Friday, December 21, 2012

Lynas Merbahaya kata Pakar Radiology Australia ?

Hari ni satu artikel Malaysiakini dikeluarkan , berkenaan seorang ahli radiologi dari Australia yang menyuarakan keraguan beliau mengenai plan kitar semula oleh Lynas . Kita hormati pendapat ahli radiologi dari Australia ini , kerana dakwaaan beliau mengenai usaha Lynas untuk menjadikan sisa Lynas (WLP) dari 6Bq/g kepada 1 Bq/g masih belum terbukti boleh dilakukan , dan mungkin ini adalah benar . Lynas , walau bagaimanapun kita tahu mempunyai pakar-pakar mereka sendiri berusaha untuk mengitar semua sisa supaya boleh diguna pakai semula. Namun apa yang disuarakan oleh ahli radiologi dari Australia ni sebenarnya bukan satu isu yang besar kerana 6Bq/g tu sendiri adalah terlalu rendah dan IAEA sendiri menyatakan bahan dalam lingkungan 1Bq/g hingga 10Bq/g dikategorikan sbg radioaktif tetapi boleh dikecualikan sekiranya dos radiasi yang diterima individu tidak melebihi 1mSv/year (page 13 , IAEA on Lynas report , http://www.iaea.org/newscenter/news/pdf/lynas-report2011.pdf) .


Ada banyak lagi benda2 lain disekeliling kita , malah benda  yang kita makan mempunyai 'activity concentration' yang lebih dari 6Bq/g . Contohnya pisang yang mempunyai 31Bq/g dari kandungannya yang mempunyai Portassium 40 . Setakat ni sapa yang dah jadi mutant sebab makan pisang? Selain itu ada juga ubat-ubatan yang mempunyai 'activity concentration' yang lebih dari 6Bq/g . Bezanya , kita tak makan sisa Lynas yang 'activity concentration' lebih dari 6Bq/g tapi kita biasa 'ngap' pisang dan ubat-ubatan . Sepatutnya , makan pisang dan ubat-ubatan lah lebih merbahaya berbanding hanya bekerja dan terdedah kepada sisa Lynas .Berikut adalah beberapa 'point' lagi yang aku tulis dalam ruangan komen Malaysiakini apabila menyiarkan artikel berkenaan. Bukannya apa , pecacai-pecacai Malaysiakini nampaknya tak faham apa yang mereka cerita tu . Mungkin mereka tak baca laporan yang dikeluarkan oleh IAEA ?

Ada yang bertanya sekiranya loji Lynas ini selamat kenapa syarikat ini tak menjalankan operasinya di Australia ? Sebenarnya perkara ni dah dijelaskan oleh Lynas berulang-kali . Semuanya berkaitan dengan kos . Kos di Malaysia lebih murah selain sumber2 bahan mentah untuk loji beroperasi , operasi kilang Lynas memerlukan air yang banyak , selain beberapa bahan kimia untuk menjalankan operasinya , selain itu kos buruh di Malaysia juga murah .Gebeng ada semua sumber ni sebab kawasan perindustrian Gebeng itu sendiri ada banyak petrochemical plants . Dan dakwaan dari pecacai mengatakan tiada loji nadir bumi di Australia juga tidak benar ,memang ada loji nadir bumi di Australia , contohnya loji Arafura .

Kemudian ada pula yang mempersoalkana kenapa Malaysia dan bukan Indonesia sedangkan negara itu juga mempunyai sumber2 seperti  Malaysia , malah dengan kos yang lebih murah ? Jawapannya , walaupun Indonesia juga mempunyai industri petrochemical dan kemudahan air dan elektrik , namun  industri petrochemical di Malaysia adalah lebih besar berbanding indonesia . bagi pelabur selain faktor murah, faktor2 lain seperti kestabilan ekonomi dan politik juga adalah penting dalam memilih negara utk buat pelaburan , selain itu Malaysia juga jarang kena tempias benca alam seperti gempa bumi dan tsunami .

Setelah semua hujah dijawab, pecacai2 hanya mampu membalas mereka lebih percaya apa yang diceritakan oleh ahli radiologi yang ada 13 tahun pengalaman dari Australia . Betul tu , lebih baik percaya pada yang ada pengalaman cuma apa yang nak disampaikan ahli radiologi itu adalah WLP 6Bq/g kepada 1Bq/g  yang cuba dilakukan penyelidik dari Lynas adalah mustahil sebab belum pernah ada teknologi sedemikian lagi . Radiologi tu tak pula membincangkan soal keselamatan pada pekerja dan penduduk sekitar dengan sinaran radioaktif yang terhasil akibat dari sisa 6Bq/g tadi , yang mana semuanya dah diperincikan secara detail dalam laporan IAEA mengatakan loji Lynas adalah selamat sekiranya Radiation Protection Program (RPP) yang diberikan kepada mereka diguna pakai dalam operasi kilang Lynas

Kesimpulannya , baik dari yang menyokong atau membangkang , eloklah baca sampai habis report yang dikeluarkan oleh IAEA ini untuk menjernihkan pemahaman anda mengenai isu Lynas ini .

3 comments:

Puak2 ni bukan tak faham cuma buat-buat tak faham atas sebab2 politik gampang mereka. Mereka bukan bodoh cuma buat2 bodoh supaya orang lain yg betoi2 bodoh piang percaya cakap mereka. Dah jadi dasar mereka membangkang apa sahaja yg datang dari kerajaan. Semua buruk bagi mereka walaupun mereka sendiri mendapat faedah darinya. Mereka sekadar membuat rakyat ragu dan was-was dalam segala perancangan kerajaanagar memperngaruhi undian masa PRU13 nanti. Macam tu jugak lah mana2 kes dimahkamah sekiranya ada sedikit keraguan pasti buang kes.
Yang menjadi tandatanya kenapa kerajaan tidak bertindak sewajarnya. Itu lah bila ada akta ISA kita senang2 gugurkan..skg mereka guna kesempatan. Kita nak jaga imej dimata antarabangsa.Dan itu adalah yg terbaik. Tapi lkalau lah ini yg sentiasa berlaku...mana yg lebih penting, keselamata rakyat atau imej negara dimata dunia. lagi pun kita tahu undang2 antarabangsa tidak pernah cucuk dengan pemikiran rakyat kita. Fikir2kan lah.

Salam tuan,

satu penerangan ringkas dan mudah untuk rakyat memahami berkaitan operasi Lynas di Gebeng...

Sama2 kita tggu fuziah jadi X-Man sbb mkn pisang.

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu