Monday, December 24, 2012

Isu Balak dan Tanah : Nizar TerseNGEH , Nik Aziz TerngaNGA

Pembongkaran yang dilakukan mengenai 'investment' yang dibuat oleh pemimpin DAP Perak keatas tanah di Gua Musang Kelantan ,telah membuatkan dua orang pemimpin DAP yang terlibat itu mula menggelabah , pelbagai penafian telah dilakukan . Dari laporan KLPos.com ;




"Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menyangkal tuduhan kontrak pembalakan di Gua Musang, Kelantan yang melibatkan beliau sebagai 'habuan' bagi menyerahkan jawatan Menteri Besar kepada PAS.

Koo Ham yang dilaporkan memegang jawatan Pengarah dalam syarikat pembalakan berkenaan menegaskan, beliau bersama Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming sekadar melabur menerusi syarikat berkenaan tanpa sebarang perjanjian sulit dengan mana-mana pimpinan PAS."


Walau apa pun alasan Ngeh, nampaknya penglibatan beliau dalam pelaburan yang dikatakan itu telah menimbulkan reaksi kurang senang dari pemimpin DAP Pusat iaitu Karpal Singh . Karpal telah meminta supaya mereka yang terlibat memberi pejelasan kepada kepimpinan tertinggi DAP mengenai perkara ini. Nampaknya Karpal Singh yang memang terkenal dengan kelantangan seolah tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku sekarang. Maklum lah mungkin Ngeh 'makan sorang' tak ajak kawan2 .

Satu lagi perkara yang menarik berlaku di Perak ialah apabila Zambri selaku MB Perak turut membuat pendedahan mengenai kepincangan salah guna kuasa MB semasa Nizar memegang jawatan itu . Malah Zambri mempunyai dokumen2 yang boleh membuktikan perkara itu . Dalam diam2 selepas ambil alih jawatan dari Nizar , rupanya banyak jugak 'homework' yang dibuat oleh Zambri . Nizar dan Ngeh dalam sidang DUN baru2 ini seolah-olah tercengang dengan pendedahan yang dibuat. Malah mereka tak berani nak mencabar Zambri yang pada ketika itu sedang memegang dokumen2 bukti yang mereka minta sebelum itu. 


"Mohammad Nizar (PAS-Pasir Panjang) meluluskan komponen balak kepada beberapa syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Balak.
 
"Biasanya Jawatankuasa Balak akan bermesyuarat dan melihat senarai permohonan, kemudiannya baru diluluskan.
 
"Tetapi Adun Pasir Panjang luluskan menggunakan kuasanya tanpa memanggil mesyuarat," katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2013 Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Ipoh, semalam."


Nampaknya perkembangan politik negara semakin menarik , mungkin inilah apa yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir apabila mengatakan  'Better the devil you know than the angel you don't" . Maksud ayat Tun ditujukan kepada orang2 Pakatan yang sememangnya menganggap parti BN ialah 'devil' dan gabungan Pakatan ialah 'angel' . Mereka percaya pemimpin2 Pakatan melalui air liur sahaja dan bukan tindakan yang ditunjukkan . Nah sekarang terbukti , mereka hanya telus dengan air liur dan bukan dengan tindakan yang dilakukan . 

1 comments:

Kalau di bandingkan kes NFC dan kes kawasan balak untuk jawatan MB, mana lebih teruk eh......

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu

Link Blogger Negeri Sembilan / Melaka/Johor