Sunday, December 30, 2012

Laporan antarabangsa (IAEA) yang mengesahkan ada radiasi dari loji Lynas


Memang benar radiasi wujud dari loji Lynas, malah radiasi wujud juga dari badan manusia, batu-batuan dan apa saja yang mengeluarkan haba. Radiasi sebenarnya salah satu mod pemindahan haba selain konduksi dan olakan. Radiasi dan keradioaktifan adalah dua perkara yang berbeza . Keradioaktifan ialah proses di mana satu nucleus yang tidak stabil mereput dan mengeluarkan sinaran-sinaran radioaktifan secara spontan dan rawak supaya membentuk nukleus baru yang lebih stabil.Dari pemantauan komen2 di Malaysiakini mengenai isu Lynas , apa yang diperhatikan sesetengah puak2 yang membangkang Lynas berpendapat loji Lynas sama seperti loji nuklear yang lain . 

Tak dinafikan, penjelasan secara teknikal berkenaan Lynas ni memang sukar di fahami , terutama bagi mereka yang kurang pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi . Nak buat penjelasan mengenai Lynas , perlu sedikit sebanyak asas fizik dan chemistry , paling busuk pun kena tahu sains asas . Kalau tak faham perkara ni, mana-mana cerdik2 pandai dalam bidang sains nuklear ni pun akan menghadapi kesukaran dalam memberi keyakinan kepada orang ramai . Samalah seperti mengajar Al-Gebra kepada orang yang belum tahu kira-kira asas (campur, tolak , bahagi, darab)

Masalah sekarang ialah adakah orang yang dah mempunyai pengetahuan asas mengenai perkara2 yang dinyatakan di atas faham dengan apa yang diterangkan oleh pakar2 nuklear ? Atau adakah mereka beri perhatian semasa sesi penerangan ? Mungkin bagi mereka yang tidak ada masa boleh menyelidik atau membaca sendiri laporan mengenai loji Lynas seperti yang ditulis oleh IAEA . Laporan yang ditulis oleh IAEA mengenai Lynas terdiri daripada beberapa team cerdik pandai dalam bidang nuklear . Sia - sia lah usaha saintis-saintis ini membuat kajian dan laporan kalau rakyat dan pemimpin2 dari dua-dua belah pihak samada yang menyokong atau membantah tak membaca laporan ini .

Analisis KLPos , menghuraikan secara ringkas laporan IAEA mengenai pembinaan loji Lynas dalam bahasa melayu bagi memudahkan mereka yang menghadapi kesukaran membaca laporan IAEA yang disediakan dalam bahasa inggeris . Antara bebrapa 'point' penting yang perlu diberi perhatian ialah ;

"Menurut laporan IAEA, peraturan keselamatan radioaktif di Malaysia juga adalah lebih ketat berbanding apa yang telah digariskan oleh IAEA. Sebagai contoh, dos yang diterima orang awam ialah 0.3mSv/year dan bagi pekerja loji pula 10mSv/year berbanding limit dos yang dibenarkan IAEA iaitu 20mSv/year. Dari panduan keselamatan oleh IAEA, bahan dengan konsentrasi aktiviti radionuklid di bawah 1Bq/g berada dalam lingkungan batu-batuan dan tanah yang biasa dan tidak dianggap sebagai radioaktif."

"Bahan yang mempunyai konsentrasi aktiviti radionuklid dalam lingkungan 1Bq/g hingga 10Bq/g pula boleh dianggap radioaktif, namun boleh dipertimbangkan untuk pengecualian dari badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia perlesanan (AELB )."

"Dari segi pengurusan sisa, loji Lynas menghasilkan 3 jenis sisa iaitu Flue Gas Desulphurization (FGD) , Neutralization Underflow (NUF) dan Water Leach Purification (WLP). Konsentrasi aktiviti radionuklid bagi FGD dan NUF adalah hampir sama dengan nilai bagi batu-batuan dan tanah di Malaysia."

"Walau bagaimanapun, tiada peruntukan peraturan AELB bagi membolehkan FGD dan NUF dikecualikan dari klasifikasi sisa radioaktif. IAEA walau bagaimanapun telah mencadangkan supaya AELB memperuntukkan kriteria yang membenarkan FGD dan NUF diisytiharkan sebagai tidak radioaktif untuk membolehkan bahan ini dikeluarkan dari loji dan sekiranya perlu, ia diisytiharkan sebagai bahan buangan berjadual."


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor