Sunday, December 23, 2012

Pemimpin UMNO Perak 'terkena' dek isu tanah Kelantan

Sifat talam 2 muka pemimpin-pemimpin DAP semakin jelas kebelakangan ni , bermula dengan pemilihan dalam parti , terbaru skandal tanah Kelantan yang katanya melibatkan 2 orang pemimpin tertinggi DAP negeri Perak . Nik Aziz katanya telah melakukan beberapa urusan berkaitan tanah di Gua Musang dengan syarikat yang mempunyai kaitan dengan 2 orang pemimpin tertinggi DAP yang mempunyai talian kekeluargaan. Pendedahan ini terlebih dahulu dibuat oleh blogger Pisau.net , lengkap dengan dokumen untuk membuktikan dakwaan beliau . Kemudian di kalangan blogger sendiri mula memainkan isu ini , kemuncaknya 2 orang pemimpin DAP ini diasak dengan seribu persoalan semasa sidang DUN negeri Perak baru-baru ini. Malangnya jawapan yang diberikan tidak menyakinkan, malah 'whistle blower' iaitu blogger Pisau.net dikatakan akan disaman .



Pada satu ketika, pemimpin2 Pakatan pernah mempersoalkan tindakan undang2 yang bakal dikenakan terhadap seorang 'whistle blower' dari kalangan mereka apabila kononnya pendedahan skandal NFC akhirnya membuatkan beliau didakwa di atas akta BAFIA.  Kononnya seorang 'whistle blower' seharusnya dipertahankan kerana membongkarkan kepincangan yang sedang berlaku . Mereka berani berkata demikian kerana ketika itu, 'whistle blower' itu adalah dari kalangan mereka sendiri . Tetapi pada hari , sikap kemunafikan dan talam 2 muka mereka terserlah apabila pemimpin Pakatan dari DAP sendiri yang mahu menyaman seorang 'whistle blower'  yang mendedahkan permainan politik kotor mereka.


Kemungkaran yang berlaku di antara pemimpin DAP Perak dan PAS Kelantan ini kemudiannya didedahkan didalam sidang Dewan Undangan Negeri . Mungkin kerana panas hati dengan pendedahan yang dilakukan dalam DUN , salah seorang dari pemimpin DAP Perak itu telah mengugut Exco berkenaan . Mungkin kerana bimbang persepsi rakyat terhadap mereka akan tercalar , maka mungkin tindakan ugutan itu dilihat dilakukan dalam keadaan yang sangat terdesak . Pemimpin DAP Perak ini dilihat seperti sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup mulut mereka yang membuat pendedahan itu . Selama ini pemimpin-pemimpin DAP selalu sahaja menganggap mereka adalah bersih dari rasuah , dan segala integriti yang ada pada mereka cuba didoktrinkan pada pemikiran pengikut . Namun hari ini , sedikit demi sedikit pendedahan telah berlaku. Mungkin kah mereka sedang merangka skrip sekarang untuk menangkis hal ini ?

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu