Wednesday, February 29, 2012

Lim Guan Eng sibuk 'telanjangkan' orang , 'spender' sendiri terlucut buat-buat tak nampak ?

Lim Guan Eng sibuk dengan kempen Lynas baru-baru ni, 'Speaker's Corner' di Padang Kota yang dikhaskan untuk orang ramai berucap digunakan sebagai stage untuk kempen Anti Lynas . Bila orang lain nak berucap tak sependapat di 'booo' oleh penyokong2 yang kononnya mendokong kebebasana bersuara.


Lynas ke hulu , Lynas ke hilir ... Bayan Mutiara punya kes sudah settle ka ? Sibuk telanjangkan orang , spender sendiri terlucut pun tak sedar , err atau buat2 tak sedar sebab nak 'cover' malu . Sebenarnya Lim Guan Eng ni mungkin ambil kesempatan dengan isu Lynas untuk alih perhatian masyarakat dengan kontroversi Bayan Mutiara.  Mananya tak haru biru ... duit balance downpayment lagi 8% developer tak bayar lagi, dia dah start canang satu Malaysia RM500 juta dari perolehan projek Bayan Mutiara tu akan dibuat perumahan rakyat kos rendah di Batu Kawan.



Lepas tu kantoi bila benda ni jadi hits, kalau tengok payment schedule ... dah lepas 24 bulan dari agreement baru dapat dalam RM430 juta , tapi nampak gaya lebih dari tu... dengan 8% balance sampai sekarang pun tak lepas. Bila dah sedar terkantoi dia buat statement konar baring kata pakai duit simpanan kerajaaan negeri...huhuhu , kerajaan negeri mana ada duit simpanan banyak tu ..kantoiii lagi (sumber)


OK, lepas ni kita nak tengok pada 5 March 2012 , bila EGM Ivory diadakan apa cerita pulak akan keluar..penjadualan semula pembayaran? , external funding? , atau 'kowtim' dengan kerajaan DAP Pulau Pinang ? Sebenarnya aku bukan busuk hati atau dengki pun dengan company Ivory Tower ni .. aku cuma pertikaikan CAT yang kononnya di amal kan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang . Masa belum pegang kuasa kat Pulau Pinang senang lah depa nak londeh orang, kata itu ini tak betul ,sekarang dah pegang kuasa tak payah orang londeh... depa yang londehh sendiri . Ha ha ha ha (evil laugh..)

Tuesday, February 28, 2012

Surat Dr.M pada Israel dah lama didedah oleh penyokong PR ?!

Salam pembaca blog sekelian, 'entry' aku kali ni adalah berkenaan surat Dr.Mahathir kepada Perdana Menteri Israel , Ehud Barak . Mmm memang isu basi , cuma khabarnya mungkin hari ni kerajaan akan mendedahkan isi kandungan surat tu . Berikut adalah kenyataan akhbar Dr. Mahathir yang dipetik dari laman web Malaysiakini yang mengaku bahawa dia memang pernah menghantar surat kepada Israel. (sumber)


Sebenarnya, surat Dr.Mahathir kepada Perdana Menteri Israel pernah didedahkan dulu oleh puak-puak pembangkang. Susunan ayat Dr.Mahathir dalam surat tu masyallahhh... berterabur , English yang digunakan dalam surat Dr.M kepada Ehud Barak yang didedahkan oleh barua-baruan Pakatan Rakyat memang memalukan, taraf budak-budak sekolah ja. Cuba rujuk surat di bawah ni, mereka yang dah biasa 'draft' surat-surat rasmi untuk 'client' luar negara boleh agak surat di bawah ni memang satu fitnah, masalahnya orang-orang yang tak berapa reti tulis,bercakap dalam English terima bulat2 . Surat kat bawah ni kononnya mintak dana pilihanraya.


Cuba bandingkan 'recommendation letter' yang ditulis oleh Dr.Mahathir di bawah . Susunan ayat yang digunakan beliau. (sumber) adalah lebih professional.


Surat 'terbaru' Dr. Mahathir yang bakal didedahkan ialah berkenaan penolakan hubungan dengan Israel kepada Ehud Barak. Hmm..surat yang barua-barua PR dedah tunjuk Dr.M minta dana pilihanraya , surat terbaru pulak Dr.M berani tolak hubungan dengan Israel lepas mintak dana ? Isk isk isk .. apa pun kita tunggu pendedahan surat yang terbaru ini nanti (sumber) dan kita bandingkan penggunaan bahasa dengan surat yang pertama tadi. Lepas tu, boleh la kita nampak dengan jelas siapa pemfitnah besar !










Sunday, February 26, 2012

Malaysiakini 'Spin' isu kekecohan yang berlaku di Penang ! Mana hak kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan?!

Nampaknya, seperti yang dijangka media-media pembangkang nak 'spin' isu ini . 'Speaker's Corner' di Padang Kota tu adalah hasil usaha mereka sendiri . Bila penyokong2 kerajaan berjaya menguasai kawasan itu dan menghentam kerajaaan Lim Guan Eng, mereka seolah-olah tak senang duduk .




Mungkin kerana mahu menebus malu, mereka mengumpulkan penyokong2 mereka di situ selari dengan kempen Anti Lynas. Agak menyedihkan apabila penyokong2 kerajaan mahu berucap di 'Speaker's Corner' itu , mereka di 'booo' oleh para penyokong DAP dan disuruh turun . Mana kebebasan bersuara yang di laung-laungkan ?

Peristiwa yang berlaku hari ni, bagi mereka yang mengikuti blog aku tentu boleh faham . Berikut adalah posting2 aku yang lepas untuk menceritakan bagaimana sebenarnya peristiwa ini boleh berlaku. Tiada kaitan langsung dengan provokasi UMNO atau PERKASA untuk program anti Lynas tu ! Mereka berkumpul di situ setiap Ahad untuk berucap kerana tempat itulah yang diberikan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang untuk kebebasan mereka untuk bersuara dan kebetulan program itu bertembung pulak dengan program anti-Lynas!

http://bidaman.blogspot.com/2012/02/hak-kebebasan-bersuara-pakatan-rakyat.html

http://bidaman.blogspot.com/2012/02/situasi-berubah-360-darjah-di-padang.html

http://bidaman.blogspot.com/2012/02/dap-akan-import-suaram-untuk-ambik.html

http://bidaman.blogspot.com/2012/02/keadaan-kecoh-di-speakers-corner-padang.html


Keadaan Kecoh di 'Speaker's Corner' Padang Kota , Pulau Pinang ,Lim Guan Eng turun !!!





Terkini (jam 7:45mlm , 26 Feb 2012) , dari maklumat rakan2 seperjuangan yang berada di Pulau Pinang, ramai penyokong2 DAP sekarang berada di 'speaker's corner' Padang Kota . Menurut status facebook rakan Aktivis Pendang Junior (APJ)  yang turut berada di sana mengatakan mereka telah dikepung dengan lebih kurang 500 orang penyokong2 DAP  .


Menurut APJ juga, Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri telah turun di 'speaker's corner' untuk memberikan ucapan. Apabila dilontarkan dengan kata-kata "jangan rasis pada melayu" , Lim Guan Eng telah membalas dengan memaki hamun pada UMNO ('lu UMNO pergi mampuss!!') dan pergaduhan di atas pentas bermula. Aku juga dikabarkan ada adengan tumbuk menumbuk berlaku?

video
Video sebelum kekecohan berlaku. Penyokong2 anti Lynas sedang bersorak-sorak



Suasana semasa kekecohan berlaku : sumber diambil dari Sin Chew Daily mestilah gambar2 di'snap' untuk advantage diaorang je

Khabarnya juga, kereta Lim Guan Eng telah terlanggar seorang rakyat semasa keluar dari Padang Kota .Hmm langgar lagi !! Aku masih tunggu 'update' dari kawan2 di Penang , harapnya tiada apa-apa yang serius berlaku. Pada semua rakan-rakan yang berada di 'speaker's corner' Padang Kota, Penang. Aku tabik dengan semangat korang semua !

*Nampaknya, Malaysiakini telah menipu dan tidak menceritakan perkara yang sebenarnya berlaku mengenai kekecohan , baca blog MatKilau Penang untuk keterangan lanjut.

Video Ceramah Zul Nordin di Jalan Kundang, Padang Jawa - 24022012

Berikut adalah video ceramah Zulkifli Nordin pada 24 Februari 2012 yang diadakan di Jalan Kundang, Padang Jawa .


Saturday, February 25, 2012

Beza Proses Tender Terbuka Lim Guan Eng dan Ananda Krishnan . Mana lebih telus ?

Dalam suratkhabar The Star hari ni, aset Ananda Krishnan dalam bidang janakuasa menarik minat 12 syarikat pembida dari luar dan tempatan. Dari laporan akhbar , antara syarikat tempatan yang membuat bidaan ialaah IMalaysia Development Berhad (IMDB) dan kerjasama CIMB/EPF . Walau bagaimanapun, dilaporkan syarikat dari Timur Tengah iaitu Saudi Water and Electricity membuat bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM 10.85 billion.


Berbeza dengan Ketua Menteri Pulau Pinang yang terus membuat keputusan untuk memilih pembida tertinggi, Ananda Krishnan sebaliknya tidak terus gelap mata dengan tawaran paling tinggi yang dibuat oleh Saudi Water and Electricity itu , sebaliknya beliau mengikut prosedur dengan membuat bidaan pusingan kedua yang membabitkan 3 syarikat disenarai pendek berdasarkan angka jualan yang beliau inginkan iaitu antara RM9.92 billion hingga RM11.16 billion. Prosedur bidaaan pusingan kedua juga memerlukan pembida menunjukkan bukti kemampuan kewangan mereka dalam membiayai pembelian .


Walau bagaimanapun, berbeza dengan projek Bayan Mutiara , Lim Guan Eng mungkin tidak mengambilkira faktor2 di atas , terutamanya dalam aspek kemampuan dalam biayaan pembelian tanah.  Akibatnya, sehingga kini Ivory Tower hanya membuat bayaran deposit sebanyak 2% berbanding 10% seperti yang dipaparkan dalam laman web bursa Malaysia (sumber) .



Jadi disini kita boleh bandingkan keberkesanan 'tender terbuka' yang diamalkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dan 'tender terbuka' oleh billionaire Ananda Krishnan. Yang mana lebih selamat dan telus ??? CAT ? Prfttttt....

DAP akan 'import' SUARAM untuk ambik balik 'Speaker's Corner' di Padang Kota dari Kumpulan Pro-BN?

Dari info yang aku terima , 'Speaker Corner' di Padang Kota, Pulau Pinang akan menjadi hangat lagi hari Ahad ni .. sebabnya khabarnya DAP nak bawa geng2 mereka yang terdiri dari peguam-peguam SUARAM ! Phewww.. kira bila depa bawa peguam nanti , depa bajet ucapan lebih nampak intelektual lah kan ??


Sekiranya perkara ini benar, tindakan DAP memanggil geng2 import dari SUARAM adalah kerana untuk menutup malu mereka sebab 'Speaker's Corner' di Padang Kota tu asalnya depa pegang... bila geng2 BN 'take over' tempat tu , naik pitam la Lim Guan Eng , sebab tempat tu dia yang cadangkan .... mungkin dengan niat nak bagi can utk orang ramai memaki kerajaan persekutuan sesuka hati ... sekali kena kat batang hidung sendiri!

Oleh itu rakan2 BN dan para penyokong kerajaaan yang berada di Penang, kalau anda ada masa ... sila lah bagi sokongan pada hari Ahad ni , rakam la apa2 kejadian menarik dalam handphone , kalau tak reti nak post kat Youtube, email ja kat aku ..bagi blast . Aku rasa kalau betul ada geng2 import SUARAM ni , banyak adengan-adengan menarik pasti berlaku ! Apa pun aku tak dapat join sebab kat Subang Jaya ni .. jauh sangat, sesak beb kalau tiap2 minggu ulang-alik Subang Jaya - Penang - Subang Jaya . Apa pun sapa yang ada dekat2 tu .. pi lah bagi sokongan , kena buktikan kita boleh pertahankan tempat kecik macam 'Speaker's Corner'  tu dulu kalau nak buktikan kita boleh pertahankan yang lebih besar.

Friday, February 24, 2012

Dah jadi trend ke kereta yang dinaiki pemimpin PR langgar orang awam ?

Hari ni di portal Malaysiakini dah keluar cerita pasal punca kereta Anwar kena pecah masa dia pi berceramah di Sembrong , rupa-rupanya kereta Anwar ni dah melanggar salah sorang penduduk yang membantah kehadiran Anwar di tempat mereka. Patut lah orang-orang kat situ naik 'hantu' sampai kereta kena pecah , dah la kehadiran tak dialu-alukan , pi langgar pulak orang tempatan !


Cerita penuh di petikan bawah ;

An Umno Youth member who was on the frontline of the demonstration at the Sembrong PKR headquarters last Sunday night said things went haywire when Opposition Leader Anwar Ibrahim’s Mercedes Benz accidentally hit a demonstrator.

Apa dah jadi 'trend' ka pemimpin2 PR melanggar orang awam ? Ingat kes Tian Chua dulu ? Kereta yang dia naik tu pun langgar orang jugak , meninggal mangsa langgar tu , yang sedihnya mangsa adalah seorang askar, orang yang mempertahankan negara.. khabarnya putus tangan . Kereta dan pemandu ditahan di balai polis, tapi Tian Chua selamat le sebab dia tak drive kereta tu... bagi arahan suruh bawak laju je kot takut terlewat untuk program ceramah bersama Anwar di Mersing.  Dia blah terus je ke Mersing lepas tu ... macam tak kisah dengan nasib orang yg kena langgar tu..


Satu lagi, kes ADUN DAP Sekinchan, Ng Sue Lim .. kes langgar jugak! Dia pi langgar budak universiti tempatan dekat simpang lampu isyarat UNISEL..khabarnya budak kena langgar koma , sekarang tak tau la dah ok ke tak (kes 2010) . Kalut lepas langgar orang sampai koma , dia cepat2 buat report polis kata budak yang dia langgar tu yang bersalah . Menurut saksi yang ada di tempat kejadian , diaorang dapat bau arak ketika ADUN DAP tu bercakap-cakap lepas kejadian dan juga masa membuat laporan polis .


Isk isk isk..belum perintah negara lagi dah kes langgar bagai .. lepas tu tak nak mengaku salah pulak! Bayangkan kalau puak-puak ni perintah negara, silap haribulan pantang leka sikit habis kena lenyek.Sibuk dok berjaja fitnah kat ceramah-ceramah kata orang tu orang ini jahat, tapi keselamatan orang lain diabaikan..apa kalut sangat nak sampai tempat ceramah? Takut silibus fitnah tak abis ka?

Thursday, February 23, 2012

Balance deposit RM86.9 juta untuk projek Bayan Mutiara dah hilang ke mana?

Lim Guan Eng setelah dibelasah kiri kanan atas bawah berkenaan dengan projek mega Bayan Mutiara agak melalut apabila kononnya memberi penjelasan yang sebenarnya kepada orang ramai. Lim Guan Eng kata.. projek mega Bayan Mutiara ni telus , tender terbuka, takde main nego-nego punya.

Lim Guan Eng kata lagi, IPGB (Ivory Properties Groub Bhd) diberi tender sebab tawaran yang paling tinggi sekali dengan syarat tambahan iaitu mengurangkan tempoh masa pembayaran dari 8 ke 5 tahun . IPGB bersetuju dengan syarat tambahan ini , segala pengumumaan akan di rekodkan di Bursa Malaysia.

Dari rekod Bursa Malaysia yang boleh dilawati di sini . Perkara 2.1.7 antaranya menyatakan bahawa "Pertimbangan untuk pembelian tanah bernilai RM 1,072,203,264 (oleh Ivory) adalah berdasarkaan rundingan di antara Ivory, CMI dan PDC , sebelum 'Letter of Award' di keluarkan " , lebih kurang macam tu la bunyinya kalau dalam bahasa Melayu .. original version kat dalam gambar bawah ni.


Perkara 2.1.8 pulak , menyatakan bahawa lebih kurang 10% adalah untuk pembayaran pertama iaitu berjumlah RM 109,093, 920 . Rujuk gambar di bawah untuk 'payment milestone' yang lain.


Dalam satu kenyataan akhbar pada 18 Feb 2012 , IPGB menjelaskan bahawa tender Bayan Mutiara ni sememangnya tender terbuka, CEO IPGB Datuk Low Eng Hock juga menjelaskan bahawa pembayaran deposit sebanyak RM 22.1 juta dah dijelaskan. Dia sambung lagi ... "bakinya akan dijelaskan mengikut pembayaran yang telah dijadualkan selepas persetujuan pemegang2 saham IPGB dalam mesyuarat luar biasa yang akan diadakan pada 5 March 2012 " , aku translate dari ayat asalnya iaitu ; "The remainder will be paid according to the scheduled progress payment after IPGB's shareholders' approval at the extraordinaray general meeting scheduled on March 5,"  (sumber)

Pelik kan ? Kena berbeza dengan apa yang diumumkan oleh bursa Malaysia iaitu pembayaran pertama berjumlah  RM  109.093 juta , IPGB bayar RM 22.1 juta  je , mana balance lagi RM 86.9 juta lagi ? Dah bayar balance tu baru la boleh cerita pasal pembayaran berjadual seterusnya . Ada nego-nego lagi ka??

Perhimpunan besar-besaran Mei 2012 dibenarkaan polis ?!


Heheh , memanglah dibenarkan polis , sebab ini program himpunan jutaan belia, program-program ni berbentuk kemasyarakatan...membantu orang bukan menyusahkan oranag macam dalam gambar di atas ni. Anyway..ingat lagi himpunan sejuta belia tahun lepas ?


Memang meriah beb, terlalu banyak 'event' yang menarik .Walaupun nama 'event' sejuta belia , makcik , pakcik , datuk , nenek semua boleh mai sini. Aku pun sempat jugak lah pi sana tahun lepas dengan anak2 . Dapatlah juga diaorang merasa duduk dalam helikopter, kereta kebal, kereta bomba, kereta FRU, black maria .. opsss . Hehe ok lah tu , naik atas tu sekadar 'posing2' je .


Tahun lepas punya tapak gerai punya lahhh banyak , macam-macam sektor ada , seriusss memang tak cukup 1 hari berjalan kat sana. Aku tak larat punya pasal nak jalan jauh2 duduk lah sekejap tempat teduh layan 'fashion' show dengan anak2 . Lepas pi 'fashion' show , aku jalan ke hujung lagi ... nampak ada persembahan nasyid la pulak..ohh dahaga masa tu, tengok depa bagi air free.. aku cilok le untuk aku dan anak-anak. Sambil minum air aku layan nasyid ... bila dah insaf kejap, sambung lagi berjalan ke hujung , nampak ada satu gerai tengah buat lelong...jual gajettt, cesss cash aku tak banyak masa tu ! Ada sorang mamat tu dapat tablet RM200 ringgit je , multi touch tu ... masa tu kira gempak juga la standard tablet tu, apa brand aku tak ingat. Masa depa nak lelong Ipad aku tak boleh tunggu lama2 lagi... anak dah lapar lerr..


Pusing-pusing, senang ja jumpa kedai makan , Pizza Hut & Kentucky Fried Chicken bergerak pun adaaa.. harga berpatutan la. Pendek kata kat area ni macam2 jenis makanan dan minuman depa jual , kecuali yang harommm lah. Aku datang waktu siang hari tu ... so agak panas dan letih nak berjalan jauh2 . Tapi masa berjalan-jalan tu , aku perasan ada orang bawak basikal yang kayuh pakai tangan ja...depa bagi sewa ka atau saja mamat yang bawak basikat tu nak tunjuk ex, hehehehe... haaa lagi satu , yang orang pakai kaki macam kanggaru tu pun ada, sapa nak test boleh sewa tu.. sejam berapa aku tak ingat la , ingat tahun ni nak test la.. boleh la melompat-lompat keliling tapak karnival...


Bagi aku perhimpunan sejuta belia tahun lepas memang happening! Cuma masa tu aku terkilan sebab dapat pi sekali saja ... tak betul2 enjoy the moment ! Tahun ni perhimpunan sejuta belia akan menjadi Perhimpunaan Berjuta Belia, dijangka akan diadakan pada bulan Mei 2012 , sebab nama pun dah 'upgrade' dari sejuta ke berjuta ... aku rasa program2 pun akan upgrade lagi ! Tahun lepas depa bagi orang2 awam ni merasa naik helikopter , tahun ni sapa tahu depa bagi can naik jet pejuang macam Sukhoi tu ?? hehehehe ... apa pun aku akan update dari masa ke semasa berkenaan program2 yang akan diadakan bersempena perhimpunan berjuta belia 2012 !

Wednesday, February 22, 2012

Pemberian Ijazah Kehormat adalah hak mutlak Universiti.

Baru-baru ni, Datin Seri Rosmah Mansor menerima 'Honorary Doctorate' dari Curtin University. Ramai puak-puak pembangkang yang tak berpuas hati dengan anugerah ini terutama dari golongan bangsa 'racist' yang kata orang lain 'racist' . Tengok saja komen diaorang ni di Facebook page Curtin University, dan ada juga yang sanggup membakar kertas ijazah yang diperoleh dari Curtin University disebabkan pengiktirafan yang diberi kepada Datin Seri Rosmah Mansor.




Apa nak hairan isteri PM dapat Ijazah Doktor Kehormat, Tun Siti Hasmah pun pernah dapat juga dari UKM, Royal College of Physician, Ireland, Indiana University , dan University of Victoria, dalam bidang sains kesihatan ,kemanusiaan dan undang-undang. 

Ijazah Doktor Kehormat ni biasanya diberikan oleh pihak universiti untuk mengiktiraf jasa yang disumbang oleh penerima yang biasanya terdiri dari orang-orang ternama. Di samping memberi pengiktirafan kepada pihak penerima, pihak universiti juga mengambil kesempatan mendapat manfaat apabila dikaitkaan dengan individu penerima. Universiti-universiti terkenal biasanya begitu berhati-hati memilih penerima Ijazah Doktor Kehormat ini dengan memastikaan penerima-penerima melaksanaan sesuatu yang meninggalkan kesan pada masyarakat. 

Anwar Ibrahim pun pernah dapat Ijazah Doktor Kehormat dari universiti luar negara tapi yang tak ternama punya la , antaranya Universiti Khartoum (1995) ,Mindanao State Universiti (1988) , Ateneo de Manila Universiti  (1996) . Ijazah Doktor Kehormat yang dianugerahkan ini atas dasar dia sebagai pejuang 'itu' dan 'ini' .Hehehe tak kisah lah asal boleh 'doctorate' je jadilah//


Kalau nak dibanding dengan Anwar , Tun Mahathir lagi banyak dapat Ijazah Doktor Kehormat dan dari University yang ternama . Dari Malaysia saja dah ada berapa university , luar negara pun banyak juga.. iskk cari sendir la, malas nak buat research benda2 remeh ni. 

Oleh itu 'point' aku disini ialah suka hati unversiti tu lah nak bagi honorary doctorship kat mana-mana individu yang depa suka. Kalau kualiti university tu kelas A , macam Cornel, Imperial College, NUS, MIT , depa bagi Honorary Doctorship dekat Mr. Bean pun masih ramai yang berebut-rebut nak masuk. Curtin University ni di Australia je, dia punya ranking no. 15 , dalam dunia 351-400 . Ada berapa universiti dalam dunia ni beb ?


Tempat aku belajar dulu UTM yang ranking 437 dalam dunia pun ramai berebut-rebut nak masuk. Jadi nasihat aku sebagai student jangan sakit kepala fikir pada siapa universiti bagi Honorary Doctorship tu, yang penting tengok kualiti pendidikan dalam universiti tu sendiri . Honorary Doctorship tu lebih kurang macam promosi Univesiti tu sendiri je...no big deal la,just go on with ur life & stop being KIASU .

Monday, February 20, 2012

'Proxy' ialah Penjelasan Kehadiran 2 Kapal Besar Israel di Port Klang

Lagi-lagi cerita tentang hubungan Israel - Malaysia . Terbaru mengenai pendedahan kapal ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang berlabuh di Port Kelang pada pertengahan Februari 2012. Seperti yang kita tahu, Malaysia memang tak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel,cuma kejadian dua kapal milik syarikat Israel berlabuh di Port Klang buatkan ramai orang tertanya-tanya. Semua orang tahu, orang Jews ni bangsa yang cerdik, kalau diaorang tak dapat berniaga secara terus , diaorang akan gunakan proksi . Analogi proksi ialah macam syarikat2 di Malaysia yang kononnya milik penuh bumiputera tetapi sebenarnya ada taiko lain di belakang untuk masuk tender-tender yang dikhaskan untuk bumiputera saja.


Jadi itulah sebenarnya dibuat oleh syarikat ZIM ni, diaorang daftarkan syarikat/kapal2 di negara lain yang ada hubungan diplomatik dengan Malaysia, samada dengan nama syarikat yang asal atau diubah . Dasar kerajaan hanya menghalang syarikat dan kapal2 yang didaftarkan di Israel , sekiranya syarikat2 milik Israel ini berdaftar di negara lain, maka syarikat2 berkenaan dianggap berasal dari negara yang didaftar. Macam kes ZIM USA dan ZIM ATLANTIC , memang terang2 kapal ini berdaftar di Liberia jadi secara teknikalnya tiada sebab untuk kerajaan menghalang kapal yang berdaftar dari Liberia ni untuk berlabuh di Port Kelang. (sumber ZIM USA) (sumber ZIM ATLANTIC)


Sebenarnya syarikat-syarikat dari Israel ini dah lama menggunakan proksi di negara-negara yang tiada hubungan diplomatik untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka boleh saja menggunakan proksi untuk membolehkan kegiatan perdangangan menjadi sah. Contoh mudah ialah bekas presiden ZIM Asia ,  Yigal Dafni , mempunyai 40 tahun pengalaman berurusan dengan negara yang tiada hubungan diplomatik dengan Israel contohnya Pakistan, UAE, Malaysia dan Indonesia. Beliau melakukan ini dengan menubuhkan syarikat luar pesisir di negara2 ini, untuk memudahkan urusan di negara2 ini Yigal Dafni juga memohon untuk mendapatkan kemudahan passport Singapore. (sumber)


Jadi kesimpulan mengapa kapal dagang ZIM USA dan ZIM ATLANTIC boleh berlabuh di Port Kelang ialah sebab kapal tu didaftar di Liberia dan bukannya Israel walaupun syarikat ZIM ni milik Israel. Nak tahu syarikat-syarikat lain di Malaysia yang ada kaitan dengan Israel ? Cuba check website ni. Punyala banyak produk yang berkaitan Israel ni ada dijual di Malaysia tapi tak pulak di buat kecoh ? 


p/s :- Jingga13 memang raplahh jinggaaa..keh keh keh

Sunday, February 19, 2012

Duit untuk 'fund' Projek Rumah Kos Rendah di Batu Kawan turun dari langit ka??

Dalam posting aku yang lepas (sumber) , cerita tentang Ketua Menteri DAP Penang , buat pengumuman untuk mengagihkan RM500 juta untuk projek perumahan kos rendah di Batu Kawan, Pulau Pinang.  Siap ada gambar masa 'press conference' upacara pencapaian cek besar RM500 juta , wow weee !! (sumber)


Dalam 'press conference' tu , Lim Guan Eng kata duit RM500 juta tu diperoleh dari projek Bayan Mutiara. Buat masa sekarang 'downpayment' yang dibuat oleh Ivory Tower hanyalah sebanyak 2% iaitu RM22 juta.  masih tertunggu-tunggu lagi 8% punya bayaran baki.  Dari RM22 juta tu , RM 6.75 juta dah diambil utk di bayar pada Konsultan dari Singapore untuk projek rumah kos rendah di Batu Kawan . (sumber)

Kemudian ,bila dah sedar dia terkantoi , Lim Guan Eng pusing kata duit RM500 juta tu dari simpanan kerajaan negeri. OK , kalau dia kata RM500 juta tu dari simpanan kerajaan negeri tu fine , mari kita tengok laporan audit untuk Pulau Pinang tahun 2010 ,(mukasurat 101 , lampiran V) 


Apa cerita ? Baki berakhir tahun 2010 baru ada RM 572,492,567.14 juta . Projek Batu Kawan RM500 juta  .. . Dan pada 24 Oct 2011 , Lim Guan Eng mengumumkan bajet defisit sebanyak RM 213 juta untuk tahun 2012 (sumber) . Jadi macam mana dia boleh kata Projek Batu Kawan tu dari simpanan kerajaan negeri ? Duit mai dari mana bang ?? 


Awek Cun Dibelasah Sebab Tayang Bulu Ketiak ! Hak Asasi Dipertikai?

Hahaha..lawak2 , hari ni aku punya posting untuk relaks2 saja ... selalu post benda-benda politik dan teknikal , lama2 orang pun bosan jugak .

OK mengenai tajuk di atas , sebenarnya kejadian ni berlaku di Singapore . Tukang urut warganegara China dihalau dari MRT dan kena pukul dengan payung sebab dikatakan menayang ketiaknya yang tak bercukur ittew..keh keh keh . Yang memukul tu terdiri dari sekumpulan makcik2 tua yang destinasi mereka ke Chinatown.  Bila ditanya sebab apa makcik2 tua tu menghalau dan memukul tukang urut tu.. depa kata pompuan China tu dok menyikat bulu ketiak di khalyak ramai (kah kah kah ... aku tak dapat bayangkan situasi macam tu, bulu ketiak panjang ok lagi.. ni siap sikat lagi !!!) (sumber)

Saturday, February 18, 2012

Why Ivory Tower & Not SP Setia for Bayan Mutiara Project?

The following flowchart summarized ..


Another version from a fren..


SP Setia boleh bayar cash ,awat kerajaan DAP Pulau Pinang pilih Ivory Tower yang nak bayar ansur2 untuk Projek Bayan Mutiara?

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diketahui mengapa Ivory Tower dipilih untuk projek Bayan Mutiara :-

December 2010
-Tarikh tutup RFP (Request for Proposal)
-Kontraktor yang menghantar proposal ialah Ivory Tower, SP Setia, Mah Sing & IJM Land
-Bila RFP dilanjutkan, mungkin Ivory & SP Setia yg masih bertahan (sumber)


January 2011
- SP Setia dipilih oleh Kerajaan Negeri PP utk majukan SPICE (sumber)


July 2011
- Ivory dpt tawaran rasmi untuk Bayan Mutiara. (sumber) (sumber)


Ogos 2011
- Perjanjian ditandangani diantara SP Setia & MPPP utk SPICE. (sumber)


September 2011 
-SP Setia dpt tawaran drpd PNB melalui Maybank Investment Bank utk PNB membeli saham SP Setia. (sumber)


January 2012 
-Tawaran diantara PNB & SP Setia dimuktamadkan (sumber)


Point disini ialah , saham SP Setia dibeli oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) , iaitu syarikat kerajaan yang menyelia lebih dari RM 190 billion aset luar dan dalam negara . Jelas sekali sekiranya SP Setia berjaya dalam pembangunan projek Bayan Mutiara , 'cashflow' bukan lah satu masalah ! SP Setia dgn Parental Guarantee drpd PNB (Jumlah Asset RM 190B) tidak mempunyai masaalah utk membayar cash RM 1.1 B dan bangunkan sehingga nilai GDV (Gross Development Value) mencapai RM 10 B

Apa yang menjadi persoalan ialah mengapa Ivory diberi kelonggaran utk membayar secara ansuran ? Kenapa kerajaan Pulau Pinang mengambil risiko ini ? Dari segi kewangan SP Setia adalah lebih kukuh dari Ivory Tower , kenapa kerajaan Lim Guan Eng berani memberi kontrak pada syarikat yang kewangannya kurang kukuh berbanding pesaing ? Adakah hanya kerana semata-mata harga tawaran tanah adalah lebih tinggi?

Katakan korang nak buat sebijik rumah , nak pilih kontraktor yang kita tau ada duit ka atau kontraktor yang tak berapa nak ada duit ? Silap haribulan rumah tak siap , duit pun melayang !

Ohh yaa by the way, Ivory Tower dah bayar 10% downpayment ke belum ? (sumber) . Kalau ikut sumber 2% dah bayar lagi 8% lepas 90 hari tandatangan agreement. (12 November 2011)

*Terima kasih kepada En. Fuad Omar yang memberi info. Analisis maklumat adalah berdasarkan pengalaman beliau selama 30 tahun sebagai seorang jurutera yang terlibat dalam pengurusan projek dan tender.

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor