Saturday, June 30, 2012

Pejuang-pejuang siber PR dan BN bakal guna Google Nexus Tablet ?

Ini bukan fitnah , aku tanya ja ni ...bila dah masuk pasaran Malaysia , pejuang2 siber baik dari BN atau Pakatan yang berminat nak guna Google Nexus tablet ni tentulah akan beli dan guna . He he he . Ok lah, para penggemar tablet semua , berita baik untuk anda . Google perkenal Nexus tablet ! Dan dijangka akan ada di pasaran Malaysia tak lama lagi . ASUS ialah pengilang bagi Google Nexus , saiz skrin 7 inchi je . Harga mula yang ditawarkan ialah USD 249 . Murah... lebih kurang RM 1,000 je .Memandangkan Google ialah company yang merekacipta 'operating system' Android maka O/S terbaru dari Google iaitu Android 4.1 Jelly Bean akan digunakan dalam tablet ni .


Spesifikasi tablet Google Nexus ;1.3Ghz quad-core Tegra 3 processor c/w GeForce 12-core GPU . RAM 1GB ,  internal memory 8GB atau 16GB . External memory takde. Kamera bahagian depan 1.2 MP , takde kamera belakang dan 3G connection . OK lah tu , harga murah kan... tak boleh nak expect lebih-lebih. Bateri boleh tahan 9 jam, hahaha boleh percaya ke ? Takpe lah dah dipasarkan kat Malaysia kita tengok .

Satu yang menarik , baru2 ni Mahkamah di Amerika Syarikat melarang penjualan Google Nexus di negara itu , seminggu selepas Samsung Galaxy tab 10.1 dilarang penjualannnya (sumber). Semuanya sebab syarikat Apple rasa 'insecure' dan membangkitkan isu paten . Isk isk isk , apa lah company Apple ni , bagi lah can company lain2 untuk bersaing . Dulu dengan Microsoft , sekarang buat hal dengan Google dan Samsung pulak ? Anyway setahu aku , pengeluar tablet PC yang pertama ialah Microsoft . Aku ingat lagi , agak gedabak jugak la .. mungkin tak laku punya pasal diaorang stop production.

Friday, June 29, 2012

Perkakas Pakatan Haram 'Bar Council' Tindas Ahli ?


Aku bukan lah seorang peguam , cuma masa aku login dalam akaun FB , terperasan status kawan, seorang peguam professional yang berdaftar bawah Bar Council . Kawan aku ni mengeluh dengan pekeliling yang baru dikeluarkan oleh Bar Council pada 22 June 2012 , edaran bernombor 134/2012 / , dalam edaran tu ahli2 Malaysian Bar ni kena pakat2 kutip 'point' . Sistem kutip 'point' ni dinamakan 'Continuing Professional Development Scheme' . Nak dapat 'point' ni senang je .. kena la ikut segala aktiviti2 Bar Council . Tapi kalau dah dinamakan 'aktiviti' faham2 je la.. duit yang nak kena keluar sebab nak join 'aktiviti' bukan sikit .


Selain tu, aku tertanya juga 'aktiviti'2 haram berdemo menentang kerajaan yang diketuai oleh 'lawyer2' keparat ni  pun dikira aktiviti juga ? Al maklumlah mungkin ni pun salah satu usaha Bar Council nak paksa2 lawyer ni join aktiviti2 'haram' diaorang . Dah join aktiviti baru boleh dapat 'point' ye tak ? Aktiviti berdemo haram tak payah pakai duit .. maka loyar2 yang terdesak nak point terpaksalah pasrah join demo2 yang dikepalai oleh pembangsat undang2. Aku tanya jah ni .. jangan nak saman pulak, keh keh keh .


Segala aktiviti2 yang dihadiri akan direkod oleh ahli sendiri dan dalam form yang Bar Council sediakan (CPD Attendance Record Sheet) . Apabila ahli nak mohon Practicing Certificate ,diaorang kena 'persembahkan' berapa banyak point yang dah diaorang kumpul dan juga CPD Attendance Record Sheet sebagai bukti. Agak2 apa nasib peguam yang tak dapat kumpul 'point' ni seperti yang dikehendaki sedangkan dia seorang peguam yang hebat ? Aku yakin ramai lagi peguam diluar sana yang rasa 'tertindas' dengan Bar Council yang 'menekan' ahli2 nya tapi buat masa sekarang diaornag takde pilihan . Oleh itu aku harap sangat kerajaan Malaysia mencadangkan badan alternatif bagi menggantikan Bar Council . Sudahlah diperlembukan oleh golongan2 tertentu , tindas ahli2 sendiri pulak !

Thursday, June 28, 2012

Negara 'berkebajikan' Cyprus pulak dalam krisis hutang !

Cyprus ialah negara Eropah yang terbaru mintak bantuan dana dari kumpulan EU dan terbaru IMF dijangka akan bagi bantuan (sumber)  . Dana 'bailout' yang diperlukan mungkin sehingga mencecah Euro 10 billion ! Melebihi separuh daripada saiz ekonomi negara itu sendiri . Cyprus terpaksa menyertai 4 buah negara eropah lain yang sebelum ini mengalami masalah yang sama iaitu Greece, Ireland, Portugal, dan Spain menandakan pemerintah gagal dalam menangani masalah krisis beban hutang negara itu. (sumber) .


Dari laporan BBC, punca krisis kewangan ini berlaku disebabkan ;

1. Banks: Cypriot banks' exposure to Greece totals 29bn euros, or 160% of GDP, including both Greek government bonds and loans to Greek residents.

2. Recession: Economy expected to shrink 1.2% this year (IMF).

3. Deficit: 2011 deficit 6.3% of GDP - one of the highest in the eurozone.

4. Highest public sector wage bill in eurozone (as a percentage of GDP).

Masalah pertama disebabkan kena 'tempias' dari Greece , kedua ekonomi yang menguncup , ketiga defisit perbelanjaan sebanyak 6.3% daripada GDP (tertinggi di zon eropah) dan keempat disebabkan gaji kakitangan awam yang terlalu tinggi (paling tinggi di zon eropah)

Cuba buat perbandingan dengan Malaysia , dari laporan BNM pada Mac 2012 , ekonomi Malaysia pada 2012 dijangka bertumbuh dari 4 - 5 peratus . Berkenaan defisit pulak , tang ni memang kita pun ter'kantoi' gak bila defisit fiskal dianggar pada 5.4% tahun 2011 , walau bagaimanapun kerajaan berusaha mengurangkan defisit fiskal pada tahun 2012 bawah 3% . Bab gaji ni .. aku rasa PM DS. Najib dah buat yang termampu untuk kakitangan awam . Kalau bagi lebih2 pun tengok sendiri la apa yang dah jadi dekat Greece dan Cyprus .

Oleh itu, nak jadi negara berkebajikan bukan lah senang , Cyprus dan Greece tu contoh negara berkebajikan la , tapi last2 sekali dah terjerat dengan hutang . Malaysia pula pada masa sekarang dengan pelbagai subsidi kepada rakyat masih tak dianggap negara berkebajikan oleh kumpulan Pakatan Haram . Malah mereka menawarkan bulan dan bintang, segalanya kebajikan . Gaji pekerja tinggi , air percuma, petrol & diesel murah, segalanya murah dari dasar yang bakal dibuat oleh kumpulan Pakatan Haram bila memerintah negara. Mungkin rakyat boleh bersenang-lenang dalam tempoh beberapa tahun , tapi akhirnya nasib mungkin akan jadi macam  Greece dan Cyprus.

Tuesday, June 26, 2012

Wikipedia Bahasa Melayu wajib 'Update' Maklumat Altantuya yang dah 'outdated'


Benarlah orang kata , tak semua dari Wikipedia tu betul . Sebab yang tukang masuk data dalam Wikipedia ni pun copy paste dari sumber2 lain ja . Dari petikan Wikipedia Bahasa Melayu Altantuya dikatakan seperti berikut ;



"Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, anak kepada Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi dan Sh Altantsetseg. Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia fasih berbahasa Mongolia, bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis."

"Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan."



Fasih bahasa2 lain tu aku no comment , cuma tang fasih berbahasa Peranchis tu aku nak komen berdasarkan laporan portal Free Malaysia Today baru2 ni. Dari FMT , siasatan polis Peranchis menunjukkaan tiada bukti dan rekod Altantuya pernah jejak kaki ke Peranchis .Juga dikatakan Altantuya tak boleh berbahasa Peranchis . Jelas sekali kes Altantuya , Scorpene ni memang kerja tukang2 buat fitnah .



Diulang berkali-kali, masuk Wikipedia, dicanang seluruh dunia ,kononnya PM akan disepina , terbaru sekali Dr. Mahathir terpalit sama. Tapi akhirnya kebenaran dah terserlah sedikit demi sedikit . Malah antara orang2 yang buat fitnah pun dah mengaku cerita tu hanya rekaan . Malangnya fakta2 terbaru ni tak di update dalam Wikipedia , lobai2 hingusan yang baru nak aktif politik dan nak merasa demonstrasi jalanan dok pakai sumber2 yang dah outdated hasil kerja tangan pakar pemfitnah cum peliwat negara . Malang kalau negara tumbang akibat fitnah yang berlaku secara besar-besaran akibat daripada kebodohan untuk melihat sendiri kebenaran.

Nasihat aku, student2 yang tengah buat degree, diploma atau apa2 sijil sekali pun . Counter check maklumat yang anda peroleh dari Wikipedia dengan buku2 yang ada .

Monday, June 25, 2012

Skandal Kontrak RM960 juta LRT Ampang Bakal Jerut Leher Rafizi ?

Rafizi Ramli nampaknya nak bermain dengan persepsi rakyat terhadap ketelusan kerajaan pimpinan PM Datuk Seri Najib Razak . Kononnya tiada tender terbuka . Setahu aku , Prasarana ialah syarikat milik penuh kerajaan ditubuhkan melalui Kementerian Kewangan dan kerajaan berhak melantik mana2 syarikat yang dirasakan berhak. Melalui laporan Business Times yang dikeluarkan pada 22 June 2012 , sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent Berhad diwar-warkan akan memperoleh kontrak pembinaan 'extension' LRT Ampang. Syarikat - syarikat dalam konsortium ini ialah George Kent Berhad , China Railway Construction Corp, dan Tewet GmbH .


Melalui laporan Business Times, 8 kumpulan konsortium dikatakan telah membida untuk projek ini iaitu ;

1. George Kent - China Railway - Tewet GmbH
2. Posco - Sojitz - Daewoo International - Thales
3. Invensys - Balfour Beatty Rail - Ingress
4. Colas - CMC Engineering - Thales
5. Samsung - LG - Thales
6. SNC Lavalin - WW Engineering - Bombardier
7. Siemens - SCOMI Engineering
8. Ansaldo - Emrail - Leighton

Business Times sebelum ini pernah melaporkan bahawa Konsortium George Kent mungkin akan memperoleh bidaan ini pada July 2011 . Tapi awal tahun 2012 pula , ada ura-ura pulak mengatakan Konsortium Posco akan dapat tender ni. Lepas tu , Konsortium Invensys pula diwar-warkan akan memperoleh tender ni . Banyak sangat ura-ura . Tapi benarkah dakwaan Rafizi yang mengatakan tender tak dilakukan secara terbuka? Rafizi melampirkaan satu surat setuju terima yang dialamatkan kepada Perdana Menteri mencadangkan Konsortium PDA (Posco - Daewoo ? ) sebagai kontraktor projek .

Pendapat aku , Datuk Seri Najib mungkin meminta penilaian dilakukan semula oleh Prasarana terhadap syarikat2 pembida kerana ini melibatkan projek yang sangat besar . Kalau tak , takde lah ura2 yang mengatakan George Kent akan dapat projek ni sejak tahun lepas lagi, kemudian ura-ura konsortium Posco - Daewoo , kemudian  Inversys . Dan dalam Business Times sendiri menyebut Syarikat Prasarana Negara meminta pembida2 melanjutkan tempoh sah tawaran mereka hingga 27 July 2012 . Jadi ia masih tender terbuka . Persoalan sekarang ialah bagaimana proses penilaian tender yang dilakukan oleh Syarikat Prasarana Negara baik dari segi komersil dan teknikal .

Kalau melihat latar belakang syarikat2 yang membida projek ni aku rasa masing2 takde masalah dari segi teknikal . Cuma mungkin masing2 bersaing dari segi harga atau pakej yang paling menarik untuk ditawarkan . Apa pun dalam setiap tender, pasti akan ada klausa yang menyebut pemberian tak tertakluk pada harga tawaran yang paling rendah. Jadi kerajaan berhak memberikan tender berkenaan kepada syarikat yang dirasakan dapat memberikan pakej yang lebih baik walaupun harga yang ditawarkan bukan paling rendah.

Sekarang ni aku syak (syak je bukan tuduh) , ada orang yang berkepentingan dah 'kowtim' siap2 dengan Konsortium PDA ni  (orang Prasarana ke? aku tanya je ni..keh keh keh), sekali sampai kat tangan Datuk Seri Najib disuruh tender tu dinilaikan semula . Apa lagi, maka hangin lah satu badan (mungkin sebab 'plan' nak sauk duit terbantut) sampai dibocorkan segala maklumat yang sepatutnya dirahsiakan ni kepada si Rafizi .Balas dendam kaedahnya.. Senang cerita, tak lama lagi isu yang ditimbulkan ini bakal 'backfire' balik gerombolan Pakatan Haram. Come on lah.. tender evaluation for construction project is very subjective , there are lot of consideration to be made . Apa nak heran kalau Konsortium George Kent akan dapat projek ni , sebab sejak awal lagi Konsortium ni yang dikatakan akan berjaya dalam bidaan. (sumber) . Dalam laporan ni mengatakan George Kent ialah second lowest bidder . Posco Daewoo tak tersenarai dalam 4 pembida yang terendah.

Luahan Anak Peneroka FELDA mengenai FGVH

Aku baru baca lepas baca blog tulisan seorang anak peneroka yang pelik dengan 'anasir2' yang menakut-nakutkan peneroka Felda sekiranya masuk saham FGVH , kononnya kalau ada berlaku apa2 masalah tanah peneroka akan dirampas . Blog anak peneroka ni menekankan tanah peneroka dan tanah FELDA adalah dua perkara yang berbeza . Tanah peneroka adalah hak milik peneroka . Peneroka hanya menjual hasil pada FELDA, atau meminta bantuan FELDA uruskan ladang dan collect income tiap2 bulan. Dalam blog beliau, anak FELDA ini menjelaskan beberapa 'point'2 yang menarik yang boleh kita renungkan . Jelas sekali , teknik2 'anasir'2 untuk menakut-nakutkan warga FELDA dengan penyenaraian FGVH tak menjadi kerana ada minda2 hebat seperti penulis blog anak peneroka ni .



baca di sini untuk detail .

Kuala Lumpur top 10 antara 20 Bandaraya yang menjadi pilihan pelancong antarabangsa

Melalui kajian yang dibuat oleh Mastercard Global Destination Cities Index yang dikeluarkan pada 18 June 2012, Kuala Lumpur berada di tempat yang ke-10 diantara 20 bandaraya yang menjadi pilihan pelancong antarabangsa. Kajian yang dibuat oleh Mastercard itu berdasarkan jumlah pelawat antarabangsa dan perbelanjaan luar sempadan mereka. Bandar-bandar di Asia Pasifik menjadi pilihan pelawat antarabangsa dengan Bangkok di tempat yang ke-3 (12.2 juta pelawat) , Singapore ke-4 (11.8 juta pelawat), Hong Kong ke-6 (11.1 juta pelawat) dan Kuala Lumpur ke-10 (8.1 juta pelawat)



Berikut adalah senarai penuh 20 bandaraya yang menjadi pilihan pelancong antarabangsa pada tahun 2012 ;

1. London
2. Paris
3. Bangkok
4. Singapore
5. Istanbul
6. Hong Kong
7. Madrid
8. Dubai
9. Frankfurt
10. Kuala Lumpur
11. Seoul
12. Rome
13. New York
14. Shanghai
15. Barcelona
16. Milan
17. Amsterdam
18. Vienna
19. Beijing
20. Taipei

(sumber)

Senarai di atas secara tak langsung menunjukkan Kuala Lumpur adalah setaraf dengan bandar-bandar hebat di dunia . Walau pun segala dakyah dan propaganda, puak2 Pakatan yang gemar memburukkan Malaysia bila mereka berada di luar negara nampaknya tak memberi kesan kepada jumlah pelancong yang hadir ke negara ini . Ini menunjukkan pemikiran masyarakat antarabangsa lebih matang dalam menilai kemakmuran sesebuah negara itu . Untuk berada setaraf dengan bandaraya2 besar di dunia, banyak yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk menarik pelancong ke negara ini . Usaha2 ini bukan hanya berlaku dalam setahun dua malah sejak berpuluh-puluh tahun dahulu di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Kemegahan ini mungkin direntap sekiranya, rakyat membuat pilihan untuk memilih pentadbir yang tak punya pengalaman dan lebih banyak beretorik . Pada masa itu, tak mustahil pentadbiran akan menjadi kacau bilau seperti apa yang berlaku di negeri Selangor . Mereka akan lebih gemar bermain politik daripada menumpukan perhatian membangunkan negara .

Edisi Tersedak : 60 tahun baru boleh keluar akaun 1 KWSP !

Come on lah... takkan lah umur dah 60 tahun baru boleh keluar akaun 1 ? Akaun 2 tu silap hari bulan dah kering masa umur 50 tahun . Tak semua orang boleh sihat walafiat macam Tun Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim walau dah cecah umur 60 tahun lebih . Ada yang umur 50 tahun dah start kena macam2 penyakit , entah iye entah tidak sempat nak merasa duit dari akaun 1 tu . Jadi saranan aku, pada yang berkenaan tolong lah 'kowtim' balik pengeluaran duit KWSP tu . Masa umur 50 tahun ni , ramai orang dah buat planning itu ini , nak bisnes , melancong dan sebagainya . Kapital kena ada kalau nak buat itu ini , almaklumlah dah penat bekerja hingga umur 50 tahun , takkan nak tambah lagi 10 tahun ?


Aku faham, government perlu 'cash flow' untuk pembangunan negara dan perlu pinjam dengan KWSP untuk elak pinjam dari luar negara. Tapi mungkin boleh dikaji balik, orang yang pendapatan tak seberapa ni tak perlu lah nak extend sampai 60 tahun bagai . Kuat kuasakan undang2 60 tahun ni pada orang2 yang 'confirm' dah ada harta dan simpanan lain yang berkepuk-kepuk . Orang2 yang kerja tak seberapa ni, contohnya macam 'pak guard' mungkin masa umur 50 tahun la mereka baru nak merasa hidup selasa sikit . Harapnya boleh 're-evaluate' peraturan pengeluaran KWSP umur 60 tahun ni . PRU dah nak dekat ni, awat nak biaq leher kena 'sembelih' ? Orang sebelah sana tunggu masa nak 'balun' je ni , asal ada isu depa 'spin' cukup2 .

Sunday, June 24, 2012

Bukan Jasa Lim Guan Eng : Agensi Kerajaan Pusat Bina Rumah Mampu Milik di Tanjong Tokong, Penang

197 keluarga di Tanjung Tokong, Penang bakal mendapat rumah baru lagi 4 tahun . Projek perumahan yang berjumlah RM 165 juta di bawah UDA Holding iaitu agensi kerajaan pusat akan membina 10 blok flat dimana setiap unit berkeluasan 800 x 650 kaki .


OK lah tu , bila kerajaan pusat kata nak buat depa akan buat . Bukan retorik kosong , pamer mock check RM 500 juta . Apa perkembangan terkini dengan projek perumahan rakyat RM 500 juta yang dicanang oleh Lim Guan Eng ? Konsultan dari Singapore yang dibayar mahal tu dah dapat 'design' rumah yang dikehendaki ?

Kurang ajar ! Potret Bogel PM dipamer dan dijual pada harga $5,000

Duduk dalam keadaan santai , dikelilingi orang ramai , sambil dipelawa minum kopi oleh seorang wanita dan seekor anjing dibelakang kakinya . Itu lah gambar potret yang dilukis oleh seorang artist Margaret Sutherland . Potret yang dinamakan Emperor Haute Couture itu menjadikan Perdana Menteri Kanada , Stephen Harper sebagai 'watak' utama.  Potret sepanjang lima kaki itu dipamerkan pada awal June semasa ulangtahun Kingston Arts Council . Potret itu dinilai dengan harga $5,000 .


Ini lah yang berlaku kalau negara dah terlalu 'bebas' sehingga pemimpin sendiri pun di'malu' kan . Walaupun ada beberapa reaksi kecewa dilontarkan , namun tiada tindakan undang2 dikenakan kepada pelukis potret . Mungkin kerana inilah yang anggap sebagai 'kebebasan' bersuara. Adakah ini kebebasan sebegini yang dilaung-laungkan oleh pemimpin Pakatan ? Bila mereka berkuasa nanti , mungkin ini kebebasan yang mereka mahu berikan dan janjikan pada rakyat? Bayangkan potret2 pemimpin Pakatan dilukis sebegini ,siapa yang bakal jadi mangsa ? Nik Aziz, Lim Kit Siang atau Anwar sendiri ?

Saturday, June 23, 2012

OMG !!! Tan Sri Sidek Hassan Sebagai Pengerusi PETRONAS?

Agak mengecewakan bila mendengar bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan dilantik menjadi pengerusi Petronas . Petronas ialah 'big player' in oil and gas industri dalam dunia seharusnya diterajui oleh orang yang mempunyai latar belakang minyak dan gas jugak . Aku bukan lah nak perlekeh pegawai kerajaan , tapi PETRONAS is a 'big deal' for the country . Banyak professional2 yang hebat dalam PETRONAS ni , bagi aku PETRONAS berada dalam kelasnya yang tersendiri dan bukan calang2 orang boleh menerajui PETRONAS .


Misalnya bekas Ketua Pegawai Eksekutif Petronas , Tan Sri Hassaan Merican ,gandingan beliau dan otak bijak Tun Dr. Mahathir telah meletakkan Petronas berada sama tinggi dengan syarikat2 minyak dan gas yang terkemuka di dunia . Aku bekerja dalam bidang Oil & Gas dan rasa tak berapa senang dengan perlantikan Tan Sri Sidek Hassan sebagai pengerusi Petronas , apatah lagi staf2 Petronas sendiri . Aku amat berharap keputusan perlantikaan Tan Sri Sidek Hassan ni dinilaikan semula. Seseorang yang lebih memahami selok belok industri minyak dan gas lebih diperlukan.

Semasa dalam sektor awam , banyak kakitangan kerajaan berpendapat Tan Sri Sidek Hassan ni 'liabiliti' . Banyak keputusan beliau tidak 'popular' dan menekan kakitangan awam . Adalah amat membimbangkan perlantikan beliau dalam Petronas akan menimbulkaan satu cerita lain pulak !Aku check biodata Tan Sri Sidek Hassan dan dapati Oil & Gas business adalah satu perkara baru pada beliau . Timbul kerisauan disini sekiranya gaya pentadbiran beliau di sektor kerajaan terbawa-bawa di Petronas . Seperti yang aku cakap tadi, ramai professional & tenaga mahir di Petronas , dan syarikat2 Oil and Gas luar negara terutama dari Timur Tengah memang tunggu masa nak 'tangkap' mereka ni . Bayangkan kalau berlaku penghijrahan secara beramai-ramai tenaga professional ini , apa akan jadi pada Petronas ?

Friday, June 22, 2012

Isu Air Selangor & Lembah Klang : NGO Perlu Bergabung dan Bergerak Sekarang !

Dah bermacam-macam demonstrasi yang diadakan tahun ni, apa salahnya kalau diadakan satu lagi demonstrasi aman . Demonstrasi kali ni sebenarnya lebih melibatkan survival penduduk-penduduk di Selangor dan sekitar Lembah Kelang dalam beberapa tahun yang mendatang . Adakah rakyat Selangor dan Lembah Kelang sedar yang kita ni bakal menghadapi krisis air yang sangat serius kalau kerajaan Selangor masih sambil lewa dengan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Ramai yang akan terjejas disebabkan oleh kekurangan air yang bersih . Macam mana bisness nak jalan kalau air tak cukup ? Penduduk Lembah Kelang dan Selangor ni bukan makin sedikit dari tahun ke tahun malah bertambah . Bila bertambah maksudnya permintaan air bersih makin meningkat . Loji2 air yang ada sekarang ni beroperasi pada tahap yang paling optimum sebab nak sediakan air yang bersih ni . Tapi sampai bila loji2 ni boleh bertahan ? Kereta yang baru pun akan lingkup kalau dilenjan secara konsisten dari hari ke hari !



Oleh itu aku harap , NGO-NGO yang ada di Selangor ni baik yang pro atau menentang kerajaan untuk bekerjasamaa mendesak kerajaan Selangor cari penyelesaian untuk menghadapi krisis air ni . Kalau kerajaan Selangor tak nak teruskan loji Langat 2 , mereka patut bagi penyelesaian lain . Masa sedang berlalu tapi jalan penyelesaian tak ada . Berforum ke hulu ke hilir memang tak akan menyelesaikan masalah , rakyat nakkan penyelesaian atau rakyat dah terlupa dengan kepayahan yang dilalui semasa krisis air tahun 97-98 dahulu ?

NGO2 seperti GAPS patut menggerakkan bantahan ini , libatkan seberapa banyak NGO2 lain yang mahu bekerjasama . Peniaga-peniaga yang mungkin pendapatan mereka terjejas akibat krisis air patut diberi kesedaran ! Desakan sebegini harus dilakukan atau kerajaan negeri akan menganggap rakyat tidak memandang serius . NGO2 ini patut sebarkan maklumat mengenai krisis air yang bakal melanda ini kepada semua golongan dan lapisan rakyat . Rakyat perlu diberikan kesedaran tentang hal ini .

Cerita2 mengenai isu air diharapkan tak habis di blog2 dan suratkhabar saja . Risalaah kesedaran ini perlu disebarkan secara total ! Ini dah jadi isu pembangunan negara dan bukan lagi politik . Mahal atau tidak tarif air , penyelesaian segera harus dicari . Jangan hanya kerana kerajaan PR Selangor 'takut' rakyat membayar air pada harga yang mahal mereka sanggup memperjudikan pulak nasib rakyat . At the end of the day , rakyat cuma nak air yang bersih ada bila pili paip dibuka .

Nurul Izzah Kantoi ! Louis Dreyfus Commodities Asia 'confirm' jadi rakan strategik FVGH


Anak perempuan Anwar Ibrahim, MP Lembah Pantai , Pn . Nurul Izzah kata Louis Dreyfus tarik diri dari memiliki pegangan dalam FVGH . Hari ni punya laporan yang dipetik dari Star Biz melaporkan hal yang sebaliknya pulak. Laporan itu menyebut Louis Dreyfus telah mengesahkan bahawa ia akan menjadi rakan strategik FVGH (Felda Venture Global Holding Berhad) .  Louis Dreyfus Commodities Asia (LDCA) dikatakan telah berada di peringkat akhir perjanjian dan terma-terma berkenaan perkongsian strategik dengan FVGH . Untuk rekod MoU diantara LDCA dan FVGH ditandatangani pada bulan lepas , untuk menjadikan LDCA sebagai pelabur dan rakan kongsi strategik bagi menggalakkkan pemasaran dan dagangan FGV dalam niagaan minyak kelapa sawit.


Baru2 ini harga minyak mentah kelapa sawit (Crude Palm Oil - CPO) melonjak hingga ke RM 3,042/tonne iaitu yang paling tinggi sejak 1 June 2012 . Oleh yang demikian, penyenaraian FVGH mungkin ada asasnya dengan melihat harga minyak sawit yang semakin meningkat. Penyenaraian ini sebenarnya memberi peluang terutamanya kepada peneroka untuk mendapat keuntungan yang lebih berbanding sekiranya mereka memperoleh keuntungan hanya melalui jualan buah sawit yang pada masa sekarang hanya sekitar RM545/tonne .

Keyakinan terhadap penyenaraian Felda ini juga ditunjukkan melalui initial public offering (IPO) yang pada mulanya ditawarkan pada 72.963 juta (36.48 juta bumi & 36.48 juta public) tetapi jumlah permohonan sebanyak 58,562 untuk 565.4million share menjadikan ia lebih sebanyak 6.75 kali dari IPO yang ditawarkan.  21,829 permohonan diterima dibawah bahagian yang dikhaskan untuk bumiputera manakala 36,706 permohonan di bawah bahagian awam .

Skandal RM3 billion Anwar dikaitkan dengan seorang wanita 'misteri'

Ummi Hafilda nampaknya terus membongkar segala kisah 'gelap' Anwar , kali ni berkaitan dengan siasatan akaun berjumlah RM3 billion ! Nampaknya tak cukup dengan tuduhan skandal seks , Anwar juga dikaitkan dengan hal-hal lain yang bakal memusnahkan kredebiliti pemimpin PR itu . Agak menarik sekali apabila pemimpin yang selalu menuduh pemimpin lain rasuah, kronisma dan sebagainya terpalit dengan tuduhan yang sama. Masakan pokok akan bergoyang kalau tiada angin yang bertiup , sipi2 pun jadi lah .


Soal siasat SPRM terhadap Ummi Hafilda baru2 ni  yang berlangsung lebih kurang 5 jam (phewww) telah mengaitkan penglibatan seorang wanita yang dikatakan mempunyai 62 hartanah mewah ,kebanyakkannya di Pulau Pinang dan Anwar cukup kenal wanita ini. Ummi Hafilda mendakwa , cukai pendapatan wanita itu saja dah cecah RM 50 juta !  Walau  bagaimanapun, identiti wanita itu tak akan didedahkan sekarang . Apabila kes ini 'meletup' , wanita itu dikatakan berada di luar negara . Menarik sekali .. siapa wanita yang dimaksudkana itu ?

sumber : KLPos

Thursday, June 21, 2012

Bidaan untuk nombor plat PKR tak dapat sambutan, petanda buruk bagi Pakatan ?

Nombor plate PKR1 berjaya dibida dengan harga RM99,555 di Penang oleh seorang ahli perniagaan. Walau bagaimanapun nama lelaki yang berjaya dalam bidaan itu tak didedahkan . Harga paling rendah dalam bidaan ialah RM40,000 . Maklumat dari JPJ mengatakan terdapat 623 bidaan untuk nombor plat PKR dan dalam jumlah itu hanya 384 yang berjaya.


Timbalan Ketua Menteri Penang, Datuk Mansor Othman pada bulan lepas telah menyatakan beberapa pemimpin parti PKR telah menunjukkan minat untuk mendapatkan nombor plat PKR . Beliau sendiri telah membida nombor plat PKR yang dirasakan sesuai .

Bidaan untuk nombor plat PKR telah bermula pada 21 May dan berakhir pada 4 June 2012 . Beberapa nombor plat yang 'panas' selain PKR 1 ialah PKR 8 yang akhirnyaa diperoleh dengan harga RM33,800.  Beberapa plat nombor yang lain yang mendapat bidaan yang tinggi ialah PKR3 (RM50,000) , PKR5 (RM28,000) ,PKR2 (RM23,200) . Menariknya , bidaan untuk nombor plat PKR tak berapa mendapat sambutan berbanding nombor plat MCA dan WWW . Mungkin majoriti rakyat malu nak guna nombor plat yang bemula dengan huruf P.K.R ? Malanglah orang dari parti Barisan Nasional di Penang yang terpaksa mendaftarkan kereta baru mereka dengan nombor plat P.K.R .

KENYATAAN MEDIA DATO’ SRI Ir. MOHD. ZIN MOHAMED MENGENAI ISU AIR DI SELANGOR


1.Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selangor adalah sekadar untuk menutup kelemahan
pentadbiran Menteri Besar Khalid Ibrahim menangani isu air.

2. Jemputan yang dibuat tidak menyeluruh malah tiada sebarang jemputan termasuk kepada ADUN BN dan SYABAS sendiri yang menguruskan pengagihan air sedangkan Kerajaan Negeri melalui KDEB dan KPS memegang 30% saham SYABAS.

3.Forum Air Selangor hanya dibuat setelah isu mengenai air didedahkan oleh pihak Barisan Nasional sedangkan janji-janji mengenai air telah ditaburkan oleh pihak Pakatan sejak dahulu lagi. Perkara sepenting ini sepatutnya dijadikan agenda serius Kerajaan Negeri Selangor dan bukan hanya difikirkan bila isu ini dibangkitkan oleh rakyat Selangor sendiri.

4. Kebanyakan pembentang ketika Forum Air merupakan ahli perniagaan yang mencadangkan kaedah masing- masing. Tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain hanya ‘bercadang’ untuk meneliti setiap proposal yang ada. Hakikatnya, kita semakin kesuntukan masa.

5. Kerajaan Negeri langsung tidak mempertikaikan konsep ‘Supply vs. Demand’ iaitu bekalan air terawat adalah terlalu rendah berbanding permintaan bagi tiga tahun kehadapan.

6. Hampir kesemua pembentang pada Forum Air Selangor membentangkan mengenai sumber air2 mentah tanpa memikirkan mengenai cara merewat air tersebut.

7. Kita semua sedia maklum bahawa 33 pusat rawatan air yang ada sekarang sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing. Malah ada sesetengahnya yang telah melebihi kapasiti optimum.

8.Projek Langat 2, selain menyalurkan air mentah, ianya juga merupakan pusat rawatan air yang akan merawat air mentah sebelum disalurkan kepada orang ramai.

9. Cadangan bahawa sumber air boleh diperolehi dari banyak kaedah seperti air bawah tanah,
air empangan mahupun air lombong tidak akan bermakna jika pusat rawatan air yang ada tidak
mampu menampung kapasiti air ini.

10. Sehingga kini, Menteri Besar menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar 2-3% tanpa memberikan angka sebenar yang didapati berdasarkan kajian beliau sendiri, jika ada.

11. Sikap Menteri Besar yang sengaja tidak mahu mengakui isu sebenar masalah air ini sebaliknya
cuba bermain politik menunjukkan beliau tidak memahami masalah sebenar yang berlaku.

12. Penstrukturan semula air bukan perkara utama sebaliknya memastikan bekalan air sentiasa
mencukupi perlu menjadi focus utama Kerajaan Negeri. Walaupun berlakunya penstrukturan
semula, Kerajaan Negeri masih belum menyatakan langkah yang akan diambil oleh mereka. Perlu
diingatkan bahawa, Projek Langat 2 ini sudah bermula dan hanya perlu diteruskan sahaja.

13.Persoalan yang saya lontarkan sebelum ini mengenai masalah permintaan (demand) yang meningkat saban tahun, masalah loji rawatan yang telah hampir melebihi kapasiti, masalah non-revanue water (NRW) yang tinggi kerana arahan pembekuan CAPEX oleh kerajaan negeri dan masalah tiada tindakan kukuh kepada pihak yang mengotorkan sumber air langsung tidak dijawab oleh pihak Menteri Besar. Sebaliknya, beliau hanya mengadakan Forum Air Selangor yang umpama gula-gula untuk mengaburi rakyat. Sedangkan penyelesaian kepada masalah tersebut tidak diselesaikan dengan forum yang diwujudkan.

14. Tindakan populis Kerajaan Negeri menyelaras tariff air juga sebenarnya merupakan langkah tidak bijak apabila dibuat secara tergesa-gesa dan tanpa kajian yang mendalam. Ianya dibuat sekadar untuk mengurangkan beban janji pilihanraya. Berdasarkan maklumat yang diterima melalui PAKAR, ramai rakyat Selangor yang tidak mampu terpaksa membayar bil air kerana menggunakan meter pukal seperti di kawasan pangsapuri.

Dato’ Sri Ir Mohd. Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor

Wednesday, June 20, 2012

'Game' Pakatan Haram 'spin' isu air

Melalui petikan portal Selangorku.com , MP Kuala Selangor , Dr.Dzulkifly berkata model 'holistik' kumpulan Pakatan Haram menunjukkan kenaikkan air hanya pada kadar 12% saja dan kalau pakai cara BN naik sampai 62% . Dr. Dzulkifly ni ingat sebab dia ada 'title' Dr mulut dia boleh suka hati ja sebut 'holistik' ke hulu 'holistik' ke hilir dengna menganggap orang yang mendengar ni bodoh2 belaka . Bercakap dengan menggunakan model itu dan ini memang la senang , tapi macam mana model 'holistik' tu dibentuk pun kena ambil kira (sumber) .



Ada macam2 penilaian dan pemberat yang perlu diambil kira , model 'holistik' tu dibuat oleh Pakatan Haram jadi tak hairan la model tu nampak hebat pada mereka . Sekiranya model tu 'holistik' tu dibuat oleh pakar2 dari BN pula dah tentunya perkara yang sama berlaku . Pembentukan model sebegini kalau betul2 nak adil perlu melibatkan pakar-pakar dari kedua-dua belah pihak supaya pemberat dan justifikasi2 yang lain dinilai secara lebih adil .

Dr. Dzul juga membidas dengan mengatakan usaha pengstrukturan semula tu bukan lah idea baru . Nampak tak macammana  Dr. ni 'spin' ? Sebenarnya pengstrukturan semula air dah diusahakan sejak zaman BN lagi dicetuskan oleh Menteri KeTTha masa tu Dr. Lim Keng Yaik, kalau tak percaya boleh cari Wikipedia atau kenyataan akhbar yang lepas (sumber) . Pakatan Haram ni cuma ambik tuah dari usaha orang ... yang paling tak boleh belah , mengaku seolah-olah mereka yang berusaha untuk proses pengstrukturan air . Come on lah , walaupun Selangor diambil alih Pakatan Haram pada 2008 , pengstrukturan air tetap disokong oleh Kerajaan Pusat , malah Kerajaan Pusat siap untuk salurkan dana untuk kerajaan Selangor ambil alih syarikat2 konsesi . Tapi apa boleh buat , depa tak pandai berunding, tawaran yang dibuat ditolak oleh syarikat2 konsesi.

Lagi satu Dr. Dzul juga mengaku simpanan atau rizab air terawat di Selangor adalah pada kadar 20% . Aik hari tu kecoh kata 2.4% saja ? Lepas forum terus naik 20% ? Mana Dr. Dzul dapat fakta ni ? Dan MB Khalid juga pernah berkata reserve air terawat 2.4% boleh diselesaikan sekiranya NRW dikurang sehingga 10% dengan melantik 2 syarikat perunding antarabangsa.  Memang pening MB Khalid ni, macam mana NRW nak dikurang kalau duit CAPEX (concessionaire's capital expenditure) dibekukan oleh kerajaan negeri ? Kadar NRW tinggi sebab paip2 rosak dan lama tak digantikan , macam mana syarikat2 konsesi nak ganti kalau duit yang sepatutnya disalurkan untuk tujuan ni dah dibekukan (sumber) ? Nampak tak macam mana depa punya 'game' ? Kerajaan Pakatan Haram ni buat 'skrip' supaya mereka boleh salahkan orang lain .

Tuesday, June 19, 2012

LUAS jamin bekalan air mentah cukup , tapi 'no comment' dengan bekalan air terawat

Agensi kerajaan mesti lah 'support' kerajaan . Aku respek LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) sebab bekap kerajaan Selangor dengan mengatakan air kat Selangor, KL masih cukup.. malah kat empangan Langat dan Semenyih air pada ketika ini melimpah ruah . Ok la tu .. cerita pasal masa sekarang , hakikatnya kajian yang dibuat oleh professional2 dalam Persatuan dan Penyelidikan Air Malaysia (AWER) dah terang dan jelas mengatakan krisis air akan berlaku di Lembah Klang. Mereka yang berada dalam AWER adalah berlatar belakang kan teknikal dan tahu apa yang mereka katakan, kajian dibuat berasaskan fakta . Peguam, ahli ekonomi, akauntan dan apa2 yang tak berkaitan dengan bidang2 teknikal dan kejuruteraan mungkin hanya nampak perkara ini pada dasarnya saja.


Jadi mungkin mereka tak nampak keseriusan perkara ini ! Beb..bekalan air ialah isu yang besar, mesti ada contigency plan . Tambahan pulak KL sebagai ibukota dan Selangor ada pelaburan yang besar , jangan sebab krisis air yang sepatutnya boleh diselesaikan timbulkan masalah lain . Enough with the politic game lahh.. let's just proceed with the project. Lagipun yang dapat kontrak bina Loji Penapisan Air Langat 2 tu pun ialah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) . Pengarah LUAS yang buat 'statement' di atas ialah Md Khairi Selamat .

Md Khairi Selamat juga orang yang sama mengatakan bahawa 17 kolam air dah dikenalpasti untuk dibangunkan ketika krisis dan sekiranya kemarau melanda . Takkan lah nak salurkan air mentah kepada penduduk , mesti kena bina loji rawatan jugak ? nak lay pipeline lagi ... semuanya kos, nak buat pinjaman kat sapa untuk bangunkan semua ni?? . Aku tak faham kenapa benda yang dah ada depan mata tak nak diteruskan tetapi dok bincang benda yang takde !

Dah jelas dan nyata krisis air akan berlaku dan Khalid Ibrahim sendiri sedar hal ni ! Kalau dia cukup yakin krisis takkan berlaku, dia takkan sibuk nak berforum ke sana sini. Forum hanyalah pentas yang digunakan untuk 'spin' fakta2 . Percayalah bila masalah berlaku, orang2 yang sama ni akan menunding jari kepada orang lain.  Dikatakan sebanyak 138 syarikat menangguhkan pelaburan kerana pembekal tak berani bagi komitmen untuk bekalan air . Jadi statement mengatakan empangan masih cukup air, ari melimpah dan sebagainya  hanya cuba mengelirukan orang dari isu sebenar . Soalnya air yang terawat...sekarang ni pun rizab air Selangor hanya berapa pada tahap 2.4% saja, rizab sepatutnya ialah 20% . Adakah 2.4% cukup sekiranya berlaku kecemasan ?

Krisis air bukan hanya berkaitan dengan berapa banyak paras air di empangan ! Soalnya ialah berapa banyak air di empangan itu yang boleh dirawat dan disalurkan kepada pengguna . Sanggup minum air tak terawat ? Cuba fikir berapa banyak bangkai binatang, najis2 yang mereput di takungan empangan2 tu .. Loji rawatan air yang sedia ada pun ada kapasiti tertentu untuk menghasilkan air yang terawat . Dan dari segi kecekapan loji2 ni pun perlu diambilkira , jadi keperluan untuk pembinaan loji rawatan air langat 2 seharusnya tak dijadikan isu lagi , lambat laun kena buat jugak , lagi lambat lagi mahallll ! Jangan jadi bodoh sebab politik 24/7 !

Parasit dalam institusi kerajaan : Nak dapat BR1M kena bayar duit pendahuluan ?

Khabarnya duit BR1M yang diberi oleh kerajaan pada keluarga2 yang pendapatannya RM3,000 kebawah di ambil kesempatan oleh puak2 tertentu yang cuba mengaut keuntungan secara mudah ! Khabarnya juga ada antaranya juga adalah angkara kakitangan kerajaan sendiri . Bila aku cakap kakitangan kerajaan tolong jangan kaitkan dengan stigma politik , dan kita pun tahu kakitangan kerajaan pun ada macam2 jenis pegangan politik mereka .


Apa yang aku persoalkan sekarang ialah sikap tidak amanah kakitangan kerajaan sekiranya perkara ni benar2 berlaku . Dari satu sumber media , kejadian yang melibatkan orang asli di Kota Gelanggi , mereka mendakwa perlu membayar RM 100 kepada kakitangan untuk mendapatkan bantuan BR1M RM 500 . Oleh itu  'total' yang diaorang dapat hanya RM 400 saja . Aku cukup hangin kalau perkara2 yang melibatkan bantuan kerajaan kepada orang2 susah di 'seleweng' kan oleh orang tengah . Dan orang tengah tu pulak bekerja dengan kerajaan !!!

Natijahnya , kerajaan jugak yang dipersalahkan diatas perbuatan segelintir kakitangan yang tak amanah ni . Dan tentulah isu2 sebegini akan dipergunakan sebaik mungkin oleh golongan2 tertentu untuk menghentam kerajaan dalam ceramah2. Bagi aku hal2 sebegini perlu diambil perhatian sewajarnya oleh kerajaan dengan memantau tingkah laku kakitangan . Rakyat yang menjadi 'mangsa' dengan sikap tak amanah yang ditunjukkan segelintir kakitangan kerajaan tak perlu takut untuk buat aduan .

Mungkin ada sesetengah 'mangsa' berasa hal2 sebegini remeh dan tak perlu dipanjangkan , tapi kalau tak dipanjangkan lama2 si pelaku akan jadi besar kepala dan seterusnya menjahanamkan kepercayaan rakyat kepada institusi kerajaan itu sendiri . Kalau nak buat aduan2 dekat blog2 pun ok je , kita boleh 'follow up' .

Sunday, June 17, 2012

Dua Pesakit Buah Pinggang Bergaduh ,Sorang Maut !

Kejadian berlaku di negeri Selangor, 2 orang pesakit buah pinggang bergaduh hingga menyebabkan salah sorang meninggal dunia . Yang meninggal dunia tu umur 56 tahun , yang sorang lagi 34 tahun . Macam2 dunia zaman sekarang , bila dah masing2 sakit , masing2 pentingkan diri sendiri ... yang muda tak nak kalah dengan yang tua , akhirnya guna tenaga muda tu untuk memudaratkan yang tua.  Punca tak disebut pun dalam sumber yang aku baca ni a.k.a Harian Metro . Tapi aku rasa , diaorang ni berebut mesin dialisis (mesin untuk cuci darah) , sebab dua-dua pun pesakit buah pinggang. Takkan lah takde sistem penggilaran kat situ ? Yang si muda ni dah ditangkap polis, disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan , boleh bawak hukuman mati tu .. Takpe dalam penjara nanti , tak payah rebut mesin dialisis tu dengan sapa2 . Hmm macam ni lah keadaan yang akan berlaku bila pengguna ramai sumber tak cukup , tambahan pulak sumber tu sesuatu yang amat diperlukan ! Agak2 apa akan jadi di Selangor bila air bersih dah tak mencukupi dan tahap kronik ? Mungkin tak sampai tahap bunuh membunuh , tapi kemungkinan rusuhan tu ada la . Bila dah mula rusuhan , lu pikir la sendiri apa dia punya chain effect !

Saturday, June 16, 2012

Krisis Air : Bandaraya Kuala Lumpur akan jadi bandaraya 'mati' 2020 ?

Sejak tahun 2007 , majalah yang berkaitan dengan gaya hidup iaitu Monocle telah menyenaraikan bandaraya2 yang paling selesa diduduki dalam dunia ni (most liveable city) .Tahun lepas negara jiran kita Singapore menduduki tempat ke 15 , Tempat pertama Helsinki, Finland . Kuala Lumpur , entah tempat ke berapa . Antara ciri-ciri yang diberi perhatian oleh majalah Monocle's ialah faktor keselamatan, kadar jenayah, kemudahan2 asas seperti air dan elektrik , perhubungan antarabangsa, isu alam sekitar, kawasan hijau , rekabentuk urban, ekonomi, polisi pro aktif dalam pembangunan dan dari segi kemudahan kesihatan. Dari ciri2 yang dinyatakan diatas Kuala Lumpur mungkin boleh disenaraikan pada satu masa nanti apabila kadar jenayah di bandar ini diturunkan . Dari segi lain aku rasa takde masalah ... TETAPI , akan wujud satu masalah lain satu masa nanti bila Kuala Lumpur mengalami masalah kekurangan air . Apabila masalah ini timbul, Kuala Lumpur bukan saja berpotensi untuk tidak tersenarai dalam 20 bandaraya paling selesa diduduki malahan mungkin tersenarai sebagai antara bandaraya yang paling teruk untuk diduduki dalam dunia ni.

Kenapa ? Sebabnya apabila kemudahan air tak mencukupi , beratus-ratus bangunan pencakar langit di bandaraya ni akan mengalami masalah . Banyak syarikat-syarikat MNC beroperasi disini , juga banyak juga expatriat yang tinggal di kondo-kondo mewah disini . Apabila berlaku perkara semacam ni , agak2 berapa lama syarikat-syarikat MNC  ni dan expatriat2 boleh bertahan di KL ? Perlu ingat syarikat2 MNC dan expatriat disini berbelanja disini oleh yang demikian baik untuk ekonomi negara . Syarikat-syarikat ni juga bagi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan , dari taraf general manager sampai ke tahap tukang sapu . Apa pandangan syarikat2 ini kalau masalah asas seperti bekalan air pun tak dapat ditangani oleh kerajaan Malaysia ? Adakah mereka masih akan berkampung disini hanya disebabkan kehebatan bangunan2 pencakar langit yang bombastik di sini namun bekalan air kat office pun kena catu . Mereka semua ni adalah pelabur.. kalau jadi macam ni, silap haribulan kerajaan Malaysia pun boleh diaorang saman . 

Jadi sebelum perkara sebegini berlaku , aku nasihat kepada pentadbiran negeri Selangor di bawah Pakatan Haram , tolonglah luluskan segera pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2. Mungkin masalah air tak nampak sekarang, tapi apa pula akan berlaku dalam tempoh beberapa tahun . Pelabur -pelabur luar sedang memerhati samada untuk meneruskan pelaburan di Malaysia atau tidak dengan mengambilkira kemampuan kerajaan menyediakan kemudahan2 asas bagi mereka menjalankan operasi di sini . Kerajaan PR Selangor perlu sedar bahawa mereka sekarang mempunyai kuasa untuk mengelakkan bencana krisis air ni dari berlaku . Sekiranya masih tetap dengan sentimen politik , dikhuatiri segalanya terlambat bila krisis ini benar2 berlaku . Dan rakyat akan ingat sampai bila2 puak PR dalam Pakatan Haram ni yang menyebabkan krisis ni berlaku ! Tindak balas berantai bagi krisis kekurangan air sama hebatnya tindak balas nuklear yang menyebabkan negara ini dalam bencana yang besar. Cuba fikir sektor2 yang bakal terjejas dengna krisis air ini , dan apabila sektor ni terjejas apa pula kesannya pada masyarakat dan seterusnya ekonomi dan pembangunan negara ! Stop the politik , cepat2kan pembinaan loji air Langat2 tu ... orang2 teknikal dah cakap memang tak cukup, orang politik sebelah pembangkang ja cakap cukup. Ptuihhh

Amukan Lebai PAS di ceramah Debat Rakyat PJS1 , Zul Nordin selamat , muka pengerusi majlis kena lempang !

Semasa Zul Nordin di'serang' oleh puak2 pakatan haram di PJS1, 2 bijik mata ni melihat kejadian dari awal mula ceramah sampai habis . Ceramah dijadualkan bermula pada pukul 9.00 malam , aku sampai lebih kurang pukul 8:45 malam . Dekat masjid aku nampak orang tengah buat kuliah lepas sembahyang Isya . Pakai pembesar suara, khemah ceramah pulak di sebelah masjid . Lebih kurang pukul 9:15 malam, kuliah dalam masjid selesai . Kemudian diaorang bersolat guna pembesar suara.


Masa tu Zul Nordin dah sampai ke lokasi ceramah . Namun sebab nak menghormati majlis, penganjur menunggu orang dalam masjid selesai bersolat . Aku rasa diaorang buat solat sunat kot, tapi yang peliknya perlu ke dengan pembesar suara segala ? Lepas solat berdoa .. pun pakai pembesar suara. Penganjur tunggu sehingga semuanya selesai. Lebih kurang 9:30 malam baru lah ceramah dimulakan ... Biasa lah kalau Zul Nordin punya ceramah , dia punya 'point'2 boleh bikin telinga orang yang terkena batang hidung panasss . Masa tu lah aku mula dengar suara2 sumbang ganggu ceramah .Penipu, balik kulim, scorpene, kena beli, altantuya dan sebagainya ... tapi Zul NOrdin tetap 'cool' je malah pulang paku buah keras ... orang2 pro-UMNO kat ceramah tu apa lagi... bertepuk sakan lah .

Yang 'langau'2 dok buat bising makin panas, dah jadi makin galak pulak provoke . Tiba2 aku perasan suara budak2 belum baligh pun 'join' sama , jerit penipu, penipu, penipu... masa ni Zul Nordin tengah cerita pasal sejarah 13 May , aku pelik budak2 ni pun tak lahir lagi maacam mana depa boleh kata penipu ... rupa2 nya aku perasan dalam ramai budak2 tu ada sorang lelaki dewasa macam bercakap2 dengan diaorang... emmm patut lah, rupanya diupah untuk menjerit-jerit macam beruk . Lebih kurang 12:00malam ZUl Nordin mengakhiri ceramah, dia kata "tuan-tuan, urusan saya dengan tuan2 dah selesai , sekarang saya buka sesi soal-jawab dengan cicak2 mengkarung" , lebih kurang gitu la bunyinya .


Kali ke dua bila diulang untuk bersoal jawab , segerombolan pak lebai datang dari masjid bersebelahan, perghhh macammm gangster ! Dia naik ke pentas ceramah dan terus dilempangnya pengerusi majlis ! Aikkk?? Apsal pengerusi majlis pulak kena lempang, yang ko hangin dekat Zul Nordin , masa ni geng2 penganjur ceramah dah turun nak back-up Zul Nordin ,anak pengerusi majlis yang kena lempang tu pun turun nak 'demah' pak lebai yang melempang bapak dia,mujur disabarkan. Geng2 'sarban ketat' pun turun sekali, memang nampak macam nak gaduh besar . Kereta polis dah masuk kawasan tu ,


Zul Nordin dibawa masuk kedalam kereta . Sesambil tu aku dengar ada orang berselawat guna microphone , mungkin untuk redakan keadaan, maklum la melayu sama melayu bergaduh..orang lain tepuk tangan. Lepas kereta polis bawak Zul Nordin keluar dari kawasan tu baru keadaan reda sikit . Kereta polis yang bawa Zul Nordin sebelum tu dikepung oleh lobai2 sarban ketat ni sambil melaung-laungkan trademark diaorang...Takbirrr .

Thursday, June 14, 2012

Kerajaan PR Selangor Lebih Pentingkan Jejantas ke Rumah Ibadat berbanding Jambatan ke Sekolah ?

Hari ni terbaca satu laporan di portal media tempatan mengenai nasib malang penduduk di PPR Lembah Subang .  Kalau dibaca laporan tu,nampak banyak benar masalah penduduk di kawasan ini akibat dari angkara MBPJ sendiri. Satu hal yang menarik perhatian aku ialah berkenaan keperluan jambatan menyeberangi sungai dari kawasan PPR Lembah Subang ke sekolah yang berhampiran. Aku pakai Google Earth tengok lokasi sekolah dan kawasan perumahan PPR Subang. Pelajar sekolah yang tinggal di PPR Lembah Subang terpaksa melalui jarak perjalanan yang jauh untuk sampai ke sekolah.


Walau bagaimanapun masalah ni dijangka bakal berakhir apabila kerajaan pusat telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi pembinaan jambatan ini. Namun menurut penduduk setempat,kerajaan negeri seolah olah melambatkan pemberian kelulusan bagi pembinaan jambatan.  Senario sebegini hampir sama dengan apa yang berlaku untuk projek pembinaan loji rawatan air langat 2. Dilihat kerajaan negeri Selangor seolah-olah tidak memperdulikan kebajikan rakyat apabila sengaja melambat lambatkan projek dari kerajaan persekutuan. Mungkinkah banyak lagi projek kerajaan persekutuan di negeri Selangor menghadapi masalah yang sama?



Cuba perhatikan gambar pertama diatas, perumahan penduduk dan sekolah amat hampir namun kerana ketiadaan jambatan pelajar yang tinggal di PPR Lembah Subang terpaksa membuat satu pusingan yang amat jauh untuk sampai ke sekolah . Ini sudah semestinya menyusahkan ibu bapa kerana terpaksa menggunakan lebih wang ringgit untuk tujuan pengangkutan . Apa yang mengecewakan sekarang ialah peruntukan semua dah ada untuk pembinaan jambatan tapi kerajaan negeri Selangor pulak tak bagi 'green' light . Kes jambatan ni buat aku teringat mengenai usaha YB DAP Hannah Yeoh mengumpulkan dana bagi membina jejantas khas untuk penganut Buddhist dari SS14 untuk menyeberang ke rumah ibadat Buddha di seberang jalan.



Hal mengenai jejantas ini pernah aku ceritakan sebelum ini, klik (sumber) untuk maklumat lanjut. Apabila membandingkan kedua-dua situasi ini, aku berasa agak pelik kerana kerajaan Selangor susah untuk memberi kelulusan bagi pembinaan jambatan ke sekolah dimana pelajar berulang-alik hampir setiap hari , namun dengan mudah memberi kelulusan pembinaan jejantas di Subang Jaya khas untuk penganut Buddha dan Hindu menghadiri upacara keagamaan mereka di Subang Jaya Buddhist Association and Sri Vartaraja Perumal , dan adakah upacara ini dilakukan sekerap hari persekolahan ?

Wednesday, June 13, 2012

Siapa Kontraktor Loji Rawatan Air Langat 2 sampai buat Khalid Ibrahim 'mengamuk' ?

Khalid Ibrahim dalam satu sidang media telah menyatakan bahawa KDEB iaitu anak syarikat negeri Selangor pernah mendapat hak urus air di Selangor pada January 2008 seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian . Namun perkara ini tak dapat diteruskan apabila PR mengambil alih Selangor . Seriously , aku tak faham dengan 'statement' Khalid Ibrahim ni , aku buat beberapa carian mengenai KDEB dan hubungkait dengan Loji Rawatan Air Langat 2 dan mendapati memang KDEB diberi LOA (Letter of Award) oleh kerajaan pada January 2008. KDEB dilantik sebagai kontraktor utama dan juga untuk menguruskan operasi dan penyelenggaraan apabila projek itu siap kelak. (sumber)


Walaupun kerajaan Pakatan , telah mengambil alih Selangor pada Mac 2008 , Menteri KETTHA pada ketika itu YB Dato Shaziman Mansor telah menghantar surat bertarikh 19 June 2008 kepada Menteri Besar dan menyatakan sokongan untuk KDEB mengambil alih peranan 4 syarikat konsesi air di Selangor. (sumber). Kerajaan persekutuan juga dikatakan telah bersetuju untuk membantu dari segi pemberian dana bagi proses pengambilalihan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB)  (sumber) .Pengambilalihan konsesi air di Selangor sebenarnya telah dimulakan sejak zaman Barisan Nasional memerintah negeri Selangor. 


Untuk rekod KDEB mempunyai pegangan sebanyak 55% untuk syarikat konsesi Konsortium Abbas , 30% untuk syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor dan SYABAS juga 30%. 


Kerjaan PR Selangor , apabila mengambil alih pentadbiran negeri juga memberi kenyataan bahawa projek bekalan air Pahang - Selangor akan diteruskan , dan pada masa yang sama akan menyemak kontrak loji rawatan air Langat 2 yang diberi pada KDEB iaitu anak syarikat negeri Selangor pada Jan 2008. 

Kalau dilihat perkembangan projek saluran air Pahang-Selangor dan loji rawatan air Langat 2 , memang jelas dilihat kerajaan pusat (Barisan Nasional) mengambil langkah2 yang perlu untuk menangani krisis air di Selangor . Apa yang memeningkan kepala sekarang ialah tindakan Khalid Ibrahim yang tak sudah2 dengan isu  pengambilalihan syarikat2 konsesi air di Selangor .  Semasa BN memerintah Selangor dahulu memang telah wujud usaha untuk mengambil alih syarikat2 konsesi ini , walaupun begitu kerajaan negeri pada ketika itu tetap memberi kerjasama dalam meneruskan projek saluran air Pahang-Selangor dan loji rawatan air Langat 2.  

Agak menghairankan, apa yang kerajaan PR Selangor tak puas hati lagi sedangkan tender untuk loji rawatan air Langat 2 diberikan kepada KDEB iaitu anak syarikat negeri Selangor . Malahan kerajaan persekutuan Barisan Nasional juga menyediakan dana melalui PAAB untuk proses pengambilalihan syarikat2 konsesi air di Selangor . Jadi apa sebenarnya yang Khalid Ibrahim dan kroni2 beliau nak ? Dolak dalih sebegini hanya akan merugikan masa dan wang rakyat ! Wang yang dibazirkan akibat penangguhan projek ini sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan-pembangunan yang lain.  Cepat bertindak sebelum krisis air 98 berulang lagi!!!

Monday, June 11, 2012

Himpunan Skuad Muda KDN Bukti Belia Malaysia Benci Politik Ganas Pakatan 'Haram'

Dengan kehadiran yang amat memberangsangkan di kalangan golongan muda sempena program Skuad Muda KDN membuktikan bahawa majoriti belia dan orang muda di negara ini cintakan keamanan . Program yang dihadiri oleh anak muda dari seluruh negara dan pelbagai lapisan masyarakat itu menunjukkan majoriti belia-belia di Malaysia pada hari ini menolak budaya keganasan dan kurang ajar seperti yang kita pernah lihat semasa perhimpunan Bersih 3.0 . Program ini dihadiri oleh lebih kurang 15,000 belia  seluruh negara yang terdiri dari pelbagai agensi Kementerian Dalam Negeri.  Gambar-gambar di bawah sempat aku rakamkan semasa menghadiri program Skuad Muda KDN di Malaysia Agro Exposition Park Serdang.




Sunday, June 10, 2012

Dr.Mahathir ditawar sebagai penasihat ekonomi Yaman, penasihat RM1 Selangor kecewa?

Dah aku kata dari dulu lagi , Tun Dr. Mahathir memang antara pemimpin yang hebat ! Kalau kerajaan PR Selangor tawarkan jawatan Penasihat Ekonomi kepada Anwar Ibrahim yang dah sah2 ada kepentingan dalam salah satu parti komponen Pakatan iaitu PKR , Dr. Mahathir pula ditawarkan jawatan Penasihat Ekonomi oleh negara Islam Yaman . Berita ni pasti membuat puak2 dan balachi Pakatan tak senang duduk dan 'confirm' jeles tahap maksima .


Ada tak mana2 negara dalam dunia ni nak tawarkan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi ? Aku berani jamin memang tak ada, sebabnya Anwar Ibrahim ke luar negara menjaja cerita2 keburukan negara itu ini tak betul , kalau dah buruk sangat segalanya kenapa ada negara yang sanggup 'offer' ex-pemimpin BN dari Malaysia untuk jadi penasihat ekonomi . Memang mantap !!! Kalau Dr.M terima 'offer' ni alamatnya banyak lagi negara2 lain berebut-rebut nak kan nasihat beliau . Dulu masa krisis ekonomi 98 , kalau aku tak silap la , delegasi dari Thailand ada menyebut Malaysia beruntung mempunyai pemimpin seperti Dr. Mahathir . Semoga Tun Dr. Mahathir dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik.

Berita lebih lanjut di KLPost

Saturday, June 9, 2012

UMNO Penang 'frust' , DAP 'berjaya' tunaikan janji hapuskan Tol Sg. Nyior

Salah satu manifesto DAP di Pulau Pinang semasa PRU-12 dahulu ialah mereka berjanji untuk menghapuskan tol Sg. Nyior kalau dapat tawan Penang . Siap ada gambar bukti lagi .. .berarak bawa 'banner' tulis 'BN Hisap Darah' .


Lim Guan Eng kata dia dah 'settle' masalah Tol Sg. Nyior ni dengan membina sebuah jalanraya bernilai RM5.7 million untuk kemudahan penduduk dan mengelakkan mereka gunakan laluan Tol Sg. Nyior. Walau bagaimanapun , 'penyelesaian' yang dikatakan oleh Lim Guan Eng ini dikantoikan oleh Ketua MCA Bagan , Mr. David Chua (sumber) . David dalam kenyataan berkata wang sebanyak RM5.7 million itu dibazirkan dengan pembinaan jalan yang hanya menghubungkan Jalan Siram dan Jalan Bagan 1 kerana hanya ada kira2 500 penduduk di Jalan Siram dan kebanyakkan bangunan2 di situ adalah unit rumah kedai.  Menurut David lagi, sekiranya kerajaan DAP Pulau Pinang benar2 ikhlas dalam menyelesaikan masalah itu sepatutnya satu jalan yang selari dengan Tol Sg. Nyior dibina. 

Untuk rekod Tol Sg. Nyior ialah 50 sen . Kerajaan BN dah bagi subsidi dengan mengurangkan harga asal tol iaitu RM 1 . 

Beza Hutang Kerajaan dan Hutang Negara


Selalu bila kita bercakap tentang hutang negara , apa yang terlintas dalam kepala ialah hutang yang ditanggung oleh kerajaan yang memerintah. Melalui beberapa rujukan , sebenarnya hutang negara terbahagi kepada 3 komponen iaitu ;

i. Hutang sektor awam
ii.Hutang sektor swasta
iii. Hutang jangka pendek

Hutang sektor awam pulak terbahagi lagi kepada 2 bahagian iaitu ;

i. Hutang kerajaan pusat
ii. PABK (Perusahaan Awam Bukan Kerajaan cth , TNB , Telekom etc)

Jadi hutang yang benar2 ditanggung oleh kerajaan persekutuan ialah dibawah kumpulan hutang sektor awam dan bukan jumlah keseluruhan hutang-hutang yang dinyatakan di atas. (Rujuk jadual di bawah)


Ramai rakyat yang terpengaruh dengan 'spin' pemimpin Pakatan yang cuba menggambarkan jumlah hutang negara ialah jumlah hutang yang perlu ditanggung oleh kerajaan memerintah .Hakikatnya hutang kerajaan persekutuan dan hutang negara adalah dua perkara yang berbeza . Hutang kerajaan persekutuan ialah sub-set bagi hutang negara dan perlu juga diingatkan peratusan hutang dalam negara di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding luar negara. 

Di laman2 facebook sekarang banyak dimainkan gambar dibawah iaitu semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan , hutang negara adalah yang paling sikit , tetapi adakah mereka sedar pada zaman Anwar juga kemelesetan ekonomi berlaku secara besar-besaran di Malaysia hingga mengakibatkan banyak syarikat gulung tikar ?  Jelas gambarajah yang dimainkan dibawah ini tak membandingkan 'Apple to Apple' . Pelbagai faktor harus diambilkira seperti jumlah penduduk pada masa itu , pembangunan, kemajuan dari segi teknologi, pertumbuhan syarikat2 baru dan sebagainya . Seperti yang kita tahu jumlah penduduk Malaysia 10 tahun lepas tak sama dengan hari ini . 


Analogi mudah dengan menggunakan sebuah pulau kecil sebagai sebuah negara . Katakan pada 10 tahun lepas pulau ini didiami oleh 50 orang dan setiap seorang mempunyai hutang RM 10 . Jadi hutang terkumpul untuk pulau itu ialah RM 500 . Selepas 10 tahun ada 200 orang di pulau itu , dengan menganggap masing2 mempunyai hutang RM10 , maka hutang terkumpul sudah jadi RM 2000 !  Jadi tak mustahil seiring dengan pertumbuhan penduduk, kepesatan pembangunan, dan perjalanan ekonomi yang rancak hutang negara akan meningkat . Dan yang penting adakah hutang negara itu mampu dibiayai oleh jumlah aset /simpanan yang ada? 

Dalam kes Malaysia , rizab bank negara menunjukkan kita masih mampu . Hal ini aku dah ceritakan melalui posting disini . Peratus hutang negara berbanding KDNK yang tinggi selalu digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat dengan gaya pemerintahan kerajaan BN , tetapi adakah mereka dah buat cross check dengan negara2 maju yang lain dengan peratus hutang berbanding KDNK ini ? Contoh paling dekat Singapore..walaupun peratus hutang berbanding KDNK Singapore tinggi, adakah ekonomi Singapore merudum??

Friday, June 8, 2012

Pencuri Galaxynote kantoi dek Facebook & Instagram !!!

Salam ... entry kali ni bukan pasal politik , tapi pasal pencuri handphone (Galaxynote) yang paling bodoh di Malaysia. Okay ringkasan cerita ... mangsa Patrick Lim terbabas keretanya kerana nak mengelak motorsikal yang datang secara tiba2 entah dari mana di Menara PGRM , Taman Shamelin . Mangsa keluar dari kereta untuk melihat keadaan kereta dengan meninggalkan telefon Galaxynote di seat penumpang. Ada seorang penunggang motorsikal menawarkan diri untuk membantu , dan mengambil tempat duduk pemandu untuk cuba mengalihkan kereta yang terbabas tadi . Dalam situasi yang panik itu, Patrick Lim tak sedar handphone Galaxynote beliau telah di'cilok' oleh orang yang kononnya nak membantu tadi ...


Ok.. yang menariknya, si pencuri phone tadi menghadiahkan Galaxynote tu pada girlfriend . Dan si girlfriend pulak menggunakan aplikasi Instagram tanpa logout. Apa lagi.. kawan2 Facebook Patrick Lim naik pelik la kenapa ada gambar awek di Facebook beliau .. maka masing2 'share' gambar awek tu di Facebook untuk tangkap si pencuri Galaxynote . Akhirnya ada orang dapat 'cam' awek tu .. ingat lagi kes seorang wanita yang kematian anak akibat didera oleh boyfren dari Sudan ? Melalui bantuan kawan2, Patrick Lim berjaya dapatkan nombor perempuan tu .. sms minta balik Galaxynote , tapi perempuan tu kata tak tahu apa2 pasal Galaxynote tu.... menipulah tu .



Pusing punya pusing, depa dapat tahu siapa mamat yang mencilok Galaxynote tu ... semuanya melalui Facebook gak! hahaah ... si pencuri ni siap tulis dalam 'timeline' Facebook 'rezeki terpijak' dalam tempoh si Patrick Lim ni hilang Galaxynote beliau... one more thing mamat ni suka check in kat mana dia ada dalam Facebook ! Tolong sebarkan ye... kesian budak tu baru pakai Galaxynote 2 bulan dah kena cekau , dengar kabar Galaxynote tu pun bayar installment .

Bagi orang2 di luar sana...Tolong jangan anggap ini isu perkauman . Aku tau ada yang cuba menjadi perkauman hanya disebabkan yang menjadi mangsa adalah kaum Cina . Ramai lagi Melayu di luar sana yang simpati dengan mangsa. So please reserve your cynical comments !!!

cerita lagi detail di sini

Thursday, June 7, 2012

Kes Perbicaraan Scorpene tak wujud di Peranchis ?!

Sejak kes Scorpene hangat diperkatakan dibawa ke mahkamah Peranchis , aku sebenarnyaa agak was-was nak percaya sebab tak ada pula liputan dari media2 di sana . Gua search thru google lah ... Anyway , 2-3 hari lepas pendedahan-pendedahan dibuat oleh rakan2 blogger yang lain berkenaan penglibatan SUARAM yang membawa isu Scorpene ini . By the way , antara pemimpin SUARAM ialah seorang Ahli Majlis MBPJ yang dilantik oleh kerajaan negeri PKR Selangor . Jelas sekali agenda SUARAM adalah agenda politik dan bukan untuk mencari kebenaran sebaliknya menimbulkan fitnah dana keraguan dikalangan rakyat terhadap kerajaan.


Dari blog theunspinner ,

Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a PKR dan CIA, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah Perancis pada November 2009.

Secara ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.

Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong, “SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”..


Khalid Gagap tergelincir dalam lubang jamban dek kenaikan cukai pintu


Pembaca blog sekelian, cuba teliti balik apa manifesto PR semasa PRU ke 12 dahulu . Banyak janji manis yang ditaburkan tapi tercapaikah janji2 yang ditabur itu ? Semasa PRU ke 12 dahulu kumpulan Pakatan Haram ni pernah juga berjanji untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 20% jika berjaya mengambil alih negeri Selangor dari BN . Buktinya ada di bawah ni ...sambungan manifesto di atas


Dia tulis kat situ.."Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersil sebanyak 10% " , Tetapi apa yang berlaku ialah ..cukai tanah/cukai taksiran/cukai pintu naik . 


Maklumat ni diperoleh dari akhbar2 dan aduan2 orang ramai . Dan aku pernah tulis berkenaan hal ini di dalam blog (sumber) . Sekiranya tak betul , kerajaan Selangor wajib tampil ke depan menafikan tuduhan2 ini . 


Terbaru bila dah nak dekat pilihanraya , kerajaan PR Selangor mengumumkan akan menurunkan cukai pintu di flet2 kos rendah di Selangor sebanyak 25% . Ewahhh ewah , berjanji tahun 2008 , melaksanakan tahun 2012 bila pilihanraya dah nak dekat .. tak ke macam musibat punya 'attitude' tu ? Tu pun tak menyeluruh seperti yang diwar-warkan dalam manifesto 2008. 

Dari kronologi yang dinyatakan di atas apa yang boleh aku ringkaskan ialah ;

1. PR janji nak turun cukai pintu tahun 2008 masa PRU-12

2. PR menang Selangor , 2008 cukai pintu tak turun , ada laporan mengatakan kenaikan cukai taksiran/tanah dll.

3. Tahun 2012 , bila dah dekat PRU-13 , PR umum cukai pintu turun 25% untuk flet2 kos rendah ni.

4. Kesimpulannya , penduduk yang terlibat tak pernah dapat  penurunan cukai sejak tahun 2008 .Analogi mudah..katakan cukai tahun 2008 ialah A , PR menang diaorang tambah B dari cukai sedia ada (A + B) . Sekarang dekat PRU 13 diaorang buang balik  penambahan B itu iaitu (A+B-B) = A . Jadi tak pernah ada langsung pengurangan cukai sejak 2008... janji manifesto 2008 tak boleh pakai! 

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor