Thursday, May 31, 2012

Cartoon-O-Phobia..komik 'hentai' pemimpin Pakatan untuk kempen ?

Kartunis Zunar hari ni dengan angkuhnya membidas kenyataan yang dibuat oleh pengerusi SPRM semalam mengenai larangan menggunakan kartun dalam kempen pilihanraya . Sebenarnya apa yang cuba ingin disampaikan oleh pengerusi SPRM dalam sidang media pada 30/5/2012 ialah penggunaan kartun dalam kempen pilihanraya dengan tujuan menyindir atau memperlekehkan calon lain adalah tak dibenarkan. Kalau Zunar nak lukis gambar kartun Anwar Ibrahim atau calon2 Pakatan yang lain tanpa mempersendakan parti lawan sudah pastinya takde masalah .


Zunar juga dilihat seolah-olah berlagak macam dia mewakili seluruh kartunis di Malaysia ni dengan penubuhan Kumpulan Kartunis Independent, kalau dilihat mesej-mesej yang cuba  disampaikan dalam karikatur lakaran beliau menunjukkan akal pemikiran yang singkat , ambil separuh dan buang separuh. Zunar mencipta istilah 'cartoon-o-phobia' untuk menyindir kerajaan . Istilah 'cartoon-o-phobia' direka oleh Zunar untuk menghalalkan mesej2 fitnah yang cuba disampaikan melalui lakaran kartun beliau .  Bayangkan sekiranya kartun-kartun yang menyindir pemimpin Pakatan dilukis dan disiarkan di portal2 media , pasti ada pihak yang akan kena saman . Contohnya macam cartoon dibawah ni .


Apa pun saranan pengerusi SPRM hanyalah mengenai penggunaan kartun di sepanduk2 , kain2 rentang , dan risalah2 yang diedarkan . Kalau nak lukis kartun di portal2 media, facebook , twitter dan sebagainya itu lain cerita . Kalau Zunar berkeras juga nak langgar larangan SPRM tu , kita pun boleh buat lagi gila punya kerja, idea banyak beb , tunggu masa je nak 'boom' !

Wednesday, May 30, 2012

PAS Kelantan ketepikan isu air demi pembinaan highway bernilai RM 1.8 billion ?

Beberapa hari lepas, ada cerita pasal kerajaan Kelantan nak bina Lebuhraya Kota Bahru - Kuala Kerai sepanjang 73 km guna dana awam . Hasrat murni kerajaan Kelantan ni bukan lah aku nak persoalkan , cuma jarak 73 km guna dana awam sampai bila boleh kumpul ? Tujuan pembinaan untuk kurangkan kesesakan semasa musim perayaan dan menurunkan indeks kemalangan jalan raya . Banyak lebuh raya lain kat Malaysia ni..dia punya indeks kemalangan macam tu gak , pasal indeks kemalangan ni lebih kepada 'attitude' pemandu2 di Malaysia itu sendiri.


Projek lebuhraya tu dijangka bernilai RM1.8 billion ! Dan dijangka siap lagi 3 tahun . Soalan aku sekarang ni dana awam dah cukup ke RM 1.8 billion ? RM 1.8 billion adalah jumlah yang besar , kemampuan kerajaan negeri Kelantan untuk mengumpulkan RM 1.8 billion boleh dipersoalkan, dan sekiranya boleh adakah jumlah itu akan cukup dalam tempoh 3 tahun ? walhal projek itu dijangka siap dalam jangkamasa 3 tahun . Nik Aziz sebagai Menteri Besar mungkin boleh berdiskusi dengan pak-pak Arab di Timur Tengah untuk dana pembidaan . Malangnya sebagai salah satu elemen dalam kumpulan Pakatan Rakyat , imej Nik Aziz dah tercalar di dunia erebbb .. tambahan pula ada sorang sheikh dari majlis fatwa arab saudi buat statement pasal guna agama untuk kepentingan politik.


Kelantan juga pada satu ketika dikatakan antara negeri berpendapatan rendah di Malaysia. Dan agak menyedihkan apabila kerajaan Kelantan cuba membina sebuah lebuhraya berbanding kemudahan-kemudahan lain yang lebih penting . Misalnya loji rawatan air , kita tahu Kelantan sedang menghadapi masalah kekurangan air terawat dan krisis ini agak kritikal sekarang . Jadi adalah lebih baik kerajaan Kelantan melaksanakan projek yang lebih munasabah untuk mengatasi kekurangan air besih di negeri itu . Untuk projek lebuhraya ini, aku tertanya siapakah konsultan yang dilantik ? Majlis pecah tanah untuk pakej 1 Machang-Kuala Kerai dah dibuat , tentu kontraktor dan konsultan dah ada , walau bagaimanapun bila 'tender' untuk projek ni di buka ? Jeng jeng jeng ... tak nak speku , kita tunggu dan lihat dulu

RM15,000 Elaun Bulanan dari Vincent Tan kepada Azmin Ali ?

Pendedahan terbaru RPK kali ini nampaknya lebih memihak kepada BN , kalau sebelum ni pendedahan2 RPK mengenai skandal2 kerajaan dan sebagainya di sorak oleh 'balachi-balachi' PR , namun kali ni diaorang punya 'tune' sudah lari ..  Kalau tengok komen2 di Facebook, artikel berkaitan dan segalanya . Memang RPK kena hantam 'kow-kow' punya malah ada yang mengatakan RPK dah dibayar oleh BN . Inilah mentaliti puak-puak asuhan PR , bila ada saja pendedahan yang tak selari dengan aspirasi mereka , maka orang yang mendedahkan itu akan dilabel sebagai agen UMNO . Sebenarnya, pemikiran sebegini dah ditanam oleh Anwar ke dalam otak-otak 'penyembah-penyembah' beliau , nampak orang-orang PAS pun dah macam terikut-ikut dengan cara pemikiran sebegini . Mana kempen 'Free RPK' yang mereka laung-laungkan pada satu ketika dulu ? Adakah RPK hanya boleh 'bebas' berbicara mengenai keburukan BN dan bukan PR ?


RPK pada 29 May 2012 telah mendedahkan bahawa beliau menerima dokumen2 penting dari seseorang yang pernah berkhidmat di Jabatan Pencegahan Rasuah dan dokumen2 itu menunjukkan korupsi Azmin Ali dengan pemilikan harta yang berjuta-juta semasa beliau masih berkhidmat dalam kerajaan pada tahun 1995 sebagai setiausaha sulit Anwar. Menurut RPK dokumen berkenaan bukan saja bakal menjatuhkan imej Azmin Ali tapi imej Anwar Ibrahim akan turut terpalit. Salah satu pendedahan dokumen berkenaan ialah Azmin Ali menerima sebanyak RM15,000 setiap bulan dari boss Berjaya Group, Vincent Tan . Pheww..betul ke? RM15,000 di tahun 1995 banyak beb !

Penyokong-penyokong Azmin dan Anwar tak senang duduk, macam-macam soalan dikeluarkan , misalnya kenapa file diserah kepada RPK dan bukan Najib , kenapa sekarang baru nak serah dan macam2 lagi la .. Pandai pulak mereka berfikir itu dan ini sekarang , kenapa masa kes pembunuhan Altantuya soalan-soalan sebegini tak ditanya ? Amat jelas sekali pemimpin dan penyokong PR adalah manusia yang 'bias' dan 'hipokrit' . Mereka kerap mengatakan orang itu dan orang ini rasuah , skandal dan sebagainya , namun apabila terkena batang hidung sendiri , pelbagai alasan pulak dikeluarkan , fitnah dan segalanya . Kebenaran makin tersingkap sedikit demi sedikit .. Samada benar atau tidak berita-berita yang dikeluarkan RPK ,apa yang penting dah menunjukkan sikap puak2 yang menentang kerajaan BN ni . Aku pasti 'beruk-beruk' PR ni akan melompat-lompat kegembiraan semula bila RPK membuat pendedahan yang memihak kepada mereka pulak.

Monday, May 28, 2012

Dr. Chua Soil Lek cabar Lim Guan Eng untuk 'potong' apa ?

Dalam perlembagaan Malaysia, tak pun menyebut yang Perdana Menteri mesti seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam . Cuma di Malaysia ni penduduk majoriti ialah orang Melayu dan biasanya yang majoriti ni lah memilih siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri . Buat masa sekarang kaum majoriti di Malaysia lebih suka orang Melayu yang beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri . Jadi 'statement' Karpal Singh yang dibuat mengatakan beliau akan berjuang selagi masih hidup untuk melihat bukan Melayu jadi Perdana Menteri . Komen aku berjuanglah sepuas-puasnya kerana kaum majoriti yang akan memilih siapa Perdana Menteri itu . Siapa tahu mungkin pada satu hari nanti kaum majoriti di negara ni nak melihat kaum yang bukan dari kalangan mereka mentadbir negara ? Tak langsung menjadi kesalahan dalam perlembagaan negara.


Kenyataan yang dibuat oleh Dr. Chua Soi Lek baru2 ini di beberapa akhbar Cina agak melucukan bila melontarkan cabaran kepada Lim Guan Eng untuk 'potong' . Mungkin Dr. Chua Soi Lek hanya bersifat sinis apabila mengeluarkan kenyataan sebegitu apabila melihat tindak-tanduk Lim Guan Eng seolah-olah mempunyai cita-cita yang besar untuk menduduki jawatan no. 1 negara . Dr. Chua juga berkata walaupun Lim Guan Eng berani 'potong' dia tetap tak diterima sebagai Perdana Menteri kerana beliau masih bukan orang Islam yang sebenar . Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Dr. Chua ialah perkara2 lain yang perlu dilakukan oleh seorang yang beragama Islam.

Lim Guan Eng perlu bertanggungjawab ! Pergaduhan antara kaum di Padang Kota, Pulau Pinang berlaku lagi.

Semasa Putrajaya riuh dengan pelbagai aktiviti belia , satu senario yang agak berlainan berlaku di Padang Kota, Penang pada hari ini . Suasana di Penang tetap riuh, tapi riuh dengan kebencian ... sekumpulan penyokong perhimpunan Bersih 3.0 telah berkumpul di Padang Kota sempena sebulan memperingati peristiwa Bersih 3.0 . Menurut laporan Malaysiakini ,perhimpunan sempena ulang tahun Bersih 3.0 itu dianjurkan oleh Suaram . Walau bagaimanpun, perhimpunan biasanya akan bertukar menjadi kecoh apabila ada pertembungan diantara dua kumpulan yang berbeza ideologi . Seolah-olah mengulang kembali peristiwa


Perhimpunan Hijau di Padang Kota dimana pergaduhan berlaku antara seorang wartawan akhbar Cina ekoran dari provokasi dan beberapa orang pemuda Melayu. Kes terbaru ialah apabila Ahli DUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin yang menyertai perhimpunan memperingati Bersih 3.0 dicabar oleh beberapa orang pemuda Melayu untuk berdebat , salah seorang peserta perhimpunan bernama Dalbinger Singh pun diajak berdebat ... namun menurut Malaysiakini, diaorang tak dilayan. Tapi korang tahu lah kalau Malaysikini punya berita depa tak cerita semua .. kononnya nak 'portray' budak Melayu yang mewakili PERKASA ni macam jahat sangat lerr. Akibatnya satu pergaduhan berlaku dan 2 orang kena angkut ...

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/199202

Sunday, May 27, 2012

Majlis Fatwa dikritik oleh non-muslim ,siapa sebenarnya 'pariah' ?

Aku kadang-kadang berasa pelik dengan sikap sesetengah non-muslim, terutama dari sebelah Pakatan Rakyat bila orang muslim berbicara tentang hal ehwal Islam , tentang fatwa dan pelbagai perkara lagi . Pasti akan ada 'langau'2 di kalangan mereka akan menyibuk kadang2 ada pulak dikalangan muslim sendiri yang menyokong .


Contoh terbaru aku baca 'twitter' timbalan menteri Saifuddin Abdul mengenai pandangan Mufti Perlis supaya Majlis Fatwa Negara menyemak kembali berkenaan fatwa yang melarang bayi yang dilahirkan kurang daripada tempoh 6 bulan selepas perkahwinan ibu bapa bayi berkenaan .  Aku nampak cadangan Mufti Perlis ni ada pro dan kontranya dan mungkin muzakarah di antara Mufti Perlis dan Majlis Fatwa perlu diadakan untuk lebih jelas. Mungkin ada 'term & condition' sekiranya cadangan Mufti Perlis ini diterima . Walau bagaimanapun, apa sebenarnya yang ingin aku sampaikan bukan mengenai hal ehwal fatwa ni sebab aku bukan lah orang yang arif di dalamnya .


Cuma komen seorang 'non-muslim' yang agak celupar bila membalas twitter Saifuddin dengan membalas  bahawa fatwa berkenaan sepatutnya tidak diluluskan dari awal lagi ! Apa hak si 'celupar' ni untuk membut komen yang agak kurang ajar ini , sebagai seorang 'non-muslim' dia sepatutnya tak mencampuri hal-ehwal muslim dan lebih penting lagi perkara yang berkaitan dengan fatwa ini seharusnya dibicara oleh orang2 Islam yang faham tentang ilmu agama. Dan yang lebih menyedihkan lagi si timbalan menteri re-tweet seolah-olah bersetuju dengan pandangan ini . Come on lah ! Stop being a liability or  u should just back off !

Jadikan Esok Lebih Baik Dari Hari Ini - Najib



alt
PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melontarkan cabaran kepada belia untuk menggunakan kuasa secara rasional dan bijaksana, dalam memilih kerajaan yang mampu menjamin masa depan negara. 

Beliau turut  menggesa belia supaya mengawal masa depan mereka dengan mengundi kerajaan yang telah membuktikan keupayaan menerajui negara melalui perubahan progresif sejak kemerdekaan. 

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menjadikan esok lebih baik daripada hari ini," katanya. 
Najib turut percaya belia di negara ini mampu menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan dalam melaksanakan hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam demokrasi negara. 

"Selama beberapa generasi, belia Malaysia telah memilih kerajaan yang telah berjaya memacu negara kita ke hadapan, bukan hanya dalam satu pilihan raya umum tetapi 12.
alt

Perdana Menteri turut mengingatkan para belia supaya tidak termakan hasutan, tidak terpedaya dengan fitnah, ucapan-ucapan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menghasut. 

"Kita harus tahu memilih antara intan dan permata, siapa yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini," katanya. 

Najib mengulangi keyakinannya bahawa suara belia yang berhimpun di Putrajaya adalah suara keramat dan alunan gelombang semangat yang tahu memilih kerajaan yang benar-benar boleh menjamin masa depan rakyat. 

"Hari esok lebih baik dari hari ini dan saya dah rakan-rakan anggota Kabinet yang berhimpun atas pentas, kami tak ada pilihan melainkan atas bahu kami. 

"Anda semua adalah pewaris, apa yang kita lakukan agenda tak lain tak bukan nak serah sebuah negara Malaysia yang lebih baik dari hari ini," kata Najib semasa merasmikan Himpunan Jutaan Belia 2012.

PM : Majoriti Belia Cintakan Keamanan, Bukan 'Demo Crazy'

PM : Majoriti Belia Cintakan Keamanan, Bukan 'Demo Crazy'
PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan majoriti belia yang hadir di perhimpunan semalam sebagai mereka yang cintakan keamanan serta tahu menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen. 



Najib ketika berucap merasmikan himpunan berkenaan berkata, negara tidak mampu bergantung harap kepada belia yang 'demo crazy' (gila demonstrasi). 

"Kalau kita melakarkan imej seorang yang liar yang menendang anggota polis, terbaring atas jalan maka ini bukan gambaran belia yang boleh menjamin masa depan kita. 

"Begitu juga dengan mereka yang sedang melonjak-lonjak atas kereta polis, bukan gambaran belia yang bersopan santun yang boleh rakyat bergantung harap untuk masa depan negara," katanya. 
Perdana Menteri turut menggariskan lima ciri belia bagi negara untuk bergantung harapan, iaitu, mereka yang cintakan keamanan, beradab, berhemah mulia, tertib dan menghormati undang-undang. 

"Yang boleh jadi contoh adalah saudara saudari yang berhimpun di himpunan belia di sini. Majoriti adalah belia macam saudara saudari, jangan biarkan segelintir belia hijack agenda dan imej negara kita," kata Najib. 

"Saya nak tunjuk imej himpunan kita ini, bagaimana kita duduk dalam keadaan aman, tak ada ketakutan, tak ramai pun anggota polis. 

"Polis pun agak lega, polis pun tak rasa cemas, orang ramai pun tak rasa cemas, inilah gambaran belia yang boleh menjamin hari esok lebih baik dari hari ini. 

"Belia bukan 'demo crazy' tetapi mereka menghormati dan menyanjung amalan prinsip berparlimen, belia ada kuasa untuk menggunakan kuasa itu dengan penuh kematangan, menggunakan kuasa dengan penuh bijaksana," kata Perdana Menteri.

ARTIKEL
PM : Majoriti Belia Cintakan Keamanan, Bukan 'Demo Crazy'

Ucapan Penuh Perdana Menteri Sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 26/5/2012
VIDEO

Sambutan Himpunan Jutaan Belia Tenggelamkan Demonstrasi Indraf 2.0

Sempat berjalan-jalan di sekitar Putrajaya sempena Himpunan Jutaan Belia pada hari terakhir 27/5/2012 . Dalam keadaan yang panas macam ni masih ramai yang ada kat karnival ni . Ramai budak-budak muda yang datang , sesuai dengan tujuan perhimpunan ni diadakan ... untuk para belia . Dua tiga hari sebelum tu aku busy gila , ada keja sikit kat 'offshore' . 'Frust' gua sebab ketinggalan aktiviti2 yang best macam Jazz Concert & cosplay .  Tapi takpe lah takde rezeki , aktiviti-aktiviti yang ada pada hari terakhir pun boleh tahan juga. Nak cari parking kereta memang susah beb, sebab tu lah penganjur ada sediakan trem untuk pengunjung-pengunjung yang hadir. Setiap 'venue' ada aktiviti2 tertentu dan ada saja penontonnya . Jadi aku berani jamin, dalam tempoh 5 hari ni, target KBS untuk 2 juta pengunjung memang tercapai ! Tahniah KBS untuk aktiviti-ativiti bagi menghargai golongan2 belia di  negara ini . Anyway sepatutnya gua pi 'join' perhimpunan Indraf 2.0 di Brickfields , tapi terlupa pulak !! Dari maklumat sahabat2 yang ada di lokasi memaklumkan perhimpunan Indraf 2.0 yang menyelitkan elemen2 rasis tak dapat sambutan .



Suara Belia Menyokong Najib Bergema Di Putrajaya


PUTRAJAYA
, 26 Mei 2012 - N.A.J.I.B, Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia, itulah sepanduk yang diarak 250 belia dari Majlis Belia Pulau Pinang (MBPP) sebagai tanda sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Himpunan Jutaan Belia. 






Wakil MBPP Mohd Rashwan Klawan berkata belia Pulau Pinang itu turut membawa sepanduk memaparkan kata-kata keramat Najib yang mereka kumpul. 

"Kami membuat persiapan mengumpul dan menghiasi mutiara kata Perdana Menteri sejak minggu lepas lagi. Kata-kata ini diambil dalam surat khabar. Ini adalah tanda sokongan belia Pulau Pinang kepada PM. 
"Kami berterima kasih pada kerajaan kerana memberi peluang kami di seluruh Malaysia berkumpul di sini, dan ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan kegiatan sosial kami," katanya. 



Tinjauan yang dilakukan mendapati beberapa kumpulan belia membawa sepanduk yang tertulis kata-kata seperti "Kami sokong dasar kerajaan", berarak sejauh 6 kilometer sambil melaungkan 1 Malaysia walaupun cuaca panas terik kerana semangat cintakan negara mengatasi segala-galanya.

Hari Kedua Mempamerkan Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Belia

PUTRAJAYA 25 Mei – Hari Kedua Himpunan Jutaan Belia 2012 telah mempamerkan pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk para pengunjung.
 
Bermula seawal 6 pagi hingga ke tengah malam, pelbagai aktiviti telah disediakan sebagai pengisian program bagi menarik minat para pengunjung khususnya golongan belia untuk melibatkan diri.
 
Antara aktiviti berkonsepkan keagamaan yang dijalankan pada hari kedua ialah kolokium kepimpinan belia Islam dan program subuh bersama pendakwah muda.

Sementara itu, para pengunjung juga boleh mencuba nasib dengan menyertai pertandingan karaoke yang diadakan.
 
Budaya dan adat sesebuah kaum juga tidak dilupakan kerana para pengunjung boleh mencuba permainan tradisional yang terdapat di negara kita, pertunjukan kebudayaan dan persembahan tarian tradisional.

Oleh itu, golongan belia dijemput untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan program ini dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan kerana secara tidak langsung ia dapat memupukkan semangat perpaduan antara kaum.


ARTIKEL
http://www.klpos.com/himpunan-jutaan-belia-2012/4583-hari-kedua-mempamerkan-pelbagai-aktiviti-menarik-untuk-belia

HBN 2012 Capai Sasaran, Belia Semakin Bijak Dan Matang

PUTRAJAYA, 26 Mei – Golongan belia masa kini lebih matang dalam membuat penilaian dalam memilih pucuk kepimpinan terbaik yang mampu memberi pembaharuan bagi menjamin masa depan mereka.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, belia semakin bijak memilih pihak mana yang lebih layak memikul tanggungjawab memimpin negara ini.
 


“ Belia yang sentiasa berada dibelakang kerajaan bukanlah atas dasar paksaan, tetapi mereka sendiri bijak membuat pilihan (memilih kerajaan),”katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012 di sini hari ini.
 
Menurut Najib, kejayaan negara bukan sahaja boleh diukur dengan adanya bangunan yang berdiri megah, malah ia dapat diukur dengan nilai kemasyarakatan.
 
“Golongan belia yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi adalah belia yang berhimpun secara aman, melontarkan rasa cintakan keamanan negara, beradab serta menghormati undang- undang negara dan bukan menjadi belia yang suka melakukan keganasan,” katanya disertai dengan sorakan para belia.


Majlis perasmian tersebut turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.
Pada majlis yang sama, beliau telah menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Perdana Belia Negara sempena Himpunan Jutaan Belia tahun ini.
 
Tambah beliau, sasaran kementerian tercapai apabila berjaya menghimpunkan lebih kurang dua juta belia dari seluruh negeri.
 
“Tahun lepas kita telah mencapai sasaran seramai sejuta belia dan tahun ini menterinya (Datuk Ahmad Shabery Cheek) telah berjaya menyahut cabaran saya apabila berjaya mencapai sasaran seramai dua juta belia,” katanya.
 
Selain itu, Najib turut berkata tema Hari Belia Negara 2012 iaitu ‘Jadilah Esok Lebih Baik Dari Hari Ini’ amat bersesuaian kerana dari semasa ke semasa pihak kerajaan telah berjaya membawa pembaharuan dan pembangunan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

Hiburan Medium Sebar Dakwah Kepada Belia

PUTRAJAYA 25 Mei – Hiburan boleh dijadikan sebagai medium dalam menyebarkan dakwah dan nilai-nilai keagamaan kepada golongan belia masa kini.
 


Isu tersebut telah dibincangkan pada program Borak- borak Kopi O Biskut Kering malam tadi sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang bermula pada 23 hingga 27 Mei, di sini.
 
Sham Kamikaze yang juga dikenali sebagai pemain gitar kumpulan tersebut dijemput sebagai salah seorang ahli panel bagi program berbentuk bual bicara ini.
 


“ Saya pernah menyertai bengkel yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa masjid dimana saya perlu mengajar golongan belia bermain gitar. Tetapi, bengkel tersebut bukan sahaja berkaitan dengan bermain gitar tetapi secara tidak langsung, belia yang menyertainya juga akan diajak untuk menunaikan solat berjemaah,” katanya.
 
Menurut Sham lagi, kita tidak seharusnya mendakwa bahawa bermain gitar itu adalah haram kerana secara tidak langsung terdapat dakwah yang boleh disampaikan kepada golongan belia melalui pendekatan tersebut.

Kenyataan tersebut turut disokong oleh penyanyi rock terkenal negara, Datuk Hattan bahawa pendekatan tersebut boleh diguna pakai dan harus diteruskan.
 
“ Saya sokong apa yang diperkatakan oleh Sham dan usaha ini perlu diteruskan kerana ia akan mendatangkan kebaikan kepada masa depan belia,” tambahnya yang dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-81 bulan lepas.

Sementara itu, Pengerusi Gerak Dakwah Gerakan Belia 4B Malaysia Anas Azizu berkata, mereka telah melaksanakan beberapa program seperti Jejak Ulama yang mana sekumpulan belia bermotosikal akan berkonvoi ke masjid- masjid yang terpilih di setiap daerah.
 
“Mereka yang terlibat dalam aktiviti konvoi ini akan turut solat berjemaah bersama ahli masjid serta diberikan tazkirah dan secara tidak langsung penyebaran dakwah kepada golongan muda dapat disampaikan,” ujarnya.
 
Anas juga berharap pendekatan ini dapat diteruskan dan pihak beliau akan berusaha untuk menjalinkan kerjasama bersama rakan artis dalam meneruskan penyebaran dakwah ini kepada golongan belia.


ARTIKEL

http://www.klpos.com/himpunan-jutaan-belia-2012/4582-hiburan-medium-sebar-dakwah-kepada-belia


VIDEO
http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=rqtD_UKAxLQ

Saturday, May 26, 2012

MESEJ PERPADUAN : SIMBOLIK HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012

PUTRAJAYA, 25 Mei 2012 - Riak kegembiraan jelas terpancar di wajah puluhan ribu golongan belia yang hadir pada hari kedua Himpunan Jutaan Belia 2012, di pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya, semalam.
Rata-rata yang ditemui melahirkan rasa puas hati dengan kepelbagaian program dan segmen yang disediakan pada tahun ini. 

Namun begitu, suatu mesej yang simbolik disampaikan melalui temubual yang dijalankan amat bertepatan dengan program pembangunan modal insan yang dijalankan oleh kerajaan dalam memupuk keharmonian dikalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. 

Mohd Khairi Ramli, 25, memberitahu para belia seharusnya mengambil peluang keemasan untuk bersatu dan memupuk perpaduan yang lebih erat selain dari menikmati pelbagai aktiviti yang sedang berjalan.
Begitu juga dengan Azura Abidin, 26, yang pertama kali menghadiri Himpunan Jutaan Belia 2012 yang sedang berlangsung. 

Beliau turut mempunyai pandangan yang sama seperti Mohd Khairi Ramli agar belia yang hadir tidak segan silu untuk bercampur dan bergaul dalam memupuk keharmonian disamping berharap himpunan kali mencapai sasaran dua juta belia.

"Saya dapat  rasakan perhimpunan kali ini lebih meriah dan yakin sasaran untuk mencapai 2 juta belia akan tercapai. Tunggulah pada hari kemuncaknya nanti," katanya. 

Ramesh, 19, yakin perhimpunan kali ini lebih meriah jika dibandingkan dengan perhimpunan tahun lalu kerana lebih banyak program dan aktiviti yang disediakan untuk golongan belia.

Beliau turut memberitahu Hari Belia yang disambut ini jelas melambangkan tidak ada semangat perkauman yang wujud kerana para belia saling bersama dan berpeluang mengenali di antara satu sama yang lain. 

"Memang ada di antara masyarakat berbilang bangsa yang kurang berinteraksi dan perhimpunan belia seharusnya dijadikan platform untuk merapatkan jurang ini. 

"Saya berharap lebih ramai para belia dari msyarakat India dan Cina datang untuk bersama-sama memeriahkan perhimpunan ini," katanya. 

Mohd Zamri Yaakub, 50, berkata Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum melalui pemerhatian beliau sepanjang seharian disini.

Beliau menzahirkan rasa bangga dengan usaha kerajaan yang berjaya melahirkan suatu program untuk golongan belia untuk beriadah, penuh pengisian disamping mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap belia. 
"Saya akui program yang diadakan sekali setiap tahun ini bagus untuk para belia kita," katanya yang mengakhiri perbualan.

HBN 2012 - Zahid Hamidi Sertai Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi.

alt

PUTRAJAYA 23 Mei - Sebanyak 150 kenderaan dengan 100 buah kereta dan 50 buah motosikal berkuasa tinggi telah berkonvoi di sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan bagi mempromosi Hinpunan Jutaan Belia Negara 2012.

Sebanyak 14 kelab dan persatuan kereta serta empat kelab dan persatuan motosikal dari seluruh negara menyertai Konvoi Hari Himpunan Jutaan Belia 2012.

alt

Antara yang terlibat ialah anggota kelab Lamborghini Kuala Lumpur , Blue Jcker, Kelab Honda, Kelab Exora dan Myvi Club, selain dari itu club Motocross, kelab Scuter MUSC dan Kelab Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Konvoi tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Datuk Borhan Dollah.

alt

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikenali sebagai peminat motor berkuasa tinggi turut menunggang motosikal Cam-Am Spyder. berkonvoi bersama peserta pada acara tersebut.

Permulaan konvoi yang bermula dari Pejabat Kementerian Belia dan Sukan mengelilingi Putrajaya dan berakhir di tempat yang sama.

alt

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Shabery Cheek menjelaskan, acara Open Day Putrajaya yang menjadi pembuka Karnival Himpunan Jutaan Belia 2012 menjadi antara tarikan aktiviti yang melibatkan golongan belia yang hadir.

alt

"Saya rasa tiada negara lain dalam dunia yang menyerahkan kota pentadbirannya untuk beberapa hari kepada golongan belia untuk melakukan apa saja yang menunjukkan kreativiti dan kemahiran mereka dengan pelbagai aktiviti yang mencorakan tenaga mereka yang memberikan gambaran bahawa belia kita sebenarnya baik, kreatif, bertenaga, tersusun dan yang boleh melakukan apa yang selama ini kita tidak dapat banyangkan.

"Jadi kepada orang ramai marilah kita saksikan pertunjukkan sehingga malam ini yang bakal dihadiri 50 Ribu pengunjung", katanya selepas menamatkan konvoi pembukaan Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini hari ini.

Himpunan Jutaan Belia 2012 Terima Kunjungan Hormat dari 42 Wakil Luar Negara

alt

PUTRAJAYA 24 Mei - Himpunan Jutaan Belia 2012 yang telah berlangsung bermula semalam turut mendapat perhatian rakan-rakan dari Negara Luar.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Dato' Razali Ibrahim, setakat ini seramai 43 Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Asing ke Malaysia telah mengesahkan akan turut hadir meninjau sendiri kemeriahan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara.

Malah satu sessi tinjauan mesra akan diadakan pada 25 Mei ini bermula jam 4 petang. 

alt

"Saya akan memastikan mereka kagum dengan penganjuran acara ini... Mereka boleh menyertai sambutan Hari Belia Negara pada tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Hari Susu Sedunia Malaysia sempena Himpunan Jutaan Belia di sini.

Beberapa Negara yang bakal menyertai sessi tinjauan mesra tersebut yang diantaranya termasuklah dari Negara  Perancis, China, Cuba, Argentina, Jepun, China, Kemboja, Brunei, Indonesia, Algeria dan Bangladesh.

alt

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut mensasarkan Festival Jazz Belia Sedunia bakal menjadi salah satu acara yang mendapat liputan antarabangsa dan dijangka bakal mencipta satu rekod yang mampu membanggakan segenap masyarakat global.

Festival Jazz Belia Sedunia dijadual akan diadakan di Dataran Gemilang di sini yang membariskan beberapa penggiat seni jazz yang dikenali termasuklah Dino Fiumara Trio (AS), Lektron (Jerman), Cats In Love (Malaysia), Diana Liu (Malaysia), Morning Smile (Indonesia), 57Kustik (Indonesia), Benjamin Trio (Singapura) dan Dhruv Band (India).

Friday, May 25, 2012

Azmin Ali bengang bila dijerit 'YB Jamban' dalam sesi dialog bersama penduduk !

Sebagai seorang penduduk yang tinggal berhampiran Kelana Jaya, aku terpanggil untuk menghadiri sesi dialog bersama penduduk mengenai pembangunan tanah di padang bola Kelana Jaya bagi membina beberapa blok kondo mewah dan bangunan2 komersil . Sampai saja daad  epan pintu masuk , kereta aku dah kena tahan . Pakcik RELA tu tanya dari mana ? Aku jawab dari Kelana Jaya untuk dengar sesi dialog , kemudian dia cakap ada bagi nama tak ? Aikk ?? Bagi nama ? Kemudian dia belek2 kertas yang ada list nama2 orang dan dia cakap kalau nama takde tak boleh masuk .. Cisss apasal diaorang takut sangat nak bagi orang luar join sekali dengar sesi dialog tu .


So aku park kereta kat tempat lain , kemudian buat bodo jalan depan pakcik2 RELA tu dengan beberapa orang. Pakcik2 tu tak tahan .. rupanya bila sampai di dewan ada satu lagi halangan , kena daftar depan pintu masuk . Masa tu aku nampak wartawan2 tengah menunggu di luar (termasuk wartawan TV3) , tiba2 ada sorang wakil penduduk yang ada dalam dewan bising2, dia buka pintu suruh wartawan2 ni masuk .. apa lagi gua pun mencelah je lah ! Rupa-rupanya dalam dewan dah panasss ... muka2 YB kat depan terkedu bila bertubi-tubi diasak oleh macam2 soalan dari penduduk . yang hadir malam tu bukan melayu je, cina ada dan india pun ada . Aku terdengar seoarang pakcik tu berkata .. "diaorang ingat kita ni bodoh ?" , ada beberapa group makcik2 pulak tak henti2 mengomel .



Kemudian konsultan berucap, cerita itu ini . Masa dok cerita perancangan itu ini pun penduduk belasah jugak. Semua suruh hentikan ja cadangan itu dan ini , yang penting hentikan projek pembangunan di padang bola PKNS tu. Tiba giliran konsultan trafik bila dia sebut buat masa sekarang masalah trafik di Kelana Jaya memang tak ada penyelesaian lagi . Bertambah-tambah la angin penduduk yang hadir tu .. depa kata kalau dah tau tak ada penyelesaian buat apa nak tambah lagi masalah , Paradigm mall yang baru dibuka tu pun dah bagi cukup pertambahan masalah pada diaorang . Masing2 garang beb .. muka YB PKR ,Nik Nazmi dan Azmin Ali masih 'cool' lagi .



Tiba giliran Azmin Ali berucap , dia mula 'start' buat cerita kononnya macam kerajaan PR ni membela rakyat , kata Azmin semua permasalahan yang ditimbulkan akan dibawa kepada pengetahuan Menteri Besar , dan untuk ambik hati penduduk dia cakap projek ni akan ditangguhkan . Dapatlah tepukan sikit ... tapi sorang penduduk ni potong 'stim' bila dia kata kat Azmin tak payah pusing sana pusing , bagi saja jawapan samada projek ni akan diteruskan atau tidak..Azmin berdalih dan berkata itu saja apa yang ingin beliau sampaikan dan terus mengambil balik tempat.

Pada satu ketika Azmin naik angin apabila salah sorang hadirin menjerit 'YB Jambannnn !!' Melompat dia bercakap jangan buat fitnahhh dengan nada yang agak tegas . Aku nak tergelak pun ada , dan bila melihat reaksi orang ramai yang hadir tersenyum sinis lagi lah aku nak tergelakk ! YB Nik Nazmi pulak kena 'sound' dengan penduduk apabila salah sorang yang hadir berkata kenapa YB membela pemaju yang beberapa orang saja bilangannya dan bukkannya penduduk disitu yang telah mengundi beliau untuk menjadi wakil mereka . Pheww memang panas.. patutlah diaorang beria sangat untuk menghalang wartawan dari masuk kedalam dewan tadi !

Wednesday, May 23, 2012

Debat PTPTN : KJ Menganalisis Fakta & Rafizi 'Menipulasi' Fakta

Debat PTPTN yang dianjurkan di Kompleks Karangkraf Shah Alam pada 22/5/2012 membuktikan kehebatan Rafizi dalam 'menipulasi' fakta . Rafizi juga dilihat cuba membuat perbandingan antara 'Apple to Rambutan' dalam konteks pinjaman pelajaran PTPTN . Nak tersembur air hidung aku bila Rafizi bercerita tentang pendidikan pengajian tinggi percuma semasa zaman Malaysia baru merdeka . Adakah Rafizi terfikir berapa banyak universiti yang ada pada ketika itu dan berapa ramai pula orang yang berjaya masuk universiti .Dunia makin maju, teknolagi makin hebat , budak2 makin pandai . Cuba tengok je keputusan SPM dan PMR setiap tahun yang dapat straight A beribu-ribu lemon .


Zaman aku dulu , sapa dapat straight A nama siap naik suratkabar tu. Tu kira yang dapat straight A, yang tak dapat A , yang gagal ? Tentu depa pun teringin nak sambung belajar , yang gagal tu boleh masuk aliran kemahiran di kolej2 yang menawarkan kursus itu . Tahap kesedaran orang muda zaman sekarang dan orang zaman dulu dah lain sangat . Jadi bila pelajaran diutamakan, maka perlu lebih banyak IPTA, IPTS dan kolej2 kemahiran ditubuhkan . Semua ni perlu duit bro... kos operasi, dan macam2 kos lagi . Takkanlah semua kerajaan nak subsidize ??  Macam KJ cakap semalam kalau semua kos2 ni disubsidikan maka kos untuk pendidikan percuma saja dah melebihi kos2 lain dalam belanjawa , balance pun tak cukup nak bayar gaji kakitangan awam beb . Bila dah tak cukup duit... mula lah start berhutang , masa tu boleh menyalak lagi pasal isu hutang negara meningkat ! Prffttt 

Satu lagi aku nak komen mengenai fakta2 yang dihujahkan oleh si Rafizi ni , dia dok ulang suara kata Turkey bagi pendidikan percuma . Aku mula2 rasa macam nak percaya , maklum lah ada pepatah mengatakan kalau satu perkara bohong tu berulang kali diucapkan lama2 orang lain akan ingat tu perkara betul . Tapi sebagai seorang yang rasional aku rujuk dulu pakcik Google , search punya search Rafizi kantoi ... June 2011 , dalam satu akhbar Turkey melaporkan 500 orang pelajar ditahan polis sebab buat tunjuk perasaan tuntut pendidikan percuma . Aikk kalau free buat apa nak tuntut lagi . 



Seperkara lagi mengenai pendidikan tinggi percuma di Finland , aku korek2 beberapa fakta dalam Google . Pertama fakta mengenai jumlah penduduk negara itu seramai 5 juta orang lebih berbanding Malaysia 28 juta . Kedua keluasan negara Findland yang saiznya lebih besar sedikit daripada Malaysia . Jadi bayangkan hasil bumi dari negara Findland yang sedikit lebih luas dari Malaysia dikongsi bersama-sama 5 juta orang penduduk berbanding hasil bumi Malaysia yang perlu dikongsi dengan 28 juta penduduk ! Bila Rafizi kata Findland ni bukan negara yang kaya dan takde apa2 pun , paling2 pun Nokia yang dah nazak tu .. sebaliknya fakta menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan Rafizi , menurut Wikipedia keluaran kapita di Findland adalah meyamai negara-negara maju seperti Germany, French, UK . 

Kesimpulannya aku puji Rafizi kerana pandai 'menipulasi' fakta sampai penyokong2 percaya malah siap bersorak-sorak kegembiraan pulak ? Ini lah Pakatan Rakyat , mereka akan campur fakta dengan pembohongan dalam ceramah2 supaya nampak apa yang diceramahkan itu nampak betul . Akai mudah dibaca !

Tuesday, May 22, 2012

Merayu kembali pada UMNO sebab Pakatan Rakyat tak sudi dengan Zamhuri ?

Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan pengumuman seorang ahli UMNO dari Kampar, Perak yang melaung-laungkan 'Hidup DAP' berulang kali kerana mendakwa kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim terhadap beliau kerana permohonan pasir beliau ditolak . Lebih mendukacitakan , Zamhuri yang juga merupakan ketua cawagan UMNO Changkat Tin dan Naib Ketua UMNO Kampar mengecam UMNO dan Barisan Nasional dengan mendakwa rasuah yang berlaku didalam parti adalah keterlaluan. Zamhuri juga mendakwa bahawa lebih 100 ahli dalam cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau .Perghh kalau ditengok video youtube Zamhuri tengah naik angin memang bukan main angkuh lagi manusia ni seolah-olah dah lupa jasa UMNO yang telah berbakti pada beliau selama 27 tahun !


Namun semasa pengumuman Zamhuri mahu keluar UMNO , rata-rata pengamal media sosial pro-Barisan Nasional tetap 'cool' saja , malah aku sendiri bersyukur kerana UMNO sememangnya mahu membersihkan jenis-jenis ketua cawangan sebegini dari parti . Teringat aku ucapan Tun Dr. Mahathir mengenai kewujudan spesis-spesis ketua cawangan sebegini yang merosakkan parti UMNO itu sendiri . Dr. Mahathir berkata UMNO akan dipenuhi dengan orang2 yang bodoh kerana sikap sesetengah ketua cawangan yang menolak kemasukan orang yang berpendidikan tinggi dalam cawangan mereka , motifnya kerana takut dicantas. Bila dicantas , takde jawatan.. dan bagi mereka segala-galanya akan sukar selepas itu .


Secara peribadi aku berpendapat , samada DAP, PKR dan PAS sendiri tidak akan menerima orang sebegini ke dalam parti mereka disebabkan tak mahu 'langau-langau' yang pernah menghurungi UMNO pada satu ketika cuba menghurungi mereka pula . Dan video youtube Zamhuri mengamuk itu sendiri menunjukkan betapa dia 'frust' sebab permohonan pasir tak diluluskan ? Adakah hanya kerana dia ketua cawangan UMNO maka dia berasakan diri patut diberi keistimewaan ? DAP, PKR dan PAS melihat video ini dan sekiranya mereka berfikir secara rasional , tentu mana-mana parti ini tak akan sanggup mengambil risiko untuk mendukung biawak hidup sebegini. 


Mungkin senario ini telah sampai pada pengetahuan Zamhuri maka , 'press conference' yang dilakukan beliau semalam (21/5/2012) adalah bagi mendapatkan semula 'payung' yang dibuang, dicaci maki dan dipijak beberapa hari sebelum itu . Begitu cepat berubah fikiran ?Sekiranya dimaafkan maka tidak mustahil akan berlaku senario yang sama lagi . Walau betul-betul ikhlas biarlah segala jawatan dilepaskan dan sekadar menjadi biasa sahaja . Hukum tetap hukum ! Pada hari Zamhuri naik angin , beliau telah berkata “Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang" dan
“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” . Tapi sekarang apa sudah jadi ? Pakatan Rakyat pun tak sudi agaknya ?

Monday, May 21, 2012

'Skandal' Lim Guan Eng mengamuk , ugut akan dedah segalanya sebelum PRU !!!

Terbaru dari blogger Stopthelies , mendedahkan isu 'hot' yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Dari entry terbaru blog itu http://stopthelies.my/?p=1297 , mendedahkan bagaimana wanita yang dikatakan mempunyai hubungan 'istimewa' dengan Lim Guan Eng naik angin bila Ketua Menteri Pulau Pinang itu memindahkan beliau dari pejabat ketua menteri di Komtar ke tempat lain . Dipercayai tindakan Lim Guan Eng adalah untuk 'membersihkan' nama beliau dari tuduhan2 skandal liar dengan wanita yang bernama Chai Hong ini. 


Namun tindakan Lim Guan ini menyebabkan Chai Hong betul2 'makan hati' dan bersedia pada bila2 masa saja untuk mendedahkan pada umum hubungan 'istimewa' mereka sebelum menjelang pilihanraya. Menurut rakan2 Chai Hong, wanita ini berasa dipergunakan dan dijadikan seperti sampah apabila Lim Guan Eng dikatakan memindahkan beliau dari pejabat ketua menteri di Komtar atas arahan Betty Chew (bini Lim Guan Eng) . Cerita lebih detail boleh baca di sini
 
Maka bertambahlah list skandal-skandal pemimpin tertinggi PR cuma taraf Lim Guan Eng kira ok la sikit dari pemimpin2 mulayu Pakatan yang turut terkantoi dalam skandal china doll, ice cream dan kaunseling pukul 3 pagi, ehh lupa sorang lagi , 'mahhh...muka abang bau bu***' .  Siapa pula lepas ni ? Adakah akan dikatakan lagi ini konspirasi UMNO secara besar-besaran terhadap pemimpin PR ?

Isu Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya : Perjumpaan PKNS dengan penduduk setempat pada 23/5/2012

Isu perobohan Kompleks Sukan PKNS di SS7 Kelana Jaya telah timbul sejak tahun 2011 lagi . Rata-rata penduduk setempat tidak bersetuju dengan cadangan PKNS untuk merobohkan Kompleks Sukan PKNS di Kelana Jaya itu bagi pembinaan tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat. Rata-rata penduduk kecewa dengan sikap PKNS yang lebih mementingkan keuntungan berbanding kepentingan rakyat. Difahamkan kerajaan PR Selangor mahu membangunkan kawasan itu kerana nilai hartanah di situ melambung dan lebih sesuai digunakan untuk tujuan komersil.


Penduduk setempat bimbang sekiranya projek bernilai RM 2 billion ini diteruskan , masalah kesesakan jalanraya di Lebuhraya Damansara-Puchong akan menjadi lebih serius. Di samping itu Kompleks Sukan PKNS SS7 Kelana Jaya itu juga merupakan tempat riadah dan aktiviti penduduk setempat malah tempat itu telah dianggap sebagai 'trademark' bagi kawasan penempatan Kelana Jaya.

Melalui maklumat yang diterima oleh seorang sahabat sebentar tadi, PKNS akan mengadakan perjumpaan dengan penduduk mengenai  rancangan untuk membangunkan tapak Padang PKNS . Perjumpaan ini akan diadakaan pada hari Rabu , 23/5/2012 jam 8 malam di Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya . Di kesempatan ini saya menjemput orang ramai , khususnya penduduk-penduduk di Parlimen Kelana Jaya dan kawasan sekitarnya untuk hadir dan menyampaikan mesej bantahan anda pada hari itu. Mohon juga disebarkan pada rakan2 yang lain

'Rasuah' Tunku Aziz RM50,000 bukti DAP guna duit rakyat untuk kepentingan politik.

Berikut adalah pandangan seorang rakan Facebook (Uncle Fuad Omar) mengenai tindakan Lim Guan Eng membuat tawaran sebanyak RM 50,000 kepada Tunku Aziz . Analisis dan perbandingan yang dilakukan agak menarik, sekaligus menyerlahkan hipokrasi kerajaan DAP Pulau Pinang yang kononnya memperjuangkan CAT.


"Tawaran yg di buat kpd Tunku Aziz sebanyak RM 50 000.00 adalah "tip of the iceberg", dimana Kerajaan PR/DAP PP menggunakan duit rakyat utk kepentingan politik....

Dlm Lapuran Tahunan PDC 2010 (Pg 14 - Finance), PDC ada kepentingan didalam 36 syarikat dan juga 7 lagi syarikat yg tersenarai didalam Bursa Msia...

Sudah tentu Kerajaan Negeri (CM Inc) akan menamakan paling kurang seorg wakil sebagai Lembaga Pengarah....persoalanya siapa dan berapa mereka dibayar....

Itu baru PDC, kalau kita ambil kira PBA Holding dan juga Projek2 dimana Kerajaan Negeri ada kepentingan spt Bayan Mutiara, SPICE dll....sudah tentu ada kroni diselitkan didalam projek2 ini....

In the spirit of CAT and Freedom of Information Bill, LGE is duty bound to reveal all the names of their proxies in State GLCs/GOCs and how much they are paid since this rakyat's money...

Utk makluman, utk GOC/GLC Pusat, jawatan Non Executive Chairman saja (kalau ada pun) terdiri drpd bekas Menteri Kabinet (eg TS Leo Moggie, TNB)....semua lembaga pengarah adalah merupakan professional didalam bidang masing2, walaupun Umno berhak meletakan semua Ketua Cawangan Umno disetiap GLC/GOC dan juga syarikat2 dimana MOF Inc ada kepentingan....tetapi ini tidak :dilakukan.... "

Jamie Oliver's Food Revolution : Peserta dari Malaysia dipilih untuk live 'Google Hangout' yang ditonton seluruh dunia !

Tahniah diucapkan kepada seorang wakil dari Malaysia kerana terpilih dalam temubual 'live' Google Hangout bersama-sama Jamie Oliver sempena kempen 'Food Revolution' yang dicetuskan beliau.  Tele-conference 'Google Hangout' dikendalikan oleh Robyn O'Brien seorang aktivis pemakanan yang terkenal di USA (http://www.robynobrien.com/Default.htm) . Peserta2 yang terlibat ialah Alice Randall (New York Times Best Selling Novellist), Puan Farah (Malaysia, ), Kimanh (Australia) , Shane Valentine (California, author of The Baby Cuisine Cookbook, Chef Instructor for Whole Foods Markets )


Sebenarnya aku pun tak tau apa bendanya kempen 'Food Revolution' ni cuma terasa bangga apabila peserta tunggal dari Malaysia terpilih diantara beribu orang di seluruh dunia yang menyertai kempen ini. Dengan merujuk laman web Jamie Oliver, 'Food Revolution' yang dicetuskan oleh chef terkenal ini ialah berkenaan kempen kesedaran mengenai makanan 'asli' yang tidak di'proses'.

Makanan yang di'proses' menurut beliau mengundang pelbagai masalah kesihatan pada hari ini kerana lebih menjadi pilihan majoriti masyarat di pelbagai peringkat lapisan. Contoh-contoh makanan yang telah diproses adalah seperti sardin dalam tin, maggi, daging burger, hotdog, nugget ayam yang dipek, bebola ikan dan seumpamanya. Makanan yang diproses ini melibatkan penggunaan bahan kimia untuk membolehkan ia disimpan pada satu jangka masa yang agak panjang. Seriously, memang kena sebijik batang hidung aku kerana aku ni merupakan salah sorang rakyat Malaysia yang gemar makan makanan yang di'proses'.


Agak mengejutkan kerana di Malaysia perkara sebegini kurang dipromosikan. Apa pun tahniah sekali lagi diucapkan kepada Puan Farah yang menjadi wakil dari Malaysia dalam sidang temubual video yang berlangsung secara 'live' pagi tadi dan disaksikan orang dari seluruh dunia. Sekuranya-kurangnya, dunia melihat kualiti yang ada pada seorang rakyat Malaysia yang lahir dibawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional. Secara peribadi aku berpendapat kempen kesedaran sebegini seharusnya diwar-warkan pada orang ramai. Bukan nak menjahanamkan industri pemprosesan makanan, cuma nak mengingatkan orang ramai supaya menghadkan me'lahap' makanan-makanan yang diproses kerana tak baik untuk kesihatan.


Melalui proses carian di Google, bagi yang berminat boleh la menghubungi Puan Farah melalui laman blog beliau di http://pinkgoodness.blogspot.com/ . Aku dah go through blog ni .. sesuai untuk para ibu . Rupanya Puan Farah sebelum ini pernah juga ditemuramah di Bernama TV berkenaan masalah Ezkema. Boleh dikatakan beliau adalah seorang 'aktivis' yang menggalakan penggunaan bahan asli samada dalam perubatan atau makanan. Pendapat aku, negara kita memerlukan lebih banyak 'aktivis' sebegini dan bukannya 'aktivis'2 yang memperjuangkan perkara2 'songsang' macam si Fahmi Redza , Marina Mahathir ,Hisham Rais etc.

Sunday, May 20, 2012

Kerajaan PR Selangor makin rakus jual tanah, loji najis pun tak terlepas !!!

Ceramah Dato Seri Noh Omar di Gombak pada 7/5/2012 . Antara kandungan ceramah ;


1. Mendedahkan sikap hipokrit Azmin yang menolak wang elaun tambahan ahli-ahli parlimen. Sebaliknya apabila beliau menyokong pula tindakan kerajaan Selangor untuk menaikkan elaun kepada ahli-ahli DUN tertentu yang dikatakan mempunyai prestasi yang bagus.

2. Menyentuh soal ketelusan dalam sistem pengundian di Malaysia dengan penubuhan jawatankuasa yang disertai wakil pembangkang dan kerajaan & juga kemungkinan kerajaan negeri Selangor tidak akan membubarkan dewan undangan negeri kerana PR mendakwa senarai pengundi tak bersih.


3. Mengenai putar belit kerajaan Pakatan Selangor mengenai keuntungan PKPS (Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor) . Menurut Dato Seri Noh, keuntungan PKPS sebenarnya adalah dari hasil jualan tanah .Bayaran pertama RM 92,120,000.00 melalui Bank Muamalat cek bernombor 505329 dibayar pada 8/9/2010 , bayaran kedua RM 2,000,000.00 cek bernombor 63954 dibayar pada 10/10/2011 . PKPS mendapat keuntungan bukan dari kegiatan pertianan atau penternakan tetapi dengan hasil jualan tanah2 pertanian. 

4. Dari rakaman Dato Seri Noh juga mendedahkan kerajaan Selangor PKR jual tanah Yayasan Selangor, PKPS malah Loji Najis di Serdang juga . Apabila pasir dah habis dikorek , sekarang kerajaan PR Selangor juga sedang giat menjual tanah liat. PKPS di bawah kerajaan PR Selangor juga dikatakan akan menjual tanah kekal pengeluaran makanan (PKPM) di Hulu Yam. Tanah PKPM di Hulu Yam , adalah pusat penanaman sayur dibawah usaha Kementerian Pertanian, sekiranya tanah ini dijual maka Lembah Kelang akan mengalami masalah kekurangan sayur. 

Anggaran menggunakan Google Map menunjukkan peserta Bersih 3.0 tak sampai pun 250,000 orang !

Pemimpin-pemimpin Pakatan dan Pengerusi Bersih , Ambiga mendakwa jumlah orang ramai yang hadir untuk protes Bersih 3.0 adalah seramai 250,000 ! Media2 dari luar negara pula mengatakan jumlah yang hadir adalah dalam lingkungan 50,000 hingga 80,000 . PDRM dengan segala kelengkapan canggih dan menggunakan pemantauan udara mendakwa hanya sekitar 25,000 hingga 50,000 yang hadir . Tentu ramai yang tertanya-tanya bagaimana jumlah kehadiran peserta Bersih 3.0 boleh dianggarkan sebegitu. Terdapat pelbagai keraguan dalam pengiraan peserta Bersih 3.0 yang hadir . Kerana peserta-peserta ini tidak 'statik' di satu tempat , mereka bergerak beramai2 menuju ke Dataran Merdeka dari pelbagai arah dan pada satu ketika kelompok ini akan statik di kawasan sekitar Dataran Merdeka . Dan pada ketika ini lah sepatutnya anggaran dilakukan.


Menggunakan perisian Google Earth , aku boleh buat anggaran berdasarkan pemerhatian ketika perhimpunan sedang berlangsung . Katakan lah jalan dari Dataran Maybank penuh sesak dengan peserta Bersih 3.0 yang berarak rapat2 , bahu ke bahu dan punggung peserta depan hampir sangat dengan peserta di belakang . Katakan lah juga situasi yang sama berlaku dari Puduraya hingga ke Bar Council . Dengan membuat ukuran dari Google Earth , jumlah keseluruhan panjang jalan ialah 1130m , lebar jalan dianggarkan 20m berdasarkan method yang sama.  Oleh itu luas keseluruhan ialah 1130m x 20m , 22600 meter persegi . Dari anggaran aku luas yang dipenuhi apabila seseorang itu berdiri adalah lebih kurang 0.2m x 0.5m , 0.1 meter persegi.

Oleh itu jumlah peserta yang memenuhi sepanjang jalan yang ditandakan dengan garisan merah diatas ialah 22,600 / 0.1 ; 226,000 orang ! Namun kita tahu, hakikatnya orang yang berarak dalam Bersih 3.0 tidak beratur rapat2 seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas, akan ada ruang2 yang lebih besar diantara mereka . Dan melalui pemerhatian aku , semasa mereka berkumpul di jalan masuk ke Dataran Merdeka , jalan-jalan di sekitar dataran Maybank dan Puduraya tak dipenuhi dengan peserta2 ini . Jumlah peserta Bersih 3.0 dikatakan memuncak semasa pukul 3 petang dan kelihatan hanya jalan2 masuk ke Dataran Merdeka yang dipenuhi puak2 ini  . 

Jadi anggaran 250,000 kehadiran oleh Pengerusi Bersih 3.0 boleh dikatakan bohong dan bersifat 'exaggerated'.  Jumlah yang dinyatakan media luar negara mungkin lebih masuk akal iaitu hanya sekitar 50,000 orang.  Blogger Tukar Tiub , Hishammudin Rais sebelum ini dengan angkuhnya mengatakan jumlah yang akan hadir ialah 500,000 walhal bilangan yang datang lebih kecil dari itu. Aku terfikir apa method yang digunakan oleh barua2 'Bersih' ni bagi mendapat jumlah 250,000 itu ?

Saturday, May 19, 2012

Satu dunia bakal tahu dokumen sulit persenjataan Malaysia ?

Nampaknya kes pembelian 2 buah kapal selam Scorpene berjaya dibawa ke mahkamah Peranchis . Kenyataan peguam dari Peranchis baru2 ini membidas Menteri Pertahanan Malaysia mengatakan individu2 yang terlibat dalam kes boleh dikenakan waran tangkap sekiranya mereka enggan bekerjasama. Waran tangkap ini akan dikuat kuasakan di Peranchis dan sekiranya ada keperluan akan dikuatkuasakan di peringkat antarabangsa. Nampaknya statement yang dibuat oleh peguam Peranchis ni menunjukkan seolah-olah Malaysia masih di bawah genggaman penjajah.


Dalam kes Scorpene apa yang cuba dibangkitkan ialah elemen2 rasuah yang dikatakan wujud semasa proses pembelian . Walau bagaimanapun, kes pembunuhan Altantuya yang kononnya cuba dikaitkan adalah hanya rencah penambah perisa oleh barua-barua Anwar Ibrahim. Sekiranya kerajaan Malaysia dan individu-individu yang dituduh terlibat bekerjasama dalam kes dan mendedahkan dokumen2 sulit pembelian kapal selam, maka secara tak langsung rahsia pertahanan negara akan terbongkar dengan kes yang dikatakan akan dibicara secara terbuka ini.

Kontrak perjanjian pembelian persenjataan ini pasti akan didedahkan, dalam kes ini adakah peguam Peranchis cuba mengatakan DCNS merasuah kerajaan Malaysia supaya membeli kapal selam Scorpene daripada syarikat itu ? Sepanjang pengalaman aku 'handle' project, client biasanya akan tengok technical spec untuk barang yang hendak di supply oleh vendor-vendor, kalau technical spec ok, dia akan tengok pulak commercial, biasanya harga yang paling rendah akan diberi tawaran , kalau pun tidak harga yang paling rendah , vendor yang membuat tawaran spesifikasi2 tambahan atau apa2 kelebihan yang lain misalnya fee untuk maintenance yang percuma untuk tempoh tertentu akan dipilih.

Apa pun aku tak boleh nak komen lebih2 selagi tak tau apa kandungan kontrak pembelian kapal selam itu . Invoice , DO dsb tak semestinya mencerminkan kandungan kontrak. Walau bagaimanapun, apabila semua ini dibongkarkan semasa perbicaraan mahkamah Peranchis nanti , pasti industri persenjataan di Peranchis akan terkena tempias sebab akan mula timbul keraguan bagi negara2 yang berpotensi untuk menjadi client , kerana dokumen2 rahsia pembelian senjata dan aset2 perang ini boleh didedah pada bila2 masa saja.

Anyway, aku agak musykil kenapa berita mengenai kes pembelian Scorpene ni tak ditunjukkan dalam akhbar2 di Peranchis ? Cuba korang Google dengan gigih kalau2 aku terlepas pandang ?

'Protes Tose' WargaAman dibatal kerana kekurangan 'telur'

Selepas protes jual burger kumpulan anti-Bersih di depan rumah Ambiga , nampaknya sebuah NGO yang menamakan diri mereka WargaAman cuba bertindak balas dengan berhasrat untuk membuat 'protes tose
 pulak di luar rumah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar . Namun diberitakan 'protes tose' itu dibatalkan apabila dinasihatkan oleh pemimpin2 besar Pakatan untuk tidak meneruskannya. Jelas sekali NGO yang menamakan diri mereka WargaAman ni sebenarnya hanya satu lagi NGO yang ditubuhkan untuk kepentingan politik PR. Alasan membatalkan 'protes tose' atas nasihat pemimpin Pakatan hanya satu helah untuk menutupi 'kekecutan telor' ahli dan pemimpin NGO WargaAman ini untuk membuat 'havoc' di depan rumah timbalan IGP . Senang cerita depa ni dari golongan hanya pandai pukul canang saja... buatnya tidak .


Untuk rekod, WargaAman ialah satu pertubuhan yang mewakili lebih dari 20 NGO kaum India. Wow 20 NGO tu , nampak macam ramai . Persoalannya sekarang apa nama 20 NGO tu ? Siapa presiden, siapa AJK, etc . Kalau disiasat 20 NGO ni aku cukup yakin , pusing2 semuanya orang yang sama je . Prfttt 20 NGO konon , orang Penang kata saja nak buat ramaiiii , baru dia boleh naik syehhh sikit ! Kah kah kah . Akai mudah dibaca .

Friday, May 18, 2012

Poster 'Melayu Bodoh' dijulang oleh peserta Bersih 3.0 !

Semasa demonstrasi Bersih 3.0 , banyak elemen2 rasis yang boleh diperhatikan dari satu golongan yang selalu mengatakan orang lain rasis. Mungkin sudah terlalu lama dipendam maka demonstrasi Bersih 3.0 digunakan oleh segelintir golongan ini untuk menunjukkan sifat rasis mereka secara total . Gambar yang terbaru ini aku peroleh dari laman Facebook dan aku amat hairan kenapa orang2 lain disitu tidak menegur perlakuan kurang ajar pemuda berbangsa Cina ini !? Dalam gambar di bawah jelas sekali perkataan yang ditulis itu "Melayu Lembu" di samping lakaran2 lain.


Adakah mulut orang Melayu yang menyertai demonstrasi Bersih 3.0 pada hari itu terkunci dek hanya kerna nak mengambil hati kaum Cina yang merupakan majoriti dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada hari itu ? Perhimpunan Bersih 3.0 mempamerkan sikap kurang ajar segelintir masyarakat dengan secara terang-terangan menyinggung perasaan kaum lain. Cuba lihat video di bawah ini pula bagaimana butir2 perkataan yang amat rasis keluar dari mulut si ahso ni . Namun si ahso ni terkedu bila bahasa melayu yang dipertuturkan oleh 'mat salleh' ni lebih baik daripada beliau sendiri ... jadi siapa yang sepatutnya 'get out of this country' ?



Semasa perhimpunan Bersih 3.0 juga ada peserta dari golongan yang serupa membawa penyapu , adakah peserta sengaja nak mencetuskan provokasi secara halus , mungkin kalau ditangkap alasannya ialah penyapu ialah simbol yang kononnya untuk menyapu hal2 yang tak telus dinegara ini . Jelas sekali peserta ini tak belajar sejarah negara dimana pada satu ketika dahulu pada tahun 1969 , penyapu juga digunakan sebagai simbol untuk menyapu orang Melayu dari bandar ! Oleh itu pada golongan2 ini , henti-hentikan lah sikap menunding jari mengatakan orang lain racist tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya . 

Lim Guan Eng jadi penasihat Penang International Halal Hub, apa jawatan lobai PAS di Penang?

Aku sebenarnya agak ketinggalan dengan apa yang berlaku di Penang kebelakangan ni . Kebetulan tadi tengah 'surf' berkenaan halal hub , aku perasan kerajaan DAP Penang rupanya dah membangunkan satu program yang bercirikan Islam iaitu Penang International Halal Hub . Patut lah puak2 lobai PAS cukup kagum ... asal orang2 DAP ni cucuk dengan hal2 yang Islamik terus depa layu..


Kemudian aku buka website tu dan tengok struktur organisasi yang menggerakkan Penang International Halal Hub ni . Ingatkan dia punya advisor mana2 lobai PAS la samada dari peringkat pusat atau negeri , sekali yang jadi tukang penasihat bab halal ni rupanya Al-Fadhil Khalifah Chief Minister Lim Guan Eng. Benarlah seperti yang diwar-warkan oleh lobai2 PAS bahawa hati Lim Guan Eng sudah dekat dengan Islam.. pada sesiapa yang masih ingat Lim Guan Eng pernah buat statement pada 2008 kalau bapa dia mati , dia akan masuk Islam. Buat sementara ni kita tengok apa tindakan lobai Guan Eng sebagai penasihat Penang International Halal Hub .

Komen aku .. kesian lobai2 PAS , hang pa semua yang bijak pandai dalam hal ehwal agama Islam dok buat apa kat Penang ?

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor