Sunday, November 4, 2012

Puluhan Ribu di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang !

Tak berapa sihat hari ni , dah dekat malam baru rasa dah okey sikit . Maklum lah musim hujan sekarang sekarang . Mungkin itu juga alasan yang diberikan oleh pecacai2 Pakatan Haram atas kegagalan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di negeri Sembilan . Mat Sabu dalam video ucapannya dengan bersemangat sekali mengatakan berpuluh ribu yang hadir semasa acara itu . Hakikatnya, indah kabar dari rupa ,rakan aku yang kebetulan tinggal berhampiran kawasan itu memberitahu , benarlah memang berlaku kesesakan jalan raya , tapi kehadiran yang datang tu takde lah mencecah puluhan ribu seperti yang didakwa oleh Mat Sabu . Cuba tengok video di bawah ni , betapa confidentnya Mat Sabu berbohong .



Seperti biasa, pecacai-pecacai Pakatan Haram cukup suka berbohong mengenai jumlah kehadiran orang yang datang ke majlis mereka . Entah dengan kaedah apa yang mereka gunakan untuk kira setiap orang yang datang itu .Dengan menggunakan google Map , berikut adalah lakaran anggaran keluasan padang yang dipenuhi . Hanya padang dipenuhi , luar kawasan padang adalah tempat mereka membuka gerai2 makanan. 



Jadi keluasan anggaran ialah 190m x 140m = 26,600m2  , dengan mengambilkira faktor ralat -25% , (takkan lah semua orang berhimpun rapat2 atas padang memenuhi segenap ruang ? ruang yang diambil pentas? ruang yang tempat parking kereta, ruang 2 layar besar yang dipamer , ruang power genrator ? , semua tu kena ambil kira untuk anggaran yang tepat) , iaitu 1/4 daripada luas keseluruhan padang diguna untuk urusan2 logistik dan bakinya kita andaikan penuh dengan manusia yang menggunakan ruang 1.5m x 1.5m = 2.25m2 (anggaran purata) .  Oleh itu anggaran jumlah yang hadirin diatas padang ialah (26,600 / 2.25) - (0.25 * (26,600/2.25) = 11,823-2,956 =8,867 , jumlah ni aku anggap setiap orang dok rapat2 antara satu sama lain , kira belaga bahu lah .. tapi dalam real life takkan lah macam tu, orang yang datang tu pun perlu ruang besar sikit , yang nak hisap rokok lah, yang nak rakam gambar dan macam2 lagi aktiviti jadi secara logik nya takde lah situasi macam tu kecuali di konsert2 Woodstock yang bercampur laki pompuan. Jadi kalau 'real life' situatian jumlah mungkin hanya berada dalam julat 6000 - 8000 saja . Oleh itu Mat Sabu kantoi menipu bila dia kata berpuluhhhh ribu yang hadir ! Kah kah kah 

6 comments:

Yang puluh-puluh ribu tu termasuk Hantu2 raya Mat Sabu yang ikut sama...

puluh ribu tu bulu normah bilik 121,,,

janji memang mudah....auta lebih mudah....sebutlah apa sahaja 'kacang'lah....semua pemimpin bercakap di atas pentas secara live..sape nak pertikai apa dorang nak ngomelkan dan dendangkan?

bertakbir lah sahaja penonton di bawah!!

Kira-kira di atas ada ralat. Hanya 45 peratus ruang padang sahaja digunakan. Jadi kira-kira sekitar 4k sahaja kehadiran semalam.

5 ribuu Jek ??? yg terbaik adalah BN.

gigih betul cacai2 umno nie duk mengira... biaq pa la brapa pun...yg penting program depa dpt smbutan xmcm progrm hgpa... harap dpt duit saku n bus free ja..mmg xleh lari la 2 tu..xpun bg beras free mcm kt semenyih baru nie...kahkahkah....

Post a Comment

Link Blogger Penang / Kedah / Perlis

Link Blogger Pahang / Kelantan / Terengganu