Monday, December 3, 2012

Doa PAS takkan buat UMNO K.O , Ahli UMNO sendiri yang bakal buat UMNO K.O

Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang diadakan baru2 memang nampak benar kesungguhan perwakilan yang hadir untuk memperoleh kembali majoriti 2/3 dalam parlimen . Presiden UMNO sendiri tampak begitu yakin BN mampu mempertahankan kerajaan dengan majoriti 2/3 , malah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir kata BN mampu tawan kembali negeri2 yang ada dalam genggaman pembangkang . Bila Tun Dr. Mahathir dah kata macam tu , insyallah boleh berjaya . Cuma Najib suarakan kebimbangan mengenai sikap sesetengah ahli UMNO yang cepat merajuk ni . Kalau merajuk je takde masalah , tapi bila dah merajuk dia akan buat tindakan2 yang bakal melingkupkan parti . Jenis-jenis macam ni kita cukup tau , dari zaman dulu lagi da ada , cuma perangai macam ni dah makin menjadi-jadi pulak sekarang .


Bukan aku nak kata apa la , tengok sendiri bekas-bekas menteri , ahli2 majlis tertinggi ... masa diaorang tengah pegang jawatan , mulut begitu manisss lambung presiden , nasihat ketua-ketua cawangan dan bahagian jangan sabotaj parti kalau tak terpilih jadi calon , kononnya nak jettt presiden . Tapiiiii... bila diaorang sendiri tak terpilih , mula lah buat perangai , merajuk dan macam2 lagi . Ada yang sampai keluar parti join Pakatan , memang perangai macam haramjad ! Dah puas pegang jawatan tertinggi berpuluh-puluh tahun , kalau dah tak terpilih lagi no big deal la , kasi orang lain pulak buat kerja ! Takkan nak  bawak jawatan tu sampai ke dalam lubung kubur ? 'Parasit-parasit' macam ni perlu dikenal pasti , yang pernah ada sejarah buat 'perangai' tolonglah 'mark' mereka ni . Cantas dengan apa cara sekalipun kerana diaornag ni liabiliti bagi UMNO .

Zaman sekarang ni cukup berbeza , politik datang dengan IQ yang tinggi dan of course lah duit  . Kalau lu ada duit IQ takde , tolong ketepi sikit.. kalau lu ada IQ tapi duit takde pun tolong ke tepi sikit , still boleh bantu parti dengan bekerja di belakang tabir . Kenapa perlu ada IQ dan duit ? Sebabnya kalau ada duit sebelum pegang jawatan2 penting , orang di sebelah sana takkan berbunyi bising konononnya jadi kaya raya lepas pegang macam2 jawatan dalam parti , yea lah nanti dikatakan rasuah dan kronisme . Dan kalau ada duit takde IQ pun tak guna , bila dah ada duit mesti lah nak naikkan diri dalam parti supaya dapat pegang jawatan tertinggi , jadi masa pemilihan golongan-golongan macam ni ada potensi untuk mengamalkan politik duit ...cucuk perwakilan dengan duit supaya pilih mereka . Memang ada orang2 macam ni dan kita tau sapa dia .. so minta hentikan lah . Dan perwakilan pun, kalau orang bagi duit ambik je... tapi pilih je pemimpin yang betul2 bijak dan berkaliber , bukan sebab duit yang dia ada.

Aku punya pengalaman ,semasa PAU baru2 ni ..adalah 2-3 orang yang hadir cukup sibuk cerita pasal melobi si polan tertentu untuk jadi calon . Gua pasang telinga jer... cakap jenis2 ni cukup berdegar-degar , tapi apa akan jadi kalau si polan yang mereka lobi ni tak terpilih . Yea lah , dah berbuih mulut presiden cakap jangan sabotaj parti kalau orang pilihan mereka tak terpilih , masing2 iyeeee kan aja . Kononnya akan tetap sokong , tapi dalam hati sapa tau . Mulut dan hati manusia ni kadang2 tak synchronized , apa yang dikatakan tak semestinya menunjukkan apa yang bakal di lakukan . Jadi kita tengok dulu apa akan berlaku di PRU-13 ni . Pemantau-pemantau sila buat kerja anda , mana-mana 'mangkuk ayun' yang sabotaj tolong 'mark' mereka ini , lepas habis PRU-13 tolong 'flush' mereka ni ke dalam lubang jamban , pastikan jangan timbul terus .

Baca analisis KLPos untuk calon2 yang sabotaj parti di sini .

0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu