Friday, December 7, 2012

Isu Deepak & Skim Pak Man Telo

Setelah video kontroversi Deepak didedahkan oleh Papagomo , pelbagai reaksi dan komen boleh dilihat dari   pembaca portal2 pro Pakatan seperti Malaysiakini dan Free Malaysia Today . Pemimpin-pemimpin pembangkang yang dikatakan terlibat masih menafikan penglibatan mereka tentang 'skrip' yang dibuat seperti yang dinyatakan Deepak dalam video , menariknya mereka mengatakan video itu bukan lah satu isu yang besar. Yang penting Najib dan Rosmah perlu menjawab tuduhan Deepak itu , jawapan yang diberikan oleh pemimpin2 PKR ini dilihat seolah-olah cuba membuat 'diversion' walaupun terang dan jelas Deepak kredibiliti Deepak sangat diragui kerana mempunyai dua karakter berbeza .


Deepak dikatakan mempunyai dua karekter berbeza kerana apa yang diperkatakan oleh beliau berlainan ketika bertemu dengan pemimpin PKR dan ketika bertemu dengan pihak yang satu lagi . Oleh yang demikian , adalah menjadi satu kerja gila untuk Najib dan Rosmah menjawab tuduhan dari seseorang yang mempunyai karekter sebegini . Sekiranya ini dilakukan , pemimpin2 PKR yang memang terkenal dengan putar belit mereka akan mengambil kesempatan untuk memanjangkan lagi isu dan mempersoalkan hal2 lain pula . Ini adalah teknik bagi mengekalkan mementum tohmahan dan fitnah terhadap Najib dan Rosmah . Momentum akan berterusan sekiranya ada 'action' dan 'reaction' sama seperti Hukum Newton .

Malangnya momentum yang diharapkan berlaku terhenti dengan pendedahan video oleh Papagomo. Rakyat mula meragui kredibiliti Anwar yang sebelum itu mengaku tidak ada kena mengena dengan pendedahan Deepak . Sama seperti lain-lain pemimpin PKR yang terlibat . Apa yang mampu mereka lakukan sekarang hanyalah memaksa Najib dan Rosmah menafikan dan sebenarnya itulah 'game' mereka . Misalnya Najib dituduh terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya hingga akhirnya beliau tampil untuk bersumpah laknat membuat penafian . Namun tohmahan2 dan fitnah tetap berterusan. Jadi apa guna Najib dan Rosmah membuat penafian lagi sekiranya hal2 yang sama dengan 'pelakon' berbeza tetap berulang ?

Terdapat 2 jenis komen dari kalangan penyokong Pakatan yang boleh dilihat dari pendedahan video . Iaitu mereka yang mempercayai video itu tulin tetapi tetap mahu tuduhan dijawab Najib dan Rosmah dan yang kedua mereka yang langsung meragui ketulinan video itu . Jelas kedua-dua golongan ini sedang berada dalam fasa 'in denial' . Mereka tak boleh terima pemimpin yang mereka puja selama ini berbohong atau mungkin terlalu kuat dengan 'sentimen' ABU maka dengan itu matlamat menghalalkan cara. Mana-mana orang yang mempunyai akal fikiran pastinya tak akan melayan dakwaan dari seseorang yang diketahui memang diragui kredibilitinya . Contohnya macam skim 'Pak Man Telo' yang terkenal dengan penipuannya , sekiranya diumumkan sesuatu lagi dari individu yang sama , adakah orang akan layan individu itu ? Mungkin cuma tinggal yang bodoh saja akan melayan ... sama seperti yang berlaku sekarang.

3 comments:

tak perlu d layan orang yang ibarat lalang....sesumpah...orang begini hanya sampah masyarakat...!!

Buat tak tau je Najib. Buang masa je layan orang gila mcm tuh. Banyak urusan lain lagi yang perlu di fikirkan daripada memikirkan benda-benda yang tak da kena mengena dengan dirinya. Biarlah orang terlibat je yang jawap.

Yang penting kita kerja dengan ikhlas...Allah Maha Mengetahui...

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu