Monday, December 3, 2012

'Puppet Master' Deepak akan didedahkan dalam masa terdekat

Seperti yang diduga , memang wujud tangan2 ghaib yang meminta Deepak untuk membuat tuduhan-tuduhan liar terhadap Rosmah dan Perdana Menteri . Rupa-rupanya sudah ada 'skrip' yang disediakan oleh pemimpin -pemimpin PeeKayR yang kita tahu memang terkenal dengan putar belitnya. Seperti yang telah aku tulis dalam entry yang lepas , situasi Deepak yang mendesak dijadikan modal oleh mereka untuk membonekakan Deepak . Entah apa yang dah dijanjikan oleh si putar alam dalam PeeKayR sehingga Deepak sanggup untuk bersekongkol dalam kerja jahat mereka ini .



Laporan dari KLPos hari ini agak panas . Nampaknya fitnah dan kerja jahat yang cuba dibuat oleh si putar alam di PeeKayR terbantut . Nampaknya semacam ada maklumat yang disalurkan oleh sumber tertentu kepada portal online itu .Dikatakan ada 3 orang pemimpin PeeKayR terlibat dalam menyediakan skrip-skrip jahat mereka untuk di 'lakon' kan oleh Deepak . Mujur lah mutu lakonan Deepak nampak 'kurang asli' hingga menyebabkan siasatan dilakukan bloggers dan gelombang menafikan fitnah pertama beliau iaitu kes hutang sedikit sebanyak mencemarkan kredibiliti Deepak .

Dari laporan KLPos dan juga dari blogger Papagomo , dijangkakan akan ada gelombang penafian kedua yang akan membongkarkan siapa Deepak punya  'Puppet Master' . Pemimpin pembangkang, Husam anggap itu kerja orang UMNO sendiri , dan maklumat yang diperoleh di KLPos pula mengatakan kemungkinan 3 orang pemimpin pembangkang sendiri yang terlibat dalam konspirasi  menjatuhkan kredebiliti Rosmah dan PM ini . Apa pun ceritanya , terdapat 'hint-hint' yang menunjukkaan akan tersebar satu pembongkaran yang bakal menutup segala fitnah ini ..

Dari KLPos ,

"Deepak Jaikishan didakwa telah mendapatkan bantuan dan telah berjumpa dengan tiga pemimpin PKR ini. Satu pertemuan sulit berlangsung di sebuah rumah, salah seorang rakan pemimpin utama PKR ini. Turut didakwa ahli perniagaan ini telah beberapa kali bertemu dengan salah seorang pemimpin utama PKR dalam membantu menyelesaikan kes mahkamah yang sedang dihadapinya.

Ahli perniagaan ini turut didakwa bersetuju untuk membaca dan menghafal skrip yang disediakan oleh salah seorang dari tiga pemimpin PKR ini berhubung dengan kes mahkamah yang masih berlangsung, untuk turut mengaitkan nama Datin Seri Rosmah Mansor. Difahamkan hakim menolak hujah ahli perniagaan ini untuk mengaitkan nama isteri Perdana Menteri atas dasar tidak relevan dengan kes yang sedang dibicarakan kerana membabitkan kes pinjaman perniagaan dan bukannya kes mengenai politik."

Seterusnya klik sini

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu