Saturday, December 22, 2012

Senarai Nama Calon BN mungkin berubah - DS Najib

Perdana Menteri , DS Najib telah mengeluarkan satu kenyataan media bahawa senarai calon pilihanraya Barisan Nasional adalah satu proses berterusan dan boleh berubah . Secara peribadi, strategi yang digunakan oleh PM ni menunjukkan bahawa beliau mahu jentera-jentera parti BN menumpukan dan mengumpulkan kekuatan dalam parti itu sendiri . Kalau sebelum ini, bila nama-nama calon diumumkan , mereka yang kecewa tidak terpilih akan mensabotaj parti dengan tidak menggerakkan jentera parti di kawasan yang diwakili . Pengumuman saat akhir akan membuatkan semua pemimpin dalam BN akan berada dalam 'mode' bersedia kerana masing2 tidak mempunyai pilihan sekiranya diri terpilih menjadi calon , banyak pula kerja yang perlu dilakukan di saat2 akhir dan untuk mengelakkan situasi yang tergesa-gesa.  Oleh itu, semua jentera dari calon2 yang berpotensi dah bersedia cuma tunggu masaa untuk dilancarkan . Sekiranya, tidak terpilih , jentera2 yang telah mereka sediakan juga dengan secara automatiknya akan bergerak membantu calon pilihan. 




Dalam pada itu parti-parti gabungan dalam Pakatan telah mula 'demand' untuk tambahan kerusi . Jika selama ini PKR mendominasi kerusi2 yang ada , kini DAP dan PAS juga mahukan kerusi yang lebih kerana bagi kedua-dua parti ini , tunjang kekuatan Pakatan sebenarnya adalah dari kekuatan DAP dan PAS, bukannya dari PKR yang hanya baru beberapa tahun ditubuhkan . Aura Anwar Ibrahim sebenarnya dah tak laku lagi , Anwar cuma menumpang sokongan kuat orang Cina kepada DAP dan sokongan sebahagian orang Melayu kepada DAP . Kalau dulu PKR dilihat banyak mendapat sokongan orang India, namun pada hari ini orang India dilihat mula beralih arah kerana sedar dengan segala pembohongan parti itu. . Walaupun mereka pada satu ketika merupakan tunjang kekuatan PKR , tetapi jawatan2 tertinggi PKR dibolot oleh kroni2 Anwar.  DAP dan PAS sebenarnya melihat PRU-13 ini merupakan peluang terbesar Pakatan dalam menakluki Putrajaya , dan sekiranya kerusi yang mereka peroleh di Parlimen sedikit maka suara mereka dalam kerajaan akan tenggelam dek suara yang mewakili PKR , sedangkan hakikatnya mereka tahu , DAP dana PAS merupakan faktor kuat yang membawa kemenangan Pakatan dan bukannya PKR itu sendiri. 

Namun, situasi yang agak berbeza berlaku dalam komponen Barisana Nasional . UMNO, MCA dan MIC merupakan tunjang kekuatan parti itu . Walaupun kita lihat gelombang sokongan pengundi Cina beralih kepada DAP , namun diharapkan kerja keras yang dilakukan oleh MCA untuk mengembalikan sokongan orang Cina kepada BN dapat dimanifestasikan dalam keputusan PRU-13.  Dari segi pembahagian kerusi, ketiga-tiga parti komponen ini dapat bertoleransi di antara satu sama lain . Di kawasan yang majoritinya Melayu , UMNO masih bermurah hati untuk berkongsi kerusi itu dengan wakil dari MCA dan MIC . Malah pada satu ketika walaupun kerusi yang dimenangi UMNO di Pulau Pinang adalah paling banyak , namum jawatan Ketua Menteri masih di berikan kepada Parti Gerakan . Itulah sikap toleransi yang perlu ada dalam menjalankan urusan pentadbiran kerajaan dalam negara yang berbilang kaum . Diharapkan dengan visi "Winnable Candidate" yang diilhamkan DS Najib , sikap toleransi ini masih kekal berterusan demi menjaga negara ini daripada dirosakkan oleh petualang2 yang bersekongkol dengan negara asing . 

Berikut adalah petikan dari KLPos mengenai kenyataan Najib mengenai proses pemilihan calon ;

"Sampai saat kita umumkan, sudah tentu proses ini boleh berubah... maknanya, walaupun kita ada senarai, kalau ada input dan maklumat terkini, (ia boleh diubah). Selagi belum diumumkan, nama itu boleh dipindah," katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke India Jumaat hari ini.

Perdana Menteri juga berkata senarai calon BN akan melalui proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan.

" ...di mana kita merujuk nama-nama calon ini kepada SPRM, dan jika mereka mempunyai fail yang masih boleh dipertikaikan, maka mereka tak mungkin lulus tapisan SPRM," katanya.

"Ini merupakan sesuatu yang sedang kita lakukan pada masa sekarang. Pendirian BN ialah setiap calon mesti melalui tapisan SPRM," katanya."

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu