Monday, December 24, 2012

'Pit Stop' untuk protes Lynas : Banjir kilat di Kuantan !

Dalam kerakusan puak2 penentang Lynas sibuk menyatakan protes dengan pembinaan loji itu di Gebeng , satu banjir kilat telah berlaku di Kuantan . Mungkin perhimpunan protes yang akan diadakan oleh kumpulan hijau di hadapan loji nadir bumi Lynas terpaksa ditangguhkan kerana bencana yang dihadapi ini . Sekurang-kurangnya , bagi lah muka pada penduduk2 Kuantan yang pada ketika ini mengalami pelbagai masalah dek banjir kilat . Pada ketika inilah , khidmat pasukan keselamatan diperlukan . Mereka ini walau dilabel sebagai 'anjing' oleh sesetengah penyokong Pakatan tetap menjalankan tugas dengan penuh dedikasi tanpa mengira fahaman politik .



Yang amat dikesali setelah kejadian banjir kilat yang pertama pernah berlaku pada tahun 2007 , adakah ada apa2 tindakan susulan dari pihak2 yang bertanggungjawab ? Kerajaan negeri dan ahli parlimen Kuantan , sepatutnya bekerjasama dalam menangani perkara ini daripada berulang . Setakat ini , tak dimaklumkan samada berlaku kemalangan jiwa . Cuma diharapkan jangan lah terlalu tumpu pada sesuatu isu , hal kebajikan rakyat terabai , akhirnya ini lah yang berlaku . Walau pun berbeza pandangan politik soal2 yang berkait dengan kebajikan rakyat seperti air , elektrik , saliran tak boleh dipandang ringan . Perkara-perkara seperti ini perlu dijadikan agenda utama dalam sidang2 DUN dan bukannya menuduh di antara satu dengan lain .


Dari KLpos ;

"Bandar Kuantan hari ini telah mengalami kejadian banjir kilat  setelah hujan berterusan tanpa henti sejak malam semalam.

Maklumat yang diperoleh dari laman twitter ahli Parlimen Kuantan , Fuziah Salleh, menunjukkan beberapa kawasan di sekitar Kuantan ditenggelami air dengan agak serius. 

Salah seorang pengadu memaklumkan kawasan di Seri Kuantan, Kuantan Gardens dinaiki air banjir yang tinggi dan meminta supaya bantuan disegerakan. Pihak berkuasa yang dimaklumkan sedang giat melakukan usaha-usaha menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat."


Berikut adalah gambar di pusat pemindahan mangsa banjir yang diperoleh dari FB Jas Salleh ;


Lagi gambar2 banjir kilat di Kuantan di ambil dari blogger akudansesuatuz ;







Menurut blogger berkenaan , beberapa tempat yang dinaiki air termasuk lah ;

1. Jalan Tun Ismail 1 
2. Jalan Beserah
3 Jalan Wong Ahjang
4. Jalam Lim Hoe Lek
5. Jalan Abdul Aziz
6. Jalan Mahkota
7. Jalan Bukit Ubi
8. Jalan Air Putih
9. Jalan Pasar
10 . Terminal Makmur

kredit to blogger akudansesuatuz


4 comments:

jalan2 bandar tu patut tukar dari tar kepada bata untuk jalan, boleh lah air hujan masuk dalam tanah, kalau semua kawasan bertar kat mana air nak meresap, jadi air terpaksa masuk ke longkang, bila longkang tak muat air melimpah keluar.

Apa punca komen da...ada ker pakai bata air meresap dalam tanah?...ko belajar ilmu dari mana ni?..ilmu akal logik ko ker?....hahahaha

Yang kolam2 ikan tak pakai tar air bertakung cantik jer?...kat situ ko x pernah pikir ker?...kahkahkah.

Lain kali nak bagi cadangan & komen kaji ler dulu. Tgk ler bentuk geografi kawasan, setidak-tidaknya cari punca kenapa ianya berlaku?..dulu2 x pernah terjadi, skrg kena. Dulu keadaan mcm tu jugak, jalan ber tar..tak berubah pun.

Bro, saliran tu kena tengok..semua ni pasal saliran, ada yg tak kena...panggil Ahli Parlimen Kuantan turun padang redah banjir tu, jgn duk sibuk nak buat demonstrasi Anti Lynas..Kilang tu selamat, yg tak selamatnya skrg harta benda penduduk..Lynas dah sah2 selamat.

to : anonymous 24 december 11.24 pm

amboiiii2222... ko kalau bab mengutuk n membodek nombor satu...biorla bro yg komen pertama tu nak bg cdgn ke ape.. tu kan sekadar pndangan. yg ko tu ingat ko terror sangat ke kata lynas tu selamat???? kat jepun tu pon depa buat bendealah serupa cam lynas ni dekat kawasan yg jauhhhh dari org ramai...jauh dr kawasan penduduk. ko, kalau nk cakap bab lynas pulak, sile kaji jugak ye... harini ko kata selamat, lagi 20 tahun kalau ade kebocoran jadah semua, harap2 anak bini ko tak cacat otakla yeeee. faham???!!!!

The soil type & structure should be considered before using block road like the one applied on Dataran Merdeka road. However it is not cost effective since if the soil below the block road will sunken down as porosity factor on soil (in Malay the term to describe this problem is 'mendap'). If I not mistaken,the block road of Dataran Merdeka also has been replaced by bitumen as the soil started to going down.Even PAS MP give his word that Lynas is safe,why we should fear of it. Don't say about consquences before do some read.You don't even have no idea what is Lynas about right?

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor