Friday, December 21, 2012

Kenaikan Cukai Taksiran : Menteri Besar Selangor dan Datuk Bandar Shah Alam Tak Sependapat !

Kerajaan Pakatan Haram Selangor nampaknya teperangkap dengan janji-janji manis yang mereka sendiri buat kepada rakyat semasa pilihanraya umum ke-12 yang lepas . Dek kerana percaya dengan janji-janji manis ini , rakyat terjerumus dalam penipuan maha besar oleh Pakatan Haram apabila Selangor ditadbir mereka. Selain gagal memberikan janji air percuma kepada semua rumah-rumah berstatus flet, apartment dan pangsapuri , mereka juga gagal dalam memenuhi janji dalam membela ibu-ibu tunggal dengan elaun bulanan yang dijanjikan . Kini satu lagi janji dimungkiri , mungkin selama ini jarang di mainkan di media-media arus perdana maka perkara ini seolah-olah menjadi senyap begitu saja.



Isu terbaru yang menyerabutkan kepala Menteri Besar , Khalid Ibrahim ialah berkenaan kenaikkan cukai pintu . Sebelum ini aku pernah menulis dua entri berkenaan kenaikkan cukai pintu dan taksiran di Selangor .


"Ada informasi terkini mengatakan cukai taksiran di Selangor telah meningkat dengan agak banyak juga lah . Berikut ada satu email yang telah di'forward' kepada saya . Email ini ditujukan kepada YB Hanna Yeoh , MP Subang Jaya untuk kepastian peningkatan sebanyak 54% hasil cukai taksiran . Sebelum ini pengadu hanya perlu membayar RM68 tetapi sekarang jumlah yang perlu dibayar ialah RM105 !" 


"Terbaru bila dah nak dekat pilihanraya , kerajaan PR Selangor mengumumkan akan menurunkan cukai pintu di flet2 kos rendah di Selangor sebanyak 25% . Ewahhh ewah , berjanji tahun 2008 , melaksanakan tahun 2012 bila pilihanraya dah nak dekat .. tak ke macam musibat punya 'attitude' tu ? Tu pun tak menyeluruh seperti yang diwar-warkan dalam manifesto 2008. "



Dari laporan KLPos , Datuk Bandar Shah Alam berkata kuasa penuh ada pada kerajaan Selangor dalam menentukan kenaikan cukai taksiran di negeri itu. Sebelum ini Khalid Ibrahim , seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat dengan mengatakan urusan kenaikan cukai pintu adalah di bawah kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur . 

"Kenyataan Mohd Jaafar sekaligus bertentangan dengan dakwaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini bahawa kenaikan cukai pintu itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan dan beliau tidak akan masuk campur.

Beliau mendakwa isu kenaikan cukai pintu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri tetapi ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH)."

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu