Friday, November 2, 2012

Wanita yang tunjuk ketiak 'confirm' bukan model IFF , Rosmah di'balun' blogger pro-Pakatan tanpa usul periksa !

Islamic Fashion Festival (IFF) yang sering dijadikan 'bahan' oleh blog-blog pro-Pakatan 'membalun' isteri PM rupa-rupanya ada kisah tersirat di sebaliknya . Temubual yang dilakukan oleh wartawan KLPos dengan Pengasas dan Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza telah membongkarkan perkara-perkara yang selama ini agak samar . Dari temubual berkenaan , Datuk Raja Rezza menjelaskan pemilihan pakaian bagi model-model untuk IFF tidak ada kena mengena langsung dengan Rosmah . 




Soal pemilihan pakaian dibuat oleh orang lain . Rosmah hanya bertindak sebagai penaung , kredibiliti Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri Malaysia digunakan untuk membawa IFF ke peringkat yang lebih tinggi . Apa yang berlaku dalam IFF baik dari segi pemilihan model , pakaian dan aturcara majlis etc tak ada kena mengena dengan Rosmah . Tapi bila ada yang tak kena berlaku , misalnya model dan pakaian untuk IFF terlalu seksi , yang kena 'balun' dengan portal-portal dan blog-blog pro-Pakatan tak lain tak bukan ialah Rosmah Mansor . 

Tak teraniaya ke namanya tu ? Kenapa diaorang nak balun Rosmah tapi bukan Datuk Raja Rezza yang secara langsung menguruskan 'event' berkenaan ? Sebabnya mudah saja... political mileage , Rosmah isteri PM , tak dapat 'attack' PM depa 'attack' Rosmah . Ini lah kebodohan portal2 dan blog-blog Pakatan . Perumpamaannya, orang lain yang berak tak 'flush' , CEO Indah Water pulak yang disalahkan.. duhhh .  Lagi satu wanita yang tak menutup aurat tu bukan model IFF pun , celaka punya tabloid dan blog2 Pakatan , main petikkkk je ... kalau terlalu excited nak buat fitnah pun , pi tanya lah dulu dengan Datuk Raja Rezza macam KLPos buat ni...

Penjelasan Datuk Raja Rezza baca di KLPos

"Menurut Raja Rezza, Datin Seri Rosmah merupakan penaung kepada IFF, namun beliau tidak tahu mengenai aktiviti yang dilakukan olehnya sebagai pengasas dan pengerusi IFF.
 
""Beliau hanya penaung..tetapi bukan dia yang tetapkan A to Z...dia tidak tahu apa yang saya buat dan bukan semua 'function' yang diadakan dia hadir," ujarnya.
 
Tambahnya, Rosmah sering mengingatkan beliau agar pelaksanaan IFF ini memberikan kebaikan kepada masyarakat.
 
"Beliau sering tekankan...make sure it can help people, make sure it can give benefit to people..and please be carefull," katanya kepada KLPOS ketika di temui di kediamannya di Ulu Klang, semalam."


0 comments:

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu