Monday, April 30, 2012

Anwar teruk di 'TIBAI' wartawan dan penyokong sendiri semasa sidang media !

Dengar cerita Anwar kena bantai 'kaw-kaw' hari ni dengan wartawan dalam sidang media yang dibuat . Malah khabarnya ada juga peserta demo Bersih 3.0 selamba badak 'sound' Anwar semasa sidang video tu ? Aku tau semua ni melalui 'twitter' juga. Sebenarnya Anwar dah tau soalan yang akan ditanya wartawan dalam sidang media ni pasti berkenaan video beliau mengarahkan pecacai-pecacai merempuh halangan yang dibuat polis. Aku pun dah agak , Anwar pasti dah bersedia dengan soalan2 macam ni dan dah 'standby' dengan dia punya ayat 'spin' . Bila ditanya wartawan kenapa dia bagi isyarat kepada Azmin seolah-olah menyuruh penghadang diangkat.  Anwar menjawab sebenarnya dia suruh Azmin 'berunding' dengan polis . Katanya dia hanya menyuruh orang ramai bergerak ke sebelah kanan iaitu jauh dari Dataran tetapi keadaan orang ramai dah tak terkawal. Itu kata dia la... cuba tengok video elok2 dan fikir sendiri boleh percaya lagi ka apa si mangkuk ni dok bercakap?


Soalan2 cepu mas ... gambar di atas merupakan salah satu scene video menunjukkan Anwar mengisyaratkan tangan supaya 'laluan dibuka' dan masuk melalui 'laluan yang dibuka' tadi. Sebenarnya apa maksud Anwar , menyuruh orang ramai membuka laluan untuk beri laluan pada kereta atau membuka pagar sekatan dan meluru masuk ? Dan dari press conference hari ni dia kata minta orang ramai bergerak ke kanan iaitu jauh dari Dataran ?? Isyarat yang ditunjuk ada macam tu ka ?? Dalam press conference pun dia kata orang ramai tak terkawal ? WTF .. masa dia berucap tu takde lagi orang nak meruntuhkan pagar tu , benda ni jadi masa dia duduk bagi isyarat dekat Azmin Ali . Kemudian Azmin Ali dan lelaki India tu macam berbual, Azmin mengangguk , lepas tu lelaki India tu turun dan mula berlaku kekecohan ! Dalam press conference hari ni Azmin Ali kata dia tak berkomunikasi dengan lelaki India itu ? Siyallll lu tengok gambar di bawah ni !





Kalau dilihat babak demi babak nampak sangat kepala provokasi ialah si B.A.B.I ! 'Damage control' yang cuba dilakukan dalam sidang media hari ni tak menjadi malah aku nampak lebih membuka sikap buruk sendiri! Pecacai-pecacai tegar tentulah mengangguk aja tanpa berfikir panjang . Gambar2 statik yang aku ambik dari video memang menunjukkan turutan peristiwa berikut iaitu ;

1. Anwar berucap pada orang ramai , beri isyarat tangan membuka laluan dan meluru masuk
2. Kelihatan Azmin dan lelaki India sedang berkomunikasi dengan Anwar. Anwar memberi isyarat tangan.
3. Azmin dan lelaki India berbicara dan Azmin mengangguk.
4. Lelaki India itu turun dan mengangkat penghadang.
5. Peserta demonstrasi mula meluru masuk melalui hadangan yang dibuka
6. Anwar berdiri dan kelihatan seolah-olah tangan bergerak kedepan
7. Lelaki yang berhampiran beliau jelas kelihatan memberi isyarat supaya peserta meluru masuk melalui pagar yang dirobohkan... 

8. Polis dan FRU mula bertindak balas..
9. Anwar & the gang entah cabut ke mana..



Walaupun video ni dah ditunjuk sebelum ni .. aku letak sekali lagi , untuk recap , cuba tonton frame by frame..Kesimpulannya Anwar dan Azmin Ali kantoi menipu lagi. Benarlah kata orang penipuan tak boleh ditutup dengan satu lagi penipuan . 




Bersih 3.0 : Kereta polis diterbalik sebab nak selamatkan orang ? Mohon lihat video ini ! KANTOI !

Kita memang cukup tahu selama ni penyokong2 tegar Pakatan sentiasa mengatakan berita dari Utusan, Berita Harian , Malay Mail dan TV3 tak boleh pakai dan fitenahhhh ! Secara peribadi aku dapat rasakan himpunan Bersih 3.0 sedikit sebanyak memberi 'rahmat' kepada kerajaan Barisan Nasional yang memerintah. Banyak sikap hipokrit dari pecacai sampai ke peringkat pemimpin dah terbongkar ... spender pun tak tinggal ! Nampak habis segala bulu..


Kenapa aku cakap macam tu ? Mari kita tonton video dibawah ini ,sebuah portal 'suci' + 'keramat' Pakatan yang merekayasa satu bentuk penipuan yang amat hebat ... tapi dia lupa orang lain pun ada kamera video jugak ! Kah kah kah .... dia punya berlakon konon2 ada orang dibawah kereta polis kena langgar, video dari Malaysiakini kerap dimainkan dilaman-laman facebook dan macam2 lagi , kononnya nak menjustifikasikan yang polis tu di belasah oleh orang ramai kerana melanggar orang sampai terperosok bawah kereta ! Akai dan planning macam ni aku agak macam Anwar Ibrahim punya 'damage control' . Kah kah kah kah ... sekali kantoiiii tahap maksimummmm ... Akai pemfitnah golongan bangsat pecacai Pakatan memang mudah dibaca ! Kawan - kawannnn SEMUAAAAAA , jommm pi sebarrrr video dan cerita ni , biar media Malaysiakini sorok muka depa dalam lubang jambannnn ! Ptuihhhh



kredit untuk youtube Suarabaru

Sunday, April 29, 2012

Video Anwar Ibrahim bagi isyarat untuk rempuh halangan polis ! Extra video si racist 'Bersih' terkedu bila Mat Salleh cakap melayu :)


Tengok video di bawah ini dan uolsss akan faham, si penghasut nombor 1 negara ni memang cukup pakar dalam kerja-kerja nya . Sekarang si penghasut ni dah 'big time' kantoiii . Dulu boleh la lu berlakon segala, sekarang ramai orang dah boleh baca lu punya kepala hotak ! Tahun ni je berapa banyak video engko terkantoiii bapak Brader Anwar Bin Ibrahim (B.A.B.I) . Satu lagi video bukti ialah dari sumber blogger tegar pembangkang, nampaknya orang sendiri pun dah meluat dengan ko B.A.B.I .


Lagi satu di penghujung video ni ada sorang cina racist berkata-kata 'Get out of this country , get out of this country'



Cuba korang tengok sambungan video ini pulak... bila Mat Salleh tu jawab dengan bahasa Melayu yang fasih !!! Sekor-sekor muka terkejut macam beruk ! Tapi paling tak boleh blah si bahalol2 berbangsa Melayu yang jadi tukang tambah perisa ... seriously aku tengok macam orang bodoh !!! Otak sekor2 dah di'liwat' oleh Al-Juburi sampai tak berupaya nak berfikir dengan waras .

Bersih 3.0 : PDRM took control over violence triggered by Pakatan's supporters. Tahniah !

I was in Bersih 3.0 gathering yesterday (28/04/2012) . In fact, I was in the middle of KL city a day earlier just to witness this occasion from A to Z . As informed by Pakatan's media there were numbers of gathering places around KL before everyone march to Dataran Merdeka . So I opted to join the group gathering in Brickfield near KL Sentral . When I reach there , I saw group of Bersih 3.0 supporter already gathered at Oldtown White Coffee. Most of them were Chinese , there were few Malays and I barely saw any Indians (maybe they were somewhere else).


There were some briefing telling those people that this is going to be a peace gathering. There will be definitely no violence. The speaker also mentioned that if police avoid them to Dataran Merdeka, they will only sit and protest. Then Nik Nazmi , MP of Kelana Jaya mentioned the same thing , he even said that there will be no provocation toward police from the Bersih 3.0 supporters. This will be a really peace gathering.


Then, these group of people started to march to Pasar Seni , after 20 minutes they reached to the first road block, numbers of police made a long human chain to avoid these some 2000 people march to Pasar Seni. Leader of the group commanded these people to break the block, the situation was kinda chaotic , luckily these police DID NOT re-act with this sort of violence misbehavior.


These avid supporters of Bersih 3.0 then march to Pasar Seni where they merge with other groups .


In Pasar Seni, I saw Bersih 3.0 supporters everywhere . There were numbers of police as well, but they only observed and let the Bersih 3.0 supporters enjoying their 'moment'.  In fact some supporters already initiated the Bersih 3.0 'moment' as early as 11 pm the day earlier (27/4/2012) . I would say police had already been tolerate since the night of Bersih 3.0 event. No arrest , no FRU , no provocation ... NOTHING , they just observed and let those Bersih 3.0 supporters assemble at few entrance point of Dataran Merdeka.


From Pasar Seni , I moved to Bar Council . The road to Dataran Merdeka already barricaded with barb wire . Police at one side and the Bersih 3.0 supporters on the other side . These supporters keep repeating all sort of chanting, singing etc , and even provocation words to police . All the police just stood still ,observed and did not re-act to the opposite site , and surprisingly not even a word asking the protesters to disperse peacefully (well I believe , they already knew that exchanging words with protesters will only initiated something even worse). 


As their group getting bigger, these protesters continue to provoke the police more aggressive. At one moment I saw Karpal Singh came with his wheelchair , people gave way . He stopped there for approximately 10 - 15 minutes and then move away from the crowd . There was also an ambulance from Kementerian Kesihatan Malaysia came to medically assist some of the crowd which I believe sick due to the hot weather or accidently injured with barb wire barricade (as some of them keep pushing the others forward). Then the situation get heated up with the presence of Australian controversial senator Mr. Nicholas Xenophone, some opposition leader came and asked the police if this guy can cross the barricade just to be an observer. The opposition leader mentioned that Mr. Nicholas Xenophone is Datuk Seri Nazri (minister) guest and the policeman should granted his request.  The policeman politely rejected, and the opposition leader seemed unsatisfied, he snapped the policeman picture and move away from the crowd.


The crowds were getting bigger and some sort of aggressive acts took place . FRU started to take over police . They get ready to face any consequences on the massive and uncontrolled crowd . One of the protester even dare to cross the barb wire, pick some DBKL flowers and give to FRU , well I am not touch with this kind of 'bravery act instead I felt this is some sort of provocation when what he did actually make rest of the supporters adrenaline to raise and could lead to something serious. 




Someone from the group start to kick the barricade and barb wire . It seem like they already got the idea on how to remove the barb wire , they purposely did this in front of the FRU and police . Still .. police do not do anything and just watched . When the barbwire fully removed , some of the daredevil came close to the FRU and snapped pictures , posing in front of them and did all sort of funny things and snapped using their phone camera. Obviously, it was another provocation , and they are lucky as there's still no action taken .






People started to march towards the FRU and police, I'd felt the situation might become worse and quickly move away from the location and try to find some other strategic locations for some good pictures and videos. When the situation extended to this limit, I believe police have no choice but need to force these people to dispersed. At the same time, on other locations I was informed police were beaten by aggressive supporters, police car and motorcycle were also wreck down !  




I believe if FRU and police still try to be Mr. Nice Guy, the possibility to trigger a massive riot is very very high and the whole nation might be effected ! They have no choice but to disperse the angry crowd with water cannon and tear gas , or else the craziness will continue and will effect rights of the majority in this country who want to live in peace. I personally congratulate PDRM for their wise decision handling the situation . They had been tolerated with these demonstrators for almost 20 hours before stern action taken ! Tahniah PDRM ! Majority of rakyat are behind you !

Saturday, April 28, 2012

Peserta Bersih 'meliwat' jalan ? Ada yang tayang 'anu' pada khalyak ?

He he he  gua tak nak banyak cerita ... ini gambar yang aku dapat dari Facebook dan dari satu forum tu . Yang pakai baju 'superhero' tu paling aku tak tahan ... bak kata seorang sahabat , sebesar pemadam getah 'stabilo' pun lu mau tayang ka ???



Peserta Bersih 3.0 Besar Kepala , Kelembutan Polis & FRU ada Hadnya !

Uhuk -uhuk .. pedih dah sakit mata !!! Ini semua si celaka kumpulan Bersih 3.0 yang provok polis dan FRU . Aku cukup kesian dengan abang-abang polis dan FRU kita, dah cukup berlembut mereka dengan puak-puak kurang ajar dari kumpulan Bersih 3.0 . Aku 'follow' perjalanan diaorang dari Old Town Coffee House Brickfields tadi kalau tak silap mereka semua mula berjalan ke arah Central Market dalam pukul 11:30 pagi. Sebelum berjalan tu aku nampak si Nik Nazmi MP Kelana Jaya baikkk punya menghasut ! Pierahhh , kata demonstrasi bukan mewakili mana-mana parti politik konon ! Dah sah-sah aku nampak pada sesetengah peserta Bersih 3.0 punya baju ada cap PKR , PAS dan DAP . Dan ramai pulak unit amal PAS ada disitu . Dah terang lagi bersuluh perhimpunan Bersih 3.0 ini adalah bermotif politik !


Mereka kemudian berarak dari Old Town White Coffee Brickfield menuju ke Sentral Market , pada satu ketika, peserta-peserta Bersih 3.0 ini dihalang oleh polis dalam bentuk rantaian manusia . Sekumpulan polis bergandingan lengan membentuk satu benteng rantaian manusia, jelas kelihatan sikap2 kurang ajar peserta Besih 3.0 yang boleh dikatakan majoritinya dari kalangan bangsa Cina merempuh halangan polis itu . Aku benar-benar berasa sedih polis yang selama ini menjaga keselamatan rakyat diperlakukan sebegitu oleh golongan rakyat yang tak kenal dek untuk ! Aku akan 'upload' videonya kemudian yang menunjukkan sikap paling bangsat oleh sesetengah rakyat negara ini ! Polis tidak langsung bertindak ganas..malah membiarkan diri diperlakukan sebegitu rupa ! Ini adalah peringkat pertama kesabaran polis dimana mereka masih boleh bertolak ansur.


Semasa dalam perjalanan ke Central Market aku tak nampak pulak si Nik Nazmi ikut bersama-sama jalan dengan peserta ? Macam ni ka wakil rakyat ? Rakyat2 'bodo' yang menyokong kempen 'bodo' bersusah payah berjalan ko hilang ke mana ? Bersenang lenang dengan pengangkutan peribadi ? Kebetulan aku nampak juga si Kadiaq 'bow tie' pengkhianat yang hipokrit , berjalan ke Central Market tetapi suddenly di divert pi masuk belah keretapi punya laluan.. malas aku nak follow ,baik aku pi Central Market tengok macam riuh semacam je.. Rupa-rupanya diaorang dah guna stage dekat Central Market untuk pemimpin-pemimpin diaorang berucap , ramai jugak orang kat situ...polis pun ramai , tapi polis 'cool' ja sambil memerhati gelagat2 'sewel' peserta2 Bersih 3.0 ni.


Lepas di Central Market , aku terus menuju ke Bar Council ... di sinilah banyak peristiwa2 menarik berlaku. Aku ada rakaman menarik di sini termasuk kehadiran seorang lelaki tua yang rambutnya 'rebonding' dengan Senator Australia yang menyokong 'same sex marriage' tu .. aku nak tergelak bila dia guna nama Menteri iaitu Datuk Seri Nazri untuk gertak polis supaya bagi mamat Aussie tu masuk kawasan yang ada 'barbwire' . Polis seperti biasa, menolak dengan baik..takde pun tengking2 , tapi cara mamat tu melayan polis sangatlah 'sarcasm' , kalau orang biasa dah habis rambut rebonding mamat tu dikerintingkan ! Ok lah pasal cerita di Bar Council akan aku update kemudian. Untuk tatapan semua, bawah ni adalah gambar mamat rambut rebonding yang aku maksudkan ? Shampoo apa dia pakai ye..? Tak padan dengan 'kertu' isme ... keh keh keh


Warga asing di kalangan kumpulan #Occupy Dataran ?

Tadi dalam pukul 12:00 lebih ada satu perhimpunan kecil yang diadakan oleh peserta Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau di sepanjang Petaling Street. Puak-puak ini nampaknya agak angkuh walaupun ada polis di sekitar kawasan itu bagi memantau tingkah laku mereka . Tidak ada apa2 tindakan 'ekstrim' yang dilakukan oleh puak2 ini kecuali membuat sedikit 'havoc' , mungkin untuk menarik perhatian orang ramai yang berada disekitar kawasan itu, dan mungkin untuk menunjukkan kepada polis 'kuasa rakyat' yang mereka ada sekarang.  Polis yang berada di kawasan itu hanya tunggu didalam kereta sambil menyalakan lampu siren.


Selesai di Petaling Street, aku menapak ke Bar Council di mana kumpulan #Occupy Dataran sedang berkumpul. Keadaan di Bar Concil juga seperti di Petaling Street , tak ramai yang berkumpul di kawasan itu. Wajah-wajah yang biasa dilihat di Dataran 2 minggu lepas seperti Mislina 'botak dan Fahmi Fadzil turut berada di situ. Kelihatan beberapa orang 'asing' juga berada bersama-sama mereka . Aku tak faham mengapa ada pelancong asing yang cuba masuk campur urusan yang berlaku dalam negara ?


Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan #Occupy Dataran seolah-olah buntu untuk rancangan pada keesokan harinya . Mereka berbelah bagi samada untuk menyertai kumpulan-kumpulan lain berarak esok atau ber'kubu' di hadapan Bar Council kerana masing2 bimbang tentang keselamatan barang masing2 yang ditinggalkan di situ .


Polis yang berada di sekitar kawasan itu kelihatan tenang menjalankan tugas masing2 malah mereka tidak sedikit pun menyuruh kumpulan # Occupy Dataran dan orang ramai di sekitar untuk  bersurai . Malah polis2 yang sedang berkawal menjawab pertanyaan2 peserta demonstrasi Bersih yang berkubu di Bar Council dengan berhemah sekali . Tiada langsung provokasi , seperti apa yang dibayangkan oleh pemimpin2 Pakatan Rakyat sebelum ini. Sebelum aku beredar dari situ, sempat juga aku merakam perlakuan kurang manis sepasang kekasih beragama Isla yang merupakan peserta #Occupy Dataran . Terbukti laporan dari blog2 sebelum ini berkenaan perlakuan kurang manis peserta2 adalah benar..itu apa yang aku nampak dan rakam ? Yang tak nampak apa pulak ceritanya ?

Friday, April 27, 2012

Rupa-rupanya kumpulan pemerhati antarabangsa yang dijemput Anwar Ibrahim adalah di kalangan rakan beliau sendiri !!!

Anwar Ibrahim nampaknya cukup cekap memainkan peranan dalam hal-hal mengadu domba ni . Terbaru beliau menjemput beberapa wakil dari negara asing untuk memberi tekanan kepada Putrajaya dalam pelaksanaan proses pilihanraya .Empat orang wakil negara asing yang dijemput ialah Nicholas Xenophon , Mir Hasil Khan Bizenjo, Julian Schmucker , Amando Valdez, and Dr. Nasir Tamara. Berikut adalah latar belakang wakil negara asing yang hadir .

1. Nicholas Xenophon (Senator Bebas , Australia Selatan)
2. Mir Hasil Khan Bizenjo (Senator , Pakistan)
3. Julian Schmucker , (Friedrich Naumann Foundation for Freedom koordinator , Germany)
4. Amando Valdez (Dekan Undang-undang ,University of the East College , Philiphine)
5. Dr. Nasir Tamara ( Pengerusi Indonesian International Scholars Association, Indonesia). 

Kalau dilihat senarai diatas ternyata kelima-lima mereka ini tidak boleh dikatakan mewakili negara masing2. Dalam erti kata yang mudah, boleh dikatakan mereka ini hanya badan bebas yang dianggotai 5 orang dari negara2 yang berbeza. Anwar Ibrahim cuba mewujudkan satu persepsi bahawa seolah-olah yang dijemput ini mewakili suara kerajaan negara masing2 .

Pandangan kumpulan ini terhadap proses pilihanraya di Malaysia juga dijangka bias kerana difahamkan ada anggota dalam kumpulan itu merupakan sahabat kepada Anwar Ibrahim . Nick Xenophon misalnya adalah seorang yang menyokong perkahwinan sesama jenis(sumber) dan beliau juga terkenal dengan sikap anti minyak kelapa sawit dari Malaysia (sumber)


Mir Hasil Khan Bizenjo juga boleh dikaitkan dengan Anwar Ibrahim kerana melalui satu laporan yang dibuat oleh International Crisis Group pada 2006 , mengenai krisis yang berlaku Balochistan (sumber), Anwar Ibrahim adalah antara mereka yang tersenarai. Juga secara tak sengaja , aku terpandang satu nama yang cukup familiar iaitu George Soros yang turut berada dalam senarai Executive Committee. 


 Dan mengenai siapa Juliane Schmucker dari Friedrich Naumann Foundation? Ok aku tak berminat nak cari maklumat mengenai siapa Juliane Schumucker ni , tapi pasti ramai yang familiar dengan nama pertubuhan yang diwakilinya iaitu Friedrich Naumann Foundation (FNF) ? Untuk pengetahuan semua , pertubuhan itu adalah pertubuhan pro-Israel yang berpusat di German. Gambar di bawah adalah Anwar bersama Wolfgang Gerhard iaitu Pengerusi FNF yang juga merupakan Timbalan Presiden Liberal International .


Mengenai dekan dari University of East College dari Philipphine , kita dah tau Anwar Ibrahim biasa bagi lecture dengan university2 di Philipphine ni . Malah dia dianugerahkan gelaran Dr dari salah sebuah university di Philipphine. Masa ditangkap dulu pun, Wan Azizah dan Nurul Izzah mengadu domba di Phillipphine, tak mustahil dari situ jalinan terlah dibentuk. 

Mengenai Dr. Nasir Tamara , nama ni dah biasa didengar sejak tahun 1998 lagi masa Anwar dibicarakan. berikut adalah petikan akbar mengenai Nasir Tamara yang menyokong Anwar Ibrahim semasa tahun 1998.


Rupanya2 pemerhati bebas ini semuanya ada hubungan dengan Anwar . Jadi tak boleh dikatakan mereka ini pemerhatia antarabangsa yang bebas kerana jelas sekali setiap seorang pasti akan bias terhadap Anwar Ibrahim . Bagi penyokong2 Pakatan Rakyat yang tidak tahu hal ini , pasti akan berasa bangga dan megah kononnya seluruh dunia menyokong mereka , padahal yang dijemput itu adalah dikalangan rakan-rakan Anwar sendiri ! Rakyat Malaysia harus faham dan jelas tentang perkara ini , portal2 media yang pro-PR cuba menterjemahkan kehadiran kumpulan ini seolah-olah kumpulan bebas antarabangsa yang mengutuk sistem pilihanraya di Malaysia .

Thursday, April 26, 2012

Hanya disebabkan pembesar suara, rakyat sebenar di 'ancam' oleh ketaksuban politik sempit kumpulan Bersih 3.0

Apa yang berlaku di majlis Persatuan Penduduk Muhibbah Pasir Pinji mencerminkan sikap mementingkan diri parti politik yang menggelarkan kumpulan mereka sebagai 'Pakatan Rakyat' . Satu majlis muhibbah rakyat yang tidak ada kaitan dengan apa-apa program politik telah diserang oleh samseng2 dari kumpulan 'Pakatan Rakyat' ini . Ketua 'samseng' pada ketika itu ialah ahli Parlimen Gopeng , Dr. Lee Boon Chye telah menyerbu majlis rakyat berkenaan hanya semata-mata disebabkan muzik yang dimainkan lebih kuat berbanding majlis politik yang dianjurkan oleh puak samseng 'Pakatan Rakyat' yang kebetulan berada bersebelahan.


Orang ramai yang berada di majlis pasti kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh sebuah parti yang kononnya dikatakan membela rakyat , tapi pada masa yang sama menunjukkan sikap membuli . Bayangkan mereka berani membuli rakyat dikala belum lagi menjadi pemerintah yang mutlak , entah apa yang akan berlaku jika mereka menjadi pemerintah yang mutlak ! Pasti banyak lagi kekejaman dan ketidakadilan berlaku . Ini lah contoh tindakan kuku besi yang bakal berlaku jika anda memangkah kertas undi yang menunjukkan lambang BULAN, ROKET dan MATA ! cerita selanjutnya boleh dibaca di Perak Today

Aktiviti Extreme di Himpunan Jutaan Belia 23-27 May 2012

Bagi mereka yang menggemari acara-acara lasak beberapa aktiviti ekstrim akan diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia pada 23 hingga 27 May 2012 . Aktiviti-aktiviti ekstrim yang dimaksudkan ialah 'freestyle motocross extreme' , kovoi 4WD 4x4 keliling Putrajaya , dan 'extremer bike trial' dan 'mad-hop',  Datang lah beramai-ramai untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama , boleh luaskan 'network' anda dalam aktiviti2 lasak . Kalau tak minat pun aktiviti2 lasak minta sebarkan pada kawan2 yang berminat . Peluang seperti ini jarang2 sekali kita dapat . Melalui Facebook page 'extreme motocross' aku juga mendapat maklumat akan ada geng2 motocross akan berkonvoi beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia untuk 'belajar' aksi2 motocross dari otai2 yang akan ada di sana nanti . Geng-geng extreme 4WD 4x4 tak nak buat konvoi ? Jom gegar Putrajaya !!!





Ambiga 'sokong' kempen TIBAI setelah 'sasau' dibantai KJ dalam debat

Debat antara Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dan Ambiga yang dianjurkan semalam  (26/04/2012) oleh The Malay Mail memang mantap . Debat yang diadakan di Bandar Utama Golf Course di Bandar Utama semalam telah membuka pekung yang cuba disembunyikan oleh penganjur Bersih 3.0 . Kehebatan Khairy Jamaluddin berdebat dengan fakta dan 'argument' yang jelas dan tepat menyebabkan wakil Bersih 3.0 tak senang duduk . Ambiga lebih banyak membelek-belek semula pada kertas2 yang dibawanya, sebaliknya Khairy berdebat dengan hanya sesekali membelek kertas , seolah-olah semua fakta dah terlekat di kepalanya . Aku melihat semua ni melalu 'live streaming' di mobtv.my .


Hujah2 yang dikeluarkan oleh Ambiga mengenai ketelusan SPR dipatahkan dengan mudah saja oleh Khairy Jamaluddin. Soalan yang diajukan kepada Khairy Jamaluddin dijawap dengan jawapan yang bernas , sebaliknya di pihak ambik lebih banyak menimbulkan persoalan dari menjawab jawapan itu sendiri .Malah gaya hujahan Khairy yang lancar juga diakui oleh pemimpin DAP dalam timeline twitter salah seorang dari mereka. 


Nampaknya , perdebatan yang diadakan malam ini mendedahkan penipuan yang cuba disebar oleh penganjur Bersih 3.0 . Rakyat Malaysia yang faham dengan isi perdebatan seharusnya sedar apa yang dicanangkan oleh pengajur Bersih 3.0 selama ini hanyalah pembohongan semata. Aku tak nak , ulas tentang isi debat , pembaca boleh menonton sendiri di http://mobtv.my/talkshow-1269.html dan membaca di portal onlineThe Malay Mail http://www.mmail.com.my/story/spark-debate-2-live-feed


Penonton di sebelah pihak yang menyokong Ambiga juga boleh dikatakan agak kurang ajar apabila salah seorang penonton yang bertanyakan soalan berebut-rebut mikrofon dengan pengacara majlis . Sikap yang ditunjukkan ini membuktikan mereka yang menyokong Bersih 3.0 bukan dari kalangan mereka yang berotak dan beradab . Malah sikap yang ditunjukkan itu juga manifestasi kekecohan dan provokasi yang bakal di tunjukkan peserta perhimpunan Bersih 3.0. Anyway , skrip dalam gambar tu adalah hanya dari daya imaginasi . 


Selepas majlis ada dikalangan sahabat yang bergambar dengan Ambiga, yang paling menarik salah seorangnya memakai dan memaparkan pada kamera baju TIBAI yang dipakai . Mungkin setelah bergambar Ambiga menyedari baju yang dipakai memaparkan perkataan TIBAI maka , sahabat2 tadi disuruh menanggalkan baju yang dipakai itu . 


Namun , sahabat tadi dengan selamba membalas kenapa mereka tak melakukan perkara yang sama pada hadirin yang memakai baju t Bersih 3.0 . Mendengar jawapan itu , Ambiga tergamam dan terus chow !! !

Wednesday, April 25, 2012

Apa jadahnya Bersih 3.0 nak libatkan kedutaan asing ?

Pemimpin2 PR dan penganjur Bersih 3.0 yang kononnya mewakili 'majoriti' suara rakyat akan mengadakan perjumpaan tertutup dengan pegawai2 kedutaan asing .Mesyuarat tertutup itu akan diadakan di Hotel Doubletree Hilton pada petang ini . 3 orang dari jawatankuasa Bersih 3.0 yang akan hadir ialah Maria Chin, Andrew Khoo dan Hishammuddin Rais . Mat Sabu dijangkakan berminat untuk hadir tapi tak dapat joinT sebab dia punya English berterabur , setelah dinasihatkan oleh sahabat handai supaya tak kelihatan bodoh di majlis itu, Mat Sabu mengundur diri..opss itu ayat aku reka sendiri , keh keh keh .


Apa pun, apa seperti tajuk entry aku APA KEJADAHNNYA nak ber'briefing' bagai pada kedutaan asing ? Cuba nak menarik sokongan negara2 luar ? Nak sebarkan berita-berita fitnah 'in advance' ? Akal pemimpin2 PR dan jawatankuasa Bersih 3.0 ni boleh dibaca . Mereka nak wujudkan satu persepsi pada duta2 asing ni bahawa kerajaan Malaysia di bawah pimpinan BN tak demokrasi ! Harapnya kedutaan-kedutaan asing ni tak melayan 'briefing' fitnah ni . Mungkin kalau yang datang pun kedutaan yang ada hubung kait dengan Israel .

Cerita selanjutnya dari AIDC .

Unit Amal PAS yang berkawal di Dataran Merdeka tak buat kerja ?

Seperti yang kita sedia maklum , bila ada percampuran antara lelaki dan perempuan , walaupun dikawasan terbuka . Akan wujud bunga-bunga maksiat . Ini lah yang sedang berlaku di Dataran Merdeka apabila 'beruk-beruk' yang berkhemah untuk mansuhkan PTPTN seolah-olah sedang mengimarahkan perbuatan ini . Pada Unit Amal PAS yang berkawal di situ, jangan lah jadikan tugas anda sia-sia, sekiranya anda betul-betul berjuang mempertahankan Islam , perkara seperti yang ada dalam video ini tak akan berlaku !


Sebarkan lah pada pejuang-pejuang Islam sebenar di dalam PAS bahawa mereka sebenarnya sedang bersekongkol dengan 'puak-puak' yang tidak selari pemikirannya dengan anda . Perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan nanti akan turun mengabungkan puak2 yang bercampur-gaul lelaki perempuan secara bebas dan puak2 yang menyokong kumpulan Lesbian , Gay , Biseksual dan Transgander/Pondan (LGBT) . Apabila anda berkumpul bersama-sama mereka ,  bererti anda mengiktiraf mereka dan secara tak langsung membelakangi Islam . Nasihat aku janganlah disebabkan politik anda membelakangi agama .

Video Karaoke Sempena Genap Setahun Sumpah Laknat Datuk Eskay

Lagi 4 hari maka genaplah tempoh setahun Datuk Eskay bersumpah laknat mengatakan pelaku dalam video seks itu adalah ketua pembangkang iaitu Anwar Ibrahim . Namun sehingga kini tiada apa-apa tindak balas dari Anwar , samada bersumpah laknat juga bagi menafikan atau menyaman Datuk Eskay . Anwar Ibrahim seboleh-bolehnya cuba menepis tuduhan dan persoalan yang ditimbulkan ini dengan pelbagai 'spin' & putarbelit . Tak cukup dengan itu khabarnya akan muncul satu lagi video yang hampir serupa tetapi lokasinya adalah di Thailand. Dan terbaru .. mengenai pendedahan Datuk Nala ?


Samada apa yang bakal disaksikan oleh rakyat Malaysia adalah benar atau 'konspirasi' , dan apa juga tanggapan . Buatlah penilaian berdasarkan kebijaksanaan masing2 , sepatutnya 'konspirasi' yang sama dilakukan kepada lain2 pemimpin politik pembangkang .. namun agak menghairankan segalanya kena pada batang hidung Anwar Ibrahim . Lengkap pula dengan pelbagai bukti ,saintifik , audio dan visual . Namun , ketaksuban sekelompok manusia terhadap seseorang tak boleh dipandang rendah...manifestasinya adalah seperti demo anti-PTPTN , Bersih dan sebagainya. Kepada semua rakyat Malaysia , buka lah mata seluasnya dan fikir beberapa langkah ke hadapan.

video

Tuesday, April 24, 2012

Zalim ! Kucing dibakar hidup2 di bawah pemerintahan kerajaan PAP Singapore


Walaupun cerita ni takde kaitan dengan politik , aku nak 'share' jugak perangai buruk sesetengah manusia ni ! Kejadian berlaku di Singapore bila 78 tahun bernama Chua Tuang Seng . Kejadian ni berlaku bila lelaki tu hanginn satu badan bila kucing Parsi jiran dia berak depan pintu apartment . Dicurahnya minyak tanah (kerosene) ke atas badan kucing Parsi tu dan dinyalakan pulak dengan api.  Isk isk isk .. apalah yang kucing tu tau , kalau tak puas hati bakar je jiran dia sebab tak reti ajar kucing ! Apa pun mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap lelaki tu apabila diperintahkan membayar saman sebanyak SGD 3,000 .  Menurut sumber, kucing tu tak mati , tapi dirawat selama 4 hari akibat kesan terbakar .


cerita lebih lanjut di sini . 

Masuk Bakul Angkat Sendiri, Pemimpin UMNO tak setanding MB Khalid Ibrahim ?

Timeline 'twitter' yang paling lawak hari ni ialah 'Tiada pemimpin UMNO setanding dengan MB Khalid Ibrahim' . Lebih kurang gitu la bunyinya. Seriously, memang lawak gila .Sebenarnya terlalu ramai pemimpin UMNO yang hebat dan mempunyai kelebihan berbanding Khalid Ibrahim.

1. Dari segi penuturan, dah tentu fail sebab tak ramai pemimpin UMNO yang gagap.

2. Dari segi kehenseman ? Lu fikir la sendiri .

3. Dari segi populariti di peringkat antarabangsa ? Hmm terkenal ke dia berbanding pemimpin2 UMNO yang lain ?

4. Dari segi rekod dengan bank ? Hutang RM66 juta dengan bank Islam dah settle?

5. Dari segi kebijaksanaan berbisnes ? Ingat macam mana Guthrie di'handle' sampai last2 berhutang sampai berjuta-juta.

6. Dari segi ketelusan ? Isu pasir di Selangor apa cerita ?

7. Dari segi 'mesra rakyat' ? Hoii ! Cukai pintu 20% bila lu mau turun.

8. Dari kebijaksanaan meningkatkan pendapatan Selangor ? Memang la bijak , tapi sampai kering darah rakyat Selangor dikerjakan apa cerita ?

9. Dari segi menepati janji ? Hmm setakat air percuma itu lah yang digendangnya satu Malaysia . Lain2 punya janji buat2 lupa.

10. Dari segi kewibawaan ? Aku kata suruh dia sebut perkataan 'kewibawaan' berulang kali lepas tu baru tau dia wibawa atau tidak .

Berlainan di pihak UMNO dan Barisan Nasional , pemimpin2 berterusan memberikan khidmat terbaik mereka kepada rakyat tanpa mengira ideologi politik walaupun di negeri2 di bawah pimpinan PR .
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Ada lagi satu demo besar-besaran selepas Bersih 3.0 ?

Belum lagi sampai demo Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April  , dah di war-warkan satu lagi demo pada 1 May 2012, iaitu Demo Hari Pekerja. Tak habis-habis nak menyusahkan orang si penganjur demo ni . Sejak dirasakan rakyat menyokong mereka , tak habis2 dengan demo . Produktiviti negara entah ke mana ? Pemerintah negara kerajaan Barisan Nasional , bertungkus lumus untuk memastikan kemasukan pelaburan asing bagi menyediakan peluang pekerjaan pada rakyat dan segala macam bentuk pembangunan , tapi makhluk2 perosak yang kononnya mendakwa diri mereka 'pejuang rakyat' secara berterusan menghasut rakyat dan menimbulkan kekacauan. Secara peribadi aku berpendapat, penghasut-penghasut perhimpunan sebegini yang dicetuskan oleh kem PR cuba mencetuskan kesan 'domino' atau 'gelombang' dengan mengadakan demonstrasi2 secara berturutan.


Walau bagaimanapun kita tahun , gelombang yang pertama iaitu perhimpunan 'mahasiswa' tidak berjaya malah ramai orang awam menyatakan kejijikan mereka dengan tindakan 'mahasiswa' berkemah di situ. Gelombang kedua bakal kita saksikan Sabtu akan datang ini, tapi harus diingat pada Bersih 2.0 , tiada lagi kepincangan terutama dalam kepimpinan PAS yang merupakan nadi penggerak perhimpunan sebegini. Tapi pada hari ini pelbagai masalah telah timbul dan dikalangan ahli2 PAS sendiri merasa tidak berpuas hati dengan sesetengah isu dalam gabungan PR . Apa pun kita tunggu dan lihat samada hal ini dapat di manifestasi dalam perhimpunan Bersih 3.0


Gambar di atas adalah perhimpunan Mayday yang mereka lakukan pada tahun lepas di Maju Junction, tak ramai yang datang, mungkin ramai yang diupah. Tidak kelihatan di situ muka-muka golongan professional. Apa yang mereka lakukan sekarang seolah-olah seperti peribahasa kalah jadi abu menang jadi arang . Akhir tiada yang dapat keuntungan dan kesannya pada majoriti rakyat ! Rakyat Malaysia semua harus bangkit dan menyatakan kebencian anda pada makhluk-makhluk perosak ini . Tunjukkan protes anda pada PRU 13 akan datang , undi BN dan tolak PR. 

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor