berpuas hati dengan isu Lynas . Dia kata kumpulan anti Lynas tu tak pernah minta maaf. Mereka minta maaf kerana Lynas 'buli' mereka sebab nak bawak isu ni ke mahkamah. Dengan kenyataan sebegini, boleh dikatakan Fuziah masih cuba meracun pemikiran orang awam berkenaan Lynas . Aku cadangkan pada Lynas saman juga si Fuziah ni . Takut kena saman terus buat kenyataan permohonan maaf . Lepas Lynas tak jadi saman dia mulakan balik dengan segala komen2 sumbang ! Come on lah, berani kerana benar , kalau yakin di pihak yang benar kenapa nak buat siarkan permohonan maaf segala di portal FMT ? Please la , don't be hypocrit , either u apologize and shut up or don't apologize and bring it to the court. Stop acting like a jackass ..

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Fitnah terbaru pecacai Pakatan, perbelanjaan Malaysia lebih banyak dari US ?

Mari kita tengok modus operandi penyebar2 fitnah. Ini aku dapat dari timeline twitter Nurul Izzah, walaupun dia retweet dan tak bagi apa2 komen,samalah macam dia bersetuju dengan dakwaan fitnah itu.


Ok kalau tengok dari gambar yang di'photoshop' oleh pembuat fitnah, dikatakan perbelanjaan untuk urusan hal ehwal pejabat Perdana Menteri mencecah RM4 billion. Aku tak dapat pastin samada betul atau tak dakwaan ni. Kena tengok mana dia dapat maklumat ni jugak, cuma aku agak kaget apabila dikatakan perbelanjaan urusan pejabat Presiden US RM1 billion.


Jadi sekadar nak kepastian aku google dan dapat maklumat berikut. Jadi ada 2 jenis kebarangkalian penipuan disini iaitu nilai RM 4 billion untuk Malaysia dan RM 1 billion untuk US . Inilah permainan persepsi fitnah dari Pakatan, dan persepsi ini dikuatkan lagi apabila pemimpin2 Pakatan jadi tukang sebar!




Fitnah terbaru pecacai Pakatan, perbelanjaan Malaysia lebih banyak dari US ?

Mari kita tengok modus operandi penyebar2 fitnah. Ini aku dapat dari timeline twitter Nurul Izzah, walaupun dia retweet dan tak bagi apa2 komen,samalah macam dia bersetuju dengan dakwaan fitnah itu.

Ok kalau tengok dari gambar yang di'photoshop' oleh pembuat fitnah, dikatakan perbelanjaan untuk urusan hal ehwal pejabat Perdana Menteri mencecah RM4 billion. Aku tak dapat pastin samada betul atau tak dakwaan ni. Kena tengok mana dia dapat maklumat ni jugak, cuma aku agak kaget apabila dikatakan perbelanjaan urusan pejabat Presiden US RM1 billion.

Jadi sekadar nak kepastian aku google dan dapat maklumat berikut. Jadi ada 2 jenis kebarangkalian penipuan disini iaitu nilai RM 4 billion untuk Malaysia dan RM 1 billion untuk US . Inilah permainan persepsi fitnah dari Pakatan, dan persepsi ini dikuatkan lagi apabila pemimpin2 Pakatan jadi tukang sebar!
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Thursday, July 26, 2012

Finally,Pakatan agree there's lack of treated water in Selangor and their spin game continue

This is another posting from my fren, Uncle Fuad Omar (a retired civil engineer) which I think should be spread out to counter Pakatan's spin (to the max) in water crisis issue. People are getting more confuse, previously they keep stressed on the raw water but after being highlited in blog/media etc , the divert to the treated water.

It seems now they agreed , there is lack of treated water supply from the treatment plant. Yet , SYABAS still to be blame. Without going into details on the technicality of water treatment plan. These bunch of PR leaders simply pin pointing fingers and refuse to understand on the technical matters, Politician stay away and let the engineer do the talk ;

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F7%2F26%2Fnation%2F11730836&sec=nation

Quote from Uncle Fuad Omar;

"Data quite significantly different..."The production capacity of the 34 treatment plants at present is 4,807 million litres a day (MLD), compared to Syabas' distributive capacity of 4,371 MLD.

"There is an excess of 436 MLD and it means that Syabas is operating below its actual capacity," he said.

Khalid added that once the mitigation project was completed, the production capacity would rise to 5,139 MLD, which is 768 MLD more than Syabas' distributive capacity.

My comments

Treatment Plant just like any other plants (power plant for eg) under the prudent utility practice, the best Load Factor is 80% to cater for maintenance, outages etc etc....hence with the LF of 80%, the so called Reserve Capacity is 20% anything more than this, the plant is operating under heavy stress...this is what happen in Selangor now..

The Plants can be divided into 2.

1 - Treatment Plant (those under Water Treatment Operators i.e Puncak Niaga, Abbas, Taliworks and Splash...off all the plants Puncak should the be the worst in terms of efficiency and availabilty, since all the plants under PN are old plant...Bukit Nenas is the worst..pre Mederka, followed by Langat 1 and other smaller plants such as Cheras and this derating would affect opeartion.)..

2 - Distribution Plants (under Syabas i.e mainly pumps and actuators)..most of it have reach its economic life..

Hence if the treatment is efficient and reliable but the distribution is not performing, the overall operation is still affected i.e to the consumer

This is what is happening now, the capacity and capability of the pumphouse to the balancing reservoir has deteoriateSyabas) and hence the reseervoir could not be recharge in a timely efficient manner to meet the demand.

As per Syabas concession, this is part to their work i.e uograde & rehabilitate all the pumphouses....but nothing muchmthey can do since the bonds has gone sour and the SOS CAPEX by KeTTHA (I think about RM 500 M) has been blocked by this Pakatan Rompak"

Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Kapal Meletup di Jeti Mega Methanol, Labuan ! 6 orang dijangka terkorban


Breaking news ! Kapal minyak Petronas meletup di Labuan . Menurut sumber Berita Harian online , seramai 6 orang dikhuatiri mati. Letupan berlaku ketika 'loading' minyak di jeti Petronas Mega Methanol.Kapal Mt. Bunga Alpinia itu dikatakan meletup pada pukul 2:30 pagi waktu tempatan , hingga sekarang kerja2 mencari mangsa sedang giat dijalankan . Perghh memang menyeramkan kalau benda2 macam ni berlaku . Sebenarnya, aku banyak jugak terlibat untuk kerja2 di LNG port ni . Memang Petronas cukup strict dengan safety ni kat jetty LNG, terutama kat kawasan yang dilabelkan sebagai 'hazardous' . Loading and Unloadaing tu memang confirm 'hazardous' area , cuma sekarang aku tengah fikir apa yang sebabkan kebakaran tu ? Adakah 'spark' dari kapal itu sendiri atau 'spark' yang berpunca dari kawasan jetty . Gambar2 lain juga boleh ditengok di blog Pinkgoodness

Tahap kemakmuran negara dinilai dari kecantikan logo hari merdeka? Makin 'lawa' logo makin makmur negara?

Beberapa hari ni, sibuk je orang bercerita pasal logo merdeka 2012. Aku tertanya buruk sangatkah logo tu ? Hingga dijadikan isu? Bila aku google, baru aku faham kenapa soal logo untuk merdeka dijadikan isu. Secara peribadi, aku rasakan logo tu memang tak berapa cantik dan design agak simple + 'crowded' . Itu komen ikhlas aku je la. Tapi hakikatnya, pada setiap tahun bila hari kemerdekaan negara nak disambut, aku tak berapa ambil kisah pun dengan logo atau tema hari kemerdekaan pada tahun itu.

Pada aku yang penting,negara dalam keadaan aman damai, ekonomi negara baik, dan kerajaan yang sentiasa prihatin dengan kehendak rakyat. Datuk Seri Najib , dah melakukan yang terbaik hanya dalam tempoh beberapa tahun peralihan kuasa. Biarlah nilai dan nikmat kemerdekaan itu dirasai dan dihayati dengan usaha2 kerajaan dalam meringankan beban hidup rakyat dan bukan dari logo2 semata-mata . Pelik juga dengan sikap orang Malaysia yang suka sangat melayan dengan perkara remeh temeh.

Apa lah nak dimalukan sangat dengan negara2 luar dengan 'kecantikan' logo merdeka tahun ni ? Sepatutnya lebih malu kerana dalam negara kita ada pemimpin politik hipokrit yang tak reti berundur walau dihujani dengan pelbagai skandal moral.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, July 25, 2012

Selepas isu LRT , George Kent dikaitkan pula dengan Tender Langat 2


Portal Malaysiakini , hari dengan tajuk 'George Kent' juga akan bida untuk Projek Langat 2' . Berdasarkan tajuk pun kita tau dia nak timbulkan persepsi kononnya 'George Kent' adalaah syarikat kroni dan nak kaitkan dengan isu yang si Rafizi timbulkan berkenaan kontrak pembinaan LRT . Seperti dalam posting aku yang lepas untuk projek pembinaan LRT , dari segi pengalaman konsortium George Kent takkan ada masalah sebab rakan konsortium mereka ialah China Railway yang sudah semestinya ada banyak pengalaman dalam sektor pembinaan landasan keretapi.  Malah George Kent adalah antara syarikat yang disenarai pendek bakal mendapat kontrak pada peringkat awal tender , dan syarikat yang diwar-warkan Rafizi yang kononnya sepatutnya dapat tender LRT, tak tersenarai pun di peringkat awal . Untuk Projek Langat 2 pula , George Kent dari segi pengalaman memang tak ada masalah langsung sekiranya mereka betul-betul nak membida untuk projek ini . Berikut adalah 'printscreen' dari website George Kent berkenaan pengalaman syarikat itu dalam projek pembinaan berkaitan dengan bekalan air.

Mainan persepsi oleh Malaysiakini memang mudah untuk dihidu , perkara-perkara yang berkaitan dengan tender dan kontrak adalah confidential . Biasanya yang berjaya dalam kontrak akan dipilih berdasarkan banyak aspek , tapi yang paling utama ialah harga yang rendah dan teknikal proposal yang terbaik.  Selain itu aspek pengalaman juga diambil kira. Malang betul , syarikat George Kent ni , tak pasal-pasal di jadikan 'kambing hitam' oleh pecacai-pecacai Pakatan Haram. 

Abby balas kenyataan Zunar! Ceramah lagi masyuk dari berkarya ?

Baru-baru ni Zunar ada buat kenyataan , jangan guna artis untuk ceramah politik je . Bagi ruang sama untuk mereka berkarya. He he he. Hari ni dari tweet MalaysianInsider , Abby buat kenyataan balas balik komen Zunar iaitu artis2 yang masuk PR akan mula berkarya lepas BN tumbang.

Emm..bukan main lagi si Abby ni punya statement lepas ditarbiyah oleh PAS. Ni nak habaq mai kat Zunar, bagi ceramah kat majlis2 PAS selama sejam lagi masyuk la dari berkarya. Berkarya pun tak tentu laku sebab Abby dah termasuk dalam kategori artist yang sizennn. Alasan je bila Abby kata nak tunggu dulu BN tumbang, dia dah syok jadi penceramah!
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Tuesday, July 24, 2012

Jangan kena tipu lagi ! Rakyat Selangor kena faham siapa tukang tapis air dan siapa tukang agih air

Kemunculan Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang dibelakang tabirnya penyelidik2 hebat nampaknya meresahkan kerajaan Pakatan , peranan GPRS bukan setakat sembur air liur je . GPRS buat penyelidikan, kira2 , analisis , dan segala yang berkaitan dengan perundangan barulah diaorang tampil ke hadapan dan buat pembongkaran . Hari ni GPRS buat lawatan ke ofis SYABAS untuk dengar taklimat SYABAS , nak selidik samada SYABAS cakap kosong atau cakap berdasarkan fakta . Selepas sesi taklimat dengan SYABAS , GPRS melalui pengerusinya Datuk Shohaimi meng'confirm'kan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat memang cuba memesongkan fakta dan mengelirukan rakyat !


Apa lagi tindakan susulan GPRS selepas ini untuk membongkarkan penipuan kerajaan Pakatan Rakyat mengenai krisis air di Selangor ?? Adakah lawatan ke loji2 rawatan air ? Kah kah kah , nampaknya ada orang bakal terjerat dengan penipuan yang mereka rancang ! Sebenarnya bila dilihat situasi terbaru , kerajaan Selangor ada membuat kenyataan tentang perancangan mereka untuk 'upgrade' Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 dan Fasa 3 dengan memohon peruntukan sebanyak RM225 juta dari Kementerian Kewangan kerana Loji2 itu beroperasi pada kapasiti yang maksimum !


Jadi dengan permohonan peruntukan itu , kerajaan Selangor mengakui Loji Rawatan Air perlu dinaik taraf , tapi sampai bila loji2 yang dinaiktaraf ni boleh bertahan ? Soal yang kedua , siapa pengendali Loji Rawatan Air Sungai Selangor ittew , SYABAS ke yang mengendalikannya ???  Untuk makluman anda semua , pengendali Loji Rawatan Air Sungai Selangor ialah SPLASH (Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor) , SYABAS tukang mengagih aja . Jadi persoalan sekarang kenapa yang tukang agih air (SYABAS) nak dijadikan mangsa ?


Aku cuba bagi analogi mudah lerr , Makcik Bedah dengan tulang 4 keratnya mampu buat nasi lemak 100 bungkus sehari , Makcik Bedah jual nasi lemak yang dibuat tu pada pengusaha kantin sebuah sekolah . Oleh kerana nasi lemak Makcik Bedah sangat sedap , 100 bungkus nasi lemak tu cepat je habis padahal ramai lagi yang nak beli nasi lemak tu . Student2 dan cikgu2 selalu tanya kenapa cepat sangat nasi lemak tu habis ? Kalau ikutkan permintaan student2 dan cikgu2 di sekolah tu terhadap nasi lemak Makcik Bedah , mau 200 bungkus baru cukup . Jadi soalan aku, dengan menukar pengusaha kantin sekolah tu , adakah makcik Bedah mampu menghasilkan 200 bungkus nasi lemak sehari dengan tulang 4 keratnya ?

Dalam analogi diatas , Makcik Bedah ialah pembekal (contoh SPLASH) . Pengusaha kantin mengagih (SYABAS) , student2 dan cikgu2 (pengguna2 air) . Apa yang kerajaan Selangor cuba lakukan sekarang ialah nak ambil alih SYABAS , padahal isu yang sebenar ialah nak loji rawatan air itu sendiri ! Cukup-cukuplah menipu , nak 'upgrade' loji rawatan air sungai Selangor tu adalah 'coverrina' saat2 terakhir . Kantoiii !

Mahkamah KL kata 'Bersih' entiti yang sah

Terkini! Mahkamah Kuala Lumpur hari ini mengistiharkan Bersih adalah entiti yang sah. Bagaimana keputusan mahkamah itu dibuat? Aku tak tau. Cuma nak ditekankan disini walau mahkamah iktiiraf Bersih entiti yang sah, namun perhimpunan-perhimpunan yang dianjurkan Bersih tetap perhimpunan haram yang menyusahkan seluruh warga KL.Mungkin selepas ini LGBT juga akan dibawa ke mahkamah untuk diiktiraf sebagai entiti yang sah? Tanya jah ni..
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Air Asia atau MAS bakal 'bungkus' ?

Terasa amat pelik sekali dengan syarikat penerbangan MAS ni, macam hidup segan mati tak mahu. Bila dah ada pertolongan dari luar, kesatuan sekerja naik kepala , tolak pertolongan tu . Masih nak bekerja dengan 'attitude' lama yang sama. Kalau nak berubah, 'attitude' pun kena ubah , hentikan perbelanjaan-perbelanjaan mewah yang tak perlu. Asal sangkut kerajaan kena 'bail out', selalu je macam ni, dah macam mendukung biawak yang hidup pulak ? MAS beroperasi lebih lama dari AirAsia , sepatutnya ada lebih banyak pengalaman dalam selok belok industri penerbangan ni tetapi malangnya MAS selalu catat kerugian dan AirAsia pula selalu catat keuntungan. Beli lah macam2 pesawat baru tapi prestasi lebih kurang aja .Hmm apa nak jadi ?


Terbaru dari portal online Business Times, mungkin dah 'fed-up' dengan MAS , ada ura-ura mengatakan Air Asia akan tarik diri dari segala perjanjian kerjasama dengan MAS . Berita ni tak ada pengesahan lagi , baru ura-ura . Tapi masakan pokok bergoyang kalau angin tak bertiup ? MAS dan Air Asia gagal dihubungi oleh pemberita untuk mengesahkan hal ini (sumber) . Komen aku, bila orang nak menolong tapi sikap kita tetap keras kepala bodoh sombong , maka lama2 kita akan kekal di takuk yang sama. Adalah amat memalukan sekali bila dicanangkan satu dunia bahawa kita mempunyai 'krew kabin' yang terbaik tetapi pada masa yang sama mendapat tempat tercorot dalam penilaian syarikat2 penerbangan lain di dunia (sumber). Mungkin tiba masanya kerajaan bertindak keras sedikit dengan syarikat penerbangan MAS ini, tak ada maknanya kalau berterusan membantu syarikat yang sentiasa kerugian. 

Monday, July 23, 2012

Wall Street Journal bikin Pakatan Haram panas !

Malaysia berada di landasan ekonomi yang betul . Ini bukan orang UMNO yang kata, tapi Wall Street Journal yang kata . Media yang selalu hantam Malaysia melalui proksi mereka Anwar Wall Street Journal terpaksa mengakui hakikat ini.

Antara beberapa point penting yang dilaporkan oleh WSJ untuk menyokong pandangan mereka ialah:-

1. Initial Public Offering (IPO) kedua dan ketiga terbesar di dunia ialah dari Malaysia iaitu Felda Global Venture Berhad (RM 10 billion) dan IHH Healthcare (RM 6.3 billion)

2. Penanda aras bagi indeks KLCI Malaysia juga mencatat rekod pada hari Rabu yg lepas apabila meningkat hingga 7% tahun ini.

3. Ekonomi Malaysia juga dipuji apabila mencatatkan kadar pengangguran yang rendah,kadar inflasi terkawal, dan kadar pertumbuhan kasar produk domestik yang dijangkakan sekitar 5% tahun ini.

4. Bank-bank di Malaysia juga dalam keadaan baik dengan kualiti aset yang mantap.

Link untuk article ni ada disini, nak baca article penuh kena subscribe lerr.

Apa pun kalau tengok di ruangan komen, ada la juga yang tak puas hati bila bagi komen berbau sotong dan udang kering. "Small investor have always been lured buying blindly...bla bla bla" . Siapakah yang bodoh nak melabur berjuta-juta (nilai 'small' investor I guess?) diluar negara tanpa mengkaji kestabilan ekonomi,budaya,sumber manusia dan sosio politik sesebuah negara.

Cuba bayangkan apa akan berlaku sekiranya kerajaan yang memerintah bertukar ? Keyakinan pelabur2 akan jadi goyang,mesti diaorang nak tengok prestasi kerajaan yang baru sebelum nak buat keputusan. Tapi berdasarkan rekod Pakatan yang tak habis2 bermain politik,jika mereka jadi kerajaan maka alamatnya tak kemanalah negara yang dibina hasil titik peluh kerajaan BN .

SAMMseng nak tangkap pengundi 'hantu' PRU-13 nanti ! Silap tangkap buruk padahnya...

Pengumuman kepada semua anggota polis, ahli-ahli UMNO, Barisan Nasional dan mana-mana kumpulan yang menolak strategi kotor Pakatan Haram untuk menang PRU ke 13 nanti . Melalui apa yang diceritakan oleh blog-blog di sana , SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) akan bertindak untuk melakukan penangkapan pada individu-individu yang mereka syak sebagai warga asing yang mengundi . Tindakan SAMM ni memang lah bagus untuk memastikan tiada warga asing yang jadi tukang buang undi , TETAPI SAMM harus ingat penduduk Malaysia ni berbilang kaum dan bangsa , macam2 jenis muka dan keturunan yang ada , Melayu , Cina, India, Pakistan, Arab, Pan-Asia, Siam, dan macam lagi . Kalau tersalah tangkap warganegara Malaysia yang tulin, jangan salahkan orang lain kalau ada yang mengamuk akibat hak mengundi dinafikan .


Muka aku sendiri tak nampak macam Melayu tulin, dan wajah2 jawa pulak tak beerti mereka berasal dari Indonesia . Ramai juga kaum-kaum Cina di Malaysia ini yang tak reti bercakap bahasa kebangsaan , adakah mereka ini juga akan ditangkap kerana disyaki berasal dari Tanah Besar China ? Sama juga kesnya dengan orang India , bagaimana nak memastikan samada mereka itu dari India atau benar2 penduduk sejati Malaysia ? Oleh itu , SAMM ni perlu sedar tindakan mereka ni barangkali akan 'silap' menangkap orang.  Aku jangkakan apa yang akan mereka buat ialah tahan2 orang2 yang mereka anggap sebagai 'warga asing' sehingga tamat tempoh mengundi .

Oleh itu , nasihat aku pada orang ramai yang memang rakyat sejati Malaysia tapi muka ada iras2 Bangla , Nepal , Kemboja dsb datanglah mengundi awal2 pagi-pagi kalau tak nak didajalkan oleh puak2 SAMM ini . Satu lagi seruan aku ialah supaya polis2 , ahli2 UMNO dan Barisan Nasional serta mana2 kumpulan yang lain perhatikan tindak-tanduk wakil atau kumpulan SAMM ni masa proses pilihanraya berlangsung . SAMM nak tunjuk samseng ??? Silakannn ... beb kalau ada budak2 SAMM tahan aku masa mengundi nanti , memang siap aku kerjakan .

Demo 'bodoh' Kera-kera AMK di Bangunan SYABAS, Shah Alam


Inilah yang kera-kera AMK tahu , demo demo dan demo lagi . Amat bodoh sekali tindakan yang dibuat ini,berdemo untuk satu perkara yang mereka sendiri tidak faham ! Pemimpin kata A , maka A lah bagi mereka . Pemimpin suruh terjun lombong , maka terjun lombong juga agaknya ? Mereka dok bising nak ambik alih SYABAS, kononnya pengurusan tak cekap tapi mereka tahu kah soal nak ambil alih ni bukan sesedap rasa je. Antara pemimpin Pakatan yang hadir semasa demo ialah MP Ampang, YB Zuraida , MP Shah Alam , Khalid Samad dan ADUN Seri Muda Shuhaimi Shafie.



Berapa kali aku dah kata proses pengstrukturan industri air di Selangor dah dimulakan sejak zaman BN lagi. Kena ikut peraturan dan undang2..bukan pakai main redah ja . Lagipun pegangan saham kerajaan Selangor dalam SYABAS ada 30% . Apa yang wakil 30% ni buat dalam lembaga pengarah ? Tak habis2 dengan retorik nak ambik alih SYABAS, masalah air nya tak selesai jugak ! Bayangkan apa pula alasan mereka sekira SYABAS berjaya diambil alih tetapi krisis air tetap tak selesai ? Rasanya dah ada 'kambing hitam' yang akan dipersalahkan, memang tak boleh pakai !

Pengakuan Farith Ismeth difitnah 11 tahun oleh lebai-lebai bertanduk !

Berita yang diterima hari ni betul-betul menggemparkan ! Pengakuan Farith Esmith Emir pembaca berita RTM yang cukup popular dengan 'slang' ala erebnya mengatakan bahawa tuduhan beliau merupakan (bekas) suami ke-2 Datin Seri Rosmah adalah fitnah dan tohmahan jahat puak-puak Pakatan Haram semata-mata ! Sememangnya apa yang digembar-gemburkan oleh puak-puak Pakatan Haram berjaya kerana cerita ini disampaikan oleh bekas boss aku sendiri yang berbangsa Cina lebih kurang 4 tahun lepas  . Dia bagitau aku , dia dapat cerita ni pun dari mulut ke mulut . Rupa-rupanya persepsi ini dimainkan dah lama sangat , betul lah kata Farith bahawa cerita ni dah berlanjutan hingga lebih kurang 11 tahun lamanya .


Entah siapa yang memulakan fitnah ini semoga orang tu dapat hukuman yang sewajarnya. Apa yang pelik ialah , orang ramai yang menerima berita itu membabi buta percaya tanpa soal selidik yang lebih mendalam. Mungkin perkara ini hanya 'cakap-cakap kosong saja' dan bukan isu negara jadi tiada yang tampil untuk membetulkan persepsi masyarakat umum. Walau bagaimanapun , imej Datin Seri Rosmah tercalar dengan teruk sekali akibat dari persepsi yang dimainkan ini. Mujurlah ada video pengakuan dari Farith sendiri , semoga yang membuat fitnah dan menyebarkan fitnah bertaubat dengan segera !

Sunday, July 22, 2012

Exco Air Selangor Patut Buat Lawatan Segera Ke Loji2 Air Dan Tanya Soalan2 Cepumas Berikut...

Sebelum ni aku ada buat 'posting' komen berkenaan gambar Rony Liew tengah 'posing' dekat empangan yang penuh . Dan salah satu saranan aku ialah kerajaan Selangor hantar wakil-wakil kejuruteraan mereka untuk 'verify' data yang diberikan oleh SYABAS adalah benar . Kementerian Tenaga dan Air (Kettha) juga mempunyai data yang sama . Tapi kalau melihat sikap pemimpin-pemimpin Pakatan yang sentiasa menganggap apa saja data yang diberikan oleh kerajaan tak benar , elok lah disegerakan wakil-wakil yang dipilih oleh kerajaan Selangor melawat ke setiap 'treatment plant' .


Berikut adalah komen salah seorang rakan 'brainstorming' untuk isu air , dengan 30 tahun pengalaman sebagai jurutera , apa yang ditulis oleh Uncle Fuad Omar adalah untuk penilaian wakil-wakil 'professional' kerajaan Selangor ke setiap loji rawatan air . Data-data berikut MESTI diperoleh untuk menentukan samada Selangor benar-benar berada dalam krisis air atau tidak. Do it professionally bukan 'posing'2 bergambar aja ..

"Off late banyak sangat YB PR bergambar diatas tasek ampangan yg penuh pun dan tindakan itu tidak menyelesaikan masaalah di loji rawatan.......why not this YB (dah depa ranjin sangat) go to all the Water Supply Operators (Puncak, Abas, Sg Harmoni, Splash) and ask this following info:-

1 - Design & Present Plant Efficiency & Reliability
2 - Design Production.
3 - Present Production.
4 - Available Raw Water Supply (dams & rivers).
5 - Present and Projected Demand
6 - Operation cost of each plant (sen/cu m)

Then we can pin point what & where it went wrong.....and propose mitigating measures at the Least Cost Option..

Jgn dok main hantam saja...kata this a "Manufactured Crisis"....we can manufactured the crisis for political reason, but we cannot manufactured the above numbers (including financial numbers )

As for me I has all the detail (latest update) with me from KeTTHA (i.e source from all the Water Operators)....and based on the numbers that was provided to me.....Selangor (including WP KL & Putrajaya) is in deep shit in terms of water supply....and this crisis tak kenal party mana....semua akan terima padahnya including myself.."

Versi Peristiwa 13 May Pakatan Rakyat ?

Pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat kerap mengatakan versi penceritaan peristiwa 13 May , hanyalah rekaan UMNO semata-mata . Pemimpin-pemimpin mereka yang hidup pada ketika itu tentulah tidak akan mengaku dan menceritakan perkara yang sebenar berlaku pada 13 May 1969 . Generasi muda yang menyokong kumpulan Pakatan Rakyat juga diracuni dengan sentimen yang serupa . Kononnya pada ketika itu tidak ada internet, handphone dan sebagainya jadi rakyat tak tahu apa hal sebenar yang berlaku . Malah bukti2 bergambar pada ketika itu mungkin juga dikatakan penipuan UMNO semata-mata .


Pemimpin seperti Lim Kit Siang tentulah gembira dengan perkembangan terbaru sebegini , kerana masa perkara-perkara silam yang dilakukan beliau 'hilang' begitu saja . Secara peribadi ,cerita mengenai peristiwa 13 May yang berlaku  disampaikan pada generasi seterusnya melalui orang-orang tua yang mengalami sendiri peristiwa itu . Dan apa yang diceritakan adalah konsisten dengan apa yang diceritakan dari arkib negara Malaysia . Mereka mengalami sendiri perkara itu , malah bukti bergambar perarakan 13 May juga menunjukkan siapa yang mula-mula bertindak mencetuskan provokasi .


Aku tulis berkenaan hal ni pagi-pagi ni sebab mendidih sikit darah bila baca komen2 di Malaysiakini tentang 'review' filem Tanda Putera . Pengarah filem Shuhaimi Baba pula yang di'balun' oleh puak2 pembaca tegar Malaysiakini . Malah ada yang meminta supaya Namewee membuat filem 13 May versi Pakatan . Dari komen-komen yang dibuat oleh puak2 ini nampak benar mereka begitu berani sekali mengeluarkan komen2 provokasi . Berani mungkin hanya kerana di'selamat'kan oleh medium yang bernama internet . Puak-puak ni semakin berani kerana mereka rasakan ada sokongan orang2 Melayu yang 'tak kolot' .


Aku sendiri tak dilahirkan di muka bumi ini semasa peristiwa 13 May berlaku , tapi aku yakin suasana ketika itu pasti amat menakutkan kerana nyawa seolah-olah tak berharga lagi . Perkataan 'amok' berasal dari bahasa Melayu , ada sebabnya mat saleh pinjam perkataan 'amok' ni dalam perbendaharaan mereka . Peristiwa 13 May ialah contoh bagaimana Melayu amok . Ramai yang yakin peristiwa ini mungkin tak akan berulang lagi dengan kematangan fikiran dan perkembangan teknologi maklumat. Tapi adakah dengan dasar keyakinan ini perkara2 yang boleh mencetuskan hal sebegini dipermain-mainkan lagi ? Pada aku hentikan lah provokasi-provokasi tak bermaruah yang seolah-olah cuba melihat takat kesabaran dan toleransi. Kalau dah bermula, memang susah nak hentikan dan mengambil masa yang agak lama untuk membina semula keyakinan pelabur.

Saturday, July 21, 2012

Selepas Hadi Awang, Karpal Singh 'sound' Nasruddin Tantawi Pulak ?

Tadi semasa aku dengar petikan debat Ketua Pemuda PAS Nasruddin Tantawi dengan Ustaz Fathul Bari , ada dia menyebut Karpal Singh boleh berkompromi dengan hukum hudud . Aku yang dengar pun tekejut la juga , orang macam Karpal Singh boleh tukar pendirian secara tiba2 . Mentang2 lah kabar angin mengatakan Karpal Singh tengah sakit , jadi lebai2 PAS ni sesuka hati je menyelewengkan fakta semasa berdebat . Orang selalu kata bila dah nak kalah debat , orang yang nak kalah tu selalu berbohong . Itu lah yang berlaku pada Ketua Pemuda PAS , banyak hujah2 beliau senget dek libasan hujah-hujah kukuh dan mantap dari Ustaz Fathul Bari .


Amat dikesali sekali bila hujah2 Nasruddin Tantawi sampai 'berbuih' mulut sambil diselang-seli dengan ayat2 Al-Quran akhirnya diselitkan juga dengan penipuan-penipuan . Penyokong2 pula bersorak-sorak kegembiraaan bila mendengarkan penipuan-penipuan itu seolah-olah merekalah juara debat . Malang sekali nasib Nasruddin , seperti mentornya Hadi Awang , Nasruddin juga di 'jerkah' oleh Karpal Singh . Karpal Singh dalam petikan akhbar mengatakan beliau tidak sama sekali akan berkompromi dengan hukum hudud seperti yang didakwa oleh Nasruddin . Adakah ini yang dinamakan menang sorak kampung tergadai ?

Cerita si bangsat yang nak bendera Malaysia dan lagu Negaraku ditukar

Blogger paling p*ndek dalam dunia si Tukar Tiub atau Hisham Rais dalam 'entry' baru2 ini seolah-olah meracun rakyat supaya mendesak kerajaan untuk menukar bendera Malaysia dan lagu kebangsaan. Perangai si Hisham Rais ni makin hari makin melampau. Kalau dilihat, manusia ini bakal jadi kepala yang menhuru-harakan negara.

Generasi muda harus didedahkan siapa Hisham Rais ini sebenarnya. Dia bukan seorang pejuang, dari dulu sampai sekarang kerja nya cuma buat kecoh saja . Apa yang agak merisaukan sekarang ialah persepsi generasi muda yang dikhuatiri melihat manusia bangsat ni sebagai icon. Kalau kat negara komunis macam China atau Korea Utara , aku yakin si celaka ni dah kena tembak.

Malaysia sekarang dah jadi terlalu demokratik sehingga muncul terlalu banyak langau2 taik macam Hisham Rais ni. Aku harap kerajaan bertindak keras sikit dengan si celaka ni. Jangan disebabkan hak asasi yang seekor ni , hak asasi berjuta rakyat yang lain diabaikan.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Friday, July 20, 2012

Rafizi terdesak nak 'up' lagi isu LRT , kali ni berlagak sebagai 'Safety Officer' ?

Kupasan yang dibuat oleh blogger Malay Delima agak menarik mengenai fitnah Rafizi tentang projek pembinaan LRT Ampang yang dikatakan mendapat campur tangan Perdana Menteri dalam menganugerahkan projek itu kepada syarikat George Kent . 'Spin' Rafizi ini pernah aku huraikan sebelum ini di sini , penjelasan yang lebih 'detail' dibuat oleh Melayu Atas Pagar di sini sini . Bila Rafizi mengatakan George Kent tiada pengalaman dalam pembinaan rel landasan LRT , adakah beliau sedar bahawa projek ini adalah projek kerjasama sebab itulah dinamakan Konsortium George Kent yang juga terdiri dari China Railway Construction dan Tewet GmBh. Jadi tak timbul soal Konsortium George Kent tiada pengalaman sebab pembinaan itu juga melibatkan China Railway Construction, yang sudah semestinya mempunyai pegalaman yang luas dalam pembinaan trek landasan keretapi, lihat saja jaringan landasan keretapi di China.



Perkara-perkara yang remeh yang cuba dibangkitkan oleh Rafizi terlebih dahulu diteliti oleh kerajaan dalam pemilihan kontraktor-kontraktor yang layak . Senarai nama syarikat konsortium yang tersenarai bukan lah calang-calang dan masing-masing mempunyai kepakaran tertentu, jadi atas kapasiti apa Rafizi mengatakan projek ini tidak selamat ?

Berikut adalah beberapa komentar dari blog Malay Delima ;

" Isu keselamatan ini telah dibangkitkan sebelum ini dalam tuduhan pertama, kononnya kerana Perdana Menteri campur tangan dalam soal penganugerahan projek ini, ia tidak selamat kerana syarikat George Kent itu tidak mempunyai pengalaman membina projek LRT atau yang seumpama dengannya sebelum ini. Tapi ia tidak begitu dibesar-besarkan sangat kerana sasaran sebenarnya ialah PM kerana kononnya campur tangan dalam soal penganugerahan kontrak."

seterusnya

Kenapa Anwar beria-ia mahu undang-undang Gay disemak ?


Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan khabar angin yang kononnya seorang lagi mangsa liwat bekas TPM membuat laporan polis . Amat mengejutkan sekali , maklumat khabar angin yang disebar oleh blogger Papagomo nampaknya menggemparkan seluruh negara terutama sekali di kalangan juak2 pembangkang . Di kalangan pemimpin pembangkang, tiada seorang pun yang tampil menafikan khabar angin itu serta-merta. Masing-masing kelihatan suspen memikirkan apa pula bala dan angkara yang dah dibawa oleh ketua mereka kali ini . Namun masing-masing menarik nafas lega apabila polis mengesahkan tiada laporan sebegitu yang dibuat oleh mana2 orang.


Pemimpin Pakatan yang paling awal memberikan 'respon' ialah Nurul Izzah , menakala yang lain tidak begitu melayani isu ini , mungkin mereka sedar blogger Papagomo hanya mengacah-acah dan bermain psikologi dan mungkin mereka juga sedar memang ada bukti-bukti yang jelas disimpan oleh Papagomo dan berdiam diri adalah langkah yang terbaik. Tapi tidak pula bagi Nurul, beliau mempersoalkan kenapa tiada tindakan yang diambil ke atas si penyebar khabar angin ? Nurul nampaknya kelihatan agak beremosi dan berdendam dalam hal ini , tapi kalau diteliti balik penulisan 'entry' Papagomo berkenaan laporan polis tu , dia pun kata dapat berita yang tak disahihkan kebenarannya.


Yang paling menarik, orang yang dikaitkan secara langsung iaitu Anwar , tak pula memberikan sebarang respon menafikan khabar angin itu. Mungkin beliau ada menulis samada dalam blog atau tweet tapi kelihatan beliau agak berhati-hati dalam memberikan respon balas . Paling mengejutkan selepas beberapa hari khabar angin laporan polis mangsa liwat digembar-gemburkan , kenyataan beliau di mahkamah mengatakan setuju dengan undang-undang terhadap gay tapi mahu disemak seolah-olah memberikan satu mesej tersirat pada yang memahaminya. Apakah yang dimaksudkan oleh Anwar 'mahu disemak'  ? Adakah perlu disemak untuk 'melepaskan' pengamal2 homoseksual dari segi tindakan undang2 yang sedia ada ? Sekiranya ini berlaku, tentu perkara ini akan membawa keuntungan pada seseorang .

Thursday, July 19, 2012

Isu 'Lynas' dah senyap,sekarang isu reaktor nuklear pulak timbul

Selepas 'kekalahan' yang memalukan dalam isu Lynas satu NGO dah buat statement mengatakan kerajaan Malaysia dalam diam2 nak buat nuklear reaktor pulak! Nampaknya tuduhan yang terbaru ini adalah untuk 'cover' malu pada tuduhan pertama berkenaan Lynas yang kantoi begitu dramatik sekali, hinggakan pada hari ini Fuziah belum lagi membuat apa2 kenyataan balas.

Ok berkenaan pembinaan reaktor nuclear,jurucakap Malaysian Coalition Against Nuclear, Dr Ronald McCoy berkata negeri2 yang dicadangkan pembinaan reaktor ialah Kedah,Perak, Terengganu dan Johor. Mana dia dapat sumber, dia tak nak dedahkan...samalah macam selalu dibuat,bila pendedahan dibuat mengaku ada document itu ini tapi sampai kesudah tak ada apa2.

Secara peribadi, kuasa yg dijanakan oleh reaktor nuklear lebih bersih dan murah berbanding arang batu. Masalah utama ialah pengurusan dan pembinaan reaktor nuklear itu sendiri. Sekiranya diuruskan dan dibina tanpa ada unsur2 rasuah dan penipuan mungkin menggunakan tenaga alternatif dari reaktor nuklear adalah lebih baik. 'Attitude' rakyat Malaysia terhadap penggunaan dan pengurusan tenaga dari nuklear ini juga perlu berubah sebelum kerajaan mengambil inisiatif untuk menggunakan tenaga baru ini.

Mengurus persepsi masyarakat bukan kerja yang senang, terutama dengan contoh2 bencana yang melibatkan reaktor nuklear. Jadi masyarakat dah ditanam dengan stigma yang negatif. Walau bagaimanapun,sumber tenaga alternatif masih perlu dicari kerana sumber bahan api adalah bukan sumber yang kekal dan akan kehabisan pada satu ketika. Apabila sumber berkurang tetapi tinggi permintaan,tidak mustahil kadar kenaikan tarif elektrik juga akan naik mendadak dan seterusnya membebankan rakyat.
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Wednesday, July 18, 2012

Apa kejadahnya tunjuk level air kat empangan ? Tunjuk la level air kat loji penapisan !

Hari ni dalam Malaysiakini punya portal , gambar Ronnie Liu tengah tunjuk yang paras air di kawasan tadahan mencukupi . Panas hati bila tengok gambar tu , bukan apa .. kita dah tau memang air di kawasan tadahan cukup, cuma kita nak tau sekarang paras air TERAWAT cukup ke tak ? Kerajaaan Selangor patut bawak media-media ni ke loji-loji penapisana air untuk mengesahkan dua perkara ini saja iaitu ;



1. Samada loji penapisan benar2 beroperasi pada kapasiti 110%

* Dalam bahasa mudah beroperasi melebihi kapasiti biasanya berlaku bila permintaan bertambah tapi 'workforce' tak mencukupi , oleh tu demi nak mencapai target atau permintaan yang bertambah ni 'workforce' yang sedia ada kena buat 'overtime'

2. Level air terawat di reservoir sebelum disalur ke paip utama yang seterusnya ke pengguna.

Dua perkara itu saja yang orang nak tau . Ada 34 loji penapisan , kalau kerajaan Selangor betul2 serius nak buktikan SYABAS menipu , pergi hantar orang kat setiap loji penapisan dan buat 'verification' .

Jadi yang depa dok tunjuk paras air mencukupi kat empangan2 apa cerita ??? That not the issue , people already knew it lah machaaa .

Tuesday, July 17, 2012

Lynas selamat ! Malaysia Anti Lynas Group minta maaf . Fuziah 'Thorium' terpinga-pinga?

Gempar !!! Malaysia Anti Lynas Group telah menghantar surat permohonan maaf di portal Free Malaysia Today pada hari ini . Mungkin hal ini dilakukan setelah mendapat penjelasan yang lebih mendalam dari saintis-saintis yang mereka import sendiri . Jadi isu Lynas dah tak boleh pakai ! Fauziah Thoron nak pusing cerita tang mana pulak ? Jelas dan nyata perhimpunan 'Hijau' yang dilakukan di merata-rata negeri sebelum ini hanyalah perhimpunan yang membuang masa saja dan akibat salah faham , akibat 'spin' oleh pemimpin2 Pakatan . Surat terbuka itu mengatakan tuduhan2 sebelum ini tak berasaskan fakta2 saintifik . Anyway thanks FMT dan Malaysian Anti Lynas Group for this latest shocking news ! Sampai masuk Australian portal tu... (http://au.ibtimes.com/articles/363755/20120717/malaysia-rare-earths.htm)

MB dan exco sama-sama bodoh sombong! Air dah naik kepala ?

Hari ni kita cerita pasal air lagi. Kali statement twitter Xavierjayakumar , Exco Kerjaan Negeri Selangor. Dia kata SYABAS tak boleh gunakan alasan krisis air berlaku sekarang pada tahun 2012 , ini disebabkan Loji Langat 2 dijadualkan siap pembinaannya pada 2014. Boleh tersedak baca statement dari sorang Exco yang ada title Dr di depannya. Maksudnya tak semua yang ada title Dr mempunyai kemahiran untuk menganalisis dengan baik.

Bila Xavier buat kenyataan macam tu,beliau bersetuju kemungkinan krisis air akan berlaku pada 2014 dan SYABAS hanya boleh guna alasan krisis air lagi 2 tahun. Kelakar kan ? Hal-hal berkenaan dengan krisis sukar diduga, manusia hanya boleh buat plan mitigasi sekiranya krisis berlaku. Projek Langat 2 ialah pelan mitigasi itu.

Manusia tak tahu apa akan berlaku dan bagaimana ia akan berlaku kerana kita berurusan dengan kuasa alam, manusia hanya boleh buat jangkaan saja, malah kajian dari AWER juga mengatakan krisis mungkin berlaku lebih awal dari tahun yg diramalkan iaitu 2014. Kenapa boleh berlaku lebih awal ? Antara satu sebab ialah kesemua 32 buah loji sekarang beroperasi pada kapasiti 110% sebab nak pastikan bekalan cukup.

Tapi apa akan berlaku apabila keupayaan sesuatu mesin itu digunakan secara berlebihan dari yg sepatutnya ataupun 'overloading'. Bila hal ini berlaku, maka mesin2 yg beroperasi terdedah kepada kerosakan. Paling tak pun dalam instilah kejuruteraan, kecekapan atau 'efficiency' mesin akan berkurang dan jangka hayat makin pendek. Bila 'efficiency' kurang, maka kurang jugalah output .

Katakan bila 'efficiency' mesin 100% keluarkan 1 juta meter padu air terawat dalam tempoh sehari, kalau 'efficiency' mesin berkurang hingga 50% (disebabkan overloading) maka pengeluaran akan jadi 500k meter padu sehari . This is domino effect , one thing lead to another..end of the domino will be disastrous !
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Khalid Ibrahim nak ambik alih SYABAS masalah air boleh selesai ke ?

Khalid Ibrahim buat wayang kulit lagi..Si MB Degil ni masih betah mengatakan air di kawasan2 tadahan mencukupi. Kumpulan teknikal SYABAS dah mengesahkan memang air tak cukup , opss bukan air2 dikawasan tadahan tak cukup TETAPI air terawat yang tak cukup ! Si Khalid dok spin berulang kali kata air cukup sebab dia refer pada kawasan tadahan air, yg masih tak diproses ,kalau minum terus confirm cirit birit.

Masalah sekarang ialah 34 loji pemprosesan air di Selangor beroperasi melebihi kapasiti yg sepatutnya demi nak menghasilkan air terawat yg mencukupi, dan sekarang walau beroperasi pada kapasiti 110% , SYABAS dah kata mungkin nak buat permohonan catuan air ! Apa kesss Khalid, pasal kedegilan dan kepala besar kau dan konco2 seluruh Selangor dan Lembah Kelang bakal terima padah !

Cuba fikir, kalau sesuatu itu beroperasi lebih dari hadnya dan secara berterusan pula? Apa akan berlaku? Confirm akan breakdown punya nanti. Bayangkan kalau ini berlaku kat loji2 penapisan air , dah tentunya kena repair, bila nak repair tak boleh operasi, bila tak operasi ertinya takde air.

Khalid juga bercakap berulang kali nak ambik alih SYABAS (dengan menggunakan duit kerajaan pusat). Bila dah ambil alih masalah kekurangan air ni boleh 'settle' ke ? Jangan ko divert air mentah direct to main supply pipeline udah lerr. Ni lah contoh manusia yang cakap macam pandai tapi masalah tak selesai jugak ! Berambusss lah cepat2 PR di Selangor
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Monday, July 16, 2012

Meliwat Lagi Setelah Dibebaskan ? Dahsyat !

Breaking news dari Papagomo .Kalau betul ,  hebat betul 'adik' ketua umum ni , dah kantoi berkali-kali tak serik2 ! Ganas betul . Adakah sessi CIFUT dan makan karipap berulang juga ???



Gomo baru mendapat maklumat bahawa petang tadi ada laporan Polis telah dibuat keatas Dato Seri Anwar Ibrahim oleh seorang Mahasiswa dari Utara yang menyatakan beliau telah diliwat Oleh Pemimpin PKR pada malam sebelumnya.


Seterusnya..

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor