Tuesday, December 11, 2012

Kebodohan 'melampau' para penentang Lynas

Laporan Malaysiakini hari ni memaparkan gambar 4 orang menteri kerajaan persekutuan yang mengatakan sisa pemprosesan dari kilang Lynas mesti dieksport ke luar negara. Laporan yang dikeluarkan itu seolah-olah mahu menunjukkan kepada rakyat Malaysia sisa dari kilang Lynas itu merbahaya hinggakan menteri BN sendiri minta supaya sisa dari kilang Lynas ini perlu dibawa keluar negara. Hakikatnya , Lynas telah melakukan beberapa ujikaji dan berjaya menghasilkan teknologi yang menghasilkan sisa dari pemprosesan tanah jarang yang mempunyai kadar radiasi di bawah 1 Becquerel / gram tapi tak bermakna kalau ada 1000 gram sisa , kadar radiasi ialah 1000 Becquerel .



1 Becquerel/gram ialah ukuran 'kepekatan' radiasi dalam istilah sains nukluer , dan cara pengiraan bukanlah seperti kita buat kira2 matematik , ia lebih mirip kepada cara pengiraan dalam kimia . Contohnya 10 gram gula dilarutkan dalam 1 liter air dan 50 gram gula dilarutkan dalam 5 liter air , tentulah 'kepekatan' larutan itu serupa ! Nak cerita pasal apa itu Becquerel , nanti jadi pulak artikel ni macam kelas sains, tapi aku tau ramai malas nak meng'Google' , kalau 'Google' pun tak ramai yang faham . Apa pun aku letak sedikit penjelasan dalam bahasa Inggeris untuk hi-lite beberapa point ;

"Let’s assume we were holding a gram of pure thorium-232. It has an atomic mass of 232, which means that 232 grams of thorium would have one mole of number. A mole is defined as 0.6022 trillion trillion (1024) of something. So one gram of thorium would have 1/232 of a mole of thorium, and thus there would be (0.6022 x 1024)*(1/232) = 2.60 x 1021 atoms per gram. So every gram of thorium has 2.6 billion trillion atoms in it. To figure out the activity, we would multiply this number by the decay constant of thorium-232. Thorium-232 has a VERY long half-life, 14 billion years, and so to find the decay constant first we need to figure out how many seconds are in 14 billion years. (60 seconds/minute)*(60 minutes/hour)*(24 hours/day)*(365.24 days/year)*(14 billion years) = 4.4 x 1017 seconds. The decay constant of thorium-232 is then (ln 2)/(4.4 x 1017 seconds) = 1.57 x 10-18/second. The activity of one gram of thorium is then (2.60 x 1021/gram)*(1.57 x 10-18/second) = 4080/second/gram = 4080 Bq/gram.

This is the specific activity of pure thorium-232: 4080 Bq/gram, and it is rather low. That’s because thorium-232 has such an exceptionally long half-life."

Contoh Thorium-232 diambil sebab inilah sisa radioaktif dari Lynas . Dari artikel di atas dikatakan Thorium-232 mempunyai separuh-hayat yang sangat panjang iaitu 14 billion tahun ! Setengah Hayat bagi satu bahan radioaktif ditakrifkan sebagai masa yang diambil untuk setengah dari atom-atom radioaktif asal mereput. Dengan kata lain Setengah Hayat merupakan masa yang diambil untuk keaktifan sumber radioaktif itu berkurang menjadi setengah dari nilai asalnya. Iaitu proses pereputan 1g Thorium 232  untuk jadi 0.5g Thorium 232 ambil masa selama 14 billion tahun . Dalam tempoh pereputan ini hanya sinar Alpha yang dihasilkan , sinaran Alpha tak mampu nak tembus kulit manusia pun jadi takkan ada kesan pun pada kesihatan manusia. Dari gambarajah dibawah sinar Beta dan Gamma boleh dikategorikan sebagai berbahaya.


Uranium-235 (yang digunakan untuk bina bom atom "Little Boy" di Hiroshima) pula mempunyai separuh hayat 704 juta tahun . Uranium-235 dalam proses 'pereputan' menghasilkan sinaran Gamma yang merbahaya, itu lah yang sebabkan ramai orang di Jepun yang terdedah pada sinaran ni lepas kena bom mengalami 'mutasi' dan sebabkan kesihatan mereka terancam. Dari 2 perbandingan di atas (Thorium 232 dan Uranium 235) lebih lama separuh-hayat sisa radioaktif tu maka ia menjadi lebih selamat. Mungkin akan ada persoalkan lagi sebab tak faham ,depa akan kata Thorium-232 tetap radioaktif ! Jadi kalau ada pertanyaan macam ni , aku mohon supaya tablet pottasium untuk darah tinggi juga diharamkan di Malaysia , tablet pottasium untuk darah tinggi yang digunakan ialah Pottasium-40 dengan kadar radioaktif 32Bq/gram iaitu 32 kali lebih tinggi dari sisa Lynas yang diproses ?


Selain itu, kalau nak haram Lynas sebab kononnya takut dengan pancaran sinaran Alpha dari Thorium 232, tolong haramkan sekali mesin X-Ray yang menghasilkan sinaran Gamma, pisang pun jangan ditanam kerana dari rujukan di internet , makan pisang sebenarnya mendedahkan kita pada sinaran radioaktif yang lebih sedikit beranding duduk disebelah nuklear power plant dalam tempoh setahun dan pisang juga mempunyai kadar radioaktif 31Bq/gram 31 kali lebih tinggi dari sisa Lynas . Dan banyak lagi benda2 lain disekeliling yang mededahkan kita kepada sinaran radioaktif yang lebih tinggi. Aku terbaca satu artikel yang ditulis oleh seorang saintis berbangsa Cina dari Kuantan . Satu perenggan dalam artikel beliau cukup mantap dalam memberikan analogi untuk sisa buangan dari Lynas iaitu ;

"Sekiranya 14 billion tahun diambil untuk separuh dari sebuah rumah terbakar , kemungkinan orang untuk hidup atau terselamat di dalam rumah itu sangat tinggi , sebaliknya sekiranya 14 minit diambil untuk separuh dari sebuah rumah terbakar maka kemungkinan orang didalam rumah itu terselamat adalah sangat rendah"

Apa yang dimaksudkan beliau ialah lebih tinggi separuh hayat bagi sesuatu bahan radioaktif itu maka ia adalah lebih selamat . Lain2 fakta menarik dalam artikel beliau ialah ;

"In Ramsar, Iran, the naturally occurring radiation is extremely high at 260 mSv/yr. This is 13,000,000 per cent higher than the expected worse-case scenario in Kuantan."

"In the southwestern area of Kerala state in India, the thorium-232 in the soil is as high as 4,000 parts per million as compared with the Lynas waste, which has only 1,650 parts per million"


Artikel penuh beliau boleh dibaca di sini.

1 comments:

freemalaysiakini2 , Delivers The Latest Breaking News And No Subscription Needed...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu