Tuesday, January 31, 2012

Pakar Ekonomi PAS berbicara tentang subsidi gula. Dahsyat !

Tu dia...bila pakar ekonomi PAS kita berbicara tentang harga gula, boleh terduduk pakar2 ekonomi dunia yg lain.
Dia kata harga gula dunia jatuh... Tapi kerajaan BN tambah subsidi sebab nak kekalkan harga asal. Patut bila tambah subsidi harga runcit gula lagi rendah!!! Phewww boleh berpeluh pakar2 ekonomi dunia dengar Mahfooz punya intellectual argument.

Takpa2.. :), nanti kita elaborate . Tu baru mukadimahnya

Safe Your Own Ass Statement of The Day : "NFC chief pressured me to bribe police"

Hari Isnin pagi aku agak busy, ada meeting di Kertih, Terengganu. Awal2 pagi dah kena drive dari KL ke Kertih  utk catch up meeting. Minda banyak tertumpu dengan hal2 yang akan dibincangkan dalam meeting. Habis je meeting..aku belek2 timeline Twitter, banyak yang bercerita pasal Juara Lagu . Satu timeline tu agak menarik minat .. dari Malaysiakini , apa lah lagi yang nak dibohongnya...tajuknya "Shamsubahrin: NFC chief pressured me to bribe police" . http://www.malaysiakini.com/news/187805


Perghhh...aku betul2 gelak  besar bila baca tajuk tu . Ditambah pulak dengan muka kesian seolah-olah tak bersalah yang dibuat-buat sambil diperhatikan oleh balachi2 PR. Jelas kita nampak orang yang dituduh buat salah cuba nak 'divert' kesalahan yang dibuat pada orang lain. Maka bersorak lah balachi2 PR di laman twitter tentang hal ini seolah-olah apa yang dikatakan Shamsubahrin tu benar.

Tapi kita jangan lupa yang Shamsubahrin ni juga telah didakwa untuk kesalahan menipu seorang pemandu teksi yang melabur sebanyak RM 90,000 untuk sebuah syarikat yang tak wujud pada 24 March 2010.  Selepas itu pada tarikh yang sama , Shamsubahrin juga telah didakwa untuk kesalahaan menipu seorang wanita sebanyak RM13,000 dengan menjanjikan 2 orang pembantu rumah tempatan. 



Dua dakwaan diatas dilakukan hanya setelah kisah penipuan dilakukan beliau terhadap NFC hingga mencecah RM1.76 million terbongkar. Mungkin kes ini telah memberi keberanian kepada mangsa2 penipuan beliaau yang lain untuk tampil dan membuat laporan. 

Oleh itu pada pandangan aku, dengan merujuk kepada dua lagi dakwaan penipuan yang dikenakan, kredebiliti Shamsubahrin sebagai orang yang boleh dipercayai dalam menyampaikan sesuatu maklumat telah tercalar. Pernyataan yang dikeluarkan boleh diragui kerana rekod beliau dalam kes penipuan yang membabitkan wang ringgit. Kita juga boleh membuat andaian tindakan beliau sama saja dengan tindakan2 pesalah2 lain yang cuba memutar belitkan fakta untuk menyelamatkan diri sendiri dari dikenakan hukuman.

Kalau pernyataan Shamsubahrin berkenaan tindakan NFC menekan beliau untuk menyogok polis dipercayai oleh balachi2 PR , maka makin mudah lah kerja2 penjenayah dalam negara ini kerana mereka juga boleh mereka-reka cerita untuk menyelamatkan diri dari kesalahan-kesalahan yang dilakukan.  Kalau Shamsubahrin boleh.. tentulah mereka pun boleh . Hal anta fak'off ? Prftttt..

Sunday, January 29, 2012

Video Seks Anwar 2 : Anwar kat Pejabat PAS atau di Indonesia pada 13 January 2011 ?!

Dari entry blog Milosuam , Anwar dikatakan berada Malaysia pada 13 January 2011 untuk mempengerusikan mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS .


Sebenarnya apa yang diterangkan oleh blogger Milosuam itu telah lama dijelaskan oleh blogger http://www.anwaraidc.com/?p=17160 , sumber asal ialah dari blogger sel13.com ,walau bagaimanapun entry untuk ini telah dipadamkan oleh blogger sel113.com.

Dari blog anwaraidc ,

"Beberapa blog serta facebooker yang menyokong Anwar menyatakan pada tarikh tersebut Anwar berada di dalam negara dan berada dalam sidang media pada jam 5.30 petang, 13 Januari 2011 di ibu pejabat Pas .Memang benar pada tarikh tersebut Anwar ada dalam sidang media berkenaan. Tetapi sebelah pagi Anwar Ibrahim berada di luar negara.
Sisatan yang sel13.com lakukan, pada tarikh 12 dan 13 Januari Anwar Ibrahim didapati Anwar Ibrahim berada di Bangkok, Thailand. Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari 2011 menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari KLIA. Beliau tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.
Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebaik sahaja beliau mendarat di Lapangan Terbang Suvarnabhumi Bangkok sehinggalah beliau berlepas pulang dari lapangan terbang yang sama akan kami bongkarkan kemudian di dalam Edisi Bongkar Sel13.com.
Setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk ‘aktiviti-aktiviti’  tertentu dan ‘tugas-tugas rasmi’ tertentu Anwar berangkat pulang ke tanahair pada jam 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 785 dan tiba di KLIA pada jam  2.15 petang. Manakala sidang media di ibu pejabat PAS diadakan pada jam 5.30 petang."
Setelah isu video kedua ini timbul semula, beberapa blog Pro - Pakatan Rakyat melatah dan mengatakan yang Anwar sebenarnya ada di Indonesia pada ketika itu ?? Aikk ? Macam mana yang betul ni  ? Ibu Pejabat PAS ka Indonesia ? heheheh , tak percaya? tengok bawah ni..



Dan banyak lagi blog2 lain yang kata dia ada kat Indonesia instead of Ibu Pejabat PAS . hehehe .. lepas ni kantoi ni depa delete/edit la kot..


kah kah kah..mana satu yang betoi ni ? nampak sangat tulis blog pakai main hembusss ja , fakta entah kemana-mana !

Unbelievable!! Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Anjuran PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru dapat sambutan masyarakat Cina




Majlis Terbuka Tahun Baru Cina anjuran PERKASA nampaknya mendapat sambutan masyarakat Cina, walaupun jumlah kehadiran pada awalnya hanya dianggarkan sebanyak 300 orang , tapi jumlah yang hadir nampaknya lebih dari itu. Aku sekarang berada di lokasi,baru je selesai buat video recording Dato' Ibrahim Ali. (Kejap lagi gua upload)

Ucapan Dato' nampaknya dapat tepukan gemuruh dari para hadirin. Dalam majlis ni jugak aku perasan ada beberapa press tapi tak pakai name tag press , yg confirmnya ada la wartawan Malaysiakini terselit, tapi aku tak tau mana satu..heheh (gua blogger tak payah pakai tag press kot?)


Terbukti PERKASA bukan pertubuhan yang racist, PERKASA sama dengan pertubuhan2 NGO lain yang mempperjuangkan bangsa masing2. Tegas dalam memperjuangkan hak bangsa sendiri adalah tidak rasis, tetapi sekiranya menindas dan menidakkan hak bangsa2 lain baru lah dikatakan rasis. Namun ini tidak pernah berlaku dalam perjuangan PERKASA. Barisan Nasional sbg parti pemerintah juga tidak pernah melaksanakan dasar yang menindas kaum2 lain. Apa yg berlaku sekarang ialah kepimpinan Pakatan Rakyat memutar-belitkan fakta demi kepentingan politik kotor mereka.

Ok chow, gua dah lapor ..nak makan, nampak tadi macam nasik beriani je..nyum nyum

Isu Pemberian Sampul 'Ang Pow' Putih


Berkenaan pemberian sampul  'Ang Pow' bewarna putih , sebenarnya aku pun tak berapa perasan benda ni, sebab tengok para hadirin macam happy je tadi . Tambahan pula ada satu ketika aku tengok para hadirin ni berebut-rebut nakkan 'Ang Pow' bersampul putih ni dari Datuk Abdul Rahman Bakar. Kalau mereka rasa terhina takkan lah mereka berebut-rebut pula?


Aku berfikiran positif bahawa mungkin ada sebab kukuh mengapa sampul putih diberikan. Tujuan PERKASA mengadakan majlis ini adalah untuk meraikan kaum Cina dan untuk membetulkan persepsi mereka terhadap perjuangan PERKASA. Jadi pemberian sampul 'ang pow'  bewarna putih bukan lah satu perkara yang disengajakan . Aku hubungi kawan2 PERKASA di Facebook dan minta mereka hubungi Dato Ibrahim Ali dan menjelaskan perkara ini . Menurut Dato' Ibrahim Ali , soal sampul ni baru diketahui disaat-saat akhir , sampul merah cuba dicari dikedai2 , tetapi biasalah hari Ahad kedai2 ni tutup dan majlis pula bermula pada pukul 1 petang. 

Secara peribadinya , saya pun baru hari ni tahu bahawa sampul putih adalah 'pantang' pada Tahun Baru Cina , saya yakin ramai lagi rakan2 yang bukan berbangsa Cina baru sedar akan hal ini bila isu ini ditimbulkan. Ini kali pertama majlis seumpama ini dianjurkaan oleh sesebuah pertubuhan yang meraikan kaum dari kebudayaan dan adat resam yang berbeza. Sepatutnya tujuaan asal murni majlis diadakan patut dilihat , bukan dengan cuba mencari kesilapan-kesilapan yang tak disengajakan sebegini. Tapi saya agak yakin rata2 yang hadir faham kesilapan ini kerana PERKASA adalah pertubuhan Melayu yang beza budayanya, niat utk menghina jauh sekali . Malah mereka dengan hati terbuka menerima 'ang pow' dengan wajah2 yang ceria dan ada juga yang berebut-rebut . Lihat saja gambar2 di atas.

Friday, January 27, 2012

Ceramah PR di Jalan Kebun dipenuhi komando2 PR..(gua x berani tangkap gambar he he he)

Tadi aku menyusup masuk kejap ke ceramah PR di Jalan Kebun. Di luar dewan nampak agak ramai dengan geng PR 'import' dari seluruh Selangor. Tertulis belakang baju Jingga 13, AMK Shah Alam, AMK Kota Raja, dan agak ramai 'bouncer' 2 yg memakai jaket kulit warna hitam. Phewww macam 'standby' nak gaduh je. Geng2 berbadan besar ni duduk kat luar je, jadi pak guard di sepanjang jalan nak masuk ke dewan.

Aku jengah kejap dalam dewan, kehadiran ala kadar ja la..walaupun dah ada 3 penceramah utama kat atas dewan. Masa tu Nurul Izzah tak sampai lagi..terbaru tadi baru dapat info dari member yang Nurul Izzah dah sampai, tak tau lah kehadiran pendengar dalam dewan bertambah atau tak, tapi yang pasti dewan tak penuh .. Kedengaran juga cakap2 sesama sendiri di antara penyokong2 PR yang semakin ramai rakyat menyokong perjuangan mereka. Mungkin sekadar cakap2 untuk menyedapkan diri sendiri dgn jumlah kehadiran di dewan Kg Jalan Kebun. Ternampak juga photographer2 diaorang ni 'snap' gambar2 di mana ramai manusia berkumpul..huhuhu mungkin nak bagi persepsi dekat orang2 yg tak datang yg ramai yg hadir di ceramah malam ni..

Aku tak boleh nak 'snap' gambar lebih2. Mana la tau ada yang memerhati. So aku 'snap' gambar2 di bawah ni untuk tatapan pembaca. Lepas tu aku blah la..tak tau la kalau dah ramai yg dtg lepas aku blah...kalau ye ramai pun mmg confirm 'import' dari luar punya. Macam biasa la..org tempatan rilek je orang luar yg lebih2

Thursday, January 26, 2012

Tahniah , Kebebasan Media Malaysia Terbaik di Asia Tenggara !

Hari ni laman web Reporter Without Borders telah mengeluarkan ranking kebebasan media di seluruh dunia. Malaysia berada di tangga 124 dari 179 negara. Klik sini untuk sumber asal.


Dari laman web berkenaan juga, aku memperoleh data2 berikut iaitu jumlah reporter2 yang dipenjara di beberapa negara . Klik sini untuk sumber asal


Dari satu lagi sumber berita , US telah jatuh ke tangga 47 disebabkan penangkapan pemberita yang membuat liputan "Occupy Wall Street Protest".


Juga kalau dilihat dalam 'ranking' , negara-negara jiran seperti Vietnam (172), Singapore (135), Indonesia (146) dan Thailand (137) jauh terkehadapan berbanding Malaysia. Kalau dilihat senarai penuh Malaysia merupakan negara di Asia Tenggara yang paling bebas medianya.

Walaupun berada di tangga ke 124 dalam kebebasan media di seluruh dunia . Polis tidak menangkap pemberita-pemberita semasa perhimpunan-perhimpunan haram yang di anjurkan oleh pihak PR . Malah pemberita - pemberita dari luar negara juga dapat membuat liputan berkenaan perhimpunan haram misalnya perhimpunan Bersih 2.0 di mana terdapat pemberita dari Al-Jazeera yang membuat liputan. Walaupun di tangga 124 , polis-polis di Malaysia tidak menangkap pemberita yang membuat liputan . Bayangkan negara yang kebebasan medianya di tangga ke 47, tetapi menangkap pemberita yang membuat liputan  "Occupy Wall Street Protest".


Walaupun kebebasan media kita terbaik di Asia Tenggara , pemberita dibenarkan membuat liputan dengan bebas , serta kewujudan berleluasa media-media yang melaporkan berita yang belum tentu sahih kebenarannya namun puak2 PR tetap pukul canang serata dunia media Malaysia tak bebas !


Wednesday, January 25, 2012

More Stories on Rosmah Mansor from The Worst Australian Journalist ? Are u kidding me?!

Setelah dikantoikan sebagai 'The Worst Australian Journalist' , si gossip queen ni masih berani tweet yang dia tahu banyak lagi cerita pasal Rosmah Mansor ?Anyway, kalau dah ada rekod buat cerita menipu atau exaggerate stories , susah orang nak percaya dah . Orang Australia sendiri yg tulis 'to be extra careful' bila si gossip queen ni menulis, peliknya orang Malaysia dari kalangan pejuang2 'seksualiti merdeka' boleh percaya pulak?! Opss pak2 lobai sorban ketat kepala atas balut kemas kepala bawah tak boleh control pun 2 X 5 je.. Prfttt mengaku level pemikiran tinggi,up to date and bla bla bla...but to strongly believe this labeled 'Worst Australian Journalist' GOSSIP only show level of their fucking thinking. So..what's next ?! Considering some low class gossip artist from USA? Or paparazzi? Keep on trying ass holes (lovers)..

Tuesday, January 24, 2012

Krisis Air Selangor - "Bila nak terberak baru nak gali lubang?"

Dari siaran media yang dikeluarkan oleh AWER (Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia) , krisis air di Selangor mungkin akan berlaku sebelum tahun 2014 (klik sini untuk siaran media). Jadual berikut ialah peningkatan pengeluaran air terawat di Selangor dari tahun 2007 hingga 2010 .


Dari jadual di atas, jumlah pengeluaran semakin meningkat dari tahun ke tahun , ini secara tak langsung menunjukkan peningkatan dalam permintaan terhadap air. Walaupun menyedari keadaan ini kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat masih berlengah dalam membuat keputusan untuk Projek Penyaluran Air Pahang-Selangor dan Loji Perawatan Langat 2. 

Pada Disember 2010, kerajaan telah bersetuju untuk beri kebenaran dalam pembinaan Loji Perawatan Langat 2 , walau bagaimanapun sehingga kini perlaksanaan projek ini seolah-olah masih tergantung. Kerajaan Selangor dalam satu sidang media telah mengeluarkan pernyataan berikut ;

"Kerajaan negeri mengambil pendirian projek Langat 2 tajaan Putrajaya adalah terlalu mahal dan tidak perlu disegerakan kerana bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019." 

Apabila pernyataan di atas di buat adakah mereka fikir pada tahun 2019  Projek Loji Perawatan Langat 2 akan menjadi lebih murah? Sekiranya difikirkan secara logik, harga bahan mentah akan meningkat dari tahun ke tahun, maka kos pembinaan projek akan menjadi lebih mahal . Adakah kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat tak memikirkan 'contingency plan' ?   Takkanlah bila nak terberak baru nak gali lubang?

Saturday, January 21, 2012

Boleh Edar Buku Jingga Di Mesyuarat PIBG Sekolah ??

Hari ni masa nak keluar pi kedai beli barang, aku ternampak buku di bawah ni terselit antara buku-buku milik anak aku. Terasa macam pernah nampak, rupanya inilaah buku yang heboh diperkatakan dalam blog Milosuam. lebih kurang seminggu lepas. Terdetik dalam hati biar betul ?!


So, aku tanya la anak aku, mana dia dapat buku ni ? Cikgu kat sekolah bagi ka? atau diaorang edar2 kan di sekolah macam di canang2 dalam blog pro-pembangkang tu ? Sekali anak aku jawab , buku tu aku yang punya dia pinjam nak baca katanya . Dia cakap mana ada cikgu2 bagi buku ni kat sekolah . Terkejut jugak aku bila masa aku dapat buku ni . Fikir punya fikir baru teringat , buku ni dapat masa salah satu konvensyen yang aku menyelit di PWTC, rasanya buku komik ni ada dalam beg 'goodies' dalam seminar pemahaman wasattiyyah yang diadakaan pada 26 Nov 2011. Dalam beg 'goodies' ni pun ada beberapa buah buku lain dan CD , salah satu buku yang aku ingat ialah buku Dr. Chandra Muzaffar dan CD Dr. Syed Ali Al-Attas.


Dari sumber blog Milosuam , dia bagitau maklumat yang diperoleh adalah dari forum lowyat.com . Aku tengok orang yang posting tu cuma tulis ... "Got it during my sister's school PIBG meeting. Election coming soon huh?" . Jadi tiada bukti konkrit buku ini di edar oleh pihak sekolah untuk pelajar-pelajar .Boleh saja kita anggap ini perbuatan sabotaj . Mudah saja untuk buat spekulasi berdasarkan pernyataan yang singkat itu. Jadi kalau mahu tabur fitnah, kita pun boleh saja membuat andaian dengan membuat posting-posting di forum mengatakan Buku Jingga di edarkan semasa mesyuarat sekolah.

Thursday, January 19, 2012

Dah 26 Tahun Mewah dalam Kerajaan , Baru Sekarang Cerita Tak Puas Hati?

Bila Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir mengakui beliau mempunyai pengalaman memberi RM200 - RM1000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional untuk mendapatkan undi adalah sesuatu yang tidak mengejutkan kerana hal yang sama berlaku di mana-mana kempen pilihanraya apabila 'trend' memberi duit semasa berkempen biarpun atas nama zakat memang berlaku. Contoh mudah semasa pilihanraya kecil di Galas, pemberian wang semasa pilihanraya dihalalkan atas nama zakat.


Walau bagaimanapun, bukan perkara ni yang aku nak sentuh . Posting kali ni lebih kepada sikap bekas-bekas pemimpin Barisan Nasional yang dahulunya mempunyai jawatan yang penting dalam parti dan mereka ini apabila tidak lagi dipilih untuk jawatan-jawatan penting telah berpaling tadah dan memburuk-burukkan parti yang pernah menaikkan mereka satu ketika dulu.

Contoh terkini ialah Abdul Kadir Sheikh Fadzir . Ni aku belek Wikipedia je untuk sejarah dia bergelumang dengan parti yang dihentamnya hari ini.

"Selepas memang pilihan raya 1978, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri (1982), Timbalan Menteri Luar Negeri (1983), Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (1990), Timbalan Menteri Sumber Manusia (1995) dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (1999)."

"Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai menteri penuh iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1999). Beliau juga menjadi Pengerusi, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (1999) . Pada 2004, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi melantik beliau sebagai Menteri Penerangan (2004)"


Tu dia .. dari tahun 1978 sampai 2004 , 26 tahun pegang jawatan tinggi dalam kerajaan ! Dapat gaji ribu riban, hidup senang dengan segala kemudahan dalam tempoh 26 tahun tu, tahu - tahu tahun ni dia pi 'declare' kerajaan tak telus, kerajaan tak bagus, pilihanraya tak adil ...nak join Bersih 3.0 , bla bla bla . Puas dah kumpul harta, bila tak diberi peluang lagi terus merengek dan tikam belakang. Tun Mahathir dalam ceramah pun banyak cerita jenis manusia macam ni dalam UMNO.

Kalau ditengok sejarah , sebab mengapa  Abdul Kadir Sheikh Fadzir ni jadi 'baik' tahun 2012 mungkin boleh di agak . Sebab paling utama mungkin kerana rasa dah dipinggirkan dalam UMNO sebab tak dapat pegang lagi jawatan-jawatan tinggi. Sebab-sebab lain mungkin dia rasakan rakyat dah menyokong PR , BN mungkin takde peluang lagi di PRU-13 , jadi mungkin dia ni jenis manusia yang opportunis , merasakan diri lebih selamat dan diberi banyak peluang apabila berada di 'winning side' . Maklumlah selama 26 tahun dia menyandang jawatan tinggi dalam kerajaan adalah kerana BN pada masa itu berada di 'winning side' .

Contoh lain ialah Chua Jui Meng , dari Wikipedia ;


"In 1989, Chua was appointed parliamentary secretary for the Ministry of Health. He was elected as a vice president of the MCA in 1990 and became the Deputy Minister of International Trade and Industry following the 1990 general election. During this period, he worked on developing small and medium enterprises and promoting trade with China."

"After the 1995 general election, Chua was appointed Minister of Health. During his tenure, Chua led the government's fight against the Coxsackievirus outbreak in 1997, the Nipah virus outbreak in 1999, the Japanese encephalitis outbreak in 2000 and the global SARS epidemic in 2003"

Dari maklumat Wikipedia di atas , Chua Jui Meng pulak dah pegang jawatan tertinggi dalam kerajaan selama 15 tahun. Tahun 2004 tak di senarai kan sebagai calon dalam PRU , sama kes macam Sheikh Fadzir. Lepas tak di calon tapi masih bernafsu dan mahu jawatan dalam politik , mereka ini sanggup bersekongkol dengan seteru politik pada satu ketika dulu.  Contoh lain ialah Zaid Ibrahim yang akhirnya terkontang-kanting keseorang dalam perjuangan politik  beliau.

Tidak mustahil pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang bertaraf menteri & timbalan menteri sekarang boleh melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Sheikh Fadzir, Chua Jui Meng, dan Zaid Ibrahim. Hanya masa yang menentukan , tunggulah apabila ada rombakan dalam kabinet di lakukan. Perhatikan sikap mereka yang tidak terpilih , adakah akan konsisten menyokong Barisan Nasional atau sebaliknya?

Monday, January 16, 2012

"Racist Policies Must End ! " - Anwar Ibrahim to CNBC

Di kalangan mereka yang menyokong Pakatan Rakyat , termasuk segelintir golongan Melayu dan bumiputera sendiri mengatakan Malaysia adalah negara perkauman kerana mengamalkan dasar yang memberi keutamaan kepada kaum bumiputera. Secara kasarnya, dasar yang memberi keutamaan kepada kaum tertentu di negara ini mungkin nampak perkauman tetapi pada masa yang sama , dasar yang di amalkan adalah untuk bertindak adil pada seluruh rakyat . Dari taburan peratus penduduk mengikut kumpulan etnik di Malaysia pada tahun 2010, Bumiputera adalah 67.4% , Cina 24.6% , India 7.3% dan lain-lain 0.7% .


Senario yang pertama sekiranya kek ekonomi dibahagi secara rata mengikut kaum . Katakan sejumlah RM400 perlu dibahagi secara rata mengikut kaum . Kaum bumiputera dapat RM 100 , Cina dapat RM 100, India dapat RM 100 dan lain-lain dapat RM 100 .  Sekiranya kaedah pembahagian secara rata mengikut kaum dilakukakan , seorang Bumiputera hanya akan memperoleh RM 1.50 , seorang India memperoleh    RM 14.30 dan seorang Cina memperoleh RM 4. Kita perhatikan sekiranya pembahagian kekayaan secara rata mengikut kaum dilakukan , kaum yang paling sedikit jumlahnya akan lebih banyak mendapat keuntungan. 

Jika di lihat senario ini, agak pelik apabila Anwar dalam temuramahnya dengan CNBC mengatakan polisi-polisi rasis kerajaan perlu berakhir. Mungkin jika Anwar melihat dari senario yang lain, iaitu meritokrasi.


Senario yang kedua pula ialah kek ekonomi / peluang pekerjaan dalam kerajaan  / peluang belajar di IPTA diberi mengikut kaedah meritokrasi. Kaedah meritokrasi dilaksanakan dengan mengambilkira keupayaan yang ditunjukkan individu /syarikat . Meritokrasi di dalam sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik secara tak langsung dipengaruhi oleh elemen2 etnik itu sendiri. Keupayaan seseorang individu atau sesebuah syarikat dapat dipertingkatkan dengan sokongan/dorongan/bantuan luaran . Dalam kebanyakkan kes, sokongan/dorongan/bantuan luaran ini datang dari kalangan etnik yang sama . Berikut ialah senarai orang-orang yang terkaya di Malaysia . 


Dalam senarai itu , kita mempunyai 7 dari kalangan orang Cina, 1 dari kalangan orang Melayu dan 1 dari kalangan orang India . Jadi secara perbandingan kasar, sokongan / dorongan / bantuan luaran untuk etnik-etnik di Malaysia mengikut peratus

i. 25%  etnik Cina di Malaysia ada 7 

ii. 7% etnik India di Malaysia ada 1 

iii. 67% etnik Bumiputera di Malaysia ada 1

Jadi impak paling besar dalam proses penyediaan ke arah sistem meritokrasi tentulah pada etnik Cina kerana peratus yang kecil disokong pula oleh jumlah yang ramai . Apabila ini berlaku secara tidak langsung dasar meritokrasi akan memberi kelebihan pada kaum tertentu sahaja kerana asas-asas kukuh di kalangan mereka yang telah sedia terbina sejak dari sebelum merdeka lagi.  Tidak dinafikan meritokrasi ada satu sistem yang baik tetapi perlaksanaannya perlu mengambilkira semua faktor termasuk yang dinyatakan di atas.

Perlaksanaan meritokrasi mungkin boleh diaplikasikan apabila DEB mencapai sasarannya apabila bumiputera memiliki sekurangnya 30% kepentingan ekonomi dalam pelbagai bidang. 

Saturday, January 14, 2012

@NajibRazak Mohon Siasat Duri Dalam Daging dalam Barisan Nasional Bayan Baru, Pulau Pinang

Melalui semakan daftar pemilih , saya adalah pengundi di DUN Batu Maung dan Parlimen Bayan Baru. Rakan Facebook saya iaitu En. David Yim Boon Leong yang merupakan Penyelaras Parlimen Bayan Baru sejak December 2009 (di bawah MCA) telah menjalankan tugas beliau dengan baik sekali membantu rakyat di parlimen Bayan Baru tanpa mengira bangsa dan agama.


Baru-baru ini sesuatu yang agak mengejutkan telah berlaku apabila En. David telah ditamatkan perkhidmatannya setelah beliau bersungguh-sungguh berkhidmat untuk masyarakat di Parlimen Bayan Baru.  Saya mendapat tahu perkara ini di dalam status facebook beliau. Sebagai salah seorang pengundi di Parlimen Bayan Baru, saya secara peribadi agak terkilan dengan pemecatan beliau. Kenapa seorang wakil dari parti komponen Barisan Nasional yang menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh telah di pecat ?


Saya secara peribadi telah menghantar mesej kepada beliau bertanyakan hal ini . Maklumat yang saya peroleh agak serius dan semacam ada unsur sabotaj sedang berlaku . Lebih mengejutkan terdapat penglibatan orang dari dalam komponen BN sendiri yang sedang melakukan sabotaj ini. Saya tidak pasti samada hal ini benar atau tidak tetap saya amat berharap apa yang akan diceritakan selepas ini mendapat perhatian kepimpinan tertinggi BN dan siasatan secara serius perlu dilakukan.

Seperti yang telah saya jelaskan di atas En. David ialah Penyelaras BN di Parlimen Bayan Baru dengan sokongan MCA. Penamatan tugas beliau berpunca apabila pemimpin MCA Bayan Baru mempunyai perbezaan pendapat dengan beliau khususnya dalam soal pemberian bantuan kepada kaum Melayu dan India. Saya juga dimaklumkan En. David telah diarahkan untuk tidak terlibat dengan mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak disukai oleh pemimpin MCA Bayan Baru ini. Tindakan pemimpin MCA Bayan Baru ini seolah-olah cuba menjauhkan rakyat dengan BN. Tugas En. David ialah Penyelaras BN Bayan Baru dimana skop tugasnya tidak terhad kepada golongan-golongan tertentu sahaja. 

Walau bagaimanapun sebagai seorang pemimpin masyarakat yang hatinya dekat dengan rakyat, arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin MCA Bayan Baru ini tidak di endahkan beliau. En. David terus berkhidmat dengan rakyat, walaupun pelbagai amaran telah dikeluarkan kepada beliau oleh pemimpin MCA Bayan Baru ini. Puncaknya pada bulan November 2011, tugas beliau sebagai Penyelaras BN Bayan Baru telah ditamatkan dan digantikan dengan orang lain. Alasan-alasan pemecatan yang diberikan oleh Pengerusi MCA Negeri Pulau Pinang dan Ketua Bahagian MCA Bayan Baru adalah seperti berikut :

1. Tidak melakukan kerja dan berkhidmat dengan masyarakat.
2. Hanya membantu kaum Melayu dan India
3. Tidak bekerjasama dengan Ketua Bahagian
4. Melakukan sabotaj pada parti.

Jika dilihat alasan-alasan diatas, saya berani katakan ianya tidak berasas langsung . Saya sebagai rakan facebook En. David Yim Boon Leong nampak segala usaha beliau membantu rakyat di Parlimen Bayan Baru, malah sehingga kini walaupun tiada lagi gaji yang diterima setelah ditamat perkhidmatan pada akhir November 2011.  Kita juga dapat melihat komunikasi masyarakat di Bayan Baru yang memberi sokongan pada beliau di laman facebook beliau. Klik sini untuk ke laman Facebook beliau.


Berikutan dari penamatan tugas beliau sebagai penyelaras BN Bayan Baru , terdapat banyak bantahan dari ketua-ketua parti komponen BN yang lain dan beberapa NGO tempatan, walau bagaimanapun tidak banyak dapat dilakukan kerana lantikan penyelaras BN Bayan Baru adalah di bawah sokongan/rekomendasi MCA bahagian. Penamatan khidmat En. David ini juga dibantah 16 dari 24 cawangan MCA di Bayan Baru , bantahan-bantahan ini tidak dipandang langsung oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti malah terus percaya dengan apa yang disampaikan kepada mereka. 

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca sekelian, pengerusi MCA Bayan Baru sekarang mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan ketua-ketua komponen BN yang lain. Beliau juga dikatakan telah memboikot mesyuarat-mesyuarat Barisan Nasional yang diadakan.  Yang paling memeranjatkan beliau menghadiri program-program Datuk Sri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dan juga menjemput pemimpin PKR di program-program beliau. Ada juga ura-ura mengatakan pengerusi MCA Bayan Baru ini telah ditawarkan sesuatu oleh PKR untuk melakukan sabotaj pada BN  termasuk mencadangkan 'unwinnable candidate' , di harapkan siasatan dilakukan oleh pimpinan tertinggi Barisan Nasional atas khabar angin ini, biar beringat sebelum kena !

Di harapkan Dato' Sri Najib dapat melihat perkara ini dengan serius , Barisan Nasional dekat dengan rakyat disebabkan oleh pemimpin masyarakat seperti En. David Yim Boon Leong ini . Kita tak mahu politik-politik dalaman parti yang melampau menyebabkan rakyat semakin jauh dengan BN. Siasatan harus dilakukan segera , tindakan drastik adalah sangat perlu untuk membuang elemen-elemen sabotaj dalam Barisan Nasional untuk memastikan kemenangan pada PRU yang ke - 13 . Rakyat di parlimen Bayan Baru semakin dekat dengan BN dengan hasil penat lelah En. David Yim Boon Leong ini terbaru tindakan-tindakan sabotaj seperti ini hanya membuatkan rakyat makin menyampah dengan BN. Kerana sentiasa dekat dengan masyarakat tempatan sehingga kini walaupun bukan berstatus Penyelaras BN Bayan Baru, mereka masih berjumpa dengan beliau untuk meminta bantuan dan beliau masih melakukan semua ini  TANPA GAJI !!!

Hari Sabtu Hari Baju Biru ...

Baju biru baju rakyat .. dah bermula di Selangor setiap Sabtu bermula  hari ini, sama-sama kita sebarkan , diharapkan 'trend' ni akan sampai di negeri2 lain dalam Malaysia.

(gambar2 dari blog AAKJ)



KEPIMPINAN DAH SETUJU !!


KEPIMPINAN AKAR UMBI DAH SEDIA !!


JOM KITA SAMA-SAMA "BIRU" KAN SELANGOR SETIAP SABTU !!

SAMADA ANDA ORANG BN ATAU PENYOKONG TEGAR BN ATAU ANDA BERSAMA BN !!

JOM KITA !!

YANG INI OK !!

YANG INI PUN OK !

ATAU YANG PESEN NI PUN OK !!

APA SAJA TSHIRT..KEMEJA..BAJU KURUNG..TUDUNG..SEMUANYA KITA FLOOD SELANGOR SETIAP SABTU DENGAN "BIRU"

ESOK DERR KITA START !!


PI MAJLIS KAWIN PAKAI BIRU 



UNDERWEAR ?? HEHEHE OK GAK TUU HAHA..AKU NAK PAKAI PAKAIAN MANDI BIRU LAA ESOK D PD !!

HEHE YANG TENGAH TU SPORTING..BIRUUU !!

Thursday, January 12, 2012

Masalah Sampah di Subang Jaya Sabotaj kata YB Hannah Yeoh ?! Prfttt...

Masalah kutipan sampah di Subang Jaya bermula apabila Alam Flora ditamatkan perkhidmatannya dan kerja-kerja kutipan samapah kini diuruskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) .  Kerja-kerja kutipan sampah yang dilakukan oleh MPSJ sebenarnya tak efektif dan menyebabkan masalah longgokan sampah ini berlaku.

Merujuk kepada ucapan YB Hannah Yeoh semasa ceramah di Kompleks 3K pada 6 Jan 2012 , masalah longgokan sampah berlaku akibat sabotaj dari 'pihak-pihak' tertentu . Sebagai salah seorang penduduk di Subang Jaya , saya tahu soal sabotaj tidak timbul langsung . Semuanya berpunca dari ketidak cekapan pengurusan sampah oleh MPSJ sendiri.



Masalah kutipan sampah ini turut dibincangkan dalam forum internet www.usj.com.my



Dari perbincangan dalam laman forum itu, kutipan sampah hanya pada hari-hari tertentu saja . Penduduk terpaksa 'menyimpan' sampah yang mereka kumpul hingga pada hari kutipan sampah. Ada diantara penduduk  terpaksa meletakkan saja sampah di luar rumah walaupun luar dari jadual kutipan sampah. Sampah-sampah yang terbiar tak dikutip ini sememangnya menyakitkan pandangan mata. 


Sepatutnya pihak MPSJ memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini , mungkin dengan menyediakan satu tong yang khas untuk penduduk membuang sampah di luar hari kutipan sampah. Agak pelik semasa pemerintahan kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional hal kutipan sampah ini tidak timbul .  Melucukan apabila hal sampah ini timbul di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat , mereka dengan mudah menunding jari menyatakan ada sabotaj dari pihak-pihak tertentu yang membuang sampah sesuka hati . Seperti yang dinyatakan dalam perbincangan forum di atas , 'sabotaj' itu sebenarnya dilakukan oleh penduduk sendiri . Mereka terpaksa kumpulkan sampah di hadapan rumah untuk dikutip oleh kontraktor yang diupah oleh MPSJ.  Jika 3 hari tiada lori sampah , bayangkan jumlah sampah terkumpul di hadapan rumah ? Adakah penduduk-penduduk ini ada alternatif lain ?

Tuesday, January 10, 2012

The price of preserving other's nostalgic moments...

It is interesting to know that Singapore-Johor Bharu undersea tunnel will be the next mega project in Malaysia and Singapore. Currently a feasibility study had been carried out since November 2011 . Consultants from both countries were appointed for a detailed engineering study. The undersea tunnel will be around 1km which is slightly shorter than the existing Causeway.


The decision of Malaysia and Singapore government to built undersea tunnel instead of continuing the existing plan of crooked bridge is quite a surprise. The cost of Singapore-JB undersea tunnel will be definitely higher, and it will take a lot more time to be completed compared to the earlier plan of crooked bridge.

When I was involved in the PGB-Keppel (Singapore Gas Pipeline Project) back in 2006 , the deepest seabed between two land is approximately 20 - 25m from sea water level. Therefore the underwater tunnel must be built further more from the deepest seabed .  Below is an example of an undersea tunnel which had been constructed in between UK and France.


As we can see from the picture above, the undersea tunnel have to be bored further from the land to get a gentle slope for vehicles to move in. 


From the picture above, let say the tunnel will be built 20m below the seabed . The following equation derived; 

40 / (x + 500) = tan (0.5 deg )
[ 40 / (tan 0.5 deg) ]  = x + 500
x + 500 = (40 / 0.0087) =  4597.7m

So the estimate total length required for Singapore-JB underwater tunnel project will be around 9.2 km  and of course the cost of this project will exceed more than controversial RM 1.1 billion crooked bridge.  I believe Malaysian government have to spend more than RM1.1 billion to built half of this tunnel . And I guess Singapore don't really mind to spend their money on this project for the sake of preserving their 'nostalgic' Causeway.


Gereja Terbesar, Tokong Buddha Terbesar, Patung Dewa Murugan Terbesar .. Nak Lebih Lagi Tanya PAS dulu

Aku tertarik dengan satu artikel di tulis oleh blogger Milosuam pasal pembinaan gereja terbesar di asia tenggara yang akan di bina di Malaysia . Baca sini .


Hujah yang disampaikan oleh Milosuam dalam menempelak kerajaan BN kerana meluluskan pembinaan gereja ini ialah majoriti rakyat beragama Islam, penganut Kristian tidak ramai . Tidak wajar pembinaan gereja yang besar ini dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta .

Pada tahun 2001 , patung Buddha kedua terbesar dunia telah dibina di Kampung Jambu,Tumpat Kelantan. 


Pada tahun 2006, patung Dewa Murugan yang diiktiraf sebagai terbesar di dunia telah didirikan secara rasmi.


Di Pulau Pinang, kita juga mempunyai Tokong Kek Lok Si yang juga merupakan terbesar di Asia Tenggara


Walaupun majoriti penduduk Malaysia beragama Islam , kita masih tidak mempunyai masjid yang sekurang-kurangnya terbesar di Asia Tenggara . Sebenarnya sebesar mana masjid itu tidak penting, yang penting adakah masjid itu di imarahkan sewajarnya. OK, sebenarnya ini bukan persoalan yang ingin saya timbulkan untuk entry kali ni. Seterusnya...

Kita juga ada Nirvana Memorial Park iaitu memorial park persendirian yang terbesar di dunia di Semenyih.


Di bawah pula adalah gambar perkuburan Kristian di Tambun, Perak


Hmm yang ini gambar perkuburan orang Islam di USJ 22 , katanya digali dengan jentolak oleh orang bukan Islam bila tugas-tugas menggali ni diambil alih oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya. Untuk cerita ni sila lawati blog Ikrar Pemuda disini.

Gambar di atas menunjukkan toleransi orang Islam di Malaysia terhadap agama2 lain. Cuma aku agak terkejut dengan mesej tahun baru 2012 Bishop Ng Moon Hing yang disiarkan di portal Herald Malaysia Online. 



Aku malas nak 'translate' , aku cuma copy & paste saja . Pada aku elok lah Bishop Ng Moon Hing berbincang dengan PAS saja tentang isu2 agama ni , bila kerajaan luluskan pembinaan gereja terbesar, dah dijadikan isu oleh orang-orang PAS. Kalau luluskan hal-hal lain , isu apa pula timbul ? Oleh kerana PAS agak ngam dengan pihak gereja .. elok lah mereka selesaikan sesama mereka hal ini dahulu sebelum kerajaan berikan kelulusan untuk hal-hal yang lain.

"The issues that concern all non-Muslims including Christians which have been raised over the years are summarised in the following documents:


1. Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) memorandum entitled “RESPECT THE RIGHT TO PROFESS AND PRACTICE ONE’S RELIGION dated 25 October 2005 and revised in a document entitled “UNITY THREATENED BY CONTINUING INFRINGEMENTS OF RELIGIOUS FREEDOM” dated 15 June 2007. The issues mentioned here include –


1.1. The refusal of civil courts to adjudicate cases where the Islamic ingredient is present.
1.2. Conversion cases that cause hardships to families.
1.3. Land for places of worship and burial grounds.
1.4. Lack of consultation on issues which affect non-Muslims.


2. Christian Federation of Malaysia’s memorandum via a letter dated 21 December 2010 handed to you at the Christmas Hi-Tea in 2010 which include the following issues:


2.1. Standard policy for places of worship, land for worship, cemetery, foreign religious workers, etc.
2.2. Standard policy for schools and education policy. (In this regard, we want our mission schools to maintain its character and the management and operations should be under our control).
2.3. Tax exemption status for religious organisations and charities, welfare centres and homes.
2.4. To have a Minister in charge of religious affairs (in particular for religions other than Islam)
2.5. Freedom of publications and usage of religious / Scripture books of each religion.
2.6. The lifting of the ban on the usage of the word 'Allah' in the whole nation. (In particular, the lack of resolution of the Herald, Jill Ireland and SIB Sabah court cases)."

Monday, January 9, 2012

Adakah Anwar telah tahu beliau akan bebas pada 9 January 2012 ?

Semasa ceramah di Kompleks 3K, Subang Jaya pada 6 January 2012 , Anwar dalam ceramah nya ada mengatakan Rajmohan Gandhi (Cucu Mathama Gandhi) telah menjemput beliau ke India pada 9 January 2012  untuk satu program menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi di India.


Perdana Menteri Turki Reccep Tayyep Erdogan juga dikatakan telah menjemput Anwar untuk menyampaikan ucapan di Istanbul pada 12 January 2012. Dalam ucapannya , Anwar berkata Perdana Menteri Turki itu telah menyatakan kesanggupan beliau untuk menerima Anwar di negaranya. Anwar walau bagaimanapun memberitahu pada mereka yang hadir di ceramah yang beliau menolak tawaran Perdana Menteri Turki itu kerana yakin rakyat Malaysia masih bersamanya.


Anwar berkata walaupun kedua-dua tokoh itu menyedari bahawa beliau akan diadili pada 9 January 2012 , mereka masih menjemputnya kerana sedar akan perjalanan kes liwat yang dihadapi oleh beliau sekarang.

Anwar seolah-olah memberikan satu mesej tersirat dalam ceramahnya. Keyakinan yang ditunjukkan beliau semasa memberikan ceramah seolah-olah tahu bahawa beliau akan di bebaskan dan akan menghadiri kedua-dua jemputan di atas . Malah hal ini telah dicanangnya semasa ceramah di Ledang, Melaka (5 January 2012). Adakah sesuatu telah berlaku secara senyap tanpa disedari oleh rakyat jelata ?

Kerajaan 'manipulate' keputusan kes liwat ? Mahkamah masih tak 'independent' ?


Dah lepas pun puak2 PR kata it is government decision ? Masuk jail salah , tak masuk jail pun salah. Semua benda nak kata government manipulate! Kalau nak manipulate tak payah tunggu kes ni berpanjangan sampai 3 tahun la !!! Bersyukur la pemimpin pujaan hati dah terlepas dari tuduhan liwat , lepas ni boleh la continue dengan kes utk video porno China doll. Bukti DNA takde , bukti video ada laaa...

Sunday, January 8, 2012

Subang Kelana Link Extension : The possibilities to by pass USJ Summit traffic light

Since there's numbers of comments on my previous posting on the Subang-Kelana Jaya link issue, I guess I need to elaborate further from my point of view why the idea of by passing  the USJ Summit traffic light would  create some other problem. 


As measured from Google Earth, the approximate flyover stretch at USJ Summit traffic light is around 120m. 


If AZRB need to built the Subang-Kelana Link by pass USJ-Summit traffic light , approximately another 600m of extension required to be built. The piling work for the piers can only be done up to extend as indicate below ,and of course some reconstruction work need to be done at this location as the existing flyover structure might be effected due to vibrations of piling works and other similar causes. 


As I mention before , the distance between the two piers is approximately 120m . The contractor can't built another pier in between as it would require them to re-construct the existing flyover. Therefore an option to built cable stayed bridge similar to LDP - Federal Highway shall be considered (as raised by commentators).

Below is a caption taken from Gamuda website , which indicating the the span between 2 piers of the cable stayed bridge for LDP - Federal Highway crossing is 85meter and I confirmed this with measurement from Google Earth.



The main different between LDP-Federal crossing and  'Subang Kelana Link - KESAS ' crossing is the elevating route . The tallest pier for Subang Kelana Link highway is 29m at Bulatan Kewajipan and the pier's height gradually decrease towards USJ Summit traffic light. If the Subang Kelana Link highway have to be landed bypass the USJ Summit traffic light numbers of piers need to be constructed up to as indicated on the earlier picture (no.3). The LDP-Federal crossing cable stayed bridge is not a continuous construction of an elevating route therefore less constraints to be considered during the design stage. 

Below is my sketch on both scenario ;



Route width for both crossings ;

LDP-Federal Crossing "Cable stayed bridge"

Subang-Kelana Jaya Link

Proposed "Cable stayed bridge" for Subang Kelana Link

By referring to the picture above, the bridge pylon construction can only be done at the indicated area, on the other hand the Subang-Kelana link 'extension' route (20m width) is in the middle of existing flyover (35m width). By right, the pylon should be construct alongside the proposed 'extension route' as per below picture .


It is no doubt this propose 'extension' for Subang-Kelana Link highway actually can be done, anyhow lot of  wise engineering decision and re-construction work need to be carried out. The continuous elevating route which extend to the cable stayed bridge also a concern in both engineering and aesthetically The structure of the existing flyover might be effected due to the re-construction and piling works. Other constrain is how the limited spaces need to be utilized ? I believe in the beauty of science and engineering , it's just that sometime I'm quite skeptical on certain ideas which did not considered seen and unseen constraints.

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor